mari mencari....

Google
 

Thursday, March 29, 2012

makan pedas..sakit perut!!!...


image source : google image


hello..
aduhaiii... hari ni tadi telah berlaku satu kejadian yang sepatutnya telah diexpect akan terjadi, akan tetapi degil punya pasal merasa le memerut sepanjang hari sampai le sekarang!!! now dah pukul 1050pm dah. huwaaaaa..nangis sehhhh...
~~
al-kisahnya macam ni, tadi pegi lunch. seperti biasa, sorang je la kan, tak kuasa le beramai2 ni. so, dari pagi memang terasa lapar sangat sebab malam semalam tu tak makan pon, just beli kehepsi tunggu obek balik kerja konon nak makan sama sekali orang tua tu pukul 1130pm baru nak muncul. dari kelaparan perot dah jadi masok angin so tak berapa nak makan sangat le. obek pon makan seketol je. dia pon perot dah masok angin. anyway... tu yang pagi ni lapar semacam jekan. so, pegi le lunch. wahhhh.. tengok laok macam semua sedap2 nih. ikutkan hati semua laok nakdicekau. dasar pelahap sungguh lah! so, amik le nasi, amik laok kerabu mangga dan ikan goreng dan sambal belacan. chewahhhhh... kononnya... tak sedar diri tak boleh makan pedas pegi jugak makan sambal belacan tu. habis tu.. dah tau pedas sambal belacan tu kan bukannya tak boleh tolak tepi sambal tu, boleh je, ni tak.. nak jugak makan. ikut hati katakan. masa tengah makan tu lagi perut dah bagi signal. hambekkkk.. tapi buat tak peduli je. makan jugak bagi habis. rugi kalo tak habiskan.
~~
lepas je makan memang totally sakit perot. dengan pedihnya, dengan tak selesanya, dengan masok anginnya ya tuhannn.. ye betol. tuhan je yang tau camne rasa perut masa tu. so, terus la makan gavisc*n tu kononnya nak bagi lega. sebelum ni kalo makan tu kejap tu dalam 1jam lebih tu dah boleh ok la. tapi malangnya kali ni tak boleh le pulak. so, after 2 hours, makan lagi sekali. pon tak elok jugak. agaknya dah tak lut agaknya perot tu dengan ubat. dah imune gamaknya. minum air suam panas bagi reda. pon tak jalan. petang tu dah jadi cerry berry pulak. siap muntah semua. biasa kalo sakit perut gini memang muntah2 semua tu, agaknya lendir2 bisa tu keluar agaknya. ingatkan dah lega, rupanya takkkk... ya allah..serba tak kena rasanya. nangis le jawabnya. ngadu kat obek. obek kata baring. mana hala nak baring? atas meja sambil pelok lappy? hahahhahahha... ntah hapa2 je. malas le nak baring2 ni, so kasi tahan jugak. senja tu memang all out segala isi perot. apa pon tak boleh buat. uwwaaaaaa.. so, sampai sekarang dah 3 kali pegi melawat mr.tan. harap dengan lawatan itu telah meredakan perasaan perutku ini. pedih masih lagi. tak surut2.
~~
ehhh.. kenapa le tak pergi klinik ha?? hishhhh.. memang degil budak ni la. dah tua2 pon tak reti nak pergi klinik kalo sakit. entah le.. bukan apa, rasa macam tak perlu je pergi klinik. muwhahahhaha... tapi still sakit2 lagi ni. kalo la kan.. kalo laa. ni cerita je.. kalo tak elok lagi, apakah boleh cuti2 malaysia esok? apakah???? motif sungguh la..
~~
nezha? ahhhh.. dia bukan pedulik saya sakit tertonggeng ke terlentang ke apa ke. yang dia tau bekas makan mesti mau penuh. tapi dia teman jugak saya masa saya memerut tu. dia kan makhluk hitam penunggu setia yang akan mengekori saya kemana juga saya pergi. hehehhehe.. sayang nezha.
~~
obek belikan ubat pil chikittekon. mmmm..belasah je la makan. harap boleh elok. dah tak larat sangat badan rasanya.
~~
so, i had learnt my lesson on hot & spicy food the hard way... lenkali nak makan pedas lagi tak????
~~
i love you obek..
i love you nezha..
i love all of you..

Monday, March 26, 2012

kuciku glenn buat hal pulak...

pic credit google image


hellooooooooooo...
uwuawauwauwaaaaa... ni cerita semalam tau. semalam, kononnya saya nak keluar awal sikit la coz nak pegi pasar malam. siap dah sms obek ni inform nak pi pasar malam dan tanya dia nak makan apa. nak apam balik dan laksa katanya. ahhhhh.. asyik menu tu je takde ke tingin nak makan benda lain? takpe2.. layankan je la. so start le kuciku comeli yang nama glenn ittew. start punya start ok la.. dah nak gerak nih, so reverse, sementara reverse nak ke depan semula tu sekali enjin mati. lorrr... ingatkan kenapa, tersalah tekan button ke hapa ke kan, so relax je lagi sekali tu haaa... pusing2 kuinci takmau bernyawa dah glenn tu. wahhhh... apa lagi, panic le makcik. dah le terlentang tengah jalan kereta tu. huhuhuhu... sedihnyaaaa. oh glenn...kenapakah dikau mengujiku sedemikian rupa. owhh..tidakkkkk!!!!!
~~
so, call obek, ngadu le kan. habis tu ke mana lagi nak dihadapkan. bukan ada kedai dekat ke apa ke. uwaa..takot. then obek kata kejap lagi 5 minit dia call back. fuhhhh.. lega, after 5 minutes dia call balik cakap dia dah minta tolong staff dia datang tolong tengokkan, mujur kebetulan mamat tu on the way ke area saya tu kan. obek kata bateri kong tu. saya kata, takkan le pulak sebab tadi start ok je. just tetiba je dia kiok. how come bro?? so, tunggu je la budak tu. huhuhu...
~~
lebih kurang 1 jam tu budak tu pon sampai. dia check2 bateri kong le katanya. saya dalam kereta tu memang ada je siapkan jumper, tapi nak dicocok ke mana pulak? nak kena ada bateri extra or ada kereta depan tu baru le boleh dicaskan bateri yang kong tu kan. hehehhehee... so dia tolong buatkan. kejap je dah boleh start balik. fuhh.. lega. terima kasih daun keladi. so, dia kasi test2 kejap, pusing2 kejap area tu then dia kata ok, dah boleh drive dah. saya still takot la, ye la maunya tidak, buatnya mati enjin lagi kat trafik light tetengah jem tu apa nak dikata. tak pepasal glamer je kang. glamer tu satu hal, buat orang sakit hati je..boleh membangkitkan kemarahan orang ramai kalo gitu caranya. ye la.. mau tak hangin, dah le jem orang balik kerja, kereta rosak tetengah jalan. huhuhuhu.. mintak dijauhkannnnnnn... so, budak tu kata takde apa la.. dah ok dah. nak pi pasar malam pon dah boleh dah. hehehe.. wokeh. saya cakap kat dia upah nanti mintak kat abang ko ye. huhuhu...saya tak pernah bahasakan obek as boss diaorang or apa ke, mesti panggilkan abang. obek pon tak mau layan staff macam staff, layan macam adik2 je. bagi happy kerja. tapi berbatasan la kan, tak le terlampau2 kang kena pijak kepala pulak. anyway.. sapa pon sengal. apa le saya tak huloq je kat budak tu $10 ke apa ke. entah apa yang saya pikirkan entah la. tak perpikir lansung. bila dah gerak dah inform obek semua dah settle baru le teringat, lansung tak terpikir apa pon. ayoyoyoyoyoooo..mesti budak tu sumpah seranah saya sebab saya tak bagi apa2. uwaaaa.. sorry la. nanti minta le kat obek upah kau tu. so, dah pesan juga kat obek bagi la dia apa2 belanja makan ke apa je. owhhh.. so kekawan, jangan jadi macam saya ye. if orang dah tolong tu hulur2 la. kalo tak nanti sesal je bila mikirkannya.
~~
so, pergi juga le pasar malam wwalopon jantung masih dupdapdupdap..takot kereta berenti lagi kan. sampai pasar malam, beli2 semua time nak balik tu, tu diaaa... berkilo2 bismillah baca takot kereta tak boleh start lagi. mujur boleh, dah terus balik rumah. sampai tak berenti pon nak isi petrol. takotttttt... hehehhehe.. malam tu, malammmmmmmmmm pukul 11pm baru obek balik. laksa beli kat pasar malam dah sejuk, apam balik dah kejung, beli jagung bakar dah kerepot punya lama tunggu dia balik lambat sangat. hangin betol la. ggrrrrr...
~~
so, balik ngadu kat nezha. owhh..mamat tu tak pedulik apa pon. tapi malam tadi mulut dia punya le bising asyik mengeow2 je. entah le apa kenanya. nak kata tak cukup makan, dah habis 1 pinggan tu saya tengok kosong, nak kata stress tak kuar, dah saya bawak kuar ke pagar. pagar je la. lelebih kang tak siap lak keje saya. hahahhahaha....
~~
hari ni nak kereta dengan obek. ala2 manja la konon. puiiiiii.. cakap je la penakot dan pemalas drive. merasa lah. takpe la kan, sekali sekala bukan hari2 pongggggg....
~~
so, to my kuciku comeli glenn (glenn tu nama kereta saya la.. nama kereta pon glamer apa..) next time tolong jangan bagi jantung saya berhenti jugak. kot nak rosak ke apa ke please, please, pleaseeeeeeeeeeeee bagi signal tanda2 dulu ye supaya saya bersedia. dan, kalo nak rosak please rosak masa obek ada dekat2. takmau la susahkan orang lain pulak. owhhh.. walocamne pon.. syukur sebab rosak sikit je. tak le yang major2 ke apa ke. syukur...
~~
tu je la nak cerita. hehehhehehe.... gambar nezha still takde ye sebab cable still tak jumpa2 lagi. apa kalo boleh dicocokkan kabel letrik 3/0 gauge 200 amps tu senang le, ada je kat stor tu. huhuhuhuuuu...
~~
i love you obek..
i love you nezha..
i love all of you...

Saturday, March 24, 2012

aktiviti makan-makan terkejut...


yuhuuuu...
lama menyepi, biasa la..seminggu sekali baru nak update tu dah kira bagus kan. hehehhe... sebenarnya selalu je masok tapi tak berupdate cuma jalan2 baca blog kekawan. haaa..kali ni nak cerita pasal hari rabu lepas, tetiba je kan telah terjadi kejadian aktiviti makan-makan terkejut yang tanpa dirancang.
~
alkisahnya sibudak akak belajar buat kuih melaka. chehhhh... dari pagi sampai ke petang bersms dengan saya tanya cara2 membuatnya. mmmm.. rasa saya le kan, the whole week tu pon dia dah dok sms tanya. hehehhehe.. takpe... disebabkan dia bersemangat, kita bagi lagi motibasi supaya dia bertambah rajin. memula bejalar buat le kuih senang2 dulu kan, dah teror esok2 baru le buat kuih yang lagi susah gituuu... tu pon dah cukup bagus ada hati nak belajar buat kuih (selama ni tau makan je kan). hahahhaha....
~
so, lepas explain seterang-terangnya kat dia, dia kata di apon nak buat le kuih buah melaka tu. bagus2. saya kata kalo dah siap nanti hantar ke rumah saya nak rasa. chewahhhhh... cakap2 ayam je la kan takkan dia nak hantar pulak. sekali dah petang tu katanya kuih dah dipaket mau dihantarin ke rumah saya. waduhhhh..kaget ini. ye la..orang datang mesti mau kemas rumah masak lebih kurang kan. paling terok pon goreng cekodok ke. takkan hantar sampai pagar je. sekali dia kata ibu pon nak datang sekali. haaaa....sudahhhh.... ibu kalo datang saya lagi debar2. sebab apa? sebab kalo masak tak best nanti ibu bising. hahahhahahaa.... ye la.. ibu kan pandai masak kang dia ceramah pompuan malas masak bingit tinga makcik nanti. sekali dia sms lagi sekali kata bebudak adik & aish pon nak datang. ya tuhannnn... datang jangan tak datang. tetamu nak datang mesti disambut. so, saya inform obek cakap ibu & the geng nak datangrumah malam ni lepak, minta dia balik cepat dikit. kalo tak kang pakcik tu pukul 11pm baru nak nampak muka. gggrrrrr...
~
lepas inform obek, inform sekali nak singgah kedai nak beli barang masak untuk malam ni. otak dah ligat dok pikir nak masak apa yang senang, cepat dan mengenyangkan. pikir jangan tak pikir. last2 decided nak masak nasi lemak, sambal tumis sotong, goreng telur mata, dan buat bubur pisang letak biji sagu sikit. sebab ada sebiji pisang tanduk kat rumah tengah sedang elok dibuat bubur. okehhh.. set!!!!! bali cepat2, maka berkungfu la kelam kabut. dah kata diaorang nak datang around 8pm, kena siap cecepat le. minta tolong nezha kat dapur takde le pulak mamat tu nak tolong. tolong menyebok ye ada la. gggrrrrrr.... cuba le tolong goreng telur ke, tolong lap2 dapur ke..ni tak. melepakkkk je 26jam sehari. geram sungguh lah! lepas siap masak baru kemas rumah depan sapu2 lap2 apa yang patot. padan le muka. selama ni pemalas lap2. bila orang nak datang baru kelam kabut nak lap itu ini. hehehehhehee...
~
so, dah alang2 berkumpul tu inform almaunah sekali la if dia nak joint. reramai baru le best kan. dah tentu2 last minute punya decision tapi dia datang jugak. yahuuuuu.. malam tu rumah meriah sungguh. bising memekak mana dengan aish lawan main game dengan obek. menjerit2. macamkan lawan bebetol. eeeee....dengan budak kecik pon jadi la obek ni. yang buat lagi best, obek kalah main game tuh. hahahhahahahhaa.. owh... sungguh tak ku sangka, rupanya budak kecik lagi teror main game dari obek. waduhwaduhwaduhhh..... so bila dah kumpul2 nak makan sekali diaorang kata makanan ala2 tak mencukupi. cuak makcik tapi mujur almaunah ada bawak spageti spare, so, apa lagi..tungtang tungtang kejap tu jugak buta spageti goreng. amboiiii.. sedappppppp sangat saya masak spageti goreng tu malam tu. yahuuuuu.. tapi ibu kata kurang masin. chehhhh... ala..ibu tu memang kuat masin orangnya. hehhehehe.. goreng simple je potong bawang putih dan bawang merah, cili api potong2 sikit, letak baked beans, letak chunky tuna. sodappppppppp..... so, menu malam tu semua selesai. macam nak meletop perot makan. ye la.. biasa saya makan sorang je dinner or makan dengan obek 2 orang terkontang kanting, sekali malam tu tanpa disangka2 ramai pulak jemaah. bestnyaaaa... saya suka. itu gambar atas tu le sebahagian dari makanan yang kami makan malam tu. gambar muka orang makan harap maaf le ya tidak boleh dipaparkan kerana ekspresi muka yang kurang memberansangkan. al-maklum, semua tengah lapar maka muka makan adalah mengerikan. hahhahahahhaa.....
~
lepas makan, lepak2 borak2 tengok tv. yang lelaki semua bantai main game. membising je hiyarghh hiyarghhh.... yang pompuan tengok tv dan borak2. tapi saya amatlah bahagia malam tu sebab budak adik tolong cabutkan uban. hahahahhaha... alamak, baru le teringat nak kena top-upkan hp dia sebagai upah cabut uban. ya ampunnn. .terlupa sungguh. mujur menulis ni baru le teringat. takpe, kejap lagi pegi top-up. lepas tu ibu lak sambung. uban saya? ye sekian, banyak betol. huhuhuhuhuuu..sedihnya. dah tua rupanya saya. uwawwaaaa...
~
malam tu nezha tak senang duduk. sebab orang ramai dan bising2 kaco dia nak tido dan amik tempat dia selalu lepak. heheheh..dan juga asyik kena buli dengan bebudak tu. hahahhaha..rasakan kau nezha! almost 12 baru diaorang bergerak. bestnya. walopon penat terkejar2 masak dan kemas rumah, tapi seronok. maklum la.. biasa rumah tu sunyi je tak de berbunyi. sesekali ada orang datang baru le terasa kehadiran orang. lenkali datang lagi yeeee...
~
so, gitu le ceritanya. lagi nak cerita apa? mmmmm... weekend ni entah le. macam ada program je ma tu. mesti nak kena bawak dia pi memana le tu kan. obek kerja. nezha..mmm..selain dari makan tido apa lagi ye yang dia buat? owhh.. menyepah2 barang. bagus2. sepahkan la lagi.
~
ok la. tu je la kot nak cerita. nanti kalo ada apa kejadian lagi nanti saya sambung tulis2 lagi. hari ni malas betol rasanya. nak buat apa pon takde mood. owhhhh....
~
i love you obek..
i love you nezha..
i love all of you...

Sunday, March 18, 2012

entry tanpa gambar dan cerita weekend tadi...


hello...
okeh.. sekarang sambong2 tulis. tetapi... gambar tiada wohh.. kerana itu cable sudah hilang ditelan naga. al-maklum...tahun ni tahun naga katanya maka segala benda yang hilang tu dikatakanlah naga yang telan. ntah hapa2 je. puas dah carik pusing2 tak jumpa jugak. geramlah! orang dah le nak letak gambar nih. ggrrrrr.... tanya nezha? mmm.. tak layan mamat tu... tanya nak makan apa baru le tegak telinga dia, other than that sorry la dia nak layan. tensen makcik!!!!
~~
so, nak cerita apa ye. mmm.. last saturday, saturday tadi ni le kan, anak mama bertunang. alahaiii... orang dekat je. blok belakang rumah je katanya. hahahhahaa... punya senang nak balik kampung esok2 kan, belakang blok je. kusssss semangattt.. jimat petrol segala. anyway... saya telah tolong menyeponsor buat sirih junjung. wahhhhh.. tak percaya? percayalahhhhh... tu le gambar yang nak ditunjuk tu sekali cable takde camne? takpe.. esok2 dah jumpa cable saya letak gak ye. buat simple2 punya je la kan. setakat yang mampu. jadi le. harap mama suka tapi tengok gaya masa saya hantar sirih junjung tu nampak muka macam happy je. fuhhh.. lega. saya takot juga, mana le tau kan, takot dan taknak le jadi perosak majlis orang. orang dah buat hantaran cecantik sekali ko hantar hantaran haprak, naya je. huhuhuhu... tema adalah purple. masa pegi hantar bertunang tu saya takdapat pergi sama sebab ada hal. majlis tu pagi. so, petang lepas zohor baru dapat meluang kan masa. bawak ma sekali le pergi rumah mama, makan2 belah petang tu. standard le tu kan. dapat balasan hantaran kaler coklat campor gold gitu... haa... so, dengarnya majlis kawen will be on may. tak lama le tu, kejap je bertunangnya tu. hehhehe...looking forward for that event. suka!
~~
nak cerita apa lagi. owhhh... pagi tadi nezha kena marah. sebab telah mengencingkan kabinet tv. geram betol. saya dah siap kemas rumah dah lap dah mop dah sapu semua, baru nak letak bontot kat kerusi nak lepas lelah sekali nampak apa tu bersinar2. tengok dekat2...tu diaaaa... entah berapa liter dia kencing. memang saya hot & spicy sungguh la. tapi lap je la nak buat camne. marah jugak kat dia. dia tau la kena marah so duduk menyorok bawah meja. geram betol. lepas dah siap semua saya pon dah wangi2 lepak tengok tv pandai lak dia datang kat saya gesek2 nak pelok2 nak cium2... chehhh.. nak pujuk la tu. huhuhuhuuu... seperti biasa memang cair je la hati ni dengan dia. pelik la. kenapa saya tak boleh marah dia???
~~
obek? mmm..dia biasa je. pening2 dia tu tak habis lagi. kadang2 datang lagi tapi tak muntah2 dah. hehehhee... kurang rehat yang sebenarnya tu. tu le pasal. harap lepas ni takde sakit2 lagi. sihat2 walafiat sahaja hendaknya. i love you obek!!!!
~~
apa lagi nak cerita ni. owhhh.. tadi lunch dapat makan ikan pekasam. kawan obek bagi. syukurrr.. saya memang suka ikan pekasam. goreng garing2 dan potong bawang dan cili. fuhhhh... takde laok lain pon takde dah. laok tu je. tq kawan obek, nanti balik kampung bawak le lagi. hwuhhahahhaa... tapi hari ni entah le apa kena, goreng ikan tu meletop2 kuali saya. habis minyak terpercik2 satu dapor berminyak. dengan saya sekali kena percik minyak. eeeee.. rasa nak hempas je kuali tu. entah le kenapa. macamkan tak pernah memasak pulak. geramlah. ehhh. banyak pulak peristiwa yang menggeramkan hari ni. sakit tau... kena tangan, kena kaki, kena pipi, mujur tak teruk. cuma yang kat tangan tu agak teruk so letak ubat gigi cepat2 sambil nangis. hahahhaha.. obek kata tu la masak tak basuh tangan tu pasal kuali meletop2. hishhh..ada ke. tak relevan sungguh. ada ke orang masak tak basuh tangan. choiiiii..... lepas siap masak dah jadi 1 hal pulak nak mengelap lantai dapor segala. tensen. mana dengan nezha yang menyebok tu. lepas lunch, tengok tv. entah le cerita apa tak tau le. takde apa yang menarik. lepas tu obek pi keje, saya layan borak dengan nezha. belasah le. dah tu, takde manusia kat rumah tu nak dibuat kawan bercakap, maka bercakap le dengan kucing. boleh buat novel bersiri ni.. kisah bercakap dengan kucing. sure tamar jalis tensen sebab ada saingan. hahahahhahaa.... eh..tapi dulu2 saya suka gak baca buku siri bercakap dengan jin tu, saja layan perasaan gitu. sekarang tak tau ada lagi ke tak buku cerita tu.
~~
lagi..nak cerita apa. mmmm.. masa lalu2 kat putrajaya tu ada le nampak banner jualan barang2 bakeri. ye ke kalo tak silap kat alamanda katanya. entah le sampai bila. wahhhh.. mesti best tu. kat banner ada gambar oven, ada gambar mixer, mesti best la. saya suka bab2 masak kek masak biskut ni tapi apakan daya.. tangan basi la. kalo buat mesti tak menjadi. haiyohhhhh.. kenapa ha?? tak berbakat agaknya. minat ada tapi bakat takde le pulak. sedeh sungguh. takpe la. ingat nanti nak pergi la tengok2. layan jamu mata jadi la kan sambil berangan2.
~~
ok la..tu je la nak cakap. selamat menempuh esok hari isnin yang berbahagia... jangan tensen2 keje pada hari pertama, jangan komplen2 malas. kalo rasa malas, berenti keje. belambak lagi orang nak keje, berderet2. keje taknak, malas, banyak alasan, masok nak lambat, balik nak cepat, tapi gaji nak pulak. camno tu?
~~
i love you obek..
i love you nezha..
i love all of you...





Tuesday, March 13, 2012

masih ada ye...


hello..
asuhai..lamanya tak masuk blog dan menulis2. masuk blog baca blog orang ada, tapi tak le pulak menulis. macam2 hal kebelakangan ni. hehehehhee.... biasa la, alasan standard. tapi harap2 kawan2 semua tak le lupakan saya ni ye. mentang2 dah tak update, terus lupakan saya pulak. sedih saya tau. sapa lupa saya nanti saya kasi pos uk-uk nezha bagi korang ingat semula. miyahahahhahaa.....
~
anyway.... sejak pemergian opah hari tu memang ada je kerja yang perlu diselesaikan. maklum... berbagai2 hal nak dilaksanakan. mmmm... lepas tu saya pulak tak sihat. penat sangat kot. kata orang penting harus bekerja keas (ye ke??), belasah la... lepas tu.. kena pulak sakit mata. erkkk.. tapi orang kata jangan sebut sakit mata, sebut sakit montot. hahahhaha.. ye ke? hishhh.. takde la.. dah sakit mata kena la sebut sakit mata takkan nak sebut sakit lain pulakkan. so keadaan semasa sakit mata adalah amat mengerikan. dengan pedihnya, dengan sakitnya, dengan bengkaknya nak bukak mata pon tak boleh apatah lagi nak tengok tv. nak membaca? lansung la tak boleh. air mata pon mengalir je. echewahhh.. waktu tu kalo amik jadi pelakon extra watak sedih memang senang2 je boleh dapat award. ye la.. air mata dah tentu je mengalir, muka pon sembab, mata bengkak.. haaa.. natural gitu. memula kena tu ingatkan contact lense buat hal, so biarkan jugak lagi, balik rumah buka contact lense haaa..sudah.. bukan bertambah elok, bertambah baik. pandangan pulak jadi berjerebu. tiba2 je jerebu dalma rumah. haa.. sudahhhh.. ngeri le makcik. melalak le apa lagi. hehehehhe... lepas tu pi klinik la. masa letak ubat kat mata amatlah pedih dan menyakitkan. owhhh.. takmau lagi kena pengalaman sakit mata ni. serik!!!!!! masa cuti baring je. nak tido pon tak selesa. rasa nak tenyeh2 je mata tak takot le pulak. takot tu 1 hal, sakit tu yang benonya. entah le apa kena saya pulak yang terkena sakit mata tu. obek tak de pon. nezha pon tak kena. amatlah boring berbaring tanpa buat apa. walopon baring depan t tapi tidaklah dapat menonton tv itu which is menambahkan sakit hati je. tapi still turn on jugak.. dapat dengar2 jadi le. lepas gian. hehehhehe... panggil nezha suruh tolong picit2 ke takdenya dia mau datang. chehhhhh... itu budak ha.. takmau tolong saya masa saya sakit. masa dia sakit saya tak tido malam menunggu dia. masa saya sakit dia pergi bersuka ria main. geram betol.
~
sekarang cuti sekolah kan... so musim orang kawen jugak la. tapi sekarang ni tak kira cuti sekolah dah.. asal weekend je orang kenduri jugak. bagusnya..saya suka je. last week balik kampung johor. sepupu bek kawen. so pergi le memeriahkan kenduri. kendurinya hari sabtu, ahadnya pulak pegi hantar pengantin ke rumah pengantin lelaki pulak. mujur dekat je, kat ledang. so dalam 40minit dah sampai dah. makanan sedap2. hehehhee.. owh..masa kenduri mata saya adalah skit lagi jadi saya tidak begitu melibatkan diri dengan orang ramai.. makan lebih kurang dan masok bilik berkurung. apa nak buat.. kenduri2 bahaya kang kena kat budak2 lak kang. masa pi hantar pengantin mata dah ok sikit. but still makcik pakai spek itam itu. wahhhhh... ngengada je. ahh.. biarlah. now mata dah ok.. tapi tak berani pulak nak pakai contact lense. chehhhh... takpe..slow2.
~
apa lagi nak cerita. owhh... kucing luar ada sekor mati. entah le apa kenanya. pepagi bukak pintu tetiba nampak je dah terbongkang tepi pintu. mmmmm... nangis. tapi takpe la.. dah sampai masanya. dari dia menderita kesakitan, sebab sebelum tu nampak dia macam tak berapa sihat la. kaki luka sampai nampak isi. bergaduh beriya agaknya sebab luka dalam sangat. letak jugak ubat tapi ye la..takkan boleh nak monitor dia 24jam. dia pon merayap je entah ke mana. kecian dia. yang nama nemo tu. mmmmmmm.... sayang kat dia. walopon kucing luarkan, tapi saya anggap tu kucing saya la. i love you nemo. rip.
~
nezha? biasa la mamat tu. asyik stress je tapi dia taktau kita punya stress lagi berganda2 dia punya pasal. huhuhuhuuuu... last week je 2 kalibuat perangai, pi kencing kat sinki. mujur kat sinki, pandai lak tu tapi menjejeh2 le jawabnya. dah saya jugak tukang kemas. kenapa ha kebelakangan ni nezha asyik buat perangai je. nak kena cubit ke? tapikan... saya pelik la. dia tu kalo buat perangai saya tak pernah nak pukul or marah dia beriya. habis2 saya bebel lebih kurang pastu kemas je la benda tu. peliklah. adakah telah dimandrem oleh nezha? obek kata saya terlalu manjakan budak tu. mmm.. tu memang diakuilah kan. nezha tu if dengan obek mana nak sangat, kadang2 je nak dekat. selain dari tu memang mengekor bontot saya je la. sampai nak pi toilet pon tak senang dia ketuk2 pintu. chehhhh... sungguh kurang sopan budak itu. lately obek ada bagi nama baru kat nezha.. dia panggil mondok. huhuhuhuh... sebab nezha selalu buat aksi ala2 komando tu nak menerkam. terkam sapa? sapa2 kucing yang saya bawak masok rumah at the time. ayoyooooo.. very the garang budak tu. tak boleh tengok kucing lain dalam rumah. mesti kejar dan gaduh pukul ala2 gangster. apakah??? dengki pon ye juga. tamak pon ye jugak. aduhhh... saya ni nak le bagi dia berkawan2 kan dengan kucing2 lain. jangan esok tak kenal bangsa sendiri sebab dok asyik berkawan dengan manusia je. macam2 la nezha tu. bagaimanapon.... sayang nezha. hehhehehe...
~
obek? dia biasa le. buzy memanjang kadang boleh jadi punca bertekak jugak. hehehhehe... habis, payah beno nak jumpa, ngalahkan sultan pulak gayanya. takpe2..pegi la keje.. eosk balik bawak duit 63guni ye. love you so much!!!! hari tu obek tak sihat, pening2 muntah. haaa..sudah... siapa punya angkara ni? jawab cepat. hahhahahahhaa... migrain agaknya. saya syak darah tinggi je. entah le. lepas urut2 bagi keluar angin muntah semua dah elok dah. ngada je. saya paling takot kalo obek tak sihat sebab saya takot la. entah kenapa. gelabah lebih kalo dia tak sihat. harap obek sihat2 je hendaknya dan boleh keje rajin2 lagi. love you!
~
ok la.. nanti tulis lagi. banyak benda la sekarang. ada masa nanti saya jalan2 baca blog korang ye. byeeeeee!!!!!
~
i love you obek..
i love you nezha..
i love all of you..