mari mencari....

Google
 

Sunday, December 4, 2011

weekend banjir...



alolololooo..mok-moknya budak bucuk ni..dah le busuk, itam, degil, manja, makan tido je kojenya. nyumm..nyumm..nyummm... tu pasal le hari2 mesti nak cubit2 dia, nak pelok2 kuat2 sampai dia menjerit..hujung2 dia dera saya balik. buat perangai macam2 yang pelik2. menyepah rumah nombor 1. juara bertahan mamat ni. huhuhuhu... sepah2 pon, busuk2 pon, itam2 pon.. tetaplah kesayayangan saya ni. buah hati intan payung saya nih. muahhh...
~~
ok..sekarang nak cerita pasal kejadian di hari jumaat lepas. aduhaii.. kan ke kajang kena banjir kilat yang kuat sekali. last rasanya kena banjir macam tu lama dah dulu, masa tu kebetulan memang saya ada kat bangunan metro kajang tu, siap parking kat basement lagi. ingat lagi masa tu parking kat metro kajang then pi keluar makan pizza shakeys kat luar tu. taktau sekarang ada lagi ke tak pizza tu dah lama tak ke kajang. memang hujan lebat gila tapi mujur masa tu saya sempat keluar sebab orang dah heboh2 banjir2 air naik tu kan. memula tu ingat nak tunggu reda je tapi memikirkan parking kat basement, tak pasal2 kang hanyut lak kereta tu kan. masa tu saya berdua dengan almaunah. hahahhaha.. kenangan betol. redah jugak juhan lebat masa tu. ingat lagi jalan semau jem sebab semua nak keluar tapi jalan keluar dah dinaiki air. so ada 1 brader ni tolong bagitau jalan mana boleh lekuar. memang mengerikan. masa tu air dah naik sampai kat nak masok pintu kereta dah. tak kira.. redah jugak. syukur alhamdulillah.. dapat keluar dari kelam kelibut banjir tu. ya tuhan.. masa tu memang jantung berdebar2 otak berpikir yang bukan2 semua masa tu. syukur terselamat. tu la kenangan saya masa tu tahun berapa ntah.. lupa dah around 2003 ke 2004 kot. lebih kurang la. tak berapa nak ingat. but then, last friday kejadian yang sama berlaku, tapi masa tu saya takde le ke kajang tu kan. tapi bila tengok kat tv kejadian banjir tu memang betol2 terasa macam saya ada kat sana masa tu huhuhuhu.. okeh.. since kajang banjir, makanya area perumahan rumah ma akan turut banjir sebab air dari kajang tu akan turun ke kawasan tu. lebih kurang macam tu le perkiraannya sebab ikut laluan iar tu. dah berdebar2 je then by 830pm ma call.. cakap air dah naik. suruh balik cepat tolong angkat2 barang apa yang patot. huhuhuh.. masa tu rasa macam nak nangis dan terbang segera. mujur obek dah ada kat rumah masa tu, so balik ke kami. dah dekat sampai area memang nampak air sungai berhampiran dah naik. tengok pulak rumah orang yang di bahagian depan tu dah dimasuki air. aduhai.. dalam harto berdoa banyak2 supaya rumah ma tak dinaiki air. bukan apa, sebab style rumah ma tu dia korek ke bawah aras tanah gitu.. so, kebarangkalian air nak masuk tu amat le tinggi. sampai2 je ma tengah kemas2, dan ada sorang budak tengah tolong. mujur tak masok air lagi. tapi air kat longkang besar depan rumah memang tinggal lagi beberapa centimeter je nak penuh dah. debar2 tu jangan cerita la. dalam kelam kabut tu sampai tak tau mana satu barang nak kemas. tapi rumah ma bukan ad abanyak sangat barang pun kat rumah mawah tu. cuma yang berat tu macam peti ais dan meja makan tu je la. tv set pon takde kat bawah, semua kat atas. fuhhhhh... hujan pon tak berenti2..renyai sepanjang masa. so, kemas2 angkat2 barang sebagai persediaan.. hujan tetap bertahan. malam tu tido tak lena. obek dia pegi jugak ke sungai depan sana tengo2 air naik ke tidak. sesambil dia tengok rumah2 orang yang kena. hishhh... sempat lak dia buat lawatan kawasan. dah macam y.b je saya tengok.
~~
so, the next day... pagi2 dah bangun tengok longkang. hahahhahaa... tengok air dah surut sikit. by pukul 8am, air dah surut, dan dah laju mengalir. by 9am, air dah takde, laluan dah laju dan air dah jernih, means.. sir sungai pon dah surut. syukur ya allah alhamdulillah. terima kasih kerana menyelamatkan kami sekeluarga dari bencana. biarlah penat2 kemas barang, apalah sangat kalo nak dibandingkan dengan mereka2 yang rumah kena banjir tu lagi hazab nak kemas rumah. insaf rasanya. actually rumah ma dulu pernah kena. yang masa banjir kuat dulu la tahun 2003 kalo tak silap saya. memang habis terus, air sampai paras pinggang. kalo cerita kat orang, macam tak percaya coz kat jalan depan tu takde air. hahhahaha.. tapi tu la.. dah kata pembinaan taman perumahan tu maybe dia macamke bawah sikit kan, so tu yang kena. takpe la.. tu semua pengalaman hidop. apapon, syukur dah selamat semua. kepada mangsa2 banjir tu.. pada ketika ini, pertolongan amatlah diperlukan. bukan nak kata tolong wang ringgit.. tolong tenaga tu yang amat diperlukan sekali. ingat senang ke nak kemas rumah lepas banjir nak cuci selut2 lodak2 semua tu. pada korang yang tak pernah kena tu.. ucapkan syukur banyak2.. setakat hujan2 lebat tu redha je la dari kena banjir2 tu. betol saya cakap.
~~
so, hari sabtu pagi tu obek pergi tolong jiran depan rumah kemas rumah. sebab rumah dia masok air. rumah dia pon ala2 korek jugak gitu. ada le orang bagi pinjam water pump untuk sedut air keluar. lama juga. sian makcik tu. penat dah lembek saya tengok dok mengemas tak habis2. huhuhuhuhuuu... lepas siap semua, kitaorang pon balik rumah sini. ma kata takde coz takde apa dah nak dibuat. semua dah settle cumanya rumah bawah tu ala2 togel gitu... carpet dan tikar getah semua dah lipat. hehehhee.. tinggal simen kosong je. ma kata biarkan dulu, esok dah cuaca elok2 takde musim hujan baru pasang balik. sementara ni kalo orang datang ke apa ke bentang je tikar. hehehhehe... mujur juga kebetulan hari khamis tu mama dah amik opah bawak balik rumah dia, kalo opah still ada kat rumah ma adoii.. lagi 1 hal le pulak. mujur gak tu kan. hehehhee.. nanti nak pi tengok opah kat rumah mama le nak cerita kat dia. opah kalo kita cerita2 benda2 macam tu nanti dia sedih, dia kata apalah daya tak boleh nak menolong orang, diri sendiri nak bangun pon tak larat. huhuhuhu.. opah.. opah.. dah tua sangat dah dia tu.
~~
so... pukul 1pm sabtu tu dah sampai rumah. nak mengerjakan bebudak kat rumah ni pulak. adoiiiiii.. boleh bikin guwe pengsan macam ni. penat tak hingat. nezha pon buat hal. uk-uk terkeluar dari bekas. sabor je la. dia memang macam tu la kalo kena tinggal, ada je akal dia nak mengenakan saya. sabor je la. so, kemas2 segala semua dah nak kena bersiap2 pulak ke majlis jemputan kenduri kawan obek yang nikah hari tu. ada buat makan2 sikit la, meraikan pengantin dan sebagai pemberitahuan kepada jiran sekeliling mengatakan dah kawen, kot idak kang tetiba je bawak pompuan balik rumah kang orang ingat apa pulak. hehehhehe.. so, siap2 semua, pukul 230pm bertolak. jalan pulak jem semua hala. sabor je la. dekat nak pukul 4pm baru nak sampai rumah kenduri. mujur ada nasik lagi, perot dah le lapar gila. hahhahahahhaa.... pengantin cantik pakai baju warna hijau. takde la pakai2 macam baju pengantin sangat, sanding2 pon takde just makan2 je la salam2 dengan orang. konsepnya santai la relax2 chill out je gitu. cuma nak membezakan dia tu pengantin pompuan pakai le baju liplap2 gitu.. mujur saya tak pakai baju liplap jugak, kalo tak nanti orang tersalah pengantin pulak. ahakssss.... sampai2 je disambut oleh kawan obek tu.. kamal dan isterinya. hehehe. apa lagi.. makan time la... laok meriah sangatttttt. laok2 kampung sangat le sedapnyaaaaaaaaaaa.. ada ulam2 segala jenis ulam, sambal belacan yang super power sedap, kari ayam, sayur campor, gulai lemak jering..ni yang paling best, hahhaha.. lagi apa ye, sambal tumis sotong kembang, goreng ikan masin, pulut kuning, macam ada serunding, air sirap. pencuci mulut pulak buah oren kecik2. ehhh.. sedap pulak buah oren kecik2 tu ye. comel je. hehehhehe.. saya makan banyak buah oren tu sebab geram tengok dia comel2. wahhhh.. rasa nak je tambah nasik tapi segannyaaaaaa.. uwaaaaaa... lepas makan, lepak2 kejap borak dengan kawan. kamal tu kerja kat publishing, so ramai le kenalan, sekali ada 1 artis datang da. hahhaha... itu yang naka bagio damasutra tu. datang dengan wife and kids. ramah orangnya, baik borak2. tak pasal2 makcik dapat salam dengan dia. dah dia hulur tangan salam masa dia nak balik tu takkan kita tak salam balik ye tak? hahahhaha.. eh..tapi saya suka je dia, suara sedap, berlakon pon ok. kontroversi pon takde. bagus2.. macam ni le artis yang bagus. lepas tu, kitaorang pon balik. sampai rumah dah nak senja, penat sangat. dapat door gift yang cantik. kotak dia macam kotak tisu tu. besar pon sama. wahhhh. sekarang fesyen baru ye door gift. takyang bagi2 beg2 kertas lagi dah. menarik betol. cantik. dalamnya ada isi maruku, bahulu, gegula campor2 dan kuih bangkit. semua sedap. semua dah habis sama makan. dapat 2 box, tapi 1 dah bagi kat pak guard kat rumah saya tu, takpe la..sian dia tolong bukak gate apa salah bagi kat dia jajan tu kan. kat rumah pon bukan ada orang nak makan. ni le kat bawah ni gambar door gift yang saya dapat. pada sesapa yang nak kenduri lepas ni boleh try test bagi box ni. cantik.





~~
malam tengok tv cerita triple x tu. mmm.. ntah berapa kali dah tengok still nak tengok jugak. kononnya nak tengok roger moore jadi james bond lepas tu tapi sudahnya tengok bantal. hahahhaa... penat sangat. pukul 12am lebih tu obek kejut. lapar katanya. adoiii.. kaco je orang nak tido. tapi sian le pulak kan kat dia. bangun juga le siapkan. mujur masa balik tadi ada tapau laok dari rumah ma. gulai lemak burung puyuh dan dah siap2 bawak nasik. so, panaskan semua, makan le kami laki bini tetangah malam pukul 1230am tu. sabor je la.
~~
pagi ni kemas2 budak, pergi kedai beli makanan untuk bebudak tu dah habis. mmmm.. manusia belom makan lagi sebok nak kena beli makanan untuk kucing. huiiii.. habis nak buat camne.. dah gitu keadaannya. balik dari kedai tu saya pon masak untuk lunch. simple2 je dah. asam pedas ikan dan tumis kangkong. jadi le, janji kenyang. now, tengah tolong2 (kacau sebenarnya) obek buat keje. hehehhe.. dia buat keje saya main tenet le update blog. hahahhaha....
~~
so, gitu le ceritanya weekend saya yang mendebarkan dan memenatkan. harap weekend korang pon ceria2 hendaknya. nanti sambong lagi ye... nak tengok tv. hehehhehe...
~~
i love you obek..
i love you nezha...
i love all of you...


















1 comment:

meowwmania said...

huhuu...dgr citer pasal banjir ni mmg trauma sgt2 dah byk sgt pengalaman rmh kena banjir ni dan yg paling dirisaukan adalah bebudak jebon yg 10 hekor ituh


ya Allah jauhkan lah bencana banjir dr rumah kami, amin....