mari mencari....

Google
 

Friday, April 27, 2012

minggu kuih...

hello...
apa khabar? harap semua orang dan kucing pun sihat sejahtera hendaknya. haaaaaa.....kenapa tajuknya minggu kuih? sebab minggu ni ada terlebih sikit rajin dan telah membuat kuih sebanyak 2 kali. huiyoooooo...2 kali tu pon ibarat 79 kali pada level saya ni. al-maklum, jenis tanagn kalo buat kuih tu payah beni yang nak menjadi. mesti ada je spoil kat sana sini. ni namanya tangan kategori beli kuih je, bukan kategori buat kuih. muwahahahahahahhh...
anyway, nak jugak le cerita kompang lelebih sikit walopon hasil kuih tunyang nan hado bak kata orang tu kan. takpe la...jadikan ia sebagai satu motibasi dalam memperbaiki teknik membuat kuih. elehhhhh...cerita buat kuih tu macamkan buat kuih kek bertingkat2, walhallllll....cuma buat kuih buah melaka je dan kuih cucur jawa! muwahahahahahahhh...tau tak cucur jawa camne? dia kaler hitam2 macam bentuk topi tu. sedappppp... baikk..mari mulakan cerita pasal kuih buah melaka. opss..sebelum tu maaf dipinta kerana gambar tidak ada. imagine aje lah ye.
hari apa ye hari tu kalo tak silap hari selasa yang lepas, obek sms kata dia nak balik cepat petang tu. yahuuuu... bukan senang dak dapat obek balik cepat. best2. so bersemangan lebih le nak masak2. kalo tak silap malam tu dinner masak laokasam pedas ikan, dan buat sotong kangkong tu. dan itu le telah membuat kuih buah melaka. versi saya---->kuih melaka terlebih warna hijau! ngeri okeh tengok kaler dia. nampak sgt guna pewarna tiruan instead of guna daun pandan. rumah mana nak cekau daun pandan, tapi bab kelapa parut tu saya ada simpan dalam freezer, so bila nk guna just kukus bagi lembut. mmmm... keterlebihan bahan pewarna adalah totally bukan salah saya, tapi salahkan NEZHA!!!!!! ye..memang mamat itulah penyebab kuih itu terlebih warna kerana, masa saya tengah dok telek2 nak tuang pewarna, dia datang dok melesk kat kaki maka saya terkejut hippopotamus makan kaler telah tertumpah ke dalam tepung. hehehehehe..what to do? nak buang sayang, so, terus kan je lah. sebelum masak dah nampak kehijauan kuih tu, bila dah masak, lagi le bertambah hijau! ya ampunnnnnn.... obek nampak kuih tu, his 1st impression ialah... hah!!!! hijaunya!!!! uwaaaaaaa....sedih saya tau, lantas saya telah menepok2 montot nezha diatas kesalahan yg telah dilakukannya itu. hahahahahahahhh... tapi, walopon hijau terlebih, habis jugak kuih tu obek makan. dah kata kuih fav dia. kalo dia takmau makan, saya tetap akan suap ke dia bagi habis jugak. alahaii..bukan buat banyak pon, ada la dalam 25 biji kecik2 macam tu. jadi la. buat lepaskan teringin. nak beli mana pulak nk carik, lain la kalo bulan ramadhan, hari2 ada orang jual kat bazar tu. huhuhuuu....hijau pun hijau laa..janji kenyang. lesseon learnt---lain kali nak tuang pewarna sila pastikan budak mondok berada jauh dari lingkungan dapur.
cerita bab buat cucur jawa pulak--actually ni percubaab saya untuk kali ke 2. yang 1st hari tu, tak menjadi you olls!!!!!!! tak jadi bentuk topi lansung, dia jadi macam cekodok le pulak. hahahahahhh..tapi dari segi rasa dah ada dah, cuma bentuk pulak jauh lari dari kehendak. hoahoho....frust sungguh masa tu. masa bancuh adunan tu punya berkobar2. the next day bagun pepagi ni konon nak menggoreng kuih tu le tapi jadi cekodok pulak. geram betul. tapi takpe... jangan berputus asa. so, malam tadi dok try sekali lagi. kali ni check dan baca resepi berulang kali supaya tak silap lagi.so, buat le adunannya malam tadi. berdebar rasanya hati, jantung, limpa dan paru2. sungguh!!! so, pagi tadi, try goreng, dannnnn....saya telah berjaya!!!! yahoooooooo...sungguh gembira sampai terlompat2 kat dapor sensorang pepagi buta tu. mula2 tu suspen jugak, sebab bila goreng, bentuk tepi dah ada, tapi takde lak yang bentuk timbul macam topi tu, rupanya bila diterbalikkan kuih tu, bentuk topi tu dibawah. owhhhh...suspen makcik. so, resulnya, kuih cucur jawa saya menjadi, tapi.......still ada gak benda yg nk bagi dia spoil tu kan. warnanya tu terlebih hitam. saya syak gula merah saya tu kaler hitam sangat sebab tu kuih tu jadi terlebih gelap. obek kata---->hitamnyaaaa...macam obyyyy!!!!!! hah? uwaaaaaaaaa...eh, eh...macam le awak tu putih benor kan, lebih kurang kita gak warnanya awak tu. hahahahahahahahhh...tapi boleh dikategorikan berjaya le, sebab bentuk ada, dan rasanya pon ada. lemak2 manis gitu. takpe...esok2 percubaan kali ke3 mesti bertambah elok. hendaknya la. kalo menjadi nanti ingat nak buat sikit hantar kat rumah mama sebab next saturday kan ada kenduri anak dia kawen tu. boleh buat kudap2 sambil bergossippppppp.
jadinya, itu le cerita saya untuk minggu ini. kisah kuih melakadan kuih cucur jawa terlebih kaler. sekian, wassalam.

4 comments:

zh-ena said...

dah lama tak mkn kuih melaka..

Uncle Lee said...

Hi, I was born in Malacca, but can't remember what is kuih Malacca? Apa kuih tu?
My bahasa is out of tune, but boleh faham what you posted here.
Very interesting.
Looks like you going to have a busy weekend.
Have fun, and keep a song in your heart.
Lee.

meowwmania said...

ada ke salahkan Nezha ih..ihhh tak patot kan Nezha kannn *kenyit2 mata ngan Nezha*

saya said...

ena--buat2..ena kan teror bab buat kuih2 ni. hehehe....

uncle lee--ala..its a round green small balls covered with grated coconut with gula melaka fillings. hehehe...

meoww--memang dia yg salah!!! arghhhh.. hehehehe..