mari mencari....

Google
 

Sunday, March 18, 2012

entry tanpa gambar dan cerita weekend tadi...


hello...
okeh.. sekarang sambong2 tulis. tetapi... gambar tiada wohh.. kerana itu cable sudah hilang ditelan naga. al-maklum...tahun ni tahun naga katanya maka segala benda yang hilang tu dikatakanlah naga yang telan. ntah hapa2 je. puas dah carik pusing2 tak jumpa jugak. geramlah! orang dah le nak letak gambar nih. ggrrrrr.... tanya nezha? mmm.. tak layan mamat tu... tanya nak makan apa baru le tegak telinga dia, other than that sorry la dia nak layan. tensen makcik!!!!
~~
so, nak cerita apa ye. mmm.. last saturday, saturday tadi ni le kan, anak mama bertunang. alahaiii... orang dekat je. blok belakang rumah je katanya. hahahhahaa... punya senang nak balik kampung esok2 kan, belakang blok je. kusssss semangattt.. jimat petrol segala. anyway... saya telah tolong menyeponsor buat sirih junjung. wahhhhh.. tak percaya? percayalahhhhh... tu le gambar yang nak ditunjuk tu sekali cable takde camne? takpe.. esok2 dah jumpa cable saya letak gak ye. buat simple2 punya je la kan. setakat yang mampu. jadi le. harap mama suka tapi tengok gaya masa saya hantar sirih junjung tu nampak muka macam happy je. fuhhh.. lega. saya takot juga, mana le tau kan, takot dan taknak le jadi perosak majlis orang. orang dah buat hantaran cecantik sekali ko hantar hantaran haprak, naya je. huhuhuhu... tema adalah purple. masa pegi hantar bertunang tu saya takdapat pergi sama sebab ada hal. majlis tu pagi. so, petang lepas zohor baru dapat meluang kan masa. bawak ma sekali le pergi rumah mama, makan2 belah petang tu. standard le tu kan. dapat balasan hantaran kaler coklat campor gold gitu... haa... so, dengarnya majlis kawen will be on may. tak lama le tu, kejap je bertunangnya tu. hehhehe...looking forward for that event. suka!
~~
nak cerita apa lagi. owhhh... pagi tadi nezha kena marah. sebab telah mengencingkan kabinet tv. geram betol. saya dah siap kemas rumah dah lap dah mop dah sapu semua, baru nak letak bontot kat kerusi nak lepas lelah sekali nampak apa tu bersinar2. tengok dekat2...tu diaaaa... entah berapa liter dia kencing. memang saya hot & spicy sungguh la. tapi lap je la nak buat camne. marah jugak kat dia. dia tau la kena marah so duduk menyorok bawah meja. geram betol. lepas dah siap semua saya pon dah wangi2 lepak tengok tv pandai lak dia datang kat saya gesek2 nak pelok2 nak cium2... chehhh.. nak pujuk la tu. huhuhuhuuu... seperti biasa memang cair je la hati ni dengan dia. pelik la. kenapa saya tak boleh marah dia???
~~
obek? mmm..dia biasa je. pening2 dia tu tak habis lagi. kadang2 datang lagi tapi tak muntah2 dah. hehehhee... kurang rehat yang sebenarnya tu. tu le pasal. harap lepas ni takde sakit2 lagi. sihat2 walafiat sahaja hendaknya. i love you obek!!!!
~~
apa lagi nak cerita ni. owhhh.. tadi lunch dapat makan ikan pekasam. kawan obek bagi. syukurrr.. saya memang suka ikan pekasam. goreng garing2 dan potong bawang dan cili. fuhhhh... takde laok lain pon takde dah. laok tu je. tq kawan obek, nanti balik kampung bawak le lagi. hwuhhahahhaa... tapi hari ni entah le apa kena, goreng ikan tu meletop2 kuali saya. habis minyak terpercik2 satu dapor berminyak. dengan saya sekali kena percik minyak. eeeee.. rasa nak hempas je kuali tu. entah le kenapa. macamkan tak pernah memasak pulak. geramlah. ehhh. banyak pulak peristiwa yang menggeramkan hari ni. sakit tau... kena tangan, kena kaki, kena pipi, mujur tak teruk. cuma yang kat tangan tu agak teruk so letak ubat gigi cepat2 sambil nangis. hahahhaha.. obek kata tu la masak tak basuh tangan tu pasal kuali meletop2. hishhh..ada ke. tak relevan sungguh. ada ke orang masak tak basuh tangan. choiiiii..... lepas siap masak dah jadi 1 hal pulak nak mengelap lantai dapor segala. tensen. mana dengan nezha yang menyebok tu. lepas lunch, tengok tv. entah le cerita apa tak tau le. takde apa yang menarik. lepas tu obek pi keje, saya layan borak dengan nezha. belasah le. dah tu, takde manusia kat rumah tu nak dibuat kawan bercakap, maka bercakap le dengan kucing. boleh buat novel bersiri ni.. kisah bercakap dengan kucing. sure tamar jalis tensen sebab ada saingan. hahahahhahaa.... eh..tapi dulu2 saya suka gak baca buku siri bercakap dengan jin tu, saja layan perasaan gitu. sekarang tak tau ada lagi ke tak buku cerita tu.
~~
lagi..nak cerita apa. mmmm.. masa lalu2 kat putrajaya tu ada le nampak banner jualan barang2 bakeri. ye ke kalo tak silap kat alamanda katanya. entah le sampai bila. wahhhh.. mesti best tu. kat banner ada gambar oven, ada gambar mixer, mesti best la. saya suka bab2 masak kek masak biskut ni tapi apakan daya.. tangan basi la. kalo buat mesti tak menjadi. haiyohhhhh.. kenapa ha?? tak berbakat agaknya. minat ada tapi bakat takde le pulak. sedeh sungguh. takpe la. ingat nanti nak pergi la tengok2. layan jamu mata jadi la kan sambil berangan2.
~~
ok la..tu je la nak cakap. selamat menempuh esok hari isnin yang berbahagia... jangan tensen2 keje pada hari pertama, jangan komplen2 malas. kalo rasa malas, berenti keje. belambak lagi orang nak keje, berderet2. keje taknak, malas, banyak alasan, masok nak lambat, balik nak cepat, tapi gaji nak pulak. camno tu?
~~
i love you obek..
i love you nezha..
i love all of you...





No comments: