mari mencari....

Google
 

Thursday, January 26, 2012

apam kuala kangsar yang sedap...



hello...
haaaa.. ni la dianya apam kuala kangsar yang saya paling suka sangat tu. sampai teringat2 terbayang2. dah berapa kali pergi ke kuala kangsar mesti nak beli jugak apam tu. tengok tu besar kan? besar dari tapak tangan saya tu. sedappp... lembut gebu2 je. kalo tak silap saya ada 1 gerai je yang jual apam tu. gerai area tepi sungai kuala tu kan yang tempat orang makan laksa tu. haa.. kat situ la. dia jugal 1 pair tu rm2.50. ada sikit naik harga la. hehehehe.. biasa le tu kan. hari tu masa pergi saya beli 3 pair terus. hambekkkk.. makan sampai kembung. rasakan. tapi.. tak habis. saya simpan dalam peti air. beli hari sabtu tu kan.. hari isnin tu selasa tu saya panaskan kukus balik dia jadi lembut balik. elok lagi tak basi pon. wahhhhhhh.. sukanya saya. saya cakap kalo ada ada kenkawan dok area k. kangsar nak datang kl mesti nak kirim tapi dalam mimpi je la. mana ada kawan area situ. sedara obek ada lah tapi jarang sangat le diaorang nak turun ke kl ni. hehehehhe... takpe.. tapi saya memang kalo lainkali ada ke ipoh, mesti nak ajak obek lajak ke kuala kangsar beli apam besar tu. sedap. ehhh.. camne la makcik yang jual apam tu buat agaknya. teror betol. anyway.. kalo korang ada terpergi ke kuala kangsar.. sila beli apam itu. hahahhaha.. promo katanya. benda sedap kena la share ye tak?
~~
hari ni biasa je la. takde apa yang menarik. bebudak luar? si neto dah 3 hari tak muncul. entah le kemana perginya. risau. musim2 hujan lebat mendadak ni kan. ada orang amik bela ke, kalo macam tu takpe la. kalo itu yang terbaik untuknya. jangan ko dera langgar cubit udah le. saya itu je yang doa. keselamatannya. harap semua ok. budak abang dah mati. malam tengok ok je pagi nak basuh sangkar tengok dah mati. baru je matinya sebab badan masih lembut. apa lagi.. melalak bagai tak hingat le jawabnya. baru 2 hari budak abang mati. sedih sangat. dah ajal agaknya. tapi saya syak dia termakan racun agaknya. sebab seminggu sebelum tu. badan jadi macam sakit2 dan bulu2 gugur semua. tak tau kenapa secara mendadak. dalam seminggu tu saya bagi juga buat ubat apa yang ada. saya kurung dia sebab takot dia terjangkit dengan kucing lain. sesekali bila dah petang baru keluarkan dia sambil saya pantau ke mana dia pergi sebab takmau dia pergi jejauh. malam pandai dia masok sangkar sendiri tido dalam tu. takyah kunci sangkar pon dia pandai je masok tido dalam tu. pemergian yang begitu mendadak. saya memang tak jangka lansung. masih terbayang2 malam sebelumnya dia makan dalam sangkar. takmau share dengan orang. lepas makan pusing2 kejap then tido. gitu je la. tapi itulah... kalau dah itu yang terbaik untuknya. daripada dia menderita kesakitan ke apa ke, lebih baik dia pergi dengan aman dan selesa. sepanjang hidop budak abang.... banyak je kena cedera. ingat lagi yang dia bergaduh sampai mata hampir buta kena bawak pi klinik operate? mmmm... bergaduh dengan entah sapa lagi sampai bengkok kaki, lama jalan tertengkak2 baru boleh lurus. degil, garang, pendiam tapi manja. itulah sifat budak abang tu. owhhhhh.. tulis2 pasal dia buat saya teringat lagi dia dan sedih la.. tak suka keadaan sedih2 macam ni. walopon dia kucing luar, saya pindah mana pon saya bawak jugak dia. sebab saya risau dia tak reti cari makan sendiri sebab dah selalu dibagi makan. saya risau kalo saya tinggalkan nanti dia kena dera or kena marah dengan orang2 yang jenis tak suka kucing ni. saya risau kalo saya tinggalkan nanti dia hilang arah tujuan jadi merempat entah ke mana2. tapi... dah ketentuan.. budak abang pergi juga akhirnya. budak abang atau nama sebenarnya nexin, bersemadilah dengan aman. maafkan saya kalo selama ni saya ada mengabaikan atau menyakitkan. walopon budak abang takde..saya akan tetap ingat sampai bila-bila.....
~~
nezha? mmm..dia biasa la. makan tido makan tido berak. malam tadi dia menjerit2 ingatkan kenapa. rupanya ada sekot kak moncet masok rumah. dengan saya sekali la meloncat jawabnya. tak pernah2 umor ada kak moncet masok rumah malam tadi ada. mengejar sakan mamat tu. eeee..takot la. tapi sebelom ni ada pernah terbau kak moncet tu kat belakang. mmmmm.. memang tak syak lagi. hasil ternakan dari rumah sebelah le jawabnya, yang mengalahkan setor majlis perbandaran. bising kata kucing kotor la busuk la.. rumah dia macam tongkang pecah tak ditaunya. ni mesti nak buat spring cleaning ni. dah pandai masok nanti lain kali dia mesti nak masok lagi. risau la. tak suka. rumah ma yang kat kampong tu pon takde kak moncet ni. rumah saya pon takde la elok beno tapi saya takde kumpul2 barang berlonggok2 ke apa ke. mana yang taknak tu buang je. buat apa simpan. letak je kat luar tu nanti orang kutip sampah tu amik. sukati la labu. dulu rumah saya ke report ke majlis perbandaran sebab banyak kucing katanya.. esok2 saya pulak report cakap rumah dia banyak kak moncet, boleh? hahhahahahha....





ok la.. dok membebel je buat letih mulut, penat tangan menaip. huhuhuhuh... saya doakan yang baik2 untuk semua orang. tak kira le orang tu baik ke jahat ke menyakitkan hati ke apa ke kan. saya takmau ada unsur2 negatif dalam diri. echewahhhhhhh....... sebelom berakhir, tatap le muka budak hitam yang degil tu puas2. degilnya boleh tahan sekarang. eh.. bilanya yang dia tu tak degil, cakap sikit? hahhahahaha......
~~
i love you obek..
i love you nezha..
i love all of you...

Wednesday, January 25, 2012

pergi kenduri kahwin kat ipoh...




hello....
amboi, amboi, amboi.... lama betol kan takde entry yg bergambar2 ni. kali ni baru le boleh menjelma gambarnya. huhuhuhuuu.... so, apa cerita korang cuti2 cny ni? mesti meriah tu. saya suka je makan limau2 tu. pas tu sakit perot. rasakan la diri sendiri yang buat. hahahha...
~~
so, seperti yangsaya cakap hari tu.. nak le buat entry pergi kenduri kawen kat ipoh tu kan. mmmm... jalan2 best la tapi penat sebab masa tu kan cny.. so, jalan jem. biasa le tu. macam le tak biasa mengadap jem pulak. echechehhhhh... obek kenkononnya nak keluar rumah pepagi katanya.. pukul 7am dah nak keluar sebab nak elak jem. nan hado le.. obek mana reti kuar rumah cepat. last2 pukul 930am jugak baru nak bergerak. pasang siap2 lampu sebab dah tau dah mesti balik lambat punya. tak pasang lampu kang ada lak makhluk hitam yang mengamok dalam rumah kang. haru jawabnya. perjalanan lancar. cuma ada 4 accident yang terjadi. kesian. entah la.. masing2 ada hal tu yang jadi kemalangan agaknya.
~~
al-kisah... sekali tu sampai le ke ipoh... dah siap2 pegang kad jemputan ni nak carik jalan. kat kad tulis masok tol tambun. wokeh.. yangkami ni pon menonong2 le ke depan. dah nampak ada tulisan signboard ipoh punya besar. tapi konfiden punya pasal.. tak masok. kononnya depan nanti ada lagi jumpa tol tulis tol tambun. hujung2 nan hado!!!!! terus ke kuala kangsar peginya. ya tuhannnn.. punya la lama tak ke ipoh rupanya exit tol tu dia dah ubah ye? hahahahhahaha... rupanya kena masok tol yangtulis ipoh besar2 tu dalam tu baru le ada simpang2 bagai. mana le makcik tauuuu.. peta kat kad kawen pon macam hampeh ni. ini boleh mendatangkan kemarahan ni. dah le perot lapar kan. nak kena pengantin ni. hahahhahaa..... so, ke kuala kangsar le kami berpusing. takpe la..jalan2 amik angin sambil tengok gunung2. huhuhuhu....




ni masa on the ke ipoh tu kan. konon2 amik le gamabr yangada tulisan ipoh tu. huhuhuhuuuuu... nakamik gamabr air terjun tepi highway tu sekali tak sempat. dah kata guna hp cop kapak mana le nak cepat2 on camera tu nak amik gambar air terjun. ingat dalam ingatan je la. hehhehe... so, bila dah masok balik ikut tol apa ntah namanya tu.. baru le carik jalan nak ke rumah pengantin. cari2k pusing2 jumpa juga akhirnya. again, peta di kad tak membantu sangat. haiyarkkkkkk... mujur saya ala2 ingat2 lupa coz rumah pak ngah kan kat ipoh, so ala2 tau gak le nak pusing2 town tu camne. belasah je la. so, dipendekkan cerita... sampai le kami. sampai2 je terus salam2 pengantin. masa tu pengantin dah habis makan dah pon. kami yang terlambat tiba. hehehhee.. so mari kita makannnnnnnnnnn.....






tak tau apsal tetiba gambar budak itam ni ada muncul kat sini. sepatutnya gambar dia kat atas sekali tadi. entah la labu.... ok..so menukat rumah pengantin ialah.. nasi minyak, nasi putih, ayam goreng, rendang daging, dalca, ulam2, sambal belacan, buah tembikai, air sirap. paling best ada rojak buah. wahhhh.. saya tambah rojak buah sampai 2 kali. hehehhe.. pas tu dapat gak ice cream. bestnyaaaaaaaaa..... so, lepas makan2 borak2 le dengan kenkawan. kawan2 obek saya tak berapa kenal. so borak gitu2 je la. borak dengan pengantin, tangkap gamabr dengan pengantin. tapisilaple tak amik guna hp saya juga kalo takboleh letak gambar pengantin kat sini. pengantin pakai baju kaler silver grey. cantikkkkk.....



ni taktau apa motifnya... saja la nak tunjuk gambar2 gunung2 tu kan. kat kl mana ada gunung2. bangunan2 tinggi ada le. huhuhuhuuu... belasah la... cantik je tengok gunung. pas tu berangan kalo le terkena tinggal kat atas gunung tu camne nak turun? haaa..sudahhhhhh.. harus menangis dulukan. dok memikirkan itu pulak sepanjang perjalanan tu. entah hapa2 je saya ni. so, majlis adalah meriah. goody bag dapat cupcake & sumi jelly. hehhehee.. kat siru gak saya dah habis bedal sumi jelly tu. ye la.. dok tunggu lama sangat obek berborak,penat le makcik tunggu. rasa macam boleh makan nasi lagi sekali. tapi... pengantin pompuan adalah sporting. dia nyanyi2 you olls..... hehehhee.. wah...



ni le gambar pengantin masa tengah nyanyi. lagu apa ntah, lagu omputeh. 2 lagu dia nyanyi. suara boleh tahan la. kitaorang menyakat pengantin lelaki suruh nyanyi duet sekali. dia kata, korang jangan.... sia2 je aku baling baju la seluar la atas bumbung pagi tadi.. kanghujan kang korang gak payah nak balik kl. hahahhahaha.... macam2. lepas tu ramai le pulak yang berminat nak menyumbangkan suara yang betol2 sumbang tu. ya tuhannn.. bagai nak pecah perot gelak. lawak betol tapi ok la kan..majlis jadi meriah dengan orang2 yang happy go lucky & sempoi macam tu. hehehhee...




ni lagi gambar pengantin tengah nyanyi. saya amik jejauh je la. mana berani pegi dekat2. huhuhuhuuu.. maluuuu.. dalam pukul 530pm macam tu kami pon bergerak pulak. bukan balik. tapi nak ke kuala kangsar sebab obek merengek nak makan laksa kuala tepi sungai tu. huhuhuhu.... tunggu next entry pasal pergi kuala kangsar.
~~
so, gitu le al-kisahnya pegi jalan2 ipoh tu. best. saya suka je pergi rumahorang kawen. meriah! tapi satu la nak diingatkan kepada bakal2 pengantin sekelian. tolonglahhhh... tolonggggggglah buat map yang betol2 orang boleh paham, bukan diri sendiri je yang paham. kalo traffic light tu ada 5, letak le 5, jangan le letak 1 je. landmark2 penting tu kasi le letak.... peta ni gunanya untuk membantu orang yang tak pernah pergi area situ. kalo orang area situ2 je takyah le bagi map bagai... ayooyoyoyooooo....
~~
ok la.. nanti sambung lagi. hehehhe... see you next time!
~~
i love you obek..
i love you nezha..
i love all of you..

















Tuesday, January 24, 2012

kalau cuti, jawabnya apa? makan je la...

hello...penat sungguh. penat apa? penat makan je la. hehehehe.. ye la kan cuti2 ni, dok lak kat rumah ma, apa lagi agenda yg paling gembira selain dari makan, makan dan makan. hari ni buar breakfast cucur. kononnya nak buat cucur udang, sekali ma dah tersakah rendam udang, dia pi rendam plastik yang kulitbudang je. hahahahaha... patut la masa saya nak masak tu heran juga tengok apa ni kulit udang je. ma salah beli ke? terendam lama sangat ke sampai isi udang tu tercabot ke? macam2 andaian la pagi tadi. so, tumbuk je la ikan bilis, jadi la cucur ikan bilis. bila ma datang dapor, saya cakap le pasal kes kulit udang tu. sekali ma check, rupanya dia tersalah amik plastik daaaa.. hehehehhe... buat lawak je pepagi tu kan. so masak laok terus. hari ni buat masal tauchu ikan. mmmm..sedappp.. saya suka. letak banyak2 sayur macam peria, timun n lada hijau. yahoooo... sukaaaaa.. then buat gulai lemak bayam, lepas tu ma buat ikan bakar oulak. yahooooo.. kegembiraan berganda2. lepas makan, lepak2 kejap, picit2 bahu ma. cian ma sakit bahu lenguh2. hehehehe... pukul 1pm, balik rumah. nak mengerjakan kucing2 pulak. haiyarkkkkk... anyway... gitu le ceritanya. entry bergambar nanti ye. tungguuuuuu...

Monday, January 23, 2012

fuhyoooo... penat...

fuhyoo.. penat le katakan. kan semalam oegi ipoh tu malam baru sampai rumah sebab jalan ada sikit jem dan hujan lebat lak tu.. ada cerita menarik yg nak diceritakan.. itu next entry..bergambar punya. hahahaha...gila lama entry takde gambar ni. anywayy.. hari ni bangun lambat le konon sekali tu teringat nak call mama coz ma nak pegi rumah dia nak tengok opah. harus bergegas bangun sebab mama kata ma dah ada kat rumah dia. fuhhhh.. berdesup siap dan pergi. pak ngah pon ada datang jugak. meriah. mama masak nasi minyak, laok kari ayam, ada sambal ikan keli dan gulai asam keladi. yahoooo.. makan banyak le jawabnya. ok la.. nantikan entry bergambar. huhuhuhuu.. i love you achaaaa..

Sunday, January 22, 2012

ipoh...

hello...

apa khabar semua? harap semua ok belaka la ya.saya on the way nak pi ipoh ni, nak pi rumah kawan obek kawen kat manjoi woooo.. so kekawan warga ipoh..jemput2 le teman ke rumah kome yeee...love all of you...

Saturday, January 7, 2012

ringkas punya...

ini adalah entry menulis secara ringkas kerana alat menulis ni adalah sangat ngok dan telah menyakitkan hati di petang hari ini.... nanti bila benda ni dah elok atau sekiranya ia kurang bernasib baik kerana bakal dihempas oleh saya, maka akan ada entry panjanggggggg punya. apapun, HAVE A NICE WEEKEND....

Sunday, January 1, 2012

happy new year 2012

happy new year..
All the best for all of us!!!!