mari mencari....

Google
 

Monday, December 31, 2012

good bye 2012, hello 2013

2012...
semua dah rasa.. suka duka gembira sedih lemau masam masin manis pahit gedebak gedwbuk...semuanyalah! jadikan semuanya kenangan, pengalaman, peringatan, pelajaran untuk masa depan.
2013...
semoga yang indah cantik gembira manis akan hadir sepanjang tahun baru. apapun, syukur kepada Allah swt atas semua pengalam hidup.

Monday, December 24, 2012

kawan baru...

hello...
haaaa....mari tengok sapa yang berlengko tido sampai terpysing2 tergeliat2 badan tu? hehehehehee...tu la kawan baru nezha dan elly. kucing jumpa ni. asyik mengekor je so obek bawa. so, gitu le kisahnya.k balik. huiii...terkejut saya masa obek nak balik tu dia call, dia cakap dia ada jumpa kucing dan bawak balik. saya suka tapi serta merta mata berpinar bila dengar berita tu. ye la, kang harus perang dengan hero2 gendut kat rumah ni. bulu dia cantik. corak swirl2 macam corak kek marble. hehehehehee.... memula letak kat luar rumah. siapkan bekas makanan dan air dan tempat uk-uk. mmmm..memula okey, tapi dia suka merayap ke rumah jiran. jiran pulak jenis anti kucing. hoiii...bikin suspen je saya bila tak nampak dia balik kalo dah malam. mana le tau kot terima nasib sama macam cumiciki dulu tu. ngeri bila dipikirkan. so, nak tak nak terpaksa la bawak masuk rumah. manjanya bukan main. nak berpelok je kejenya. nakal pon bukan main juga. terjal terlebih. tak pernah seumur hidop nezha dan elly panjat sink curi ikan yang direndam. dia ni....dia pergi curik okeh!!!! saya memula tak perasan, cuma dengar elly dok marah2 bising. ingatkan apa, sekali tengok dia tengah syiok geget ekor ikan. kurang hasam sungguh. saya rendam ikan tu sementara nak bagi dia thaw sebelom masak. eeeee...geram sungguh. macam nak naik hantu saya dibuatnya. now kena lebih berhati2. dia kalo malam or kalo saya takde rumah, dia kena dok dalam sangkar. coz elly memang super duper extra benci dengan dia. asyik mengejar menyerang menggigit je. aduhhh..perang sungguh. yang dia pon satu hal, suka carik pasal. haa...lantak korang la. nezha tukang jadi pengadil. tapi ada masa dia pon bedal belasah budak ni jugal. owh ye...budak ni boy okeh..nama memang glamer gila. richard parker namanya. sempena nama saya tengok movie hari tu. hahahahahaa...ngada sungguh. tapi tak larat nak panggil nama panjang2 tu. mula la jadi singkat, jadi richy..lama2 lagi singkat. now dah jadi ichi. belasah je la. tapi saya tengok dia paham

Tuesday, December 18, 2012

Alhamdulillah, it's our 2nd wedding anniversary...

syukur alhamdulillah..
segala puji bagi Allah s.w.t atas semua yang telah dikurniakan kepada kami
terima kasih ya Allah
hari ini 18hb disember 2012 genap 2 tahun usia perkahwinan
segala gekembiraan, kebahagiaan, pasang surut kehidupan kami harungi bersama
kepada suami tersayang
terima kasih atas segalany.
sayang bek sangat2
semoga semua kebaikan, kebahagiaan dan kejayaan milik kita
sama2 kita berdoa untuk semua kebaikan.
sekali lagi, terima kasih ya Allah atas segalanya


Wednesday, December 12, 2012

121212.....

p
hello.... lama tak menulis. hari ni 121212 ye. hehehehehee...sesaja la takmau melepaskan peluang ada gak terselit date ni kat blog. mesti ramai yang kahwin hari ni. wahhhhh...yang berlahir pon ada. heheheheehhh..macam2 peristiwa untuk tarikh ni. next year takde dah. **
so..nak cerita apa. last week ada la kejadian yang menimpa ma. haiiii...orang zaman sekarang semua bijak pandai nak dapat duit dengan cara yang mudah. macam ni....last friday ada le orang datang rumah ma. katanya orang dari jabatan kebajikan masyarakat. nak bagi bantuan katanya. ma memang selalu ada jumpa dengan orang dari jkm, sebab kadang2 dia tolong unjurkan nama orang yang layak terima bantuan tu. kiranya memang selalu ada urusan le gitu. so, orang tu datang, lelaki 2 orang. dia kata dia wakil en. s, sebab en.s tak dapat datang so dia gantikan. ma kata en.s takde lak inform kata nak datang. pandai le orang tu putar belit kan. owh...fyi, en.s tu kira macam orang yang selalu berurusan dengan ma tu la, memang kerja dgn jkm tu. so, orang tu masuk le rumah. ma pulak bagi masuk. ye la, mana le nak tau. sekali orang tu kata nak kena isi borang la apa la, nak minta ic nak isi borang. ma pon kuarkan ic dari handbag, sekejapan ma pegi dapor kejap itu orang sudah lesap lor sama handbag. hahahahahaa...pandai betol. ma nak kejar mana le larat. nampak je kereta orang tu blah. viva silver katanya. nombor tak tau. so ma terus le cal polis. nenonenoneno..polis pon sampai, amik report semua, then ma ke babalai polis buat laporan rasmi. gitu le kisahnya. mujur tak diapa2kan ma. mana tau kot dicekiknya mintak duit ke, ugut2 ke, ikat ke. huii...mintak dijauhkan. duit dalam handbag takde la banyak tapi habis le segala kad2 peribadi. huhuhuu...udah rezeki le tu gamaknya. kepada si perompak pencuri..mati la kau tengah jalan tu! so, last monday saya teman ma bawak dia pi putrajaya buat segala mak nenek kad. buat ic, kad pesara, kad hapa ke benda lagi. fuhhh...berlengas seharian. pukul 8am dah terpacak kat putrajaya tu, takot ramai orang dan yang paling pengting...takot takde parking. hehehehehee... tottettottet semua..siap le segala. aduhhh..letih juga ye menyiapkan semua benda tu. tapi syukur le siap dalam satu hari so takyah le lain kali adyik nak cuti je. saya cakap kat ma next time if ada orang datang jangan buka pintu grill tu, minta tengok kad id diaorang. alahai...orang tua, mana nak ingat semua tu. lagippon rumah tu selalu je macam2 orang datang. bz gitu.. takpe la..ada hikmahnya agaknya. cepat atau lambat je dapat balasan.
**
mmm..korang dah pergi tak kat bigbadwolf buku tu? saya macam nak pergi tapi tak berkesempatan je lagi. dengarnya ramai sungguh orang ye. ayoyoyoo...saya kalo pergi mana pon yang saya risau tempat parking. huhuhuu..saya kan ala2 lembab sikit bab2 bawak kereta ni. terkial2 tu le pasal.  kalo nak kena pergi sesuatu tempat...jenuh le siap check map, cek tenet, ingat landmark segala. huiii..sedih. hehehehehe...saya tak reti le kalo main belasah je. tetambah sensorang. if ada kawan boleh tahan lagi. dah install waze gps pon macam kureng yakin je. hahahahahahaaa...cuak tak pepasal. takpe..nanti ingat nak pergi gak tengok buku tu. mesti best tu. katanya discount melampau2. nak beli buku apa ye? takpe..yang penting sampai dulu. huhuhu...
**
nezha dan elly sihat. seperti biasa, asyik la berkejar bergaduh. adoii..letih. letih nak kena jerit nama diaorang.  obek pon buzy je. sian saya kan. huhuhuhuuu..takpe la...layan je la kucing2 tu. sambil tengok tv sampai lebam! hahahahahahhaaa..
**
ok la..sampai sini saje. nanti sambong lagi. semoga kita semua ceria!!!!!!mana lak nak cekau date 131313. huhuhuu... anyway...tak kira apa tarikh pon, semuanya elok belaka. takde yang soi, takde yang bad luck. semua tarikh yang ada semuanya baik.

Thursday, December 6, 2012

jatuh meja...


hello....
hehehehee...ada la satu cerita. semalam nezha tidor atas meja. dia memang selalu tidor atas meja makan tu.  entah apa yang syok sangat tido atas tu tak tau la. tapi itu memang port dia la hari2, selain dari atas kerusi plastik fav dia tu. nak dijadi cerita, semalam saya tengah tengok tv. nezha tido atas meja, elly tido kat celah mana ntah. nezha tido lena bebenor, sampai berdengkor2. amboiii...sekali, tau2 bedebub!!!!! terkejut saya rupanya dia jatuh meja! hahahahahahaa.... sakit perot saya gelak. tapi kesian pon ada. cepat2 saya dokong dia. wahhh..dia punya jantung, punya kuat degup2. hehehehe...dia kan tengah tido tu terjatuh. terpinga2 je dia tak tentu arah. saya rasa time dia menggeliat tu le dia bedebub tu. hahahahaa..tu la suka tido hujung2 meja. tu le jadinya. macam dalam gambar tu. tu kira dah ke tengah habis dah tu. kadang sampai terjuntai2 tangan punya ke tepinya dia tido. lama juga saya tenangkan dia. urut2, usap2 dia. alolololooo...sian dia. lama dia debar2. hehehehehe...so, pengajaran untuk dia. ingatkan dah insaf. nan hadoooo!!!! lepas je reda tu, elok je panjat lagi meja sambong tidor. chehh!!! terok punya budak. dah jadi satu keje saya nak monitor dia tido. nak kena tolak2 dia ke tengah meja. hadoihhh...kerja tambahan sungguh.  nezha... nezha..so notty!  elly takde hal..suka tengok tv lak mamat tu. tu cerita lain kali. hehehehehee...sayang semua. obek, i love you!!!!




Friday, November 30, 2012

apa khabar semua...

hello...
apa khabar semua? harap sihat hendaknya
 lama dah tak masuk sini. alahai..... tak berkesempatan. sebok melayan kerenah duniawi. hehehehehee..... biasa la tu kan. macam2 nak kena hadapi. mmmmm... jangan mengeluhlah. hadap je la. dah itu laluannya. anggap semua sebagai pengalaman hidup.
**
so, apa nak cerita ni?  nezha hari tu macam dah elok sikit. tapi bila ubat habis, penyakit tu macam naik balik. membuatkan saya pening kepala runsing. tak tau camne nak buat. ingatnak bawa jumpa doktor lagi la jawabnya. haiiii.. macam2 la dia tu. elly pulak macam biasa. risau gak if terjangkit dwngan elly. camne nak mengasingkan diaorang? dah tentu2 stay 1 rumah. takkan nakkurung dalam sangkar macam burung? huhuhuhuu.... now 2-2 pon dah bertambah bijak. walopon saling bercekau aetiap hari, tapi bila tiba bab makan ubat, 2-2 pon berpakat cabot lari. diaorang dah tau dah bila nampak je saya pegang balang ubat tu. heehhehehhheee...so cute. comel tapi degil. geram!!!!
**
weekend ni taktau lagi apa program. nak kena tunggu bek punya jadual le tu kan. katanya macam dah relax sikit this qeek. kita tengok je la. ada rezeki dapat le jenjalan pusing2. takde kalu dok la rumah tengok tv. huhuhu.. tv ppn best jugak.  layan je la.
**
ok la. tu je nak tulis. blank la. ye...now is 4.35am. obek baru balik keje tadi ni. sementara nak tido tu saya tulis2 le sini dulu. ok...jumpa lagi. sayang aemua...


Monday, November 26, 2012

bosan, takde mood...

eeeeee... takde mood sungguh la. bosan. kadang2 rasa macam sunyi, kadang2 rasa macam bz sangat. yang pasti mood elek pocik. huhuhuhuuu...

Monday, November 19, 2012

rindu kat semua...

hello..
lama betol tak menulis ni. hehehehhe..membaca blog ada la jgak keluar masuk tapi nak menulis tu alahaiii...kadang2 takde masa, kadang2 malas..huhuhu  macam tu le ceritanya. so, lama gak dah tak tulis2 ni. nak cerita apa ye...
**
mmmm..takde apa yang menarik la. last week ada la pergi jenjalan kat suatu tempat. hehehhe..tapi nanti la cerita coz gegambatnya katvtempat lain. if ada gambar baru best nak cerita ye tak? selain dari tu...biasa je. last weekend, eh..bukan weekend yg baru lepas ni, yang lagi minggu sebelum ni, pi kenduri anak makcik obek kawin kat klang. mujur dekat je. hehehehhe... eh..ke dah cerita? haiya...lupa la. last week balik rumah ma macam biasa la. tapi lambat sikit. huhuhuuu..obek la ni. sabtu malam tu dia kerja pukul 6am batu balik. hatus le siang tu dia menhorok tido. geram betol. orang nak balik rumah ma orang pon dahtegencat2 tunggu dia bangun. hmpfff..geram betol. tapi nasib baik la saya ni cun, jelita lagi baik hati...mmaka tunggu jugak ke obek bangun tido. huhuhuu..lunch tu saya masak gulai lemak daging. hoi..jenuh nak menghabiskan stok daging korban tu. ye la...2 orang je sekali masak paling banyak ada la dalam 10 hiris. masak banyak2 kang tak habis. sayang buang makanan. tak gitu?  then goreng ikan dan goreng udang. obek dapat udang besar2 coz kawan dia bukak kolam mqncing udang. wahhhh..memang besarm terkejut saya tengok. bagus la...rezeki namanya tu. hehehehe...petang dah pukul 5pm baru gerak balik rumah ma. rinduuuuuuuu kat ma. hehehehee... lepak2 borak2 kejap pas tu masak dinner. memula ajak ma makan kat luar, ma takmau lak. elehhh..jual mahal konon. lqin kali takmau ajak dah. hahahahahaa... so masak le juga. ma makan mihun sup, saya makan nasi dengan buat laok sup ayam dan goreng udang. udang lagiiii..arghhh....ye la sebab obek dapat banyak so bawak le bagi kat ma sikit. kalo kat rumah ni hoi...ntah bila nak habis tu kang. ma beli buah ciku. yess!!!! fav saya tu. nyum...nyum... malam lepas isyak balik rumah sini dah...
**
hari ni biasa je la. cuaca mendung je dari pagi. takpe la. baju banyak lak tu nak kena basuh. huhuhuhuu... bercinta betol. tapi takpe, dari suruh saya iron baju kemeja keje obek sehelai, saya lebih rela basuh baju sebaldi. tak suka iron baju kemeja!!!! sebab apa? sebab ntah le dia jadi mavam tak beriron j7gak. kedut je. taktau apsal. kurang panas ke? kurang tekan ke? arghhh...saya kalobtak terpaksa sangat memang saya tak iron kemeja obek. sila la iron sendiri. biar saya buat kerja laina. hari tu siap cek tenet punya nak tau cara iron kemeja yang betol. hahahahahha... terok betol saya nih. hehehe..so obek...sila la iron kemeja keje sendiri ye. saya surrender. (ala macam le selama ni saya yang iron pon..tak pernah jugak. jatanggggggg sesangat. hehehehehe...)
**
nezaha? elly? dua2 pon ok. asyik la berxekau setiap masa. kadang saya malas nak tegur. lantak korang la. asal jangan sampai berdarah2 udah. letih. sekarang 2-2 asyik le nak mengekor saya je. pantang bergerak. tau2 je dah ada kat kaki. sampai nak pi toilet pon diaorang mengeow memekak kat luar pintu toilet. hoihhhhh....
**
lagi nak cerita apa ni? tu je la kot. kepada semua jaga ll kesihatan diri. makan vitamin kalau perlu. echewahhhh...dah macam jual vitamin lak kaedahnya. ye la...kena gak sikit2 ye tak...kesihatan tu penting. walo kaya camne pon kalo sakit tak guna. ok la...sayang semua..rind7 semua....

Sunday, November 11, 2012

cerita kisah 2 minggu...

hello...
lama dah tak menulis. kali ni takde gambar la, dah try berapa kali  tak boleh gak load. asyik diam kaku je. malas dah nak tunggu. so, apa nak cerita ye....
**
last week buat makan2 raya aji tu kan. mmmmm..takde la jemput ramai sangat, jiran2 je. mujur makanan cukup. cuma ada lebih sikit je. takde hal...bagi je tapau kat orang..settle semua. hehehehehe... menu sikit je. order sate. pastu masak nasi putih, laok sambal ikan keli, buat lontong, kuih lopez,  karipap, pastu ada jiran bagi kuih. tu je la. buah tembikai, air sirap dan ice cream. letih jangan cakap
 macam nak tercabot tulang. the next day saya demam urat. satu badan sakit. huhuhuuuu....
**
this week pulak, penuh dengan jemputan orang kawen. semua dalam satu hari yang sama lak tu. hehehehehe... mula2 pegi yang kat rumah ma. awal kami sapai, sebab lepas tu ada lagi 2 kenduri nak kena pergi. tema biru muda. cantik. laok biasa la rendang, ayam masakerah.. tapi tadi ada kerabu daun apa ntah. sedap. lepas tu kami ke klang pulak. ni rumah sedara obek.mmmm.kami sampai je pengantin pon baru sampai. pon tema biru muda gak. wahhhh... tengah in agaknya kaler ni yang ni lama sikit kat sana.maklum, kenduri family, so bila jumpa sedara sembang panjang le jawabnyahuhuhuhuuu... petang tu ingat nak pergi lagi satu jemputan, tapi tak sempat dah. yang ni kawan obek. cuaca pon dah hujan. so kami balik je la. balik, rehat terus tertido dengan acha dan elly. huhuhu
.. petang bangun makkn nasi. aiyooo... hari ni asyik la makan ke
**
apa lagi nak cerita ni? tu je la kot. musim2 hukan ni baju banyak tak kering. saya dah le basuh tangan. tempoh untuk kering tu lagi lama. kadang kering tapi kusam. dah kena basuh lagi sekali. hari tu saya tak tahan dah, so pi hantar dobi. dobi yang biasa saya hantar untuk basuh comforter sekali harga naik daaaa... dan tempoh siap pon makin lama. haihh
.malas nak bising n pikir. letak je la. nanti claim kat obek. hahahahahhaaaa...
**
so itu je la ceritanya... ni tengah tengokuzik2 separuh akhir. aduhhh.. perit telinga dengar penyanyi menjerit. yang nyanyi tak jerit pulak nath hapa2,  belasah je la. takde mood.
**
ok..nanti sambung lagi. love you...

Friday, November 2, 2012

macam-macam ada....





 hello...

aduhai..lama betol tak menulis. huhuhuhuuu...membaca blog orang pon lama dah gak ni tak baca. entah apa perkembangan atau penguncupan kekawan kat blog ni. macam2 hal la. emel pon tak sempat nak buka. huhuhuuuu... salahkan mereka berdua. pi buat disko atas ipad saya jadinya udah kejung benda tu tak mau hidop2. gelap gulita aje. adoi.. ni pon belom repair2 lagi. entah apa masalahnya. ni pasal dapat update sebab pi ikot obek kat opis dia. haa..memalam okeh. gigih ni nak update blog dan nak baca blog punya pasal, hahahahhahaa... so, biarkan obek dengan kerja2nya.. kita berjimba2 main tenet ye.
**
so...ada sesapa rindu kat sapa? confirm le takde kan. tapi..ada tak sesapa rindu kat 2 culprits ni? huhuhuhu.. tak rindu pon takpe la.. tu kat atas ialah gambar budak hitam. dah kurus dia sekarang. sejak kena sakit tu. now nampak dah ada elok sikit. walopon masih ada tapi dah banyak berkurangannya. syukur alhamdulillah. tapi sejak tu dia memang kurang makan. aduhhh.. jangan la nak diet2 acha, saya kurus takpe awak gemok2 je dah le. ni bila dukung dah ringan je. sedih sangat. try bagi dia wet food. 2-3 hari pertama ok la. lepas tu takmau dah. mmm.. taktau nak bagi apa lagi. sapa ada petua bagi dia berselera semula. sila tolong saya dengan kadar yang segera! sayang acha. walaupon dah tak hensen sangat, tapi pendengkinya tetap berada di tahap yang sama. hehehehhehe.. bergaduh dengan elly dah tentu la kan. pantang nampak bayang. dia tengah baring garu perot pon sanggop tu bangun nak pi menampar si elly. sian elly. mamat tu dah le penakot tahap gaban. lari keliling rumah hujung2 celahketiak saya jugak menyoroknya. kadang2 tak pasal2 dengan saya sekali terbabit dalam sessi pergaduhan diaorang tu. gila gabas. saya yang calar balar dibuatnya. eeeeeeeee..... ada yang kena rotan ni kang... sabor je la.
**
so, dah lama tak menulis... ada cerita apa? mmmmm.... takde apa la. cerita raja haji yang lepas. macam biasa. raya kat rumah ma dulu masak2 segala jenis makanan. masak tu pulak macam yang nak makan tu 60 orang walhal 2-3 orang ni jenak kena jadi tukang makannya. menu raya aji.... fuhhh... tarik nafas panjang2. nasi himpit, kuah lontong, pulut himpit cicah homemade serikaya, ayam masak merah, sambal ikan keli, sambal tumis udang, mee kari, rendang lala, sambal tumis ikan bilis, dan entah apa lagi. dah lupa pulak. fuhhh.... lepas nafas. makan sampai macam nak mintak nyawa. hahahhahahahhaa... lepas sembahyang jumaat, baru balik kampung johor. kat sana biasa2 je. takde apa yang menarik. pergi melawat kubur dan pergi makan mee bandung. hehehehhehee.. ahad malam, balik kl. wahwahwahwahhhhhh.. gila jalan jem padat! konon2nya nak masok highway lekas, sekali... tu dia.. nak bayar tol kat senawang pon sangkot dekat 1/2 jam tak lepas2 tol. pasal depan tu ada traffic light. oooo... itu pasal la. tapi memang semua orang pon muka stress je kan. hahahahha... ye la. dah malam, esoknya nak kerja. kononnya balik memalam tu tak le jem, sekali jem jugekkkk. rasakan la. sampai rumah around 12.30am. sampai2 je terus pelok budak busuk 2 orang tu. ala.. diaorang tinggal sendiri je. takpe.. dah biasa dah lagipon sekejap je. check2 rumah semua ok. cuma sepah sikit2 biasa la. baru nak puji melambong sekali time sapu rumah ternampak benda terbongkang. apa tu? sekali tengok bangkai burung daaaa.... kesian. tersesat masuk rumah agaknya, sekali kena kerjakan dek budak berdua ekor tu. makanya terkorban le burung tu di hari raya korban itu. huhuhuhu... other than that, semua ok je. fuhhh.. lega....





ni muka budak elly. kot la sapa tak kenal. again, elly is boy ye bukan girl. sudah tersalah bagi nama dari awal tapi terus melekat je elly. tak kuasa nak tukar jadi allan ke, aladin ke. terima je lah.
**
so, weekend ni ada buat makan2 kat rumah ma. huhuhuhu.. letih, letiih, letih... tapi ma kata masak sikit je. iyolah tuuuuuuuu...mem tu bukan tau yang sikit, semuanya harus banyak. takot beno tak cukup makanan. tukang masak ni yang bengkok haaa.... hehehhe..takpe..cerita makan2 tu nanti bila sudah terjadi kejadiannya. nanti tak surprise le kan. macam le surprise sangat. makan je pong...
**
apa lagi nak cerita ni. kena tulis banyak2 ni lepas ni taktau bila lagi nak menulis. huhuhuuuu.. mmmm.. owh... obek dapat anak sedara baru. hehehehhee... adik obek yang kawen last year sudah bersalin lorr.. aisehmen.. ni yang mengundang soalan cepu emas cepu gangsa cepu cepok ni. adik dah dapat, akaknya bila lagi. adoihai makcik2 sekalian... sila la lebih sensitif terhadap soalan itu.  mmm..takmau ulas lebih banyak.. sapa yang berada dalam situasi yang sama je yang tau apakah perasaannya. eh..ok..takmau cerita bab macam tu. ni nak cerita pasal baby tu. baby boy. so cute!!!!! putih gebu2, muka macam muka mintak kena cubit je. hahahhaha.. nama glamer okeh. mohd. carl zafran. fuhyooooooo.... canggih gitu. maksudnya.. apa nya.. something yang membahagiakan.. haa..gitu le lebih kurang. owhh..comel sangat. wangiiiiiiiiiii.. tapi saya tak usik2 la. saya tengok je. dukong pon tak. takot la. hehehhehe.. cium2 je. nangis bukan main kuat. huiiii.. macamkan kena dera walhal lambat bagi susu je pon. drama king sungguh. bagi dia hadiah special. heheheheh... minum susu kuat lak tu. adoi..maknya sampai demam. hehehehhehe... hope jadi anak yang soleh, yang taat pada ibubapa, agama, bangsa dan negara. amin....
**
lagi..nak cerita apa lagi. tetiba idea hilang. tadi bukan main banyak idea menurah2. hehehhee.. tu tandanya suruh berhenti tulis. hehehhee... ok la..dah panjang dah rasanya. nanti kita sambong lagi ye. insyallahhhh... semoga semua gembira!!!!
**
i love you obek!


Wednesday, October 24, 2012

happy birthday..... to me!!!

alhamdulillah...
**
happy birthday to me!!!
**
may all my wish come true, today, tomorrow, always and forever.
**
happy birthday to me...

Monday, October 22, 2012

nezha pi klinik lagi...

hello...
lama tak menulis. takde apa yang nak diceritakan. semuanya biasa2 aje. weekend balik rumah ma la, apa lagi. sunday morning pi melawat kubir arwah opah. hehehehehee...sesambil melawat kubur yang lain. cantik. ma siap tanam pokok bunga kat area perkuburan tu. huhuhuuu... biarlah..bagi cantik kawasan. jawatankuasa penjaga kubur pon ok je bagi.  bertolak awal pagi dalam pukul 8am. sebelom bertolak, breakfast nasi lemak dulu. beli punya. hehehehe...tak best lah. tapi boleh la untuk mengalas perot. on the way back, singgah mekdi. sebab ma nak sundae cone. hullamakkk....bukan main haibat mem tu. hahahahaha...teringin katanya. layan je la. saya pon tumpang sekaki le makan ice cream tu. huhuhuuu... petang tu hujan selebat2 alam. huiii...ngeri. saya ni dah le penakot hujan. owhh..mula la terbayangkan budak dua beradik tu entah apa yg dibuat kat rumah. bercekau dah tentu. belasah la. malam tu saya pon balik rumah. buka2 pintu...cek semua..okeh. semua behave. bagus2... macam ni la baru bertambah sayang. chewahhhh...
**
hari ni bawak acha pi klinik. selagi bulunya tak elok  selagi tu le. tadi timbang berat turun. owhh...sedih saya. kenapa ye? dia stress agaknya.  tapi saya tengok dia makan ok je. entah la. susah hati saya dibuatnya. kali ni ubat bertambah. siap ubat pil biji lagi. alamakkk..jenuh le nak bagi mamat tu makan ubat. sure bersilat kuntau baru lepas ni.  camne pon kena gak paksa makan ubat. untuk kebaikan. huhuhuuu... lagi 2 minggu next appointment. lanlak le ko nezha kalo tak elo, doktor kata nak masokkan dalam guni pastu cubit2. baik kau elok cepat nezha, kalo tak kena le nanti. hahahahahahaa...
**
hari ni tak masak. beli kat pasar malam je. beli nasi lemak, jagung rebus dan apam balik. ok la tu kan. tu pon tak habis. huiii...kalo kata nezha turun berat badan efek ke saya boleh le jugak. hehehehe...aghhh..manusia ni tak pernah puas. kejap nak kurus. kejap nak gemok. macam2 perangai.
**
ok la...tunggu obek ni. love you so much!!!!!

Wednesday, October 17, 2012

dua beradik...




hehehehhee... dua beradik tak sama mak tak sama bapak tapi sama daddy dan mummy. huhuhuuu.. sekor tu itam beno apa pon tak nampak..nampak mata je dengan mulut sikit. muka pon macam nak bunuh orang je gangster semacam.  yang si kuning penakot tahap nirwana dok la tengok si hitam takot2 kalo si hitam mencekau dia, so dia get ready nak melompat le tu. gambar yang very very rare untuk diambik. bukan main payah. berapa kalo shoot baru boleh dapat. kalo tak asyik le bergerak menggeliat si elly tu. geram sungguh. yang tengah baju euro2012 itali tu daddynya ye. baju bola bukan main banyak tapi tak pernah pon main bola. huhuhuhuuu.... mummynya tukang tangkap gambar sambil cheer up kat depan macamkan cheer girl mintak perhatian. puhhh.... entah bila nak berbaik berdua ekor tu. bercekauuuuuuuuuuuuu 25jam sehari. pantang nampak bayang. kalo saya baring tido memasing berebut2 nak tido dekat. ahhhh..tensen. tak boleh orang nak berdating2 romantika sikit. ada je yang mengacau. anyway... sangatlah sayang mereka. terutama yang tetengah baju itali tu kan. hikhikhikkkk... ok la..tu je nak cakap. tatap le gambar budak berdua beradik ni. tangan sesama besar sekali pelepok kat muka saya memang perit juga rasanya.

Monday, October 15, 2012

masih sakit gusi..

mmmm... takde gambar. sakit gusi. still bengkak. perot lapar kruk krek pon tapi susah nak makan. apakah boleh kurus akibat dari kejadian ini? hahahahahahaa..... aduhhhh..kalo bangun pepagi tu lagi terasa sakitnya. takpe la..kurang sikit bercakap. obek suka la sebab saya kurang membebel. pftwftttt...nyampah. weekend biasa je. balik rumah ma. masak sambal ikan keli. aduhaiiiii...sedapnya. saya dapat makan sikit je. uwaaaaa...sedihnya. nezha still tak berapa elok bulunya. haihhhh..ubat dah sapu, dah bagi makan, dah mandi..still tak elok. susah hati la.  ok la..kali ni tulis sikit je. takde mood. bye!

Thursday, October 11, 2012

sakit gusi ke sakit gigi?...

hello...
dah 2-3 hari ni gigi tak sedap. selama ni gigi adalah sedap. tapi entah terletak perisa apa terus gigi jadi tak sedap. hahahahaha...apa la saya membebel nih. aduhaiiii...memula gigi rasa ngilu2, pastu macam sakit sikit. pastu gusi lak rasa sakit. now, s sakit gigi gusi cam ni baru tau nikmat makan dah takde. hehehehehehhh...
*
tu gambar nezha lepak2. tompok2 bulu gugur masih ada. bukan setempat. hari ni kat sini, sapu ubat elok. esok jadi kat sana lak. bersilih ganti. so, saya susah hati. dah beli ubat tambahan, sapu kat tempat tu. so, bila sapu saya akan pakaikan dia collar untuk semalaman. ye la...takot dia jilat ubat tu. walopon situ tulis takpe kucing jilat tapi saya still takot. jadi, bila dia guna collar tu..dia jadi naik hangin. hehehehe...marah2, merajuk, tendang sana sini. protest habis! arghhh...saya keraskan hati je la. kalo ikut hati sayang sangt tu apa pon tak boleh jadi nanti. bukan nak seksa dia, demi kesihatan dan kebaikan dia juga. yang si elly pulak bila dia tengok nezha guna e-collar tu, lagi nak menghanjing nezha. pegi dekat2 dan ketok2 e-collar member. apa lagi. mengamok tahap dewata la si nezha. hahahaha...saya jadi pengadil. lantak la korang nak bergusti pon.
++
obek macam biasa. busy je memanjang. projek ada yang kena sabotaj. hehehehe..macam2 manusia ni. tak boleh tengok orang senang sikit. busuk hati tu wujud segar dalam diri. terima kasih je la. kesususahan yang korang hadiahkan pada kami sekarang, bakal menjadi kesenangan pada kami di masa hadapan. walopon nak redha, tapi bengang tetap le ada. gila ke apa kalo orang buat kita tak bengang. tapi sabarkan je la diri. kepada manusia keturunan monyet yang sakit ati tu...bertaubat la sebelom mendapat balasan nanti. haiyokkk...tak tauuu...berani ke nak jumpa obek minta maaf depan2 dan mengaku salah? hahahahahaa... pikir sendiri e.
**
apa lagi nak cerita. cerita sakit gusi udah, cerita nezha dan elly sudah, cerita obek pon udah... mmm..rindu kat ma. huiiii..sapa yang tak rindu kat ma sendiri kan. tu mesti hilang akal tu. tapi ye la..masing2 ada alasan tersendiri. saya rindu je. heheheheheeee...ok la. nanti sambong lagi. sakit gusi ni nak makan hapa oiiiiii....dang fasa gusi bengkak. best tak? mesti la best....kalo korang tak caya, cuba try test gusi bengkak rasa apa. syahdu wooo..huhuhu..nangis takde kuar ayer mata. nak katup mulut pon sakit. hishh...gigi belah bawah belah kanan yang hujunggggggg sekali. dah tua2 ni baru le macam nak tumbuh gigi pulak. so, gusi sakit bengkak. nak makan pon tak sedap. perit rasanya. baru tau camne rasa seksa bila nikmat makan ditarik. tu la..lain kali kalo makan sedap ke tak sedap jangan komplen banyak. makan je. bila dah kens

Tuesday, October 9, 2012

gegambar masa makan...



hello...
saje je nak menulis. sementara boleh di upload download gegambor ni kan. esok2 kabel dah hilang lenyap or ada masalah2 dunia yang timbol tak tau bila la lagi pulak nak load gambar dalam blog ni. huhuhuu.... wokeh, ingat lagi tak entry saya pasal memakan beberapa minggu lalu? hehehhee.. baru le hari ni boleh di letak gegambarnya. sebenarnya banyak je gambar, tapi biasa la.. semua pon kena sensored sikit. tu gambar nezha tido atas meja. ewah ewah ewahhh.. senang hati nampaknya ye. orang sebok masak kat dapor dia bantai tido. time ni elly takde. dia kan penakot. bila nampak outsider lagi le dia kelam kelibot lari menyorok. nyorok masok cage dia. masok sendiri okeh. gila penakot mamat tu. entah ke apa kenanya.
*
so, tengok le gegambar. hehehehe.. takde la banyak masak tapi kecohnya tu macamkan kenduri kawen. huiii.... macam ni kalo pompuan lembek macam saya. saya macam boleh la kalo buat kerja laju2 tapi bila ada orang lain kat dapor terus jadi macam serba tak kena. pegang itu salah, pegang ini salah. itu jatuh ini jatuh. hehehehe..korang pon macam tu gak ke? kalo takde orang tu senang je bersilat sendiri. entah le ye kenapa. huhuhuuu




macam2 makanan adaaaaaa.....




so, tu je la ceritanya. bila di tengok2 balik gegambar ni...aduhaiii.. macam nak je makan lagi. hishh..camne la nak kurus ni. asyik la makan, makan dan makan. eh..tapi kan.. saya pelik la. makan takde la banyak sangat. tapi berat badan tetap naik. kenapa ha? memang macam tu ke?
*
apa2 je la. janji sihat, ye tak. takmau la over concious pasal berat badan. cuma jangan terlampau2 udah le. obek gemok takpe, jangan saya. hahahahahhaa... eh.. cakap pasal obek tu kan, dia tu tengok mood juga nak makan banyak tu. kadang tu sikit je makan. kadang tu bertambah2. dia makan tak susah, cuma laoknya mesti ada berkuah dan pedas. which is tu yang saya pening. huhuhuhu..biasa saya akan masak 2 jenis laok. 1 jenis berkuah, 1 lagi kering. dan salah satu tu mesti pedas. saya takde pedas takpe..nasi dengan telor mata je boleh jugak. tapi obek tu kang terkebil2 je dia makan. hahahahhaha.. takde la.. saya kan isteri mithali..mesti masakkan laok haibat2 untuk dia (haibat la sangat...) kadang2 naik pening dan jemu taktau nak masak apa. eee...runsing. biasa by 7pm tu masih sempat lagi masak. alahai..masak untuk berdua je banyak mana sangat la... tapi bab mengemas dapor tu sama je dengan masak untuk 20 orang, semua nak kena kemas, nak kena lap. stress tau tak..streeeeeeesssssssssss.....habis, kalo dah percik ke dinding takkan nak dibiar je bercop2 tu? harus di lap juga. lantai dah percik camne? harus di mop juga. aduhhh..takmau la dapor berselerak. nak le kemas cantik macam kat tv tu. biarpon dapor kecik sejengkal tapi biar la sedap mata memandang. echewahhhhh.... harap nezha tu jangan la.. lagi menyepah ada la. dia ada kerusi special kalo time masak nanti dia bertenggek le atas kerusi tu memerhati saya masak. macamkan mandor besar. ke kiri ke kanan kepalanya ikut gerak langkah saya. eeee...geram!
*
ok.. dah habis membebel untuk bab ini. sekian terima kasih. wassalam.
*
obek..bila nak pi holiday ni????

Sunday, October 7, 2012

two culprits of the house...



hello...
dah lama tak menulis.. banyak perkara yang berlaku. yang happy, yang tak happy semua ada. biasa la namapon kehidupan. kalo kejung je semua tu maknanya memang dah kejung le tu. hahahhahaaa....
*
wokeh... as referred to the title.. introducing our lil two culprits of the house... nezha the super jealous busuk guy and elly  the super penakot muka je macam gangster. hehehehhehe... now.. semua kucing kat rumah dah takde. ada yang dah lesap, ada yang dah hantar kampung, ada yang dah innalillah... so, sekarang tinggal le mereka berdua aje. dua-dua dok dalam rumah. since neji mati hari tu... rumah rasa sunyi. dan dengan itu, elly secara official telah masok dalam rumah bersama2 nezha. aduhduhduhduhhh.. gamat wehhh!!!! nezha is so one super jealous cat! asyik bergaduh, lansung tak boleh nampak bayang elly. opss.. fyi, elly is boy okeh.. saya dah salah bagi nama. huhuhuhu...ingatkan gegirl, sekali dah lelama baru tau boy rupanya. cheh... balls pon still there. apa la saya ni.. anywayyy... elly ke, allan ke, yang pastinya manja sangat. dulu pon manja juga tapi dulu dia dok luar. petang2 je baru dapat bermanja, but now kalo boleh 24 jam nak dok dalam kain saya je. dowhhhh.... nezha memang bengang habis dengan mamat tu. apa boleh buat. kalo balik petang nanti tengok la bulu habis berterabur.. akibat dari kesan bergaduh. kalo saya ada pon diaorang gaduh juga. sampai saya sendiri pon jerit tak boleh nak lerai. habis luka2 badan saya. nezha yang menyerang okeh. memang dia anti betol dengan elly. elly pulak, muka je macam gangster, tapi penakotnya masyaallah tuhan je yang tau. hishhhh...
*
since elly dok bersama, nezha telah diserang oleh... KUTU!!!!! yeap! best kan. bertahun saya bela nezha tak pernah kena kutu sekarang kena terok. elly le yang bawak. dah bawak pi klinik, bagi ubat. elly dah ok tapi nezha pulak dah bertuakr jadi worse! dah kena macam yang bulu2 gugur setempat2 tu. euwwww... ngeri la. doktor kata apa... parasit? fungus? entah le.. doktor cuma bagi ubat makan dan ubat mandi je. mujur senang nak mandi tapi saya takot dan ngeri tengok bulu dia gugur. owh tuhan..tolonglah! katanya memang akan bakal gugur lagi..lama baru boleh elok. ye ke? to those mummy cat kat luar sana..tolonglah saya bagi solution. i wonder why doktor tak bagi injection ke apa ke. memang macam tu ke? uwwaa.... if its because of stress.. yeap.. i admit. since elly is in the house, memang nezha super stress. maklum, dah kena share manja2 dengan elly pulak. aduh.. camne nak settle ni. nak kata because of rumah, dah habis bersih dah rasanya rumah tu. hari2 pon mop, sapu. sarung sofa pon every 2 weeks memang basuh semua. tempat poo poo pon bersih. tempat makan minum  pon bersih. manusia nak pinjam pinggan dia pon boleh jugak kalo nak makan. so apa lagi. saya risau la nezha ni.
*
okeh..berbalik kepada cerita those two culprits tu... since dua-dua pon super manja, bila saya duduk je berebut2 le berdua tu nak dok kat riba. bila dah berebut, bakal bergaduh. bila dah bergaduh, perot saya le jadi tilam dunlopilo diaorang. sakit hokeh kena henyak2. tak caya cuba la try. elly tak berapa nak sangat dengan obek. obek kan garang. hehehhehe... kalo dia dengar je obek bercakap terus lari bagai nak rak. walhal orang tua tu cuma bercakap biasa je. dia ingat obek nak marah dia. huhuhuhuhuuuu... apa pon, dua-dua saya sayang. cuma saya harap lemas ni mereka tak bergaduh lagi. tu gambar yang duduk berdua bertentangan mata tu cuma lakonan semata. memang bertuah sebab dapat snap that moment because right after that depa berdua bercekau. sapa mangsanya? saya laaa... mmmm.. what to do..
*
okeh.. nanti2 tulis lagi ye. sapa ada petua bagi bullu nezha tak kena fungus tu tolong bagitau. jasa anda dikenang. im happy with those two culprits walopon penatnya double coz sepahnya bertambah. owhhh..sayang semua. sayang obek juga! hehehehe...

Monday, October 1, 2012

makan sampai sakit perot...

hello...
lama pulak tak menulis ni. dah tu takde apa yang menarik yang nak ditulis. semuanya biasa2 je. tapi kadang bila baca blog orang nampak banyak betol kejadian yang mereka lalui dalam masa sehari...sampai boleh buat banyak entry untuk kisah sehari. hehehehee...alaa...saya biasa je la..since weekday tu biasa je, so weekend tu ada le juga kejadiannya. huhuuhuu...since ada tetamu yang nak datang makan2 on saturday, gigih le saya ke kedai cari bahan masak. alahai.... yang datang tu sorang je pon tapi menu permintaannya tu ngalahkan macam 100  orang! hahahahaha...saya ok je la. suka if meriah2 ni. biasa kalo makan, saya tengok obek, obek tengok saya. pastu sama2 tengok nezha. hahahahaa...
**
so, jumaat petang tu kononnya ke pasar malam, nak beli bahan masak. sekali tengok harga ikan amboiii...ngeri. huhuhuu..ingatkan pi pasar malam dapat harga murah, rupanya lagi mahal dari beli di pasaraya yang selalu kepoh harga murah tu. huhuhuu... so end up beli ayam dan sayur2 je. so, sabtu pagi tu ajak obek pegi kedai yang selalu saya pergi beli ikan. kedai tu harga ikan agak boleh tahan dan ikan pon boleh tahan segar, idak le perot lembek ke apa. cantik je rupanya. so, balik dari situ dah tengahari. sebok pulak nak membaking! habis, kata dah ada ohben, harus le nak jamu tetamu dengan kek home made. tetamu pulak permintaan kek tak agak2...ngeri makcik dengar. haiii..bila la nk letak gambar kat sini..nanti orang kata saya propah lebih pulak. huhuhuuu.. nanti le kalo ada kesempatan, saya letak le. so, balik tu trus bertukang kat dapor. obek pi kerja..saya dah pesan suruh balik jangan lambat sangat.  so...saya telah membaking pumpkin pie dan snickers cheese cake! amacam? tak percaya?? percayalahhhhh....takde tipu punya. tapi since cheese cake tu buat lambat so tak berapa nak firm sangat. dia yang cantik tu kalo buat dari malam tadi then sejukkan dalam peti ais, so, bila kuar cantik le. ala...takpe la..kata first time buat cheese cake, next time tau le. tapi...kedua-duanya adalah menjadi dan sangat sedappp...tetamu saya makan sampai geleng2 kepala sebab sedap. hahahahahaa... baru nak mula masak laok, dia pulak sms cakap taktau jalan ke rumah. haiyooooo...saya pulak nak explain tak reti sangat. end up saya pi jemput dia setengah jalan. hehehehe... dah sampai rumah baru le kami masak sesama. so, menu untuk dinner malam tu...... gulai lemak ayam, ikan bawal goreng, ikan pekasam, sup cendawan, sambal cili api kering ikan bilis...fuh..berpinau makcik masak semuanya menu pedas! pengsan!!!! dah siap masak, obek lak belom balik2, so buatkan cucur ikan bilis dulu sementara nak tunggu dinner. by 7.30pm, obek pon balik. lepas tu kami semua serbu meja makan tak hingat dunia! hahahahahaha...semua orang tambah nasi wooo..sedap lak saya masak. muwahahahahahaa....lepas dinner, lepak kejap so baru makan pumpkin pie dan cheesecake tu. fuhhhhh...memang senak. malam tu nak tido pon payah. guling2 nak menyedapkan perot.
**
pagi ni, buat lempeng cicah dengan kuah ada sikit lagi belen gulai lemak ayam semalam. huhuhuu..pon still sedap. pastu teman obek pi buat kerja dia. nyampah! dah malam baru balik. sian nezha dok rumah sorang gelap, sebab tak expect nak balik lewat. hehehehehee.... tapi just tapau je dinner. beli tu apa namanya popeye..ala..dia macam kfc jugak. tapi...tak sedaplah!!! patotla sunyi je takde ramai orang. hehehehe... now dok melepak sambil tengok tv. hoiiii...apassal le tak tido lagi ha??? hohohohoooo...ok la tu je nak cerita. nanti sambong lagi. selamat hari isninnnnnnn!!!!!!
**

Tuesday, September 25, 2012

dapat duit palsu!!!...

heiiii...ini memang mendatangkan kemarahan sungguh! sakit hati okeh. tapi bukan saya la...obek yang dapat. hehehehee... entah le dapat kat mana, balik rumah nak kira duit sekali tengok eh..apsal yang satu ni lain macam je. serupa tapi tak sama. haa...sudah. mula2obek cakap saya tak percaya, saya kata duit betul cuma macam dah lusuh kaler dah pudar. sekali tengok kat cahaya, ada pulak line yang yang kat tengah tu kan. so, saya pelik le. tapi bila perati memang sah le duit pelesuuuu..kertasnya nipis, kecik beberap micro mm dari duit asal. kalernya agak pudar. puiiii...memang dasar penipu betol la. agaknya ni le duit 'black money' yang orang dok hebok suatu masa hari tu. duitkan cepat bergerak. tuptup....dapat sekeping kat kitaorang. 50 hengget pulak tu! kalo singgit boleh le lagi buat tak kisah. haaa..ni sekarang camne? rugi woo dah tak boleh guna dah. tak berani saya nak guna. nak bagi kat orang kedai? huii..tak pasal2 je menipu orang kedai. kesian orang. alahaii...kita je yang kesian kat orang, tapi orang tak kesian pon kat kita. huhuhuuumasok je la tabong nezha jawabnya. hahahahahaa..mamat tu bukan reti guna duit pong. saya simpankan, hujung2 saya jugak yang korek balik---on his behalf le. hahahaha..taknak ngaku guna duit nezha. so, pada semua, berhati2 la. ni obek la ni jenis nak cepat je. orang bagi duit tu cuba kira betol2 satu per satu, so takde la rugi macam ni. tensen makcik!!!! hoi badigol penipu umat buat duit palsu, awas ko ye kalo kena tangkap! guwa ikat lu tengah highway kasi lori gelek baikkkk punya!

Thursday, September 20, 2012

teringin punya pasal, cuba juga...menjadi!!!

hello...
hari tukan masa hantar adik obek kawen tu...masa lepas2 makan lepak kejap la. sekali tu ternampak le makcik ni makan wajik. dari kejauhan dah nampak macam kompom betol la dia makan wajik. huishhhh...sedapnya terasa2 kat tekak.  so, saya pon pegi le ke depan. hehehehe..saya makan kat meja belakang, meja tetamu biasa je, tak duduk pon kat meja untuk family lelaki. takpe la...bagi peluang kat makcik pakcik yang tua yang lebih layak dok kat situ. saya dengan obek dok kat meja biasa, dekat dengan meja buffet. hehehehehe..lagi senang nak makan boleh ulang alik banyak kali. so, masa tu pengantin tengah tangkap2 gambar le kat dalam rumah, so, table kosong. saya pon menyempit je la. ada nampak wajik tu. terus rasa. wahhhhh...sedapnyaa..lembut2 cair. macam yang saya suka. saya suka wajik lembik macam tu. tak suka yang keras bila gigit pulut melekat kat gigi. hahahahahahaa...so, saya pon bantai le makan wajik tu. habis sekerat. hish hish hishhh..bini sapa la tu. sesambil makan wajik, sesambil ajak obek rasa juga, sesambil pelawa orang sebelah merasa jugak. nyumnyumnyummm...ingatkan masa balik kot la ada dibekalkan wajik sedap tu. sekali nan hado!!! takpe la..lagipon itu hidangan kat meja pengantin. huhuhuu..so, sampai rumah teringat2 le wajik tu. hati teringin nak buat. tapi tak reti. saya memang tak pernah masak wajik ni. makan je tau. lagipon tengok macam susah je. nak kena kukus2 pulut la..alahaiii..lecehnya.  tapi sebab teringin punya pasal, dikuatkan juga semangat. mana tau untung hari panas, menjadi wajik saya, kalo untung hari hujan, tak menjadi le. sebelom tu dah inform obek awal2. kalo saya buat wajik ni tak menjadi, keras kejung, onek mesti habiskan! hahahahaha...terok betol siap paksa2 obek makan bagi habis. obek kata ok. wahwahwahhh..mencabar betol ni. so, bermula la sessi sekodeng resepi kat tenet. klik sana, klik sini, baca sana, baca sini..haduhhhh...tengok bahan senang je. gula merah gula putih dan santan. tapi nak membuatnya tu...huii..belom ada keberanian. boleh je suruh ma buatkan, tapi kesian pulak kat dia. huhuhu..anak mithali sungguh ni.  so, bila dah baca banyak2 dan pastikan serta dah siap bayangkan caranya, saya pon rendam le pulut. ikot sebijik2 resepi. takot tak menjadi. huhuhuu... esoknya, bermula la adegan di dapor. kukus pulut. katanya kena kukus lama supaya pulut masak. wokeh. saya bantai 1 jam kukus. kalo tak masak juga taktau nak cakap apa dah. pas tu buatkan air gulanya. then masak le wajik tu. wahhhh..masa mengacau tu tak putus2 mulut doa  harap menjadi. tapi spoil le takde daun pandan. perisa pandan pon takde so saya hentam boh perisa ros. boleh? hahahahahahaaa... lantak le. janji ada bau. kacau punya kacau, so endingnya-----menjadi wajik saya!!!! yahooooo...lompat2 kat dapor. buat lembik2 cair macam yang saya suka. yahooo..yahooo..suka sangat. tak sempat sejuk saya dah bedal semangkok. hehehehehehehee... aduhai..tapi lepas ni rasanya malas le buat lagi melainkan kalo teringin sangat. sebab saya malas kukus pulut. baca kat tenet ada juga yang  tanak pulut, dalam rice cooker lagi. tapi...bila pikir2, best ke? menjadi ke? ori ke tak? kang nak senang, nak senang kang lansung tak menjadi. lagi penat. huhuhuu... tapi takpe la. ni dah menjadi wajik lembik saya. sedap wohhhh!!, ada bau2 wangi ros lagik. hahahahahahaaa.. suka! suka! suka! so, gitu le kisah teringin wajik saya. huhuhuu...orang lain masak wajik 20-30kilo relax je, ni baru masak 3 cawan pulut dah heboh seantaro dunia. ahhhh...biar ahhh..hehehehehee...jom, sapa nak wajik sedap mari sini...nyum..nyummmmmmmmm...

Tuesday, September 18, 2012

aloq staq-johor lagi...

hello...
actually tadi dah tulis dah, tapi ntah la. cursur ni macam tak boleh gerak ke bawah bila nak delete. bencilah guna benda nih. menyampah! payah beno nak edit2. eeeee...so takpe, ni nak cerita ni pasal pi hantar pengantin lagi.
**
jumaat lepas, lepas sembahyang jumaat, gerak la kami ke alor star lagi. hantar adik obek nak menikah. haaa...bawak pengantin lagi kita ye. hehehehee...letihnya. singgah kat kerling amik makcik obek then terus ke alor star. sampai sana dah malam. sebelom ke homestay, singgah makan dulu. kedai tak sedap. nasi mentah, dibuat nasi goreng hangit pulak tu. spoil selera sungguh. kitani dah le penat, datang dari jauh, dibagi makanan macam tu. nak meniaga tu elok2 la. kita pon bayar bukan minta makan free je. dah tau nasi mentah pon nak dibuat meniaga pulak. bencilah perangai orang macam ni. tu sapa dok alor star tau le kot, kedai sebaris dengan kedai arab..depan kedai tu ada kedai rm2. haa..pi carik sendiri. saya memang serik takkan makan situ lagi. tak berbaloi keluar duit makan kat situ.  lepas tu terus ke homestay. cantik homestay tu. sesuai la untuk sekeluarga stay hantar pengantin. besar tak besar, kecik tak kecik. sedang2. kawasan p**
esok paginya, bangun pepagi. nak merepair hantaran yang dah merebeh sebab perjalanan jauh tu. nak susun2 buah le nak ikat2 bunga la. lepas tu lepak kejap, by 10am, semua dah siap. sebab katanya nak nikah pukul 11am. lepas tu gerak le kami kat masjid. sampai sana dah ramai orang. owhh..rupanya dari group lain. pagi tu je ada 3 pengantin. kami yang nombor 3. hehehehe..sesambil tunggu giliran tu, saya pon mendengar le cara orang belah utara menikah. lawak tok kadinya. bagus la. kurang sikit nervous pengantin. kejap tu, tiba la giliran adik obek pulak. lafaz 2 kali. yang pertama tu diaorang kata dia jawab laju beno, so, suruh lagi sekali. hamboih...tak sabar2 ko ye. hahaha..yang kedua pulak, tok kadi lak salah sebut nama. boleh lak nama pompuan dulu baru lelaki. hehehehe...semua orang gelak. agaknya tok kadi tu dah pening le tu. lepas dah selamat semua, amik gambar le pulak. lepas tu gerak le kami ke rumah pengantin pompuan untuk acara apa lagi...acara makan2 lah! menu meriah. ada nasi putih, nasi minyak ke tomato? huhuhu..tak pasti. laok daging rebus cicah air asam, kari ikan, dalca, ikan goreng, ulam2 sambal belacan, jeli kelapa, kuih, buah oren, tapai dan air sirap. owhh..ada gak ketupat daun palas dan rendang ayam. haaa...lepas makan, amik gambar, tukat hantaran semua, by 3pm kami pon gerak balik. pengantin tinggal la. wat pe lak ikot balik kan. hahahahaa...
**
perjalana balik pon memenatkan. mata mengantok, letih. singgah kat rumah makcik obek, obek terlelap. saya pon ikot lelap jugak. ye la..sepanjang perjalanan saya tak tido. teman obek drive. orang lain dalam kereta semua berdengkor. ciss..kecian obek. lepas maghrib, teurs shoot ke kl. singgah rumah saya kejap, kemas nezha, balik ke johor pulak hantar pil. sampai jojor dah 12++am. mmm..saya dah pesan awal2 kat mil, esok takyahn buat breakfast la, nak bangun lambat. hahahaha...dia ye kan je. memang letih. esoknya memang bangun lambat. tak le lambat sangat, pukul 9am dah bangun. lepak kejap, teurs masak untuk lunch pulak. menu sambal tumis sotong, goreng ikan, tumis sawi dan goreng tempe. mmm..lepas lunch dan zohor, kami pon gerak balik ke kl. sebelom balik, singgah dulu makan mee bandong. hahahahahahaaa.. sampai kl dah petang. kemas nezha lebih kurang, lepak baring. malam tu tido mati. kebetulan saya kena selsema. obek bagi saya makan ubat, terus tido tak sedar apa. obek keluar pegi makan sorang pon saya tak sedar. huhuhuuu..puas hati dapat tido kat rumah sendiri.
**
esok paginya, balik rumah ma pulak. makan lagi le jawabnya. ma masak ikan masak tauchu dan rrebus pucuk ubi. petang saya buat cucur udang pulak. sambil petik mangga depan rumah. baru nak minum petang, jiran lak datang berborak. huhuhuu..langkah kanan le jiran tu. makan sama2. sedap! malam lepas maghrib, kami pon balik sebab obek ada kerja malam tu.
**
so, hari ni macam sembab je rasa. ntah terlebih tido ke, terkurang tido ke. aduhai..letihnya jalan jauh2 ni. nanti bulan 12 nak pergi lagi. majlisnya pulak. kenapala tak buat je sekali terus. entah la. pening kepala. apapon, kepada adik obek, nizam serta pasangannya diana, selamat pengantin baru!!!erumahan baru nampanya. haa..yang tu boleh pergi lagi. harga pon boleh tahan. malam tu iron baju dulu seba takot esok tak sempat.

Wednesday, September 12, 2012

engagement anniversary...

hello...
ahaksssss...dah kawen pon masih nak bercelebrate engagement anniversary..gatal sungguh. eh, biarlah...sukati kita la kan. bukan nyusahkan orang pon. huhuhuhuuu... hari ni 12/09/2012 genap 2 tahun tarikh bertunang dulu. wahhhh...mengimbas kenangan lama sungguh. kejap je saya bertunang dulu. 12/09/2010 bertunang, pastu 18/12/2010 nikah. cecececewahh...lebih kurang 3 bulan je bertunangnya. hahahahaaa... tu pon mujur bertunang, ikot saya nak tunang kejap je before nikah, tapi ma kata no way bebeh..u must follow step by step procedure. echewahhh... yo laaaa..ikot je la. so, gitu le ceritany. masa bertunang dulu ramai gak orang. dah macam kenduri kawen lorrr... kawan2 ma datang ingatkan memang kenduri kawen, sekali bertunang aje daaa... memang saya tak cerita pon kat blog masa saya bertunang dulu. tup tup....cerita pasal kawen. hehehe..saje la. orang kata waktu bertunang tu macam2, so kita diam2 sudah. sapa pon kawan saya tak tau. mmmm..tetiba je hantar kad kawen kan. surprise!!!! bila dikenang2, seronok juga ye. owhh...itu la pengalaman hidop, melalui pelbagai fasa dalam kehidupan. lepas ni anniversary kawen pulerk. wahwahwahh...kejap je dah nak 2 tahun jugak. mmmm..tu kena tunggu december baru boleh cerita. som malam tadi minta hadiah kat obek. obek dah juling2 mata, hujung2 dia kata...haaa..tadi obek dah belikan murtabak besar..kira hadiah le tu ye. lorr..macam tu pulak. murtabak hadian anniversary? nyampah tau. saya jawab..bolehlaa..macam tu tadi oby dah bancuh ribena pon kira hadiah untuk obek la jugak ye. hahahahahaa... baru le serasi, sorang bagi makanan, sorang bagi air. kalo makan tercekik, boleh minum air. kalo minum banyak boleh makan pulak. gituuuu... apa2 la obek, janji kita bahagia. so, happy 2nd engagement anniversary to us..oby n obek!!! love you!!!

Sunday, September 9, 2012

fuh fuh fuh..kenyangnyaaaaaa....

heheheee...melampau ke tajuk? tak la.tu sekadar menyatakan perasaan perut yang sangat kenyang sampai nak bernafas pon macam nak mintak nyawa.haaaa..gitu... senak. hari ni memang hari makan namanya. dari pagi sampai ke malam, makan, makan, makan. sungguh alpa manusia ini. syukur la ada makanan...sesetengah orang hari ni mungkin sedang mengikat perut menahan lapar...mungkin kerana tiada apa yang boleh dimakan..mungkin kerana tiada duit untuk makan... mungkin kerana tiada selera...manusia punya pelbagai alasan. insaf sebentar...
**
namun begitu, kisah hari ini tetap mahu diceritakan. huhuhuuu...hari ni pagi balik rumah ma. patutnya balik petang semalam la...macam biasa2 tu. tapi obek semalam ada hal, dan balik lak penat, ditambah dengan batuk selsema dia, so, dia tertido. tak sampai hati nak gerak. ok laa...saya call ma bagitau tak dapat balik petang tu, balik esok pagi je (hari ni le tu kan, ahad). so, dah senja tu kejut jugak obek. melampau la if tido senja2 ni. saya pantang betol...kalo tido time senja, dan kalau bangun lambat matahari dah cucuk bontot pon tidooooooo jugak lagi. huiiii...saya tak suka macam tu. pada saya, bangun pagi, buat le apa2 benda ke, pastu kang dah tengahari if nak tido pon tido la. haaa...gitu. so, kejut obek dan pergi pasar malam. beli makanan. hehehehe...saya malas masak. malam, lepak tengok dvd. bantai la...
**
pagi ni baru gerak balik rumah ma. call ma tanya kot ada benda nak beli. ma kata takyahhhh..ma baru balik pasar ni dah beli macam2 ikan. tanya ma nak masak apa? ma cakap nak buat pecal. yahoooooo...sedapnya. melompat2 sambil diperhatikan oleh nezha. hahahahaa...so, gerak la kami. sebelom sampai rumah ma, singgah klinik dulu coz obek nak amik ubat. mmmm...klinik lak tutup. so obek hantar saya dulu then kuar balik pi klinik lain. saya sampai je rumah ma terus sinsing lengan le tolong apa yang patot. tu dia....jadinya menu hari ni ialah...pecal,  goreng ikan bawal, tumis lala dan gulai tempoyak udang campor petai. haaaaa...makan sampai nak pengsan. buat air kurma. eh...sedap le pulak. ingatkan tak sedap. hehehehe...senang je, rendam jap buah kurma tu bagi kembang, then rebus la. tadi takyah bagi gula pon dah manis. manis2 buah la. if nak lagi manis letak le gula. ya allah..sungguh kenyang hari ni makan. lepas makan lepak kejap. petang, ada orang datang ntah le beraya ke, datang jumpa ma ke...layan je la. lepas orang tu balik, kami pi lak rumah jiran belakang rumah...ada buat open house raya gitu. wahhhhh...ramai orang. hehehehe...meriah. budak2 pon ramai. menunya dia buat simple je...nasi impit kuah kacang, nasi lemak letak jagung, sambal tumis, rendang ayam, mee udang. air anggur dan ada dadih. pastu ada kuih raya la. saya makan sikit je sebab macam kenyang lagi.
**
malam, lepas isyak, siapkan dinner. lauk tadi aaa lagi, cum ikan goreng dah takde. saya gorengkan ikan masin sikit, buat teh o. tu je la. bahan untuk pecal ada lagi. haaa....makan lagi. lepas makan, kemas semua, balik la. bawak bekal lauk sikit, esok senang. kot2terdesak dah ada lauk. memang dasar tau mengabihkan duit ma. hahahaha...ma bagi ikan lagi pulak. owhh...sayang ma. terima kasih ma...i love you. nanti beli la ikan lagi boleh saya pow je bawak balik. save belanja  2-3 hari. hahahaha..memang dasar pengepow punya anak. chehhhh...takpe..nanti saya belanja la ma dia punya top up handphone..adil la tu kan. hehehehe...
*sampai rumah tengok rumah cantik sangat. nezha dah tolong kemaskan. chehhh...tak pasal2 kena lak mengemop rumah malam2 ni. bertuah punya kucing. tak boleh bagi orang senang sikit. baru nak berehat2. so,  now lepak tengok tv...layan je la apa cerita yang ada. obek kuar jap ada hal. biasa la tu. saya baring2 dengan nezha gendut sambil layan blog dan layan tv. esok? my fav day of the week...its monday!!!!!!!*

Friday, September 7, 2012

selamat berhujung minggu...

  hello..
lama baru nak sambung menulis. hehehehee...batuk dah berkurangan. syukur alhamdulillah. dah boleh curi2 minum ais. sikitttttt je. melepaskan teringin sejuk tu. tapi ice cream belum berani lagi. ahaksss... anyway, sekejapan je dah jumaat. esok sabtu ahad. ada yang berkerja hari sabtu, ada yang nak buat open house sempena raya, ada yang pi kenduri kawen, ada yang nak pi servis kereta..macam2 la agenda korang kan. saya taktau lagi. balik rumah ma le tu. apa lagi. rindu kat ma. echewahhh..walhal tiap weekend balik kan. ngada lebih.
**
ok..nak cerita apa ye. mmm..nezha tak kawan saya semalam. sebab saya bagi ubat kutu, korek telinga dan sebagainya. maka dia sudah hot n spicy dengan saya. nampak saya je lari. nyorok celah sofa. huiii....sedih saya tau bila dia tak kawan saya. nyampah!! bukannya kita mendera dia, kita ni nak bagi dia elok hensem sikit. habis takkan nak biar gitu je. tak paham lak dia. hahahahaa..nasib le, suka ke tak suka ke memang itu rutin awak. padan muka. sapa suruh comot. lama gak dia tak kawan saya. saya panggil dia diam je. saya acah2 pakai baju buat2 nak keluar pon dia tak layan dowhh..dia jeling je. huii...keras hati betol. obek balik malam baru le nak kawan obek. ngadu le gamaknya tu. chehhh...tak heran..pi la sana..
**
ok la..saja je tulis sikit. sayang semua. take care..agak2 dah puas beraya tu bawak2 le puasa pulak. ganti yang wajib dulu kendian sunat..wasallam.

Wednesday, September 5, 2012

masih batuk lagi..yahooo...

hehehehe...boleh gitu? batok lagi kita sorak la yahooo..habis tu nak cakap apa lagi..dah taktau nak cakap apa. suara pon dah rock habis ni. kadang2 tak keluar pon ada. nak cakap kat telefon pon bukan main payah. hehehehe..takpe la..sementara je tu. ubat dah makan dah. ubat cair, ubat biji, ubat gula2..sikit hari lagi ok la tu kot. selsema dah kurang. syukur. demam pon dah kurang, cumanya ikot mood dia tetiba je sukahati nak dedor2 pulak. lemah je rasa. huii..lama dah tak demam macam ni. tapi obek ok je. ni jangkit dari dia, tapi last2 dia ok saya pulak yang berlarutan. tapi takpe la..saya sakit takpe, jangan obek yang sakit, lagi saya risau. obek suka la kalo saya sakit demam ni..sebab dia kata baru ada senyap sikit. hamboiii...tak sayang mulut orang tua ni ye. hahahahhaa...ye la..saya kat rumah kan asyik la bercakap je kerjanya. bila tak sihat ni, belom apa2 lepas isyak terus tido. so, aman le dia nak tengok dvd ke, nak tengok channel sport ke, nak tengok wrestling ke, takde orang nak berebut channel dengan dia. tapi yang dia tak tahan kalo saya tak sihat saya ni ala2 ngada gitu...hahahha..nak itu nak ini..tapi dia layan je.
**
nezha ok je. walopon saya tak sihat tapi tugasan menggaru tetap dijalankan dengan penuh dedikasi. dia tengok saya baring je dia pon datang menyempit kat tepi golek2 **
now around 2.30am. belom tido. yeee..belom tido. tadi dah nak tido, tertengok lak cerita india..best le pulak. ala2 sedih gitu. kejap tu obek balik, bawak burger dan nugget. saya dah berapa hari mengeow kat dia nak nugget. tadi dia beli. tapi yang belom goreng punya. takpe la..saya goreng gak pepagi buta ni kan. makan sambil tengok dvd..cerita tajuk hijacked. entah hapa2 je. cerita pasal orang jahat rampas kapal terbang. uuuii..now mata dah ngantok pulak. takpe..kejap lagi habis cerita saya tido. nezha tadi tido but kejap2 bangun..dia mana boleh dengar orang makan, dia mesti bangun jugak. mmmm...ok la..nanti sambong lagi. selamat berkerja semua!!! walopon sakit sikit mesti kerja. buat slow2 ye. byee..jaga diri semua...love you!!!!suruh garu. kadang saya sampai tertido. ye la makan ubat ni ngantok lebih. karang dia marah la. dia gigit tangan saya. adoiii..tak kesian pon kat saya yang sedang tak sihat ni. terok tau mamat tu.  pagi2 macam biasa la..dia kan jam alarm semulajadi saya. cukup time dia dia pon menggaru kepala. suruh bangun la tu. selagi kita tak bangun, selagi tu la dia garu gigit kepala. bagus betol. kadang kalo alarm handphone bunyi saya off je. dengan dia ni payah sikit nak off..takde cara. bangun je la. sayang nezha. walopon suka mendera saya.

Monday, September 3, 2012

demam+batuk+selsema=complete package!...

haaaa....
sudah terkena jangkitan demam, batuk n selsema. start kena jumaat lepas. memula biasa la, sakit tekak je. ingatkan biasa je sebab asyik minum sejuk je. sekali sudah achumm...achumm...da...haa...memula sikit je, sekali malam tu terus tak boleh tido, hidong tersumbat, dengan hingus meleleh..ya tuhan..seksa betol. memang tak boleh tidor lansong. serba tak kena. pastu terus le demam, pastu batok. pergi klinik, amik ubat sebeban. huhuhuhuuu.. sekarang demam dah kebah, selsema masih ada tapi batok pulak bermaharajalela sungguh. batok yang jenis kering pulak tu. takde kahak. tapi bila batok macam nak tercabot tekak ni. perit. sakit. ubat batok sebotol dah habis. malam tadi pi beli lagi sebotol. ma suruh minum air suam letak madu n perah beberapa titis limau. hui...sedap. tapi lepas tu bertambah kuat batok. macam nak terkencing dah everytime batok. hahahaha.. tak senonoh betol. now tengah melayan tekak la. asyik kung kang kung kang batok memekak. bab perit tekak tu yang sakit sangat. huhuhuuu...semoga cepat sihat hendaknya ye. nezha pon dah tak terlayan. mdia datang suruh garu saya dah tak larat. huhuhuu..sian dia. obek le jadi mangsa kena jadi tukang garu baru. hehehee..lama2 obek pon lari everytime nezha datang dekat suruh garu. hahahahaha..macam2 perangai. ok..nak layan tekak lagi ni. huhuhuuu..sakitnyaaa..batokk...tolonggggggg..

Wednesday, August 29, 2012

kembali seperti biasa...


hello...


semua pon dah kembali seperti biasa. rutin harian pon bermula. huhuhuhuu... anyway, ok la tu kan. kalo tak sampai bila nak bersuka ria je. korang punya raya amacam? meriah tak? mesti hebat2 tu. takpe..kejap lagi nak jalan2 pusing blog korang nak baca cerita pasal raya. saya biasa je la. hari ni dah start puasa semula. cepat2 sikit senang. takot terlupa. e**
sok bila dah nak ramadhan lagi sekali puasa lagi. biar berlebih, jangan terkurang. hehehehe...

**

lagi nak cerita apa ni. mmm..nezha. biasa la mamat tu. sejak kena tinggal cuti raya hari tu dia trauma lebih pulak. biasanya kalo dia nampak kita bersiap2 dia pon mesti sebok. this time lagi worse..nampak kita amik towel pon dia dah tunggu depan pintu toilet. bila nampak kita siap pakai baju lagi dia tak tentu arah. kulu kilir mengeow bagai nak rak. hehehehe..apakan daya..kalo kena tinggal tu tetap le kena tinggalkan. habis, takkan nak bawak lak pi beraya rumah orang. huhuhu..nezha, nezha. so notty. bila kita balik je seperti biasa, baru sampai gate dah dengar suara dia menjerit dari dalam rumah. bingit okeh. kesian dia. sayang sangat kat budak busuk tu. ehh..memang busuk la. kadang tak tahan la bau busuk dia tu. hahahahaa.. busuk2 pon tetaplah pujaan hatuku...

Monday, August 27, 2012

ma dah balik...

hello...
camne raya? ok ke tak? jangan nak malas2 pi kerja hari ni ye. dah le hujan pepagi tadikan. memang liat nak bangun. aduhhh...sedapnya selimut. hahahahahaaa... alaa..takkan nak cuti lama2. kerja je la. kat opis pon still ada semangat raya kan. sudah2 la tu. anyway...nak cerita, ma kita dah balik umrah la. yahoooooo...semalam pi amik.
**
kat surat tulisan kata sampai pukul 1pm. so..relax2 kejap, by 1.30pm baru saya gerak keluar. alaa..dekat je kejap dahsampai. sampai lepak2 dulu dating2 dengan obek, sambil berangan kot kita le yang turun naik kapal terbang tu. huhuhuu.angan2 jela.  masa tunggu, ramai nih orang lain pon ikott tunggu keluarga masing2 jugak. wahhh..semua pakat pakai baju raya bling2 nih. sya je jeans n blouse. apakah? belasah je la. maybe diaorang balik dari beraya terus pi kliaamik family yang balik umrah tu kot. kanak2 pon rami. huiyooooo...kira penuh le rrival gate tu semalam. bila nampak je geng jemaah yang satu kaler beg dengan ma dah keluar, baru lesaya pi dekat sikit. tungggu punya tunggu punya tunggu ma tak kuar gak. haihhh...dah agak dah. everytime pon ma mesti last keluar. hehehe.. ye la..dia kan sorang je mana nak urus semua itu ini nak bawak beg lagi. ke**
saya balik rumah ma hari sabtu malam tu. sebelom balik singgah psar mlam dulu. beli laok. ye la..kang ma balik mesti lapar. belisimple2 je dah. ahad pagi tu, pagi2 saya dah asak siap2. saya masak ayam ungkep, sup suon telor, sambal tumis ikan bilis dengan goreng ikan masin. air buat teh o dengan oren. fuhhh..sedap pulak saya msaksemalam. ahakssss...sendiri perasan.  sapa lagi nak puji melainkan diri sendiri. huhuhuuu...petang, kemas2 beg ma. kuarkan segala khazanah tu. ma tak beli banyak. saya pon tak bagi fia beli macam2 tu. nak buat apa. cume beli kurma je banyak. ada la sejadah kopiah sikit untuk orang and dsedara yg datang melawat. hari tu ma tanya say nak apa. saya blur2 je mana tau nak apa. lst2 cakap nak kacang. boleh? alololooo..takat kcang tu kat tesko gaien pon pon ada. hahaha...entah la. itu je yang terpikir. ma belikan. hehehee..dah tinggal sekerat kacang tu saya bedal malam tadi. ma belikan obek serban. hambekkk..bila masanak pakai tu? hahahahahaaa...
**
so malam tadi tido rumah ma lagi. kasi teman satu malam. pagi tadi awal pagi dah keluar. hujan pulak tu. uuwwaaaaa...tensen sungguh.  so, tu je la ceritanya. next year kalo ada rezeki dan umur panjang manak pergi lagi. huiii....cuba belanja saya pegi disneyland hong kong pulak. baru la best. huhuhu...ada harapan kena belasah ni kang.  ok la. next year ma takmao ikot package travel agency ni lagi. amatlah tidak bagus. ada ke kat sana everytime they all kuar mauk bas or hotel intakextra payment. apahal? kenapa tak masukkan je charge dalam pckage tu? dah banyak kali ma pergi ini le first time kena macam tu. ramai yang merungut. ye la..bukan semua oranga ada bawak pocket money banyak. ada yang dah budget2 je sekali kena bayar lebih lak. dah le tu, masa mintak bayaran janji macam2 cakap seua settle la beg semua diaorang settle la, hujung2 kena hangkot sendiri okeh!!! bayangkan orangyang tua2 tu camne le nak bawak beg besar2 tu. entah la..dah bukan niat nak tolong jemaah agaknya, ini dah kita business oriented. kesian jemaah yang tak mampu. agency mana le tu agaknya ye....tu ha...opisya kat kg.pandan..glamer punya. pikir sendiri.
**
apapon, dah selamat semuanya. kalau dulu kita taktau, takpe la. sekarang dah tau, lepas ni memang takkan lagi le kan ikotpackage tu. ada belambak lagi orang buat pakej kat malaysia ni. benar atau salah, tuhan aha mengetahui. tu dia jawab sendiri le.
**
ok la. nak jalan pusing baca blog orag. sepanjag cuti raya i kurang ada yang update blog. wahhh...sakan korang beraya ye. bak sini sikit samperit tu.
**
selamat hari raya...dari nezha and family...sian ma.  dah last baru nampak ma. wahhh..melompat saya. rindu wooo..sebulan lebih tak jumpa.  terus balik rumah. sampai rumah jiran dah ada yang tunggu sambut ma balik. hehehehe...ma sembahyang kejp pastu borak. biasa la tu kan. ma demam sikit campor batuk. pon biasa la tu. sebab pns sangat katanya. badan tak larat. pakkal kita kat malaysia ni pon panas kejung, lagikan katsana. huii..bulan pose la tu. huhuhu..kalo saya awal2 dah surrener agaknya. haaa..tu le beza orangyang ak pergi dengan tak pergi. owhh..takpe2. nanti sayakuatkan semangat ye. hehehehee...

Wednesday, August 22, 2012

NEJI in memory...

salam,

pagi tafi pada jam 9.45am neji dah pergi menginggalkan saya dan kita semua. hancur hati saya. begitu saya menjaga dia tapi akhirnya dia pergi juga. ketentuan tuhan. takpe la...imungkin itu lebih baik untuknya dari dia hidup menderita kesakitan...
**
pagi tadi macam biasa saya nak bagi makan ubat. bila tengok dia dah terbaring je. hati dah tak sedap. keluarkan dia dari cage dan pelok dia. air liur dah meleleh. dia dah mengerang..seksa rupanya bila nyawa nak meninggalkan jasad. kucing yang tak berdosa pon  kita boleh nampak betapa seksanya, apakan lagi saya manusia ni esok bila nak meninggal lagilah azab. pada ketika itu saya masih tak putus harapan. cuba menyuapkan beberapa titis air. tapi neji dah tak boleh menelan. tekak dah tak boleh terima. apa lagi yang saya mampu buat selain dari memelok dan mengusapnya supaya bertenang. saya usap perutnya, kepalanya, pelok badannya, kucup pipinya...akhirnya fia pergi juga ketika dalam pelukan dan pangkuan saya. betapa saya sedih dan menangis ketika itu tak dapat saya gambarkan. hancur hati dan harapan saya. angan2 saya supaya dia sihat seperti sedia kata selepas tempoh makan ubat n rupanya tak kesampaian. saya tak mampu melepaskan pelukan itu, kerana saya tak dapat menerima hakikat yang neji dah tiada lagi, hinggalah obek mengambilnya dari saya menenangkan saya. saya masih tak percaya. saya cakap neji cuma tidor sebab letih. tapi apakan daya..hakikat tak dapan melawan harapan.
**
neji dah selamat disemadikan di sini..di tepi rumah obek. tinggallah disitu wahai anak..rehatlah dari kesakitan. neji yang baik, yang tak banyak kerenah, yang sangat manja..kini dah tiada. maafkan saya andai saya tidak mampu menjagamu dengan baik. walopon neji dah tiada..neji tetap dalam ingatan. masakan saya boleh lupa, anak kucing yang dijumpai bawah pokok ketika hujan lebat..membesar sebagai kucing yang baik, kini dah pergi. sayang neji..rest in peace..sayang neji....

Monday, August 20, 2012

selamat hari raya aidil fitri kepada semua manusia dan kucings....

salam aidil fitri...
hari ni dah syawal yang ke-2, still kat kampong johor daaaa...huhuhuuu...raya biasa2 je. nak cerita pasal kejadian2 yang berkaitan dengan raya...
**
hari jumaat....orang dah kelam kelibut balik kampong, saya masih di kl lagi membawak si neji ke klinik. ye..budak tu became worst within 2 days. sejak balik dari klinik yang masa 1st time kena batu karang tu...kat rumah dia kurang aktif. takmau makan, takmau minum. kencing pon sikit je keluar. huhuhuuu...tak boleh jadi. saya paksa juga minumm bagi guna sryinge. ehh..bagi suap nak pulak minum, suruh minum sendiri dia baring je..apakah?? makan pon macam tu. dia lansong tak mau sentuh makanan dia. saya lenyek2 bagi lembut buat macam nestum tu saya suap. ada le 2 sudu kecik tu dia makan pas tu takmau dah. tu tak berapa risau sangat. yang saya risau kencing tak keluar. dok meleleh menitik je sampai habis bontot dia basah. aduhhhh...runsing la. so, jumaat tu bawak pi klinik.  doktor check urine, kata dah efek ke kidney pulak. aduhaiii...macam2 la. saya dah risau terus burst nangis kat klinik. chehh..buat malu je depan doktor. doktor kata dia dah jadi macam jangkitan tu. disebabkan tu friday, klinik pon dah nak tutup, so doktor cuma boleh bagi drip dan bagi ubat untuk buah pinggang tu. mmmm..tunggu kejap dalam 2 jam settel. tapi doktor dah inform awal2, bila dah sampai stage nimacam ni peluang adalah 50-50.mmmm..apa nak dikata. terkedu je la. kalo dah macam tu ketentuannya, saya tak boleh buat apa. tapi doktor kata kita cuba dulu sedaya upaya. ye..saya pon akan cuba juga. selagi larat dan mampu. sian neji. cuti raya dibekalkan dengan ubat sebeban! saya tengok pon naik pening. bukan pening apa. pening nak pikir camne le gaya nak bersilat bagi dia makan ubat tu. huhuhuu.. dia pandai ok. bagi air guna sryinge dia minum, bagi ubat kang dia kemam2 dah lama sikit kang dia luahkan. geram sungguh. balik rumah kemas semua. malam tu baru le membeli baju raya. kesian saya kan. beli baju last minit ni...ada yang berkenan, takde saiz pulak. yang ada saiz, saya pulak tak berkenan. hahahahahaaa...
**
sabtu pagi..last minit shopping apa barang yang perlu. sebab malam tu nak buat takbir kat rumah ma. biasa kalo malam raya diaorang buat takbir, tahun  i tak tau le ada ke tak. walopon ma takde raya sini, tapi saya sebagai penjaga rumah...chewahh...penjaga katanya...kenala pastikan semua ok sebelom balik johor tu. huhuhuu..kalo tak kesian rumah kosong dimalam raya. tak buat apa pon hidangan. tak larat  nak masak apa. mintak ibu yang masakkan rendang, obek n d geng ada buat lemang, saya pi beli kek dan buah dan kuih raya. tu je la makan jamuan orang takbir malam tu. lepas isyak, dok tunggu orang datang takbir tapi tengok semua orang macam balik. kejap tu obek balik dari surau kata tahun ni tak buat takbir coz pakcik yang selalu buat tu balik kampong. apakah? habis, pasal dia balik kampong so takde takbir la? ada pulak orang lain tapi takmau buat pulak. owhhh...political issue sungguh la tempat ni. anyway...beng and the geng je yang buat takbir. ada le  dalam 10 orang.  jadi la. janji bergema takbir di malam raya kat rumah saya tu. syukur...habis juga diaorang makan. bagus2. tak sia2 berhidang penat sorang. hehehehee... lepas selesai kemas rumah semua..saya pon balik johor malam tu. gerak dalam pukul 11.30pm la lebih kurang.
**
untuk raya kali ni...nezha dan nelly tinggal rumah. saya dah minta anak ibu tolong datang hari2 bagi makan dan buang uk2. dah siap bagi upah awal2. jangan ko tak datang ngah..lapaar si mondok tu kang. huhuhuu...neji terpaksa saya hangkot balik kampong. sebab nak kena bagi makan ubat tu. kalo tak, takde kuasa nak berangkot dengan cage segala. haihh..apa boleh buat..bawak je la. sekali baru on the way, neji sudah kasi berak la dalam kereta. chehh...tak pasal2 berenti tepi jalan buang uk2 semua tu. haihhh..ngalahkan bawak budak kecik. budak kecik senang dipakaikan diapers je. ni camno? hehehehehehee.... neji, neji...macam2 la ko ni kan.
**
pagi raya  pi sembahyang raya. ala..setahun sekali nak le merasa. kalo lelaki lain la..hari2 boleh pi surau, kita ni pompuan baynak halnya. takpe...rupanya style orang sini lain ye pagi raya. kalo kat rumah saya, pagi2 semua dah siap, pakai cantik, table dah siap setting makanan. sarapan dulu baru gerak ke surau. orang sini semalam saya tengok takde apa pon. masih comot2. mmmm...obek nak minum dulu pon takde lagi. saya tak buat sebab malam tu saya tido kat rumah sebelah..rumah kosong yang sebelah rumah mil...sebab bilik saya kat rumah mil tu dah diinvaded oleh mmm..malas nak cakap le. syawal2 ni. buat sakit hati je.  anyway..lepas balik surau baru le ada minum. mmm..tak meriah dan tak best. diaorang sini takde macam kita pagi2 kumpul anak beranak salaman dan makan bersama. sini macM BIASA JE. macam tak raya je. apa pon takde. patot la last year masa obek raya rumah saya dia ala2 culture shock. rupanya cenggitu kaedahnya... mmmm..baru dia tau perbezaan raya camne. huhuhuuu...anyway, lepas tu just lepak je la. ada orang datang, budak2 datang, tetamu datang..camtu le sampai petang. petang, saya tido kejap. hehehee...
**
so, gitu le cerita dah 2 hari beraya. hari ni taktau camne lak. dengar ramai lagi sedara nak datang. takpe..datang je la..kitaorang tunggu dengan kuih raya. hehehehe..
**
rindu sangat kat nezha sampai termimpi2. saya mimpi dia tak cukup makan. merayu mengeow cari makanan. haaaa...hambek..pepagi dah bantai menangis rindu kat nezha. so, mood saya pagi ni agak mondom. neji dah bagi makan ubat dah. sehari kena 2 kali.  ok la...hope cepat balik  kl. dok sini lama pon bukan buat apa..melopong je. selamat hari raya semua..maaf zahir batin andai ada tersalah kata. semoga semua gembira...

Thursday, August 16, 2012

hari ini...

hari ini...

tak bangun sahur...

selsema...

pagi2 dah hujan...

sakit leher sebab tido takde bantal...

sebab bantal acha dah tido kat atasnya...

jadi saya kena mengalah tido sipi2 katil...

sikit lagi nak jatuh katil...

sebab acha sondol2 tolak saya...

siapa yang mengasihani saya?...

sentiasa didera oleh simondok...

sayang punya pasal...

redho je la...

Wednesday, August 15, 2012

lagi berapa hari je ni...

hello..
lagi berapa hari je lagi syawal nak menjelang...sedihkan..rindu ramadhan..plus, tahun ni macam tak berapa ada hati nk berapa. dont knoe why...takpe..dalam takde mood tu menjadi juga kuih raya saya. kata try test ohben baru..harus le kena try. saya dah buat biskot oat dengan green peas cookies. echewahhhh...biskot punya senang tu pon terpengsan2 nak buat..lagikan kalo biskot yg ada kena celop2 coklat..harus terbalik rumah ni nanti. takpe..slow2 belajar.mana tau esok satu hari boleh terror macam buddy tu kan. wahhh..angan2 melampau..takmau kalah.
**
ni tengah runsing pasal neji. nampak tak berapa elok sanagat lagi. lemah je. makan ubat sangat le susah. eeeeeee...kenapa kucing degil makan ubat haa?? dah pelok dah bungkus dah kung fu pon payah juga. kadang ok je masuk mulut. kadang pandai je dia tipu saya. nampak macam dah telan, hujung2 kejap lagi dia spill out pil tu. geremmmmmmm!!! pandai tipu okeh! ada juga try hancurkan ubat masok air..dah dia fobia lak takmau minum air..dia takot ada ubat dalam tu. hehehehehe...cerdik sungguh woh. tapi hara
**
acha ok je. dia suka la tengok orang kena makan ubat. cuba kalo dia yang kena..mencicit. baru nampak bekas ubat dia dah cabot lari dulu. ni dia tak kena..lagi mau datang dekat mengacau orang tu. mana le orang tu tak sakit hati. eeeee... entry sahur lepas raya baru buat compilation. gigih la snap pic every sahur. tapi ada gak yang tak terbangun. nasib la. tahun ni raya kat johor kot. huhuhuuu...coz kan ma takde, belom balik umrah. raya 6 nanti baru balik. camne le agaknya ye 1st time raya pertama kat tempat lain. hope ok je. kalo tak ok saya lari balik kl. hahahahahahhh...
**
apa lagi nak cerita? rata2 orang cuti seminggu straight tu kan. ok la tu. jangan asyik cuti je nanti lemau bila nak naik kerja. pastu tak habis2 nak berapa sampai sebulan. ye la mmg raya sebulan, tapi kalo dah tiap hari nak bersuka ria raya je apa hal pulak.  ok la..mood tak berapa bagus hari ni. macam2 nak pikir..epat le sihat. saya runsing la. saya ni bukan boleh ada benda yg merunsingkan..mood cepat je lari.**


Tuesday, August 14, 2012

neji masa kecik, masa besar...

neji.... gambar masa kecik kenot dengan gambar terbaru..tadi amik. mmmm...dah besar panjang. dah jadi bapak budak pon agaknya. huhuhuuu...sapa sangka budak kecik yang mengeow2 bagai nak rak dari tengahari cari cari tak jumpa2, membawa ke petang senja hujan selebat2 alam...sambong ke malam...mengeow tak henti2. habis dah segala longkang saya menyusup masuk punya la mencari tuan punya suara. last2 pukul 4 pagi masa tu obek baru balik dari outstation kelantan singgah hantar barang, baru saya jumpa budak ni. dok bawah pokok menjerit2. saya datang je dekat terus lari pelok panjat saya. drama sungguh la. entah anak siapa. kesian dia kesejukan. pelok2 basah tu saya bawak balik rumah, keringkan, bagi makan minum. perghh...macam orang kebuluran. memang kebulor pon kan seharian dia menjerit. kesian dia. sejak tu...dia tinggal dengan saya la. manja boleh tahan tapi dia jenis independant. dia bebas pegi mana dia suka nanti petang senja balik rumah, tido kat rumah. macam saya cakap, dia the best pak guard rumah saya. hehehhee... sekarang dah sakit. kesian dia...  harap cepat sihat ye busuk....penakot makan ubat tuhan je yang tau. bersilat berkungfu okehh..sabor je la.

Sunday, August 12, 2012

neji dah balik...

hello..
hari ni ahad. mmmm..tadi lepas zohor pi tengok neji. dengan harapan boleh bawak balik dah. dan yee...neji dah boleh balik. bagus bagus bagus. masok je tempat checking tu, mamat tu nampak je saya terus jerit. gatal betol. nampak muka sihat. mata besar, mulut bising. hehehehe..dah aktif. sihat le tu...saya ada je mula la mengada. doktor nak tengok bebird dia pon dia takmau bagi. lompat sana sini. elehhhh...hari tu masa tengok tu lemah bebeno. nak angkat leher pon tak larat. hari ni sudah lompat!!!
**
soo,  doktor explain apa semua, nanti lepas raya kena datang lagi check up. kena bagi makan ubat. ayoyoyoo..tu yang bercinta tu. mamat tu dah le degil makan ubat. harus le bersilat nanti. tanya doktor, masa kat sini dia senang tak makan ubat? doktor kata sini kita bagi injek terus. owhhh...tak aci le macam tu. huhuhuu.. takpe..nanti saya try test tengok. lepas tu tiba le part yang paling suspen..which is part bayar bill. dah tau dah mesti melambung2 coz dah duduk sana extra hari, ubat lagi, mmm..terima je la. bila kira2 tadi..tu dia...buntang2 biji mata makcik. huhuhuu...kalo tak larat baray tadi neji kena jual la. hehehe..takde la. pening2..habis dah budget baju raya bling2 saya. tapi takpe la..yang pe**
on the way back tadi dalam kereta..mulut dia...tu haaa....memekakkkkk tak hengat. amboiamboiamboiiiii...over la mamat ni. hehehe...sekali hp bunyik..sapa lak ni. tengok nama klinik. haa...sudahh...apa hal lak ni? kot orang tu salah kira ke? kena bayar tambah lagi ke? ayoyoyo...sekali rupanya ubat neji tertinggal daaa...fuhh...bikin suspen makcik je. hikhikhikk... takpe..esok boleh amik. lagipon jadual makan ubat bermula esok. ok la tu.  sampai rumah dia beramah mesra dengan nezha dan kucing lain. kemain lagi. mulut bising. udah la labu..drama king sungguh. dah bagi dia main kejap, masok kat cage lagi. doktor pon kata suruh dok cage dulu sementara ni. takmau bagi gerak banyak sangat..sebab nak make sure dia makan makanan dia dan dia tak cilok makanan orang lain. yang paling penting, kena pastikan dia minum air banyak. huhuhuu..camno tu? mujur minum air kosong je, buatnya kena minum air ribena ke, alpokat ke, oren jus ke...tak ke lemau saya dibuatnya. maka..bersyukurlahh...
**
gitu le ceritanya...hati dah lega. walopon poket kopak tapi saya kuar dari klinik dengan senyuman sebab neji nampak sihat dan aktif. love you!!!
**
owhh...sayang nezha juga. ko jangan macam2 nezha, saya busy ni nak kena jaga orang sakit. cuba independent sikit makan sendiri, garu perot sendiri ye. sekian, terima kasih.nting dia sihat takde sakit2. setakat baju tu bila2 pon boleh beli. kesihatan tu penting. dah tanggungjawab kita yang membela dia bagi yang termampu. cuba kalo kita manusia pon kena sakit batu karang..terkincit2 jugakkan. ni kan pulak kucing, nak cakap apa pon tak reti. kalo manusia boleh le nak guna ubat kampong rebus itu ini bagi minum, kalo kucing? boleh ke? entah le pulak..tak pernah try. huhuhuu... takpe..selagi saya daya dan selagi dia bawah tanggungan saya...saya usaha juga la mana yang larat,  yang penting semua sihat.

Saturday, August 11, 2012

tidur lena...

muka mintak cubit namanya ni...

pergi melawat neji...

hari ni tadi petang pegi klinik. ingatkan dah boleh bawak neji balik. dah siap2 bawak carrier dalam kereta. tapi hati still dupdapdupdap la...sebab semalam doktor kata memang belom berapa elok since saluran tu bengkak balik. kesian neji. huhuhuu.. so tapi pi tengok dia.  tunggu kejap sebab masa tu tengah ada orang jumpa doktor. sesesambil baca paper. nampak je baca, tapi otak ntah ke mana2. so, jumpa doktor. doktor explain tak boleh balik lagi. sebab dia tahan2 kencing. sakit agaknya sebab tu dia takmau kencing. nak kena picit lak baru dia nak kencing. doktor takot still ada batu karang tu dalam saluran. so pagi tadi bagi lagi injection. mamat tu pulak degil. memerap protest. takmau makan, takmau minum. huhuhu..mamai agaknya sebab tu serba tak kena. entah la.
**
lepas jumpa doktor explain semua, masuk jumpa dia. saya masok je pintu wad tu dia terus nampak, terus menjerit. hehehehe..meowmeowmeow memekak. bagus la still kenal saya. meow lemah. tak bersemangat. baring je. uuwaaa...pelok2 dia. dia pon mengadu le itu ini gamaknya, mulutnya membising meow2. pelok cium, suapkan bagi makan. baru nak makan, tu ponsikit je.  pujuk2 dia, cakap2 kejap...dah saya pulak yang bantai menangis. huhuhuu..mujur masa tu sorang je. takde orang. doktor pon dah blah pi attend patient lain. bagus. tak le nampak saya melalak dalm tu kan. lepas reda...saya pon kuar. bagi dia tido dulu tepok2 kejap, saya blah cepat2. huhuhu..masok kereta, sambong nangis. standard le tu. ...tu le ceritanya. so, harapnya esok dah boleh kuar. kalo tak juga sambong dok sana. takpe la..janji sihat. tu yang penting. harap neji cepat sihat ye sayang...
**
kat rumah nezha macam biasa je.  makan tido je mamat tu.  intan payung saya tu. tadi seperti biasa kita baring je dia pon datang mengadah perot. owhh...tak kasi chance kita rehat. sayang nezha. sayang la semua kucing kat rumah ni. huhuhuuu...
**
esok insyaallah ada makan2 buka puasa kat rumah ibu. owhh..dgr cerita menu sungguh la banyak. standard le..masing2 nak order mskanan kesukaan. kita tengok esok apa ibu masak. silap2 ibu masak sambal sardin je. hahahaa...so, saya punya tugas ialah bawak kuih. entah nak bawak kuih apa. ibu nak buah melaka. yang saya buat. buat??? sekian wassalam. malas la. hehehehe...beli je esok. ni tengah dok bakar kek. echewahh..dah kata ada ohben, harus le kena try test selalu. kalo tak kang obek bising saya tak guna ohben tu kang bingit tinga makcik. dah siap bakar ni...taktau jadi ke tak. harap2 menjadi. dah kata tangan keras..payah beno nak menjadi buat kuih. huhuhuu.. obek lak bila saya cakap esok kena bawak kuih, dia tanya nak bawak kuih apa..saya cakap kita beli je la kuih badak berendam kat pasar ramadhan tu. hishh..tak syiok katanya. habis nak kuih apa? kita belimputu piring la..okeh..lagi satu kuih apa? mmmmgoreng cempedak! oh hellooo...goreng cempedak bukan kuih la bro...adoii..parah  betol. laki sapa la ni. huhuhuu... anyway..keputusannya esok baru boleh finalise.
**
ok la. kacau korang nak berhujung minggu je saya ni. apa pon hope semua ok ye. doakan neji ye. love you!!!!

Thursday, August 9, 2012

neji masih sakit...

hello..
dah 4 hari neji dok klinik. mmmm..hari selasa saya call, cakap dah buat semua procedure. rabu saya tak sempat call..nak melawat lagi le tak sempat. hari ni baru tadi call..ingatkan dah boleh ambik bawak balik. sekali doktor cakap dia flame lagi, bengkak. ala2 jadi balik sebab saluran tu still ada darah sebab lama sangat dia tersumbat. uwaaa..mula2 call hati dah bunga2 ingat nak bawa balik petang ni. sekali doktor cakap macam tu muka terus berubah. lepas cakap dengan doktor sessi melalak pon berlansung. haishh...ciwek betol la pompuan ni.  doktor kata dia put him on sedatif lagi sebab dia suka jilat2 kat tempat kencing tu dan menyebabkan jadi bengkak lagi. tapi takpe la...asalkan elok sihat. susah sekarang untuk kesenangan masa depan. ye tak? harap2 nya la. doktor kata kalo esok elok boleh balik. kalo tak..sambung sampai sabtu. kena betol2 monitor budak tu. adoii..neji..neji. kenapa la jadi macam ni. tu la..orang kata kalo nak sakit tu takde warning2. sama la dengan kita manusia. hari ni sihat, esok dah sakit. tetiba je boleh berlaku. so, jaga kesihatan diri sebaik mungkin. minum sus untuk kalsium tambahan. jangan dok ingat minum susu jadi gemok ke hapa. excercise le. turun naik tangga, jalan kaki. kemas rumah pon kira excercise apa..kemas sampai peloh2. dah lebih bagus dari pergi gym tu. tapi pergi gym dapat le instructor yg hensem. ehh..tetiba. lari tajuk pulajk.

Tuesday, August 7, 2012

dah hantar dah...

hello..
sambong kisah kucing yang sakit tu..namanya neji..nama panggilan eji. paling baik, tak banyak kerenah. pak guard terbaik rumah.  mengawal 25jam sehari. huhuhu..now he's sick, takde sapa ganti tempat dia. pagi tadi pi klinik hantar dia. gamble je la takot juga if klinik tutup since hari ni public holiday. ahhh..gamble je la. nak call nombor pon takde. so, pergi juga. on the way nampak another klinik yang buka. mmm..dalam hati ada sikit lega coz ada harapan klinik yang saya nak pegi ni pon buka. sepanjang perjalanan, neji bising je meow2. orang tak pernah kena kurung, sekali dok dalam carrier tu harus mengarok. darah still kuar. aduhhh.. alas sotkabar lama tebal2. kesian dia.
**
sampai je tengok pintu buka. syukur, alhamdulillah. so masuk dan register. since ni first time nak pi klinik yang ni. uncle pet shop yang rekomen. apa2 la janji sihak kucing saya. so, doktor tanya itu ini, check itu ini..mmm..doktor kata bladder dah bengkak, dan saluran kencing blocked. sebab tu dia kencing berdarah, dan alat kencing pon dah bengkak. aduhhh..masa tu nangis dah. standard le saya sikit2 nak nangis. dah le pegi sorang. obek melorghoh kat rumah. nak tunggu dia bangun, ada kang dah nak berbuka baru jejak klinik. lagipon dia balik lambat malam tadi, dah dekat sahur baru balik. takpe...berdikari la ye. sebab hal macam ni tak boleh nak tangguh2. saya jarang sangat2 keluar sorang, tapi tadi takde pilihan, kira emergency case le tu.
**
so, lepas doktor check semua, doktor kata kena operate juga. coz kalo dibiarkan nanti merebak ke kidney alamatnya wassalam. mmmmm... nak buat camne. saya tanya apa puncanya, doktor kata maybe tak sesuai dengan makanan dia. saya kata dia makan blekwud..almost a year la. dulu makan brand lain. so, doktor kata kalo biskut tu dia banyak garam. so antibodi kucing ni lenlain, sama macam manusia la. ada yang kuat, ada yang tak kuat. saya tanya,habis camne sekarang. nak kena tukar makanan ke? doktor kata ye. lepas operate takboleh makan yang lain, kena makan yang sainsplen punya..apa ke namanya a/c ke d/c ke entah le tak berapa perasan. for his entire life! alamak...mata dah pinar2. takpe2, tu masalah kendian. ni yang ni bagi uruskan dulu. so, inform obek kasal neji nak kena dok klinik around 5 days, depend berapa cepat dia sihat. ok la..proceed. nak buat camne, dah kita yang bela dia, tanggungjawab kita la bagi rawatan yang baik ke dia, setakat yang termampu. kena around rm420++. dah bayar separuh tadi, balance nanti masa amik esok bayar. lepas isi form semua, pelok cium bagi pesan semua, saya pon dah macam terduduk kat klinik tu. otak blank. totally blank. taktau nak pikir apa. nak pikit pasal neji yang kesakitan, nak pikir camne dia punya operation nanti success ke apa ke. lama saya dok situ sensorang. lepas dah boleh berpikir elok..baru saya gerak balik. on the way back, tngah drive pikiran pon menerawang entah ke mana. akibatnya, salah jalan balik rumah. entah masok ke simpang mana2 ntah. aduhhh.. mujur salah jalan je, kalo jadi benda yang lain lagi payah. so, pusing balik cari jalan keluar. mmmm..
**
sampai rumah, still blank. mop, sapu, mop, sapu entah berapa kali. obek tanya kenapa mop2 banyak kali ni? lorrr..tak perasan saya.rupanya saya balik, masok rumah terus capai mop dan menyapu entah berapa kali sampai tak perasan obek tengah tengok tv kat living room. sampai macam t sekali. bila ditegur, baru tersentak. baru la melalak. huhuhuu... dah reda perasaan, baru le lega sikit. terus badan jadi tak sihat. lemah longlai.baring2 sekali tertidor. sedar2 obek kejut nak pi pasar ramadhan. bangun, asar kejap then pegi pasar ramadhan. sampai pasar ramadhan, taktau nak beli apa. obek yang beli2, saya follow je la.
**
now, sambil tengok tv, tapi masih ingat kat neji. camne la dia 1st nite tido kat sana. harap dia kuat semangat dan cepat sihat. tadi pon doktor kata suhu badan ada sikit rendah..mmm... kena bagi stabil dulu baru boleh proceed. takpe la..esok saya pergi melawat dia. diaorang kata hari2 boleh datang melawat. at least saya tau juga perkembangan dia. kalo call2 ni tak puas hati le. so...doakan neji selamat dan sihat cepat ye. sayang dia. nezha pon terasa kot neji takde. asyik pusing kat dapor je....

Monday, August 6, 2012

kisah weekend dan susah hati...

hello..
how's your weekend...mine was ok at first then it turn out bad...mmm...kisah weekend dulu. sabtu tengahari, balik kampung johor. sejak puasa ni la baru nak balik kampung johir pon. lepas ni kira raya le baru balik sana. gerak dari sini dalam 1pm. pi amik mil n fil kat k.pilah...kat rumah adik obek tuuuu...seperti biasa, nak jalan jauh mesti dipersiapkan keperluan budak2 tu. hui..bab ni yang susah hati ni. aduhhh..payah betol nak bergerak if ada budak2 ni. habis, takkan nak hangkot semua kan. hilang akal le tu. jadi, siap2 semua, penuhkan mangkok makan, air, pasir, siap pesan segala mak nenek la ni kan, especially to nezha si mondok. huiii..dia tu if saya takde mula nak nak memberontak buat kerja yang bukan2. menyepah dah tentu. so, lepas kiss2, pelok segala si budak busuk, saya pon gerak. kejap je dah sampai. ikot hiway lekas namanya. memang lekas betul sampai. duit tolnya pon lekas juga terbang. huiii.pro n kons dia la tu kot.  sampai, jemput dan gerak terus. sampai kampung dalam pukul 4pm mcm tu. still awal nak pergi ke pasar ramadhan. malas le. ehh..ke belom pukul 4pm lagi masa tu. haaa...ye la..around 3.30pm macam tu. wat pe lak nak ke pasar ramadhan awal2 mcm tu kan, so, balik rumah dulu..kemas apa yang patot. petang tu buat nasi ayam untuk berbuka. tu je. selebihnya, laok dan air pi beli. mmmmgitu le ceritanya.
**
ahad.sahur..saya bangun dulu nombor 1. elehh..suka je tau nak jadi juara bertahan bangun sahur awal. cheitt..bukan apa, senang saya nak masak ke apa ke. kalo ada orang rasa macam tak reti pulak nak pegang periok kuali. hahahahaa...so, pagi tu saya sensorang kelentang kelentung kat dapor. masak simple je, masak nasi, sambal sardin, telor dadar dan air teh o. dah siap semua baru kejut semua orang bangun. seperti biasa, nombor satu juara bertahan paling liat bangun sahor...obek le!!!! kadang2 boleh bikin hilang sabar wo..kalo degil apa ubatnya??? ye..kita sapu muka dia dengan air sejuk peti ais. confirm bangun. amacam..bagus tak? siangnya pulak...tolong mil buat kuih lidah haya..or ada orang pangil kuih tiram. amboii..ada orang order gitu. bagai nak patah pinggang. buat dari pagi sampai ke petang. huiii...modal buat kuih tu mmg sikit je. takde apa pon, sekadar tepung dan minyak je yang mahal..tapi prosesnya tu..nak digelek satu persatu, nak digoteng slow2, wahwahwahh..mmg untuk orang yang penyabar. macam saya yang baran ni agak kurang sesuai. huhuhuuu... so, petang tadi just masak kari ikan dan sup cendawan. udah le tu. obek pulak mesin rumput. echewahh..larat ke bulan2 puasa ni mesin rumput. hambekkk..sampai menggeletar tangan member. rasakan le. orang kata takyah, nak jugak buat. haaa..rasakan la.  petang, saya tak sempat pi jalan2 pasar ramadhan. obek je yang pergi.  beli air dan kuih2. saya nak yong tau foo. al-kisahnya..yong tau foo sana makan dengan kuah sup! bukan macam yang kat sini kan makan dengan macam sos tu. aduhhh...potong stim betol la. tak minat ahhh... ada lak obek terserempak dengan sapa ntah..orang tu belanja murtabak sampai 5 keping! sapa nak makan woiii??? bagi jiran sebelah sikit le jawabnya.  lepas buka, around 8.30pm..saya pon gerak balik kl. sebab obek nak ada appointment dengan orang malam ni. ni la ni. sementara tunggu obek balik..entah le pukul berapa, biasa around 3am dia sampai le.  sambil tu saya tulis blog le.
**

yang cerita  tak best fan susah hatinya...saya sampai je rumah...seperti biasa memang selerak la. tapi kucing belakang sekor tu sakit la. dia berak macam ada dsrah! dan dia mmg lemah tak larat lansung. aduhaii..saya dengan kepenatan, teurskan mengemas segala kotoran tu. kesian kat dia. saya risau le ni. esok nak bawak pi klinik. mesti!!! risau la...dah malam2 mcm ni taktau nak bagi ubat apa. tapi saya suspen kenapa dia kena macam tu. sebelom ni ok je. masa saya nak balik kampung tu dia ok je. kenapa tiba2 sakit??? saya tak pasti le bebetul darah ke apa..tapi nampak macam lendir kecoklatan merah dan busuk. bukan bau busuk berak..tapi lain macam busuknya..so, saya nangis. dari tadi, sambil kemas, sampai sekarang..kejap2 nangis. kalo ada la ubatnya sekarang, mesti dibagi. saya harap tak seserius yang saya sangkakan. esok mesti bawa pi klinik. mesti!!
**
tu la ceritanya...so takde mood sekarang. mata nagntok tapi hati tak sedap.  5 minit sekali pergi tengok dia. takmau makan, just minum je. kenapa ni???? mujur nzha sihat. syukur. harap semuanya ok. tolong doakan kesihatan kucing saya...neji...