mari mencari....

Google
 

Monday, April 30, 2012

good morning monday....

hello...
telah melalui hujung minggu yang sungguh membosankan. arghhhhh... bosan betol. orang weekend best2, ni sengal pulak. huhuhuhuu...takpe la..sekali sekala kehidupan harus ada pusingannya, ye tak? asyik seronok je boleh buat kita lupa diri, bila ada ketika yang tak seronok, baru le muhasabah diri. echewahhhhhhh...so, weekend korang camne? best ke? kebabom ke?
**
book fair kat pwtc dah pergi ke belom? alahai..tak berkesempatan lagi la. hajat hati tu memang nak sangat pergi. takpe, dia ada sampai hujung minggu ni, so ada masa lagi. esok cuti hari pekerja sure ramai yang pergi, hehehehehe.. pergi la tengok2 buku, tengok2 orang.
**
saya tengok berita kat tv hari tu pasal kecoh2 demonstrasi tu, alahiii..ngerinya dah macam orang tak bertamadun pulak. kenapalah jadi sampai macam tu. takotlah. harap lepas ni takde lagi kejadian macam tu. fikir masa depan, buat kerja yang mendatangkan faedah dan tidak memudaratkan diri serta keluarga. tu buatnya kalau kena tangkap masuk jel kena bicara kena bayar denda mana nak cekau duit? mak bapak keluarga kau uugak yang susah nanti kena pinjam duit sana sini jual kebun jual tanah sebabkan nak menyelamatkan kau. kalau banyak sangat masa terluang, cari rezekimlebih, buat kerja lebih, dapat duit boleh bagi kat orang tua, boleh belanja makan mak bapak sedap2, boleh himpun duit sikit2 hantar mak pak pegi umrah pegimhaji. bukan bagi orang tua susah hati dengan oerangai kta. mmm..entah le. pendapat masing2 kan, cuma harap lepas ni takde lagi la kejadian mcm tu.
**

ok la...tu je nak corat coret hari ni. kepada semua pekerja seluruh malaysia..selamat bercuti esok sempena menyambut hari pekerja. kerja dengan ikhlas, dengan rajin, moga rezeki kita diberkati walaupon sikit tapi halal dan berkat menjadi darah daging kita sekeluarga. insyaallah....

1 comment:

Uncle Lee said...

Hello Saya, thank you for dropping by my pondok, but where is the kuih ondeh ondeh?
Interesting posting....
You keep a song in your heart.
Lee.