mari mencari....

Google
 

Sunday, April 1, 2012

penatlah!



hello....
dah 2 hari ni penat mengemas rumah. kemas habis-habisan. bukan spring cleaning lagi, ni dah kira spring, winter, summer, autumn, musim durian semua bagai dah ni. buang semua yang takmau lagi. yang agak2 mau tapi jarangggggggggggg sangat nak diguna pon saya buang juga. kalo ikutkan sayang, mau jadi gudang store rumah tu nanti. tu pun dapat lebih kurang 7 beg plastik sampah yang saiz super besar punya! ahhhhh... takmau pikir2 lagi, buang je. kot2 esok mana nak guna kalo ada duit beli, kalo takde diam2 sudah. setahun sekali mesti kasi kemas kaw2 punya kalo tak bertambah2 barang yang tak perlu. ada banyak baju, kasut, beg nak dibuang tapi nampak masih elok lagi pulak. nak bagi orang sapa pulak yang nak. bagi kat budak2 keje obek semuanya badan bulat2, takde yang kerempeng. ayyoyoyooyo.... tu belom buang lagi. masih simpan dalam kotak besar punya kot2 ada nak hantar balik kampung ke apa ke. baju2 tu.. bukan tak sayang, sayang. cuma dah lama tak dipakai. kasut2 semua cantik lagi, cuma dah kusam sebab asyik terperok je sampai lupa ada kasut tu. kalo dicuci balik elok tu cantik. entah la... barang2 dapor pon semua kemas kasi buang mana yang tak perlu. jangan terkejut walopon pada ketika itu buat2 terkejut sebab banyak rupanya makanan yang dah expired masih disimpan rapi macamkan menyimpan intan berlian mutiara. hehehhehehehe... baik buang cepat2 sebelom obek nampak kalo tak nanti dia bising lorr.. masa nak beli bukan main tak menyempat2 siang nak jugak benda tu, bila dah beli haaa..tu dia.. sampai sekarang ada lagi tu. bila dah kemas secara besar-besaran tu kan, banyak je barang2 nostalgia yang dijumpai. owhh... masa tu sempat la pulak mengenang memori daun pisang tu kan. hahhahaha.... macam2 benda jumpa. paling best bila jumpa duit. yahoooooo.. banyak syiling jumpa, 1 beg plastik merah tu. yahooo..boleh la buat beli2 jajan nanti. tadi saya jumpa duit 5 ringgit yang zaman dulu punya. laku lagi ke? boleh guna lagi ke tak? saya mintak tukar dengan obek dia takmau. hehehehhe... terok obek tu. kemas jangan tak kemas. korang dah kemas rumah belom? cuba try test kemas mesti ada jumpa macam2 barang nanti. hehehhe... ehh.. entah2 korang tiap minggu kemas rumah kan, so tak heran le. saya yang jenis pemalas ni setahun sekali baru nak kemas tu le pasal. owhhh.. my bad...
~~
nezha? ya tuhannnn... ye..memang tuhan je yang tau. saya dah le berlemuih mengemas segala, dia pon sebok nak tolong jugak. saya selongkar kotak dia pon nak masok jugak dalam kotak. haibs dah satu badan melekat habus sawang segala. geram betol la. orang banyak keje dia lagi nak menambah kerja. last2 kurung dia dalam kotak. nampak mata je celah2 penutup kotak. hehehehhehe.. tau lak takot tu. menjerit2 cakar2 kotak. haa....tau takot. insafnya kejap je, ada le 1 minit lepas tu menyelongkar balik. siap boleh melompat mask dalam beg plastik sampah! kussss semangat. terkejut hippopotamus saya masa tu. mana taknya, tengah ralit2 kemas sekali kedebung bunyi kuat rupanya dia terjun masok kotak panjat dari atas meja. geram sungguh la. kang ikat terus kang letak kat tong sampah kang sapa yang susah? sayaaaaaaaaaaaaaaa jugak yang susah. lama2 saya pon tak larat dah nak melayan dia. lantak le dia nak buat apa pon. gggrrrrr.... geram-geram pon tetap lah sayanggggggg sangat kat budak itam tu. mmuuahhhhh...
~~
obek? mmmmm... dia mana buat apa pong! hahhahahah.. saya suruh dia kemas bahagian barang2 dia la. entah guna ke tak guna. kalo saya yang kemas kan..kang habis semua saya buang. so, kena dia kemas sendiri barang2 dia. dia je tau benda tu guna lagi ke tak. kena jugak kemas. tak boleh tidak. kalo tak kemas kang lagi bertambah2 menggunung barang2 tak perlu. eh..yang saya sebok2 nak kemas tu apsal? pas tu sebok paksa jugak orang lain kemas barang sendiri. hahahahhaha..... standard la. saya mana boleh letih sorang-sorang. tak syiok la macam tu. jadi mesti paksa juga obek. hehehhe...
~~
so dah 2 hari ni makan tak menentu. dah lewat malam (read: pukul 1am baru nak dinner!!) apa kes???? ahhh..takmau le masak2 saya dah penat. pas tu tunggu obek balik keje pulak. haa..jawabnya memang pukul 1am le dinner. tu nak kira apa le entah. supper ke, dinner ke.. semalam makan apa ye.. lupa dah. tapi main pointnya nak cerita pasal makan malam tadi ni. hari ni dinner pukul 1130pm. boleh? boleh je. ahhhh.. lupakan segala kata2 dusta jangan makan lepas pukul 8pm sebab nanti gemok. habis tu dari tak makan lansung, baik le makan lewat. tak sempat. malas nak berenti2 kalo tengah buat keje. siapkan sampai puas hati or at lease sampai ke target yang dikehendaki. baru le boleh makan dengan gembira! so, malam ni makan kat kedai lain. memula obek ajak makan kat kedai mamak tu. saya tak mau. sebab saya pernah pergi dulu dan pada pengamatan saya, tu bukan kedai mamak, tapi kedai ke**ng. ada pahammm? so malas le. saya dah le lapar, haus, panas, nak le makan yang sedap di tekak dan sedap di hati. walopon kat situ ada gerai orang yang goreng2 tomyam tu. tapi entah le.. macam takde hati nak makan kat situ. obek kata saya ni cerewet pasal makan. hehehhee.. ye, memang tak dinafikan saya kadang2 memang cerewet bab2 makan ni. kadang boleh bikin gaduh dengan obek bab nak pilih tempat makan punya pasal. dulu2 tu elok je.. ala..dulu tu waktu muda-mudi. sekarang ni dah zaman tua kejung. tu yang mengada lebih. uhuksss.... anyway... pusing2 jumpa le satu kedai ni, so masok le. order nasi putih, daging masak merah dan sayur cendawan. pas tu ada sambal belacan dan sup kosong. obek air tembikai saya pulak teh o ais limau. the verdict : sup masinnnn, sayur cendawan masinnn, daging masak merah pedassss..sambal belacan lagi le pedasss!!!! uwwaaaaa.. perot dah le mendidih kelaparan makanan pulak macam ni aduhaiii..nak nangis rasanya. dah le tu, siap terkunyah batu ke hapa ke dalam makanan, dalam nasi agaknya. uwaaaa.. kenapa saya selalu je kena situasi yang macam ni. tensenlah!! bikin spoil tautak. obek yang pemasin orangnya pon terasa akan kemasinan laok tu, means, memang bebetol masin le. sebab saya jenis tak kuat masin. sikit sudah. kurangkan masin dalam makanan, kurangkan gula dalam minuman gitu konsepnya. tapi apakan daya, makan juga la sambil pejam2 mata. obek tak bagi saya makan sambal belacan tu sebab obek kata memang pedas. takot kang sakit pulak perot lagi, ni pon baru nak reda. owhhhh.... so, hari ni dinner walopon kenyang tapi tak memuaskan hati. bila dipikir2, syukur je la dapat juga makan. buatnya takde makanan kena makan roti kosong lagi sedih ye tak? akan tetapi, kenapa la perlu masak masin2 atau pedas2 sangat wahai tukang masak???? apakah ini strategi untuk supaya orang order air lebih banyak? owhhh... agaknya la kot.
~~
gitu le ceritanya. balik dari makan2, tu le dok ngadap lappy ni. baru le teringin dan teringat nak baca2 blog gossip2 retis segala tu kan. ate, kate koje udoh siap, harus le teman memberi kegembiraan kepada otak sambil relax2, tak gitu? gitu le kaedahnya..... sayang nezha. opss..tetiba mencelah lak nama budak tu kan.
~~
so, esok monday, dikala menulis ni dah 12++ means dah monday le ye. sila la kerja dengan bermotivasi, produktif dan gembira serta ikhlas. jangan komen2, jangan komplen2, jangan bagi2 banyak alasan, jangan malas2, jangan salahguna harta kompeni ('esok' menjawab le). anggap le kita kerja di kompeni milik kita sendiri, takkan nak cincai2 kan? mesti nak elok2 kan? haaaa..gitu. kalo nak komplen2 dalam hati sudehhh.. hehhehee... peace!!!!
~~
i love you obek...
i love you nezha...
i love all of you...

3 comments:

MOKCIK AZWA said...

hehhe sama la..saya pun kalau berkemas barang2 selain kain baju, barang cik abe kena letak tepi..biar dia gi tengok sendirikk mana satu dia nak guna, mana tak nak guna dah..

kalau beg pulak, MIL dah pesan siap2..tak nak kalu, pass kat dia..hehehe..

baju2..banyak juga yang mokcik bagi kat anak sedara cik abe..yg dah teruk sangat,jadikan alat kaki kat dapur jer la jawabnya hehehe

~daRLee ZuRiS~ said...

Zuris kalau kemas, xde maknanye nak bagi sharil tengok balik.kang ada dia ambil simpan balik.geram.

Kan.sakit hati betul bila sedap2 makan,tergigit batu dalam makanan tu.terus hilang selera

meowwmania said...

heloo nezha bucuk sayaaaammmmmm...... aunty mummy windu sgt sgt kat awak tau muahhhhh!!!