mari mencari....

Google
 

Wednesday, February 1, 2012

pergi kenduri kahwin kat melaka...



assalamualaikummm....
bertemu kembali setelah tak menulis beberapa hari. apa ada hal... relax la kan. pegi la baca blog orang lain yang lebih meriah dengan isi kandungan yang lebih ceria. saya tak boleh la nak buat macam tu. takde idea. lagipon tak selesa lapulak bila setiap pergerakkan nak dimasukkan dalam blog. hehehhehe... tapi tu kehendak masing2... bagus juga bila buat apa2 tulis blog, sebagai kenangan katakan. anywayyyy.... gambar di atas menunjukkan aksi tido kuak lentang tahap dewata yang diambil malam tadi. huhuhuhuhuuuu.. tunggang langgang tidor ikut suka hati perut dia je. biarkan. jangan mengacau saya suruh garu perut sudah. tak larat la. tu tengah slena sangat tu sampai saya snap pic pon tak menyedor2. hehehhee.. so cute. pada yang suka la. yang tak suka tu mesti kata kotor la busuk la tak hygenic le. ehhhh.. sukati la kan. takpe2....
~~
kali ni nak cerita pasal pergi kenduri kawen kat melaka. haaaaa.. kali ni adik obek yang pompuan kawen. hari tu belah pompuan dah buat dah. lama dah hari tu lepas raya. kali ni baru nak buat kat tempat lelaki. gila lama gap. mujur tak bersanding 'bertiga'. hahahahhaha.... bukan apa... sebabnya abang suami adik tu pon nak kawen jugak. so parents dia tak larat le nak buat berapa kali kenduri sebab gap tak berapa bulan je kan. tu yang tunggu supaya buat sekali je tu. boleh juga. jimat belanja sekali kenduri. orang2 yang datang tu orang itu jugakkan.?
~~
kenduri tu 28/01/2012, malam. kat melaka. kat rumah pihak lelaki la tu kan. buat malam le pulak. ayoyoyoyoyoo.. kenapa buat malam ha?? rasa macam suntuk je masa. entah la. kenduri orang kita ikut je la. actually siang tu saya pi PD. berholiday le kononnya.. hehehhee.. dengan ibu & the gang. wahhhhh...bestnya. tapi cerita holiday PD lain kali ye. next entry la kalo tak nanti takde idea nak tulis2. kali ni cerita pasal pergi kenduri kawen je ok??
~~
so, pukul 630pm tu kami bertolak le dari PD tunggu kat tol air keroh. parents & adik beradik obek yang lain dari kampung la so jumpa kat sana. dalam kerta tak tahan nak buang air kecil. aduhh.. lambatnya rasa nak sampai ke tol tu. sampai2 je melompat keluar kereta. sekali toilet adalah ditutp sementara sebab renvation ke apa. uwwaaaaaaaaaaaaaaa....... tensennya... kene ke depan sikit baru ada toilet tapi obek pergi jalan2 kat belakang sana ada menyeberang jalan ada le tempat apa ntah.. macam resort kot, situ ada toilet. so, tingtong2 le berjalan menyeberang jalan belakang tol air keroh tu mencarik toilet. pengalaman yang mengerikan. hahahahhahaha... tau2 je la toilet public ni. aduhaiiiiiiiiii.... dah habis ayat mengucap dah ni. kalo bukan sebab terpaksa takde la nak pergi toilet2 ni. apa boleh buat. tutp mata tutup hidung tahan nafas. selesaikan cepat2 lari keluar. hahahhaha.... kejap tu family obek pon sampai, so bergerak le kita semua.
~~
dijadualkan majlis start lepas maghrib, which is nice je la pukul 8pm kitaorang dah sampai. tunggu2 kejap sebab takkannak terus makan. relax dulu sebab lagipon bapak pengantin kata tunggu lagi 1 rombongan tu kan. ye la..dah kata naik sekali 2 pengantin kena la tunggu2 gitu. sekali tu tunggu punya tunggu punya tunggu punya tunggu.. tak jugak muncul2. biar betoik ni.. bila nak start majlis. dah pukul 9pm dah ni. pengantin lagi 1 orang pantai timur. tau2 je la ye. nak kata tak sampai lagi, dah sampai. entah apa lagiyg ditunggu. budak2 kecik semua dah menguak2 menjerit mengantok dah malam. kitaorang pon belom makan lagi. nak makan dulu orangtu kata tunggu..makan sekali dengan pengantin. knowing ramai je orang tua2 tu kitaorang suruh je la mereka makan dulu kat meja buffet tu. takyah le tunggu pengantin2 ke apa ke. kang pengsan orang tua tu kang lagi payah. 930pm baru nak muncul pengantinnya. ishishishhhh.. syok sendiri ke. yang pengantin adikobek takde hal sebab memangdah tunggu kat rumah tu. nak menunggu yang lagi satu tu terok beno. sampai2 je menggelejat. well.... tak macam pengantin lansung. tau le majlis dia sukati dia le nak buat style apapon tapi jaga le sikit adab tu. tau le jumpa kawan2 tapi takyah le sampai nak terjerit2 berpelok2 tu time awak tengah berarak tu. huh... dengan terpaut2nya kat pengantin lelaki. mmmmmmm.. entah le labu. dah le hati panas tunggu lama, bertambah panas tengok gelagat pengantin yang ntah hapa2. so, peringatan pada kawan yang bakal jadi pengantin, sila jaga tingkah laku ye. walopon awak happy sangat je please le jaga tingkah laku. idak le suruh diap macam robot cumanya berhati2. orang ramai ni dok perhatikan gelagat awak. kalo dah menggelejat tak tentu harah tu apa halnya. dah tu tak reti2 diam. asyik le dok nak bersembang. hello.... sabar le sikit. waktu sembang kang sembang le bagai nak rak pon. entah la.. mata tak senang tengok gelagat pengantin tu.
~~
pasangan adik obek pakai baju coklat gold tu.. yang lagi 1 pengantin pakai macam grey silver tu. malas nak amik pic dia la. gambar bawah ni gambar adik obek suami isteri dan majlis. dia takde sanding2 just ada letak macam pelamin bentuk sangkar untuk ambil gambar2. cantik juga. ada kek 2. pon cantik juga. tapi tak merasa le sebab kitaorang semua nak balik dah. kompang adalah dimainkan oleh kanak2. hehehhe.. so comel. budak2 tau la kan, bila pukul kompang dan menyanyi beriya2. meriah. khemahnya kaler pink. menu makan ialah nasi minyak ke beriani ntah, nasi putih, kari daging, dalca, ada nenas masak apa ntah kaler kuning, ayam goreng, ulam2, air asam boi dan tauhu bakar. ada jugak cendol tapi saya tak merasa le. goody bag dapat juga. dalamnya ada isi telur, air mineral dan apollo. hehehehe.. sedap jugak. lepas majlis family obek balik ke kampung johor, kami balik ke PD semua.




ni gambar masa majlis tu. tu adik obek dan suaminya. sama cantik sama padan. so, walopon dah lama tetap le nak mengucapkan selamat pengantin baru kepada siti hajar & azzim, semoga kekal ke akhir hayat.
~~
so, gitu le ceritanya pergi majlis kenduri kat melaka tu. lepas ni cerita pegi holiday sambil kerja kat PD lak ye. tunggu tau. tapi entha bila le tu kan. hehehehhehee......
~~
i love you obek..
i love you nezha..
i love all of you..

4 comments:

Irfa said...

banyak nak komen tp tak tahu yg mana satu ;)

suka kucing tapi suka tengok je tak suka bela

kalau travel sy tak suka singgah buang air..sanggup tahan sampai destinasi..haru sungguh (kecuali terdesak la)

pengantin zaman skrang.zaman saya dulu..penah kena tegur sbb senyum nampak gigi..smpi skrg sy ingat makcik tu kata cam tu.huhu

slmat pengantin baru buat pengantin itu.moga kasih hingga hujung nyawa

zh-ena said...

rindunya kat nezha..geram nak picit-picit jea badan dia yang gempal tu..

ena tang tandas public nie memang sggp tahan sampai merah2 ;la muka sbb tau kotor tak ingat..

selamat pengantin baru untuk adik obek tu..

meowwmania said...

adoii...sampai terpusing-pusing kepala kita nak tgk budak busuk itam tuh :p

~daRLee ZuRiS~ said...

Kami pun g melaka gak.
Tapi...idok le ke PD.heheee