mari mencari....

Google
 

Monday, April 30, 2012

good morning monday....

hello...
telah melalui hujung minggu yang sungguh membosankan. arghhhhh... bosan betol. orang weekend best2, ni sengal pulak. huhuhuhuu...takpe la..sekali sekala kehidupan harus ada pusingannya, ye tak? asyik seronok je boleh buat kita lupa diri, bila ada ketika yang tak seronok, baru le muhasabah diri. echewahhhhhhh...so, weekend korang camne? best ke? kebabom ke?
**
book fair kat pwtc dah pergi ke belom? alahai..tak berkesempatan lagi la. hajat hati tu memang nak sangat pergi. takpe, dia ada sampai hujung minggu ni, so ada masa lagi. esok cuti hari pekerja sure ramai yang pergi, hehehehehe.. pergi la tengok2 buku, tengok2 orang.
**
saya tengok berita kat tv hari tu pasal kecoh2 demonstrasi tu, alahiii..ngerinya dah macam orang tak bertamadun pulak. kenapalah jadi sampai macam tu. takotlah. harap lepas ni takde lagi kejadian macam tu. fikir masa depan, buat kerja yang mendatangkan faedah dan tidak memudaratkan diri serta keluarga. tu buatnya kalau kena tangkap masuk jel kena bicara kena bayar denda mana nak cekau duit? mak bapak keluarga kau uugak yang susah nanti kena pinjam duit sana sini jual kebun jual tanah sebabkan nak menyelamatkan kau. kalau banyak sangat masa terluang, cari rezekimlebih, buat kerja lebih, dapat duit boleh bagi kat orang tua, boleh belanja makan mak bapak sedap2, boleh himpun duit sikit2 hantar mak pak pegi umrah pegimhaji. bukan bagi orang tua susah hati dengan oerangai kta. mmm..entah le. pendapat masing2 kan, cuma harap lepas ni takde lagi la kejadian mcm tu.
**

ok la...tu je nak corat coret hari ni. kepada semua pekerja seluruh malaysia..selamat bercuti esok sempena menyambut hari pekerja. kerja dengan ikhlas, dengan rajin, moga rezeki kita diberkati walaupon sikit tapi halal dan berkat menjadi darah daging kita sekeluarga. insyaallah....

Friday, April 27, 2012

minggu kuih...

hello...
apa khabar? harap semua orang dan kucing pun sihat sejahtera hendaknya. haaaaaa.....kenapa tajuknya minggu kuih? sebab minggu ni ada terlebih sikit rajin dan telah membuat kuih sebanyak 2 kali. huiyoooooo...2 kali tu pon ibarat 79 kali pada level saya ni. al-maklum, jenis tanagn kalo buat kuih tu payah beni yang nak menjadi. mesti ada je spoil kat sana sini. ni namanya tangan kategori beli kuih je, bukan kategori buat kuih. muwahahahahahahhh...
anyway, nak jugak le cerita kompang lelebih sikit walopon hasil kuih tunyang nan hado bak kata orang tu kan. takpe la...jadikan ia sebagai satu motibasi dalam memperbaiki teknik membuat kuih. elehhhhh...cerita buat kuih tu macamkan buat kuih kek bertingkat2, walhallllll....cuma buat kuih buah melaka je dan kuih cucur jawa! muwahahahahahahhh...tau tak cucur jawa camne? dia kaler hitam2 macam bentuk topi tu. sedappppp... baikk..mari mulakan cerita pasal kuih buah melaka. opss..sebelum tu maaf dipinta kerana gambar tidak ada. imagine aje lah ye.
hari apa ye hari tu kalo tak silap hari selasa yang lepas, obek sms kata dia nak balik cepat petang tu. yahuuuu... bukan senang dak dapat obek balik cepat. best2. so bersemangan lebih le nak masak2. kalo tak silap malam tu dinner masak laokasam pedas ikan, dan buat sotong kangkong tu. dan itu le telah membuat kuih buah melaka. versi saya---->kuih melaka terlebih warna hijau! ngeri okeh tengok kaler dia. nampak sgt guna pewarna tiruan instead of guna daun pandan. rumah mana nak cekau daun pandan, tapi bab kelapa parut tu saya ada simpan dalam freezer, so bila nk guna just kukus bagi lembut. mmmm... keterlebihan bahan pewarna adalah totally bukan salah saya, tapi salahkan NEZHA!!!!!! ye..memang mamat itulah penyebab kuih itu terlebih warna kerana, masa saya tengah dok telek2 nak tuang pewarna, dia datang dok melesk kat kaki maka saya terkejut hippopotamus makan kaler telah tertumpah ke dalam tepung. hehehehehe..what to do? nak buang sayang, so, terus kan je lah. sebelum masak dah nampak kehijauan kuih tu, bila dah masak, lagi le bertambah hijau! ya ampunnnnnn.... obek nampak kuih tu, his 1st impression ialah... hah!!!! hijaunya!!!! uwaaaaaaa....sedih saya tau, lantas saya telah menepok2 montot nezha diatas kesalahan yg telah dilakukannya itu. hahahahahahahhh... tapi, walopon hijau terlebih, habis jugak kuih tu obek makan. dah kata kuih fav dia. kalo dia takmau makan, saya tetap akan suap ke dia bagi habis jugak. alahaii..bukan buat banyak pon, ada la dalam 25 biji kecik2 macam tu. jadi la. buat lepaskan teringin. nak beli mana pulak nk carik, lain la kalo bulan ramadhan, hari2 ada orang jual kat bazar tu. huhuhuuu....hijau pun hijau laa..janji kenyang. lesseon learnt---lain kali nak tuang pewarna sila pastikan budak mondok berada jauh dari lingkungan dapur.
cerita bab buat cucur jawa pulak--actually ni percubaab saya untuk kali ke 2. yang 1st hari tu, tak menjadi you olls!!!!!!! tak jadi bentuk topi lansung, dia jadi macam cekodok le pulak. hahahahahhh..tapi dari segi rasa dah ada dah, cuma bentuk pulak jauh lari dari kehendak. hoahoho....frust sungguh masa tu. masa bancuh adunan tu punya berkobar2. the next day bagun pepagi ni konon nak menggoreng kuih tu le tapi jadi cekodok pulak. geram betul. tapi takpe... jangan berputus asa. so, malam tadi dok try sekali lagi. kali ni check dan baca resepi berulang kali supaya tak silap lagi.so, buat le adunannya malam tadi. berdebar rasanya hati, jantung, limpa dan paru2. sungguh!!! so, pagi tadi, try goreng, dannnnn....saya telah berjaya!!!! yahoooooooo...sungguh gembira sampai terlompat2 kat dapor sensorang pepagi buta tu. mula2 tu suspen jugak, sebab bila goreng, bentuk tepi dah ada, tapi takde lak yang bentuk timbul macam topi tu, rupanya bila diterbalikkan kuih tu, bentuk topi tu dibawah. owhhhh...suspen makcik. so, resulnya, kuih cucur jawa saya menjadi, tapi.......still ada gak benda yg nk bagi dia spoil tu kan. warnanya tu terlebih hitam. saya syak gula merah saya tu kaler hitam sangat sebab tu kuih tu jadi terlebih gelap. obek kata---->hitamnyaaaa...macam obyyyy!!!!!! hah? uwaaaaaaaaa...eh, eh...macam le awak tu putih benor kan, lebih kurang kita gak warnanya awak tu. hahahahahahahahhh...tapi boleh dikategorikan berjaya le, sebab bentuk ada, dan rasanya pon ada. lemak2 manis gitu. takpe...esok2 percubaan kali ke3 mesti bertambah elok. hendaknya la. kalo menjadi nanti ingat nak buat sikit hantar kat rumah mama sebab next saturday kan ada kenduri anak dia kawen tu. boleh buat kudap2 sambil bergossippppppp.
jadinya, itu le cerita saya untuk minggu ini. kisah kuih melakadan kuih cucur jawa terlebih kaler. sekian, wassalam.

Tuesday, April 24, 2012

kena lagi, yeayyy....

yuhuuuu....saya kena lagi....yahoooo..bukan kena nombor ekoq ye, tapi kena lagi cerry-berry lah. yahuuuuu....persoalannya, dah tak larat nak marah2 or bising2 bila kena cerry-berry, maka redho je lah dan bergembira berehat dalam toilet sambil main air. uuuwwaaaaaaaaaaaaaaa..... semoga cepat sembuh untuk diri sendiri. huhuhuuu....sungguh sensetif perut cun ku ini, ni mesti pasal makan mee segera semalam. rasakanlah!!! dah tau tak boleh makan but still nak jugek. dah tu teringin pulak rasanya tu yang bedal makan jugak. sekarang, rasakan akibatnya. syabasss!!!!!
owhh..by the way, rupa blogger dah bertukar baru ye. terkejut hippopotamus makcik tengok tadi baru le terkial2 nak mencari mana hala nak menulis. heheheheheeheee...benda baru kena la slow2 belajar, ye tak? ok la.. nak pergi buat lawatan wajib sambil main air lagi ni. uwaaaaaaa....

Friday, April 20, 2012

aik..sekejap je dah jumaat..

pejam celik, pejam celik sekejap je dah jumaat. owhhh..cepat betol masa berlalu tanpa disedari. eh..eh..sedar, tapi buat2 tak sedar especially bab2 kerja n urusan yang takde berapa hati nak buat tu. huhuhuhuuu... so, selamat berhujung minggu ye semua kawan2. jaga kesihatan diri dan keselamatan diri. ingat, OSHA bukan hanyadi tempat kerja, tapi praktikkan di rumah juga. huiiiii.. pisau2 gunting cangkol tu semua simpan elok2..bahaya tu. hehehehehehhhh. peace!!!!!!

Monday, April 16, 2012

rumusan seminggu yang tak complete..bakal disambung kemudian..

hello...
seperti biasa sorrylah sebab seminggu baru sekali nak berupdat blog ni. anyway...blog kekawan tetap dikunjungi juga boleh kata hari2 gak le. hehehehehe... apa nakcerita kali ni. mmm... banyak gak cerita ceriti, pasal nezha ada kawan baru, pasal anak mama kawen last weekend-selamat pengantin baru ye, pasal sakitbpeur lagi coz makan pedas, pasal lawak2 sengal..huiiii... banyak betol benda yang nak diceritakan. nanti la. gegambar pon banyak gak nak share taoimtu nanti dulu la. belom ada kesempatan nak men-loadkan ke dalam sini. jadi, dipendekkan cerita, jangan le lupakan saya walopon saya jarang menulis. huhuhuuuuu... sayang nezha. tetiba je kan. opsss...sayang obek jugakkkk!!!!!!

Tuesday, April 10, 2012

lamanya..

dah mula dahhhh... dah mula dah kama tak menulis. alahai...macam2 je urusan, tapi takpe la kan. so hari ni nak tulis sikit je. sebenarnya... sah seminggu dah tak memasak, sebabnya......dapor rosak. boleh? hahahahaha... so hari ni le baru nak berasap dapor tu. dirasmikan dengan masak bubur pisang, sambal sardin dan sup ayam. itu je la. tak seronoknya la jangkamasa seminggu tu asyik la makan kedai je. sampai taktau nak order apa dah. jemu!!!!!! sehari dua seronok le, dah lama2 tu perpinau gak mata. so, itu je la nak bagitau. heheheheheheee.....

Sunday, April 1, 2012

penatlah!



hello....
dah 2 hari ni penat mengemas rumah. kemas habis-habisan. bukan spring cleaning lagi, ni dah kira spring, winter, summer, autumn, musim durian semua bagai dah ni. buang semua yang takmau lagi. yang agak2 mau tapi jarangggggggggggg sangat nak diguna pon saya buang juga. kalo ikutkan sayang, mau jadi gudang store rumah tu nanti. tu pun dapat lebih kurang 7 beg plastik sampah yang saiz super besar punya! ahhhhh... takmau pikir2 lagi, buang je. kot2 esok mana nak guna kalo ada duit beli, kalo takde diam2 sudah. setahun sekali mesti kasi kemas kaw2 punya kalo tak bertambah2 barang yang tak perlu. ada banyak baju, kasut, beg nak dibuang tapi nampak masih elok lagi pulak. nak bagi orang sapa pulak yang nak. bagi kat budak2 keje obek semuanya badan bulat2, takde yang kerempeng. ayyoyoyooyo.... tu belom buang lagi. masih simpan dalam kotak besar punya kot2 ada nak hantar balik kampung ke apa ke. baju2 tu.. bukan tak sayang, sayang. cuma dah lama tak dipakai. kasut2 semua cantik lagi, cuma dah kusam sebab asyik terperok je sampai lupa ada kasut tu. kalo dicuci balik elok tu cantik. entah la... barang2 dapor pon semua kemas kasi buang mana yang tak perlu. jangan terkejut walopon pada ketika itu buat2 terkejut sebab banyak rupanya makanan yang dah expired masih disimpan rapi macamkan menyimpan intan berlian mutiara. hehehhehehehe... baik buang cepat2 sebelom obek nampak kalo tak nanti dia bising lorr.. masa nak beli bukan main tak menyempat2 siang nak jugak benda tu, bila dah beli haaa..tu dia.. sampai sekarang ada lagi tu. bila dah kemas secara besar-besaran tu kan, banyak je barang2 nostalgia yang dijumpai. owhh... masa tu sempat la pulak mengenang memori daun pisang tu kan. hahhahaha.... macam2 benda jumpa. paling best bila jumpa duit. yahoooooo.. banyak syiling jumpa, 1 beg plastik merah tu. yahooo..boleh la buat beli2 jajan nanti. tadi saya jumpa duit 5 ringgit yang zaman dulu punya. laku lagi ke? boleh guna lagi ke tak? saya mintak tukar dengan obek dia takmau. hehehehhe... terok obek tu. kemas jangan tak kemas. korang dah kemas rumah belom? cuba try test kemas mesti ada jumpa macam2 barang nanti. hehehhe... ehh.. entah2 korang tiap minggu kemas rumah kan, so tak heran le. saya yang jenis pemalas ni setahun sekali baru nak kemas tu le pasal. owhhh.. my bad...
~~
nezha? ya tuhannnn... ye..memang tuhan je yang tau. saya dah le berlemuih mengemas segala, dia pon sebok nak tolong jugak. saya selongkar kotak dia pon nak masok jugak dalam kotak. haibs dah satu badan melekat habus sawang segala. geram betol la. orang banyak keje dia lagi nak menambah kerja. last2 kurung dia dalam kotak. nampak mata je celah2 penutup kotak. hehehehhehe.. tau lak takot tu. menjerit2 cakar2 kotak. haa....tau takot. insafnya kejap je, ada le 1 minit lepas tu menyelongkar balik. siap boleh melompat mask dalam beg plastik sampah! kussss semangat. terkejut hippopotamus saya masa tu. mana taknya, tengah ralit2 kemas sekali kedebung bunyi kuat rupanya dia terjun masok kotak panjat dari atas meja. geram sungguh la. kang ikat terus kang letak kat tong sampah kang sapa yang susah? sayaaaaaaaaaaaaaaa jugak yang susah. lama2 saya pon tak larat dah nak melayan dia. lantak le dia nak buat apa pon. gggrrrrr.... geram-geram pon tetap lah sayanggggggg sangat kat budak itam tu. mmuuahhhhh...
~~
obek? mmmmm... dia mana buat apa pong! hahhahahah.. saya suruh dia kemas bahagian barang2 dia la. entah guna ke tak guna. kalo saya yang kemas kan..kang habis semua saya buang. so, kena dia kemas sendiri barang2 dia. dia je tau benda tu guna lagi ke tak. kena jugak kemas. tak boleh tidak. kalo tak kemas kang lagi bertambah2 menggunung barang2 tak perlu. eh..yang saya sebok2 nak kemas tu apsal? pas tu sebok paksa jugak orang lain kemas barang sendiri. hahahahhaha..... standard la. saya mana boleh letih sorang-sorang. tak syiok la macam tu. jadi mesti paksa juga obek. hehehhe...
~~
so dah 2 hari ni makan tak menentu. dah lewat malam (read: pukul 1am baru nak dinner!!) apa kes???? ahhh..takmau le masak2 saya dah penat. pas tu tunggu obek balik keje pulak. haa..jawabnya memang pukul 1am le dinner. tu nak kira apa le entah. supper ke, dinner ke.. semalam makan apa ye.. lupa dah. tapi main pointnya nak cerita pasal makan malam tadi ni. hari ni dinner pukul 1130pm. boleh? boleh je. ahhhh.. lupakan segala kata2 dusta jangan makan lepas pukul 8pm sebab nanti gemok. habis tu dari tak makan lansung, baik le makan lewat. tak sempat. malas nak berenti2 kalo tengah buat keje. siapkan sampai puas hati or at lease sampai ke target yang dikehendaki. baru le boleh makan dengan gembira! so, malam ni makan kat kedai lain. memula obek ajak makan kat kedai mamak tu. saya tak mau. sebab saya pernah pergi dulu dan pada pengamatan saya, tu bukan kedai mamak, tapi kedai ke**ng. ada pahammm? so malas le. saya dah le lapar, haus, panas, nak le makan yang sedap di tekak dan sedap di hati. walopon kat situ ada gerai orang yang goreng2 tomyam tu. tapi entah le.. macam takde hati nak makan kat situ. obek kata saya ni cerewet pasal makan. hehehhee.. ye, memang tak dinafikan saya kadang2 memang cerewet bab2 makan ni. kadang boleh bikin gaduh dengan obek bab nak pilih tempat makan punya pasal. dulu2 tu elok je.. ala..dulu tu waktu muda-mudi. sekarang ni dah zaman tua kejung. tu yang mengada lebih. uhuksss.... anyway... pusing2 jumpa le satu kedai ni, so masok le. order nasi putih, daging masak merah dan sayur cendawan. pas tu ada sambal belacan dan sup kosong. obek air tembikai saya pulak teh o ais limau. the verdict : sup masinnnn, sayur cendawan masinnn, daging masak merah pedassss..sambal belacan lagi le pedasss!!!! uwwaaaaa.. perot dah le mendidih kelaparan makanan pulak macam ni aduhaiii..nak nangis rasanya. dah le tu, siap terkunyah batu ke hapa ke dalam makanan, dalam nasi agaknya. uwaaaa.. kenapa saya selalu je kena situasi yang macam ni. tensenlah!! bikin spoil tautak. obek yang pemasin orangnya pon terasa akan kemasinan laok tu, means, memang bebetol masin le. sebab saya jenis tak kuat masin. sikit sudah. kurangkan masin dalam makanan, kurangkan gula dalam minuman gitu konsepnya. tapi apakan daya, makan juga la sambil pejam2 mata. obek tak bagi saya makan sambal belacan tu sebab obek kata memang pedas. takot kang sakit pulak perot lagi, ni pon baru nak reda. owhhhh.... so, hari ni dinner walopon kenyang tapi tak memuaskan hati. bila dipikir2, syukur je la dapat juga makan. buatnya takde makanan kena makan roti kosong lagi sedih ye tak? akan tetapi, kenapa la perlu masak masin2 atau pedas2 sangat wahai tukang masak???? apakah ini strategi untuk supaya orang order air lebih banyak? owhhh... agaknya la kot.
~~
gitu le ceritanya. balik dari makan2, tu le dok ngadap lappy ni. baru le teringin dan teringat nak baca2 blog gossip2 retis segala tu kan. ate, kate koje udoh siap, harus le teman memberi kegembiraan kepada otak sambil relax2, tak gitu? gitu le kaedahnya..... sayang nezha. opss..tetiba mencelah lak nama budak tu kan.
~~
so, esok monday, dikala menulis ni dah 12++ means dah monday le ye. sila la kerja dengan bermotivasi, produktif dan gembira serta ikhlas. jangan komen2, jangan komplen2, jangan bagi2 banyak alasan, jangan malas2, jangan salahguna harta kompeni ('esok' menjawab le). anggap le kita kerja di kompeni milik kita sendiri, takkan nak cincai2 kan? mesti nak elok2 kan? haaaa..gitu. kalo nak komplen2 dalam hati sudehhh.. hehhehee... peace!!!!
~~
i love you obek...
i love you nezha...
i love all of you...