mari mencari....

Google
 

Thursday, January 26, 2012

apam kuala kangsar yang sedap...



hello...
haaaa.. ni la dianya apam kuala kangsar yang saya paling suka sangat tu. sampai teringat2 terbayang2. dah berapa kali pergi ke kuala kangsar mesti nak beli jugak apam tu. tengok tu besar kan? besar dari tapak tangan saya tu. sedappp... lembut gebu2 je. kalo tak silap saya ada 1 gerai je yang jual apam tu. gerai area tepi sungai kuala tu kan yang tempat orang makan laksa tu. haa.. kat situ la. dia jugal 1 pair tu rm2.50. ada sikit naik harga la. hehehehe.. biasa le tu kan. hari tu masa pergi saya beli 3 pair terus. hambekkkk.. makan sampai kembung. rasakan. tapi.. tak habis. saya simpan dalam peti air. beli hari sabtu tu kan.. hari isnin tu selasa tu saya panaskan kukus balik dia jadi lembut balik. elok lagi tak basi pon. wahhhhhhh.. sukanya saya. saya cakap kalo ada ada kenkawan dok area k. kangsar nak datang kl mesti nak kirim tapi dalam mimpi je la. mana ada kawan area situ. sedara obek ada lah tapi jarang sangat le diaorang nak turun ke kl ni. hehehehhe... takpe.. tapi saya memang kalo lainkali ada ke ipoh, mesti nak ajak obek lajak ke kuala kangsar beli apam besar tu. sedap. ehhh.. camne la makcik yang jual apam tu buat agaknya. teror betol. anyway.. kalo korang ada terpergi ke kuala kangsar.. sila beli apam itu. hahahhaha.. promo katanya. benda sedap kena la share ye tak?
~~
hari ni biasa je la. takde apa yang menarik. bebudak luar? si neto dah 3 hari tak muncul. entah le kemana perginya. risau. musim2 hujan lebat mendadak ni kan. ada orang amik bela ke, kalo macam tu takpe la. kalo itu yang terbaik untuknya. jangan ko dera langgar cubit udah le. saya itu je yang doa. keselamatannya. harap semua ok. budak abang dah mati. malam tengok ok je pagi nak basuh sangkar tengok dah mati. baru je matinya sebab badan masih lembut. apa lagi.. melalak bagai tak hingat le jawabnya. baru 2 hari budak abang mati. sedih sangat. dah ajal agaknya. tapi saya syak dia termakan racun agaknya. sebab seminggu sebelum tu. badan jadi macam sakit2 dan bulu2 gugur semua. tak tau kenapa secara mendadak. dalam seminggu tu saya bagi juga buat ubat apa yang ada. saya kurung dia sebab takot dia terjangkit dengan kucing lain. sesekali bila dah petang baru keluarkan dia sambil saya pantau ke mana dia pergi sebab takmau dia pergi jejauh. malam pandai dia masok sangkar sendiri tido dalam tu. takyah kunci sangkar pon dia pandai je masok tido dalam tu. pemergian yang begitu mendadak. saya memang tak jangka lansung. masih terbayang2 malam sebelumnya dia makan dalam sangkar. takmau share dengan orang. lepas makan pusing2 kejap then tido. gitu je la. tapi itulah... kalau dah itu yang terbaik untuknya. daripada dia menderita kesakitan ke apa ke, lebih baik dia pergi dengan aman dan selesa. sepanjang hidop budak abang.... banyak je kena cedera. ingat lagi yang dia bergaduh sampai mata hampir buta kena bawak pi klinik operate? mmmm... bergaduh dengan entah sapa lagi sampai bengkok kaki, lama jalan tertengkak2 baru boleh lurus. degil, garang, pendiam tapi manja. itulah sifat budak abang tu. owhhhhh.. tulis2 pasal dia buat saya teringat lagi dia dan sedih la.. tak suka keadaan sedih2 macam ni. walopon dia kucing luar, saya pindah mana pon saya bawak jugak dia. sebab saya risau dia tak reti cari makan sendiri sebab dah selalu dibagi makan. saya risau kalo saya tinggalkan nanti dia kena dera or kena marah dengan orang2 yang jenis tak suka kucing ni. saya risau kalo saya tinggalkan nanti dia hilang arah tujuan jadi merempat entah ke mana2. tapi... dah ketentuan.. budak abang pergi juga akhirnya. budak abang atau nama sebenarnya nexin, bersemadilah dengan aman. maafkan saya kalo selama ni saya ada mengabaikan atau menyakitkan. walopon budak abang takde..saya akan tetap ingat sampai bila-bila.....
~~
nezha? mmm..dia biasa la. makan tido makan tido berak. malam tadi dia menjerit2 ingatkan kenapa. rupanya ada sekot kak moncet masok rumah. dengan saya sekali la meloncat jawabnya. tak pernah2 umor ada kak moncet masok rumah malam tadi ada. mengejar sakan mamat tu. eeee..takot la. tapi sebelom ni ada pernah terbau kak moncet tu kat belakang. mmmmm.. memang tak syak lagi. hasil ternakan dari rumah sebelah le jawabnya, yang mengalahkan setor majlis perbandaran. bising kata kucing kotor la busuk la.. rumah dia macam tongkang pecah tak ditaunya. ni mesti nak buat spring cleaning ni. dah pandai masok nanti lain kali dia mesti nak masok lagi. risau la. tak suka. rumah ma yang kat kampong tu pon takde kak moncet ni. rumah saya pon takde la elok beno tapi saya takde kumpul2 barang berlonggok2 ke apa ke. mana yang taknak tu buang je. buat apa simpan. letak je kat luar tu nanti orang kutip sampah tu amik. sukati la labu. dulu rumah saya ke report ke majlis perbandaran sebab banyak kucing katanya.. esok2 saya pulak report cakap rumah dia banyak kak moncet, boleh? hahhahahahha....





ok la.. dok membebel je buat letih mulut, penat tangan menaip. huhuhuhuh... saya doakan yang baik2 untuk semua orang. tak kira le orang tu baik ke jahat ke menyakitkan hati ke apa ke kan. saya takmau ada unsur2 negatif dalam diri. echewahhhhhhh....... sebelom berakhir, tatap le muka budak hitam yang degil tu puas2. degilnya boleh tahan sekarang. eh.. bilanya yang dia tu tak degil, cakap sikit? hahhahahaha......
~~
i love you obek..
i love you nezha..
i love all of you...

6 comments:

meowwmania said...

besaunya pau tu huhuu...


eh kak moncit tu tikus ekk heheh...gelikkk!!

~daRLee ZuRiS~ said...

Tak pernah tau pun ada pau sedap kat kuala.nak kena cari nie bila g kuala ti.

Datang ipoh tak cakap! Kalu tak leh jumpa

ishy77 said...

dulu aku xde blog xley nk komen.. skang dah ade..hihihi

comel je blog ni.. tuan dier? opss..hihi

MOKCIK AZWA said...

macamana ai tak pernah tahu pun akan kewujudan apam Kuala Kangsar nie yong.... nak kena pi terjah kalau ke Perak ni karang hehehe

Irfa said...

ha'ah baru nak tegur..besarnya apam.mesti kenyang makan sebiji

saya said...

meoww--ye betollllll

zuris--try jgn tak try... pasal makan sedap mesti sama2 try.

ishy77---hamboii.. tuan dia pagi chomelllll. hahahhaaa..

mokcik--terjah jgn tak terjah.