mari mencari....

Google
 

Tuesday, March 13, 2012

masih ada ye...


hello..
asuhai..lamanya tak masuk blog dan menulis2. masuk blog baca blog orang ada, tapi tak le pulak menulis. macam2 hal kebelakangan ni. hehehehhee.... biasa la, alasan standard. tapi harap2 kawan2 semua tak le lupakan saya ni ye. mentang2 dah tak update, terus lupakan saya pulak. sedih saya tau. sapa lupa saya nanti saya kasi pos uk-uk nezha bagi korang ingat semula. miyahahahhahaa.....
~
anyway.... sejak pemergian opah hari tu memang ada je kerja yang perlu diselesaikan. maklum... berbagai2 hal nak dilaksanakan. mmmm... lepas tu saya pulak tak sihat. penat sangat kot. kata orang penting harus bekerja keas (ye ke??), belasah la... lepas tu.. kena pulak sakit mata. erkkk.. tapi orang kata jangan sebut sakit mata, sebut sakit montot. hahahhaha.. ye ke? hishhh.. takde la.. dah sakit mata kena la sebut sakit mata takkan nak sebut sakit lain pulakkan. so keadaan semasa sakit mata adalah amat mengerikan. dengan pedihnya, dengan sakitnya, dengan bengkaknya nak bukak mata pon tak boleh apatah lagi nak tengok tv. nak membaca? lansung la tak boleh. air mata pon mengalir je. echewahhh.. waktu tu kalo amik jadi pelakon extra watak sedih memang senang2 je boleh dapat award. ye la.. air mata dah tentu je mengalir, muka pon sembab, mata bengkak.. haaa.. natural gitu. memula kena tu ingatkan contact lense buat hal, so biarkan jugak lagi, balik rumah buka contact lense haaa..sudah.. bukan bertambah elok, bertambah baik. pandangan pulak jadi berjerebu. tiba2 je jerebu dalma rumah. haa.. sudahhhh.. ngeri le makcik. melalak le apa lagi. hehehehhe... lepas tu pi klinik la. masa letak ubat kat mata amatlah pedih dan menyakitkan. owhhh.. takmau lagi kena pengalaman sakit mata ni. serik!!!!!! masa cuti baring je. nak tido pon tak selesa. rasa nak tenyeh2 je mata tak takot le pulak. takot tu 1 hal, sakit tu yang benonya. entah le apa kena saya pulak yang terkena sakit mata tu. obek tak de pon. nezha pon tak kena. amatlah boring berbaring tanpa buat apa. walopon baring depan t tapi tidaklah dapat menonton tv itu which is menambahkan sakit hati je. tapi still turn on jugak.. dapat dengar2 jadi le. lepas gian. hehehhehe... panggil nezha suruh tolong picit2 ke takdenya dia mau datang. chehhhhh... itu budak ha.. takmau tolong saya masa saya sakit. masa dia sakit saya tak tido malam menunggu dia. masa saya sakit dia pergi bersuka ria main. geram betol.
~
sekarang cuti sekolah kan... so musim orang kawen jugak la. tapi sekarang ni tak kira cuti sekolah dah.. asal weekend je orang kenduri jugak. bagusnya..saya suka je. last week balik kampung johor. sepupu bek kawen. so pergi le memeriahkan kenduri. kendurinya hari sabtu, ahadnya pulak pegi hantar pengantin ke rumah pengantin lelaki pulak. mujur dekat je, kat ledang. so dalam 40minit dah sampai dah. makanan sedap2. hehehhee.. owh..masa kenduri mata saya adalah skit lagi jadi saya tidak begitu melibatkan diri dengan orang ramai.. makan lebih kurang dan masok bilik berkurung. apa nak buat.. kenduri2 bahaya kang kena kat budak2 lak kang. masa pi hantar pengantin mata dah ok sikit. but still makcik pakai spek itam itu. wahhhhh... ngengada je. ahh.. biarlah. now mata dah ok.. tapi tak berani pulak nak pakai contact lense. chehhhh... takpe..slow2.
~
apa lagi nak cerita. owhh... kucing luar ada sekor mati. entah le apa kenanya. pepagi bukak pintu tetiba nampak je dah terbongkang tepi pintu. mmmmm... nangis. tapi takpe la.. dah sampai masanya. dari dia menderita kesakitan, sebab sebelum tu nampak dia macam tak berapa sihat la. kaki luka sampai nampak isi. bergaduh beriya agaknya sebab luka dalam sangat. letak jugak ubat tapi ye la..takkan boleh nak monitor dia 24jam. dia pon merayap je entah ke mana. kecian dia. yang nama nemo tu. mmmmmmm.... sayang kat dia. walopon kucing luarkan, tapi saya anggap tu kucing saya la. i love you nemo. rip.
~
nezha? biasa la mamat tu. asyik stress je tapi dia taktau kita punya stress lagi berganda2 dia punya pasal. huhuhuhuuuu... last week je 2 kalibuat perangai, pi kencing kat sinki. mujur kat sinki, pandai lak tu tapi menjejeh2 le jawabnya. dah saya jugak tukang kemas. kenapa ha kebelakangan ni nezha asyik buat perangai je. nak kena cubit ke? tapikan... saya pelik la. dia tu kalo buat perangai saya tak pernah nak pukul or marah dia beriya. habis2 saya bebel lebih kurang pastu kemas je la benda tu. peliklah. adakah telah dimandrem oleh nezha? obek kata saya terlalu manjakan budak tu. mmm.. tu memang diakuilah kan. nezha tu if dengan obek mana nak sangat, kadang2 je nak dekat. selain dari tu memang mengekor bontot saya je la. sampai nak pi toilet pon tak senang dia ketuk2 pintu. chehhhh... sungguh kurang sopan budak itu. lately obek ada bagi nama baru kat nezha.. dia panggil mondok. huhuhuhuh... sebab nezha selalu buat aksi ala2 komando tu nak menerkam. terkam sapa? sapa2 kucing yang saya bawak masok rumah at the time. ayoyooooo.. very the garang budak tu. tak boleh tengok kucing lain dalam rumah. mesti kejar dan gaduh pukul ala2 gangster. apakah??? dengki pon ye juga. tamak pon ye jugak. aduhhh... saya ni nak le bagi dia berkawan2 kan dengan kucing2 lain. jangan esok tak kenal bangsa sendiri sebab dok asyik berkawan dengan manusia je. macam2 la nezha tu. bagaimanapon.... sayang nezha. hehhehehe...
~
obek? dia biasa le. buzy memanjang kadang boleh jadi punca bertekak jugak. hehehhehe... habis, payah beno nak jumpa, ngalahkan sultan pulak gayanya. takpe2..pegi la keje.. eosk balik bawak duit 63guni ye. love you so much!!!! hari tu obek tak sihat, pening2 muntah. haaa..sudah... siapa punya angkara ni? jawab cepat. hahhahahahhaa... migrain agaknya. saya syak darah tinggi je. entah le. lepas urut2 bagi keluar angin muntah semua dah elok dah. ngada je. saya paling takot kalo obek tak sihat sebab saya takot la. entah kenapa. gelabah lebih kalo dia tak sihat. harap obek sihat2 je hendaknya dan boleh keje rajin2 lagi. love you!
~
ok la.. nanti tulis lagi. banyak benda la sekarang. ada masa nanti saya jalan2 baca blog korang ye. byeeeeee!!!!!
~
i love you obek..
i love you nezha..
i love all of you..

4 comments:

Dearie Pearls said...

aloha there..

sungguh lama tidak berkunjung ke sini dan juga ke blog2 yg lain.

mood blogging agak suram..

1st of all, takziah atas pemergian nenda tercinta. semoga di tempatkan di kalangan insan2 yang diredhaiNYA.

sakit mata? terasa sakitnya.. xnak ar membayangkan coz memang pedih..

mujur tak berjangkit..

ok, take care ya..

MOKCIK AZWA said...

Akhirnya berupdate jugak yer..ingatkan dah pencen dah dari berblogging huhuhu..

wah jagn sakit mata jangkit kat pengantin dah ler naya pengantin hehehe.. kata orang nak cepat sembuh, titiskan susu ibu hehehe..mana nak dapat tu hehehe

ok take care..

POSH76 said...

comel!!!

saya said...

pearl--tu la.. lama tak sembang2 nih. hehehhe...

mokcik--mana boleh pencen blogging, cuma kekangan masa je (alasan standard)

posh--cute!