mari mencari....

Google
 

Wednesday, December 14, 2011

sebab apa?...





hello...
lama pulak rasanya tak menulis. ye la..macam2 kejadian yg telah berlaku. mmmm.. yg gembira pon ada, yang sedih pon ada, yang menyakitkan hati pon ada. macam2 la hal dunia ni. tap nak buat macammana kan... semua pon pancaroba dalam hidup. anyway.... kita rangkumkan sekali insiden2 yang telah berlaku sepanjang ketidaktulisan last week. huhuhuh....
~~
kisah kenduri..
last weekend pegi kenduri kat melaka. pegi jejauh ni bukan apa, dia ni jiran kat rumah ma saya tapi dai tak buat kat rumah sini sebab kecik katanya, so nak le buat kat kampung dia kat melaka.. alor gajah katanya. ma pon dah pesan beribu-ribu lemon kat saya supaya pegi jugak2 tak boleh tidak. huhuhuh... macam2 le ma tu. nak berjalan je dia. tapi saya suka je pergi rumah orang kawen ni, suka tengok2 dan dapat makan jugak. hahhaha.. cuma yang tak boleh nak janji tu sebab obek kerja tak tentu masa... tu je la. tapi dah pesan awal2 kat obek so pepandai le obek atur masa. maca hari pergi tu pon telefonnya asyik le berdering2 budak2 call. hahahahha... kesian dia. nak pi tengok pengantin pon tak senang. so, bertolak pagi dalam pukul 1030am macam tu. sampai pukul 12pm le kot. sampai2 je terus makan.mmmmm... menu kenduri biasa la kan, ayam masak merah, kari daging, macam ada acar yang masak tu, ada gulai lemak umbut kelapa, goreng ikan masin. tu je kot.. tak berapa nak ingat dah. air oren. so, lepas makan saya pi naik rumah pengantin nak tengok pelamin. tu gambar atas tu semua masa pegi kenduri la. nampak ada hantaran, amik gambar, amik gambar pelamin, amik gambar bunga telur, dan amik gambar pengantin masa tengah berarak nak masok kawasan rumah. tapi saya tengok dari jauh je la. hehehhehehe.. makcikkan penyegan orangnya. so, tema adalah kuning. cantik. goody bag pulak isinya apa ntah.. telor, pulut kuning dan gegula. tu je la. lepas dah tengok pengantin, kami pon balik. singgah kejap kat tepi2 jalan tu beli jajan2 apa ke benda ntah. hahahhaha.. tu je la kisahnya pegi rumah pengantin.
~~
kisah orang dengki...
al-kisah, ada orang kat area rumah saya ni sudah kasi report sama itu majlis perbandaran... pasal kucing la. alasannya bising, busuk, merayau2... saya punay le heran binti ajaib bin tercengang sebab pada saya punya le bersih area rumah saya tu. hari2 cuci bersih, hari2 pancut longkang, hari2 elok je. maybe pasal bebudak tu pi jenjalan kat rumah diaorang, so diaorang tak suka. tapi setau saya, bebudak saya tu akdenya pergi jenjalan jejauh..tapi entah le kan. kita tak nampak. bising? maybe sebab si eji selalu gaduh dengan si samseng tu tapiiii.. alahaii..stakat kucing bergaduh tu tak le sampai 5 minit pon.. tu pont ak boleh tahan ke dengar. esok tuhan bagi ko pekak telinga baru padan muka lansung tak dapat nak dengar apa2. di suruh kurung kucing2 tu dalam sangkar. tahan ke mengengok kucing dikurung dalam sangkar 24jam? kalau awak pon dikurung 24jam.. awak larat ke? tu baru 24jam..kalo selama-lamanya? alahaiii.. tak paham betul ada jugak jenis manusia yang macam ni. tapi sebab orang majlis tu dah inform.. dai kata dia menjalankan tugas je, bukan rumah ni je.. ada lagi rumah orang lain yang bela kucing pon dia pergi jugak. mmmm.. lantak ko labu... kucing punya pasal pon nak report. habis yang anjing2 merkeliaran menyalak2 tak kira siang malam mengejar orang tu ko taknak report pulak? nak je dicarutkan tapi saya bukan orang bongok macam dia. takpe la... so, saya try kurung bebudak tu 2 hari. sedihnya rasa hati. lagipon..budak2 tu memang dari asal2 dulu dari rumah lama memang jenis kucing jalanan.. cumanya dia selalu datang makan kat rumah saya jadi saya dah angggap semua tu kucing saya. jadi bila dah kawen dan pindah ni saya angkot sekali kucing2 tu sebab saya takot nanti dah takde orang nak bagi diaorang makan... sebab dah manja takot nanti dia tak reti nak cari makan sendiri. saya tanya obek masa bebudak tu kena kurung tu apa yang dibuatnya? obek kata semua buat muka dugong. pantang nampak kelibat obek kat pintu semua mengeow nak keluar. hehehhee... selepas tu saya tak tahan la.. saya kasi lepas jugak. saya suruh obek tengok2 apa yang kekucing tu buat masa dia dilepaskan. obek kata takde apa.. lepas makan pagi.. semua lepak2 kat simen belakang dan tido2. ada jugak yang keluar dari pagar tapi lepas tu masok dalam semula dan lepak lagi. so????? apa ke masalahnya. masalahnya disini ialahhhh.. bukan kucing.. tapiii manusia yang berhati binatang. tau tak. geram betol saya. saya ada le syak orang yang mereport tu tapi takmau le tuduh2 sebab takde bukti kan. tapi saya tau sebab dia pernah tegur saya dulu. alahaiii... rumah saya lagi bersih le dari rumah dia yang seminggu sekali pon belom tentu cecah penyapu. anak dia melalak2 siang malam tu tak nak dikira ke? menjerit2 semua tu. everytime if ada family member datang sure memekak bercakap bukan main kuat macam nak pecah dinding. dah le hari2 buang sisa nasik laok kat dalam longkang, lagi nak carik salah orang. tu lagi pengotor. orang buangs ampah dalam plastik sampah then buang kat dalam tong, dia buang dalam longkang. tu yang buat busuk. alahai.. kita ni berjiran, nak jumpa muka pon jarang2, masing2 sebok kerja so jaga je hal sendiri2 sudah la. mmmm.. entah la.. nama pon dunia. so saya tengah runsing sekarang ni. hari2 doa supaya bebudak tu tak buat nakal2. Mmmm… kecik punya pasal pon nak bising.sekadar luahan hati saya. huhuhuuuu...

~~

Kisah nezha…

Mamat ni? Biasa le dia kan… degil je. Kadang2 baik. Hari tu saya terlupa tutup pintu bilik air, bila say ateringat je terus pergi tengok. Sah!!!! Mamattu tengah menonggeng minum dari toilet bowl. Uwekkkkkk…. Terok betol citarasa. Macam la saya ni tak de bagi dia makan minum sampai nak minum dari toilet bowl tu. Tau lak takot tu bila saya sergah. Terus lari mencicit. Memang kena le jawabnya.. kena cubit, kena pokpok, kena marah semua tu. Degil benor. Kang sakit perot cery bery saya jugak yang susah. Ni malam tadi entah kenapa tetiba gedegangggggg!!!!!! Saya punya terkejut dog, hippopotamus, orang utan dan biawak.. terus ni melompat carik dia. Al-kisah taktau le member tido atas meja…agaknya tergolek ke bawah..jatuh atas kerusi then kerusi jatuh ke lantai… bedebob!!! Hehehhehe… menggigil2 saya pening sebab bangun terkejut tu pergi mendapatkan dia. Tenang2kan dia dulu then nezha dah tenangbaru pening kepala saya tiba. Ya tuhannn.. ye la.. bangun terkejut kan. Ingatkan orang masok rumah ke apa ke.. tetejut gegirl. Ahaksss…. Lepas tido kan dia semula, saya pon nak tido lagi. Huhuhuhu.. tapi dah suboh. Nezha.. nezha.. macam2 perangai dia ni. Geram! Apapon, I love you nezhaaaa…

~~

Kisah obek..

Obek biasa la. Dengan kerja dia. Tapi kerja2 dia ni biasa la kan…ada je orang yang nak mintak duit ‘belanja’. Hahahhaha.. kesiannnnn kat orang2 macam tu. Dah keje berpuloh2 tahun pon masih tak c ukup duit sampai nak mintak duit ‘tambahan’ le pulak ye. Makin kenyang le perot awak anak beranak nanti ye. Bagus2. Obek tak layan la.. tapi rival obek layan la. Habis..kata nak pojek..harus bagi orang2 tu kenyang ye tak? Sendiri jawab le esok. Dunia lepas.. akhirat tak lepas. Orang yang bagi tu lain agamanya dengan awak orang yang terima..dia takde cerita2 akhirat ni. Awak ada. Esok2 sendiri jawab la. Huhuhuhuuu… to obek.. all the best. Love you so much.

~~

Kisah durian..

Kawan obek bagi durian 3 bijik besar2. Aduhaiii.. mana nak diletakkan ni. Baunya memang le ‘harum’ seisi rumah. Huhuhu… so, kena habiskan cepat2. Buat kuah durian dan kukus pulut sebab obek nak makan. Buat lebih sikit then obek pergi keje malam dia bawak pi opis bagi kat kekawan dia makan. Settle 1 hal. Ada lagi tinggal sebijik, tunggu nezha je la yang bedal. Mamat tu suka durian okehhhhh….. kepada kawan obek yang bagi durian. Terima kasih bebanyak.. moga murah rezeki dan moga tahun depan pokok tu makin lebat berbuah. Aminnn….

~~

Kisah apa lagi? Dah, dah..takde kisah2 lagi dah. Habis dah kisah seminggu. Hahhahahhaha… nanti le sambong lagi. Sekarang nak jalan2 pusing2 baca blog kekawan. Byeeeeeeeeeeeee!!!!!

~~

I love you obek…

I love you nezha…

I love all of you…

2 comments:

meowwmania said...

mmg sakit ati lah berjiran dgn org mcm tu...langsung tak boleh nak bertolak-ansur, busuk punya olang!!


alorrr...ciannya Nezha jatuh. kurus sket tak lepas jatuh tuh kikiki~

MOKCIK AZWA said...

wah sapalah dengki kita ada bela kucin tu yer... ker bebudak tu ada gi buang uk uk dekat kawasan rumahnya maka orang tu pun menjadi murka?? jahatnya dia..jahatnya dia... (ikut lagu stacy hehehe)