mari mencari....

Google
 

Thursday, May 31, 2012

warna kain baju seluar luntur, tensennya!!!!....

hello...
mari sini pepagi nak membebel nih. iihhhhhh....geram sangat ni tau. pagi tadi basuh baju. biasa la kan. dah basuh siap semua then sidai le. sekali masa sidai tu tengokmkat baju kemeja obek ada macam bertanda2 tompok2, haaa...sudah.. ni apa kebenda lak ni kan. ingatkan kelam2 gelap pagi mata tak berapa nak awas sangat kot terbayang2 ke sekali tengok bebetol haaa...sah sohih baju kemeja obek udah terkena warna luntur melekat kat baju tu. aduhhhhhhh.... tensennya!!!!!! rasa nak menjeritlah. in fact, memang dah jerit pon. bengang betol. dah le pepagi banyak benda, baju tu pulak kena warna luntur. saya syak warna tu dari seluar katok saya la sebab kaler ala2 hijau macam seluar tu. haiii...seluar tu dah berkurun takkan masih luntur warna every time basuh.  masa basuh tu takde nampak apa pulak. ni mesti dia kena masa lepas bilas then dalam gap time nak pi sidai tu kene masa dalam baldi. aduhhhh...dah le terpaksa ke bilik air lagi membasuh kemeja sehelai tu. sekali sental2 taknak keluar warna tu!!!!! uwaaaaaaaa...... drama sungguh la pepagi ni. dah le kemeja tu baru lagi, baru 2-3 kali pakai. dah saya sental tak boleh kuar gak warna tompok tu saya rendam je dulu kemeja tu. hope petang kang dah keluar le warna tompok2 tu. harapnya la. kalo tak keluar gak, basuh je la then sorok. hahahahahaa...nanti if obek tanya mana kemeja tu dendiam sudah..wahwahwahhhh..boleh ke gitu?
**
so, korang ada idea or cara or petua apa2 if baju terkena warna luntur dari baju lain? camne nak hilangkan tompok2 warna parasit tu? rendam ke? sentak ke? boh klorox kang harus dengan baju2 tu sekali terus takde warna lansung kang...camne ni??????

Wednesday, May 30, 2012

angin kuat, takutnyaaa....

hello...
pagi ni tadi anin kuat betul. takot! macam nak ribut. almakkkkk..saya nk dah tentu le penakut, bila tengok angin kuat tu semakintakut. ula la terbayag bendayang bukan2. ahhhh...terbayang juga cerita csi mala tadi yang kes bunuh tu tapi saksi boleh nampak coz pokok bergoyang ditiup angin kuat tu. owhhh...dalam pada takut sempat juga teringatkan cerita csi tu.
**
tapi angin tu memang kuat. habis semua berterbangan saya tengok. pokok bergoncang semua lepas tu hujan. owhhhh...saya memang kecut perut. dengan cuaca yang gelap tu... mmm..tu la cuaca dunia. dalam keadaan ketaktan macam tu baru le terbayang apa jadi if tetiba ribut taufan ke apa ke, mana nak lari, mana nak sembunyi, apa nak buat? owhhhh...takut. kejap tu hujan pulak. sekarang pon masih hujan lagi, tapi dah reda, tapi masih gelap la. apa pun syukur angin kuat tu dah berhenti.
**
kebanyakkan orang dah bersedia dengan persiapan raya. owhh...cepatnya. rata2 saya baca dan dengar dah ada je persiapan raya. saya? apa pon takde lagi. etah. rasa macam awal lagi ke apa ke. tapi sebelom ni pon memang tak berapa nak kira sangat. alaa..baju nak pakai sendiri je so takde la saya beriya nak buat orbeli cepat2. ganti puasa dulu yang wajib. saya dah ganti since dalam syawal last year lagi. lepas seminggu raya saya dah start ganti sikit2. so tak le terasa sangan penggantian tu sebab angin puasa masih terasa. ganti awal senang tak terlupa ke apa ke. hehehehehee... sekarang bulan rejab, ramai yang dh mula puasa sunat. bagusnya. korang camne? dah settle puasa ganti? ganti jangan tak ganti. biar ganti berlebih, jangan terkurang.
**
apa lagi nak cerita? nezha? biasa je budak tu. degil. degil2 pun itulah buah hati intan payung saya walopon kadang dia bikin hangat hati. obek? biasa la dengan bz dia tu. hope semua ok. keje rajin2 tau obek. orang semua dah sebok baju raya, kuih raya, gelang raya, saya pon nak jugak!!! lambat sikit tkpe, tapi nak le jugak. hehehehehe... dah namanya pon perempuan, apa lagi yang difikirkan selain dari agenda membeli, ye tak?  ok la....nanti sambung lagi. harap takde lagi angin kuat macam pagi tadi. takot!!!!!!

Tuesday, May 29, 2012

borak gelak #2...

Oby : Bek, oby nak pegi johor la..
Obek : .......
Oby : Bek dengar tak, oby nak pegi johor.
Obek : Nak buat apa pi johor?
Oby : Nak beli baju.
Obek : Hamboiiii, jauhnya nak beli baju sampai ke johor tu nak buat apa?
Oby : Mana lak jauhnya..kan kat kl je
Obek : Nak pi mana sebenarnya ni?
Oby : Ehhhh..nak pi sogo lah. sorry2, salah sebut. hehehehee....
Obek : Tu la.. berangan je. dah-dah, takyah beli baju, dok rumah.
Oby : uwaaaaaaaaa......
~~
hehehhee..kepala otak entah pikir hapa2 selalu je salah sebut benda. nak pegi sogo jadi johor pulak. haru-haruan....

Thursday, May 24, 2012

demam...

hello..
takde apa nak cerita, cumanya demam dah dari hari selasa malam sampai le sekarang. complete package okeh dengan selsema dan batuk kungkungkung... adoii...tekak perit, sakit, mata pon macam bengkak semacam, baring salah, duduk salah, semua tak kena. tapi dalam tak kena tu bila dapat tido lena tak menyedor dunia. huhuhuuu... takpe la.. dah lama juga saya tak kena demam teruk macam ni. setahun lebih rasanya. kira ok la tu kan, kira dah cover semua demam tahun2 yang dulu so harapnya dapat juga cover untuk demam tahun depan sekali. chewahhhhh... bila dah demam makan pun kureng, biasa la tu tapi paksa diri untuk minum air kosong bebanyak. takpe pi toilet selalu takpe, asalkan minum air.
**
nezha? huh mamat tu tak membantu lansung. dia pulak yang mengalahkan orang demem ni. makan tido berlebihan le dia tu. geram sungguh. semalam minta tolong obek picit2 badan sebab semalam memang totally out betul. flat habis. tido seharian. badan bila dirasa panas, tapi saya menggigil kesejukkan. tetengahari pukul 2pm pon tido berselubung. biar betikkkk.. dengan batuk kongkongkong lagi, dengan selsema achumachum lagi, yang meleleh tu jangan cerita la, meriah sungguh. kira habis le segulung toilet roll tu semalam. hehehehe. haa...back to cerita minta tolong obek picitkan tu,memang salah permintaan sungguh la. masa tu dia tengah tengok badminton piala thomas ke apa. masa tu malaysia le apa ke nama mamat tu liew daren ke entah le kalo tak silap, tengah lawan dengan lindan. habus tuuuu...kan ke dah terang nyata kalah, dah badan saya pulak jadi dia lepaskan geram adoiiii...ni bukan nakmtolong picit namanya, ni nak bagi lagi demam jawabnya. adoihai... dah tu sambung lak beregu sapa ntah, kalah juga. pas tu roslin hashim pulak..kalah jugak. mujur tak patah tulang saya, berkeriuk2 dah. orang dah le demam bertambah sakit. nanti la esok obek demam saya picit kuat2 bagi dia pulak sakit. hehehehe... geram betol obek bila semua kalah semalam. hehehee..apa boleh buat. berlatih dan berlatih dah. sampai 4 penjuru alam dah pergi berlatih but still kalah gitu.. takde rezeki gamaknya nak menang. zaman kegemilangan badminton dah berlalu aknya.
**
ehh..tadi cakap takde benda nak cerita, sebab demam, sekali dah melalut pasal badminton pulak. ok lah, nak rehat la. belom berapa sihat sangat cuma tetap menggagahkan diri sebab takmau terikut2 sangat dengan sakit ni. nanti lemak jadinya. cuma masih tak larat. gigil2 je lagi ni. malam pon tido ngigau2 mulut berbunyi obek kata. dia kata le, kalo dia tipu tu kira saya tipu lekan dah kata saya tido takkan saya sedar pulak. tapi saya rasa ye kot, sebab memang peel saya kalo demam panas mulut meracau. haippppp...nak kena cover ni mana tau kot tersebut tempat sorok duit kang habis obek kidnap kang. hehehhee... ok, nak rehat dulu. nezha baik, dia tido je kat kelapa saya all the time. sayang budak mondok tu. sayang obek juga. tq tolong picit....

Monday, May 21, 2012

hujung minggu yang gembira, yang sedih...

hello..
harap semua orang sihat hendaknya. saya mood tak berapa baik. bengang, sedih, sakit hati, sakit jantung, semua sakit. kejap lagi cerita. for now nak cerita pasal balik kampung johor minggu tadi.
**
hari tu kan kata nak balik kampung, so jumaat tu malam kitaorang gerak la. haih...balik malam tak berapa minat coz gelap. huhuhuuu...tapi obek balik kerja pon dah pukul 8pm, siap mandi makan semua pukul 10pm baru gerak dari kl. perjalanan ok je, smooth, takde apa. roadblock pon takde. bukan malam sabtu selalu ada roadblock ke? hehehehee... sampai kampung pukul 12am++, lepak2 kejap sembang baru tidor.
**
sampai2 je dah nampak kucing saya dok melepak kat beranda. ye...saya ada hantar half of kucing belakang saya tu dok kampung. coz sini dah sempit, ruang kecik, nak jalan2 keluar pun terhad. maklum, dok bandar le katakan. so dengan harapn if diaorang dok kampung boleh bebas sikit lari2 main kat laman. lama dah saya hantar, tapi takde hati nak cerita sebab sedih dok teringat kat diaorang. sekarang pon ada lagi yang tinggal dengan saya. mana boleh hantar semua, ada saya pengsan nanti. ni pon separuh pengsan. hari2 dok tanya kucing sihat tak? makan tak? jahat tak? saya takot dia kena dera kena pukul. hahahahaa... psiko betol. walhal bebudak tu gembira je. mula2 dulu memang mil kata diaorang macam rasa kehilangan, takde mood makan, tak ceria. rindu kat saya agaknya. huhuhuu..saya pon rindu kat diaorang. so, hari tu balik kampung tu saya sampai je, dah nampak diaorang dok lepak kat beranda. saya bukak je pintu kereta, terus jerit nama sekor2. wahhhhh...tu dia semua lari mengejar saya. apa lagi, drama cerekarama airmata le memalam buta tu. aduhhh...rindunya saya kat diaorang. even masa tengah tulis ni pon dok teringat dah menitis air mata. rindu sangat sangat. diaorang pon rindu saya agaknya. semua panjat badan nak peluk nak cium nak gendong macam yang biasa saya buat masa diaorang kat sini. rindunyaaaaaa....mil saya geleng kepala je tengok peel saya terlebih manjakan budak2 tu.
**
the next morning, saya yang bagi makan. alahaiii....rindunya. dan manja semuanya. tapi mula la mengada2, semua nak mengimpit berkepit je. pantang saya bergerak le pulak semua nak mengekor je. saya pergi depan, ikot. saya pergi kebun belakang rumah pon nak ikot! bila mil or fil or orang lain panggil exsyen pulak xmau datang. kalo saya panggil, mencicit2 datang. hehehehee...mil saya kata bebudak tu ngada le tu tuannya ada sini. hehehee...dia cerita dulu memula bebudak kena tinggal dia panggil makan, pus..puss..mari makan. semua diam je takmau makan. sekali cakap hello2, come2 baru nak datang makan. mil saya kata apa kucing ni takreti cakap melayu ke? mujur mak pandai cakap omputeh katanya. hahahahahaa...gelak kitaorang. mmmmm..baru tau, kucing pun macam budak juga agaknya. apa yang kita selalu cakap, itu la yang dia ingat. so, the whole weekend memang mengendong bebudak tu je la. masing2 melepaskan rindu.
**
tiba waktu balik, of course itu la waktu yang paling sedih. huhuhuu... diaorang pon tau kot saya nak balik. semua sedih je, murung je.  alahaii..apa boleh buat, kat sini dah tak boleh nak tampung  semua. ditambah dengan sikap jiran yang macam #-&*%@ tu lagi la payah. walopon hati saya pedih, tapi saya rasa itu yang terbaik untuk diaorang. kat kampung luas, boleh jalan, tak terkurung. harap diaorang tak salahkan saya. tinggalkan kampung dengan linangan air mata. tak sabar nak balik lagi nak jumpa bebudak tu.
**
balik sini ahad tengahari. pukul 2pm sampai rumah. sampai2 je heran sebab budak kecik cokicoki tu takde. ingat tak cokicoki? anak kucing yang orang buang yang dok kat rumah saya yang suka tidor dalam kereta saya tu? ingat? saya ada tulis dalam last entry. dia biasanya if kita sampai pagar je dia yang sambut, since dia dok kat depan. memang akan melompat menjerit la. tapi semalam takde, senyap je. ah, sudah. hati dah berdetak. saya buka pagar, saya dengar suara dia, tapi dianya takde. bila dgr btl2, bunyi datang dari rumah sebelah. ye betol. jiran sebelah amik dia. saya dah geram dah. sebab dulu dia pernah tanya ni kucing kitaorang ke? bek jawab kucing datang, masa tu cokicoki baru 2 hari kat rumah saya. dia kata dia tak suka la kucing tu, bising, busuk. astagfirullahalazim... bising sangat ke kucing tu? kotor jijik sangat ke dia? saya tengok cokicoki kucing terbuang tu lagi bersih dari laman dia yang mcm tongkang pecah tu. tak sedar diriiiii...dia kata kucing ni kotor dia jadi gatal2. ya tuhan..dah tentu si cokicoki tu dok kat laman saya. hebat sangat ke kuman seekor anak kucing boleh terbang sampai dalam rumah dia sampai dia kena gatal2. hello...rumah kau yang macam kandang eades tu yang bagi kau gatal2 la pengotorrrrr!!!!!!
**
bila saya bagitau obek cokicoki kat rumah sebelah, bek try nak intai, tapi tak nampak. cokicoki pon tau saya dah balik dia punya menjerit mengeow punya la bagai nak rak. tapi dia dikurung, taktau kat mana. camne nak selamatkan dia? owhh..hiba sungguh hati ni. sampai petang saya dengar dia menjerit, sampai dah tak larat menjerit. kesiannya, menjerit minta pertolongan untuk diselamatkan. ya tuhan...memang saya menangis. sekarang pon saya menangis bila terkenangkan dia. saya tengok bekas makan dia still ada lagi makanan, kat tmpt pasir berak pon ada sikit najis, means, dia kena kidnap tu around sabtu tu lebih kurang la. petang senja, jiran tu keluar, sebab saya dengar kereta keluar, dan itu la kali terakhir saya dengar suara cokicoki. saya yakin pasti dia bawak cokicoki untuk dibuang entah ke mana! saya nak kejar pon tak sempat sebab berlaku cepat sangat. apa lagi, berjuraian airmata mengenangkan nasib yang bakal menimpa cokicoki. entah dimanalah agaknya cokicoki sekarang. makankah dia? selamatkah dia? sejukkah dia? cokicoki...dimana kau. walo dimana pon saya harap cokicoki berada di tempat yg lebih baik dari rumah saya. saya harap dia tak buang cokicoki merata, tapi diberi pada orang yang boleh bela dia. sampainya hati manusia berhati setan buat macam tu kat anak kucing kecik tu. apalah dosa sangat anak kucing tu sampai dia benci sgt kat cokicoki. malam tu saya dan obek keluar pusing2 area tu mana tau kalau ada jodoh kami boleh jumpa cokicoki. takde. habis dah serata kedai runcit, kedai makan, celah rumah orang kami intai. takde. makan berkecailah hati saya dan berderaianlah airmata. saya memang sedih sangat. terbayang cokicoki main2 kat lama depan. dia baik, tak menyusahkan pon. main sorang, tido bawah kereta, makan sorang, berak pon pandai tak merata2. pendek kata tak menjadi hal pon kalo cokicoki tu ada kat sini. cuma ye la kadang2 memang la dia jalan keluar pagar. mungkin ada masuk ke lama dia, agaknya tu yang dia tak suka agaknya. saya bukan boleh mengawal kucing kecik sekor tu 24jam. if hari minggu saya dok rumah seharian, saya perhatikan elok je cokicoki tu kat lama depan tu. takde lak dia terejal panjat2 ke menakal yg bukan2 ke. ya tuhan.... sedihnya hati. memang saya sedih sangat.
**
pagi tadi masa buka pintu sunyi je suasana. biasanya bila bukak je pintu pagi mesti cokicoki menjerit mengeow menyambut. hari ni senyap sunyi. sedihnya. sampai sekarang saya masih bersedih. takde mood apapon. mengenangkan nasib cokicoki. rindunya pada dia. saya berdoa semoga Allah melindungi cokicoki dari segala bahaya. saya rasa bersalah pulak, kalaulah masa saya balik kampung tadi saya bawa dia tinggal kat kampung, mesti dia tak kena buang macam tu. saya terkilan sangat. saya pikir, dia takde apa yang nak menyusahkan ke apa ke, sebab tu saya biar je dia lepak2 kat laman depan tu. taktau pulak nakmjadi hal macamni. astagfirullahhalazim..mmg saya mengucap byk2 bagi hati tenang. semoga manusia zalim tu dapat balasan yang setimpal. ko takot sangat gatal2 kan, esok tengok la 100 kali ganda badan kau berkurap sebab kau zalim buang kucing yang tak bersalah tu. sendiri yang kotor, laman depan pon mcm longkang, dengan brg2 lusuh le apa le, tak sedar diri gak lagi. sedihnya....untuk cokicoki, saya doakan cokicoki sihat, selamat dan dilindungi. kalau cokicokimpandai cari jalan balik, baliklah sini. saya tunggu dengan tangan dan hati yang terbuka...
**
sedihnya..masih menangis hingga sekarang. cokicoki, i love you......

Friday, May 18, 2012

sekejap je dah jumaat...

hello...
sekejap je pejamcelik dah tiba hari jumaat. cepat betul masa berlalu. mmmm...apa nak cerita hari ni ye? owh...cerita hari rabu ke khamis ha yang hujan angin ribut kuat sangat tu? masa tu saya tengah tidur. tetiba terjaga sebab dengar bunyi angin kuat sangat. takutnya. terus bangun dan check2 rumah. dah kata penakot hujan, harus le saya tawaf serumah serba tak kena semuanya. mana nak mengenangkan bebudak kat luar tu lagi. kesian. angin n hujan mmg terlalu kuat. kuyup le tu. huhuhuuuu... masa tu dalam lebih kurang pukul 4.30am rasanya. oleh kerana itu, saya dah tak boleh tidor pulak. aduhhhh....letih.
**
the next day, tengok luar habis banyak juga pokok2, ranting le apa benda berterbangan. mmmm..cuaca dunia tak boleh dijangka.
**
nezha macam biasa la. makan tido je keje dia. sekarang dia macam tak sihat sikit rasanya. ada bersin2 achumm2 gitu. heheheheheee.. sian dia. hope cepat sembuh hendaknya. malam tadi dok borak2 dengan kawan lama. memang lama dah jumpa cuma selalu berhubung trough sms n call je. anyway....borak pasal benda biasa je la tapi yang paling best is dengar dia telah mengorder kereta baru..honda accord. umanghaiii....haibat beno tu. huhuhuuuu...lately ni ramai pulak yang tukar kereta baru. baca dalam blog pon ramai yang tukar. tukar pulak bukan kecik2 kereta, semua order kereta besar n mahal belaka. wahwahwahhhh.... best la. takpe la. mungkin dah rezeki dia. saya takpe la. tetapsetia dengan kereta kontot saya tu. kecik dan comel macam puannya. echewahhhh.... saja menyakat obek, cakap kat dia pasal kawan saya tu tukar kereta, then saya cakap saya pon nak jugak. terus je buat2 pengsan. benci tau. takde memotivasi lansung. uwwaaaaa... tak kira, nak jugak! nak jugakkkk!!! sambil nangis guling2 macam dalam filem hindustan. hehehehee.. takde la.lawak je. rezeki memasing le tu. dapat tumpang naik kereta besar orang pon jadi la. huhuhuuuu..
**
obek kata kalao tak malam ni, esok pepagi nak balik kampung johor. wohooooo... lama dah tak balik kampung johor. nak menu apa ye? senarai harus panjang...hahahaha..dasar tau nak makan je. eh..saya rajin la tolong mil masak,bukan dok depan tengok tv je. huhuhuu... tapi sian nezha kena tinggal rumah. takpe la. dok je la rumah, saya siapkan semua makanan, air, tempt uk2 segala. jangan buat perangai nak 'melepas' merata ye. kalo ada nanti, tau le nasib. cubit dia....
**
ok la.. rasanya tu je nk tulis. takde isea. sekadar update blog je. nanti sambung lagi. have a nice weekend!!!!!

Tuesday, May 15, 2012

terlompat-lompat...

hello...
huishhhh...hari ni pepagi lagi dah terlompat2. aduhhhh..tak suka la. terkejar2 just ecause bangun lambat. actually pagi waktu biasa dah sedar. biasanya memang tunggu snooze dulu baru nak bangun. standard la pemalas. so tadi ingat pejam mata je untuk bagi kelat2 mata tu hilang. mana tau rupanya tertidor!!!!! haiyarkkkkkk....sedar2 nezha garu kepala. adoi.. tapi mujur juga. nezha yang memang pandai if cukup time if dia tengok saya tidor lagi memang dia akan kejut saya dengan cara gigit2 garu2 kepala. owhhhhh...dia adalah sangat bijak. sayang dia sangat2. thank you busuk walopon saya bangun lambat hari ni.
**
so, bila dah lambat, maka jadual pagi akan jadi drag maka akan jadi kelam kabut. benci ahh... nak kena kemas uk-uk, nak kena lap sapu semua, bagi makan minum semua. owhhh...makcik stress pagi ni bila terlambat. so, semua buat ala kadar saje. heheheheee... bila dah siap semua, obek pulak gatal nak tukar kereta dengan saya. sebab apa ntah dia nak apakan kereta saya tu. arghhhh....lagi stress sebab tak suka bawak kereta dia. dah..kelam kabut pulak nak alih2 barang apa perlu dari kereta saya n vice versa. bila nak start kereta saya pulak, kena double triple extra careful sebab...... kat rumah saya ni ada pulak sekor anak kucing yang tak diketahui mak bapaknya datang menumpang. adoiii.. tetiba je last week muncul. ingatkan datang tersesat just main2, sekali tu tak balik2 pulak. nak dok kat rumah saya pulak. dia punya mulut....tu dia, tuhan je yang tau. meowmeowmeowmeowwwwwww non stop kuat pulak tu! saya raya orang buang kot. sian. saya takkan le sampai hati nak buang diakan, tambahan kat rumah makanan kucing pon ada, apa semua ada. layan je la. dia tu pulak peelnya suka tido dalam kereta. eh...dalam ke bawah kereta ha? dia akan panjat tayar kereta dan masok tidor dalam enjin kereta tu. so, every morning.. every morning okeh have to bukak bonnet kereta untuk keluarkan dia. kalo tak kang ada yang bersarapan kucing bbq gamaknya. owhhhh... haa...bonnet kereta yang depan ye kawan2, boot kereta baru le yang belah belakang tu tempat simpan barang. bukan  apa, selalu je orang salah bagi nama, bonnet kat belakang katanya. haiyohhhh. anyway, back to cerita pagi tadi, dah le lambat, nak kena pastikan budak kecik tu takde dalam bonnet kereta lagi. erghhhhh....stress, stress... entah le anak sapa dia tu. comel. kesian dia.
**
so, gitu le cerita pagi tadi. terlompat2  kaedahnya. hehehehe.. tu la.kalau timing dah lari, semua jadi kelam kabut. sebab tu bila baca blog orang lain yang sebok pagi2 mana nak buat breakfast or bekal anak, mana nak kemas baby untuk hantar ke nursery, then berkejar pulak ke office...owhh..saya sungguh tau bagaimana perasaan tu. melayan mata 5 minit punya pasal,dia punya akibat tu mau boleh affect jadual 1 hari. heheheheheheee... respek pada semua super mommy di luar sana!
**
nanti la bila ada masa saya post gambar budak mulut bising tu. saya bagi dia nama coki-coki. hahahahaa...dan telah menjadi musuh ketat nezha. tau la dia mana boleh nampak kucing lain. walhal budak tu dok luar je, tapi kat depan rumah. bebudak lain belakang rumah. pandai budak kecik tu. duduk je. if pergi main pon sampai longkang depan then masok balik. memula dulu berak merata. geram sungguh. lagi tensen pepagi nak kenajadi pencacai pengutip biyak. then ajar dia berak kat pasir. sekarang dah pandai. kurang le sikit beban, bau pon takde la kalo dibandingkan if berak merata tu. dia suka tido atas kasut or dalam enjin kereta. tu 2 tempat lepak dia la. mulut bising pon jadi penghibur saya. pagi bukak pintu je dia dah menjerit dulu. hehehehehe...time tu le nezha pon hot n spicy dengan budak tu. nezha...nezha...so penjealous la dia ni. jangan risau...saya sayang semua!
**
ok la. dah melalut pulak dari nak cerita terlompat2 dah jadi cerita anak kucing pulak. hehehehe...see u next time.
**
ps to obek : apa kata dah sesambil bawak kereta oby tu cuba try test bagi kereta baru kat oby. hahahahahahaaaa... (in my dream le jawabnya..). i love you obekkk! eh, love nezha jugak! bye!!!

Saturday, May 12, 2012

it's weekend...

hello..
sekejap je dah weekend. huhuhuhuuu..pejam celik pejam celik dah hari sabtu. so, apa perancangan anda semua untuk weekend ni? kalo takde apa plan dok je la rumah, lepak2 makan tido pon bagus juga. kasi rehat badan so esok isnin keja takde la merungut penat la apa la kan. hehehehehee..motibasikan diri anda.
*pppppppppp*p
so..hari ni pagi lagi obek dah keluar. kena pi keja kat ulu yam katanya. saya tak pernah pergi ulu yam, lalu2 gitu je ada la. hope balik cepat. sebelum obek pergi tadi dia dah belikan saya nasi lemak dan kuih2 untuk makan. hehehhee..tapi saya macam takde selera lak nak makan. tunggu la dulu, maybe tengahari sikit kang baru makan. saya basuh seluar hari ni. huishhh...semua seluar jeans, seluar poket2 yang tebal tu saya basuh. macam nak patah pinggang saya membasuh jeans2 tu. berat!!!! ayoyoyoooo...mintak tolong nezha untuk tolong perah dia tak mau tolong. duduk je tepi pintu bilik air tu tengok saya. sungguhntak membantu lansung mamat tu. kenapa la tak beli je mesin basuh kan senang hidop. entah la ya. obek banyak kali nak belikan mesin basuh. saya yang taknak. entah. sebab rasa macam tak penting je. huhuhuu...alaa..lagipon basuh baju sikit je. yang nak basuh berat2 tu jarang sekali. cadar pon saya basuh guna tangan. kalo yang jenis fitted tu le. kalo dah yang dengan selimut tebal tu hantar dobi je udah. sementara berdua ni takoe la basuh tangan, anggap je la exercise. kot2 esok lusa dah beramai2 baru le guna mesin ye tak? bila tahun le nak beramai2 tu kan. opsss..isu sensitif. anyway...saya mintah obek belikan oven instead of washing machine. kononnya senang nak masak kek bagai. walopon hasilnya nan hado. dah kata tangan beku, masak kuih selalu tak menjadi. hahahahahaa..eh, tapi takpe la kan. kalo selalu mencuba lama2 mesti menjadi, ye tak? habis tu, bila nak dapat oven tu? entah le bila. esok dah dibelikan tapi tak guna kang kena tiaw pulak. hahahahahahahhh....
**
mmmm..lagi apa nak cerita ni. weekdays macam biasa la. takde apa yang menarik. rutin

Tuesday, May 8, 2012

mengantuknya...

amboi..amboi..amboiiiii.... apa nak jadi ni? mengantukkkk tak sudah. rasanya tido cukup, makan cukup, tengok tv cukup, apa lagi yang tak kena? nak kena cubit nih. huhuhuuu... alaaa..mata, kalo dilayan, tido 25 jam sehari pun mau dia. tak boleh di layan sangat perasaan mengantuk tu. terlebih tido pon merbahaya nanti. agaknya la.
**
last week memang penat. maklum, ada kenduri anak mama tu kan. gegambaran pengantin nanti ye, next entry la pulak. tu mujur kenduri kat dewan, pon penat macam nak pengsan, kalo kenduri kat rumah macam saya dulu..wahhhh...sebulan belom habis penatnya lagi. anyway, nak cerita pasal hari jumaat sebelum kenduri tu. kenduri hari sabtu siang. so, jumaat malam tu saya n obek pi la rumah mama. saja meramaikan umat menyelit2, hehehehe..kenduri ramai2 orang sebok2 bising2 baru la meriah ye tak? jumaat balik cepat. 530pm dah muncul. terus siap2kan barang nak masak nak bawak pi rumah mama. ye la..nama pon kenduri harus le bawak something kan, untuk makan reramai sesambil bergossipan tu. baru ceria! so, saya masak sambal tumis ikan bilis, kuah kacang, kononnya nak makan dengan nasi himoit tapimtak sempat nak rebus nasi imoit tu. hahahahaaa.. takpe2, lepas tu ada buat kuih cucur jawa lagi. ewahhhhh..mentang2 dah teror buat kuih tu, harus ku jaja  kuih tu kat mereka2 yang tak tau kan. hahahahahaaa.. so, buat juga kuih kole kacang. owhh..yang ni memang betol2 gamble. 1st time buat, cuma berpandukan resepi kat tenet, agak2 je terus buat. tawakkal betul harap menjadi je kuih tu. hasilnya, yeee..menjadi kuih tu! saya punya suka sampai melompat2. aduhaii...kelakar betul. senang tak senang, susah tak susah buat kuih tu. senang sebab bahan dia sikit dan mudah. yang susahnya... bab nak mengacaunya tu dalam kuali. hampir tercabut gak le tangan mengacau kuihntu. wahhh.makin lama jadi makin pekat dan susah nak dikacau. kat resepi tulis kena kacau selalunsupaya tak bergentel. uwaaa.... nak sangatkan buat kuih tu, haaa...rasa le. anyway, syukur alhamdulillah semua yang saya masak tu menjadi. boleh dimakan. obek sampai rumah 730pm, saya dah siap masak semua cuma tengah menggoreng kuih cucur jawa tu je lagi sikit. by 815pm, semua dah siap, kemas2 dapor, lap2 segala, mandi2 then pergi rumah mama. fuhh... berpeluh youuu....
**
sampai rumah mama dah ada tetamu. biasa la tu kan. orang tu tak dapat hadir kenduri esok, so dia datang malam ni le tunjuk muka orang kata. haa..gitu kaedahnya. so, surprisekan mama dengan kuih yang saya buat semua tu. memang hajatbtu sebenarnya kuih tu untuk breakfast pagi esok. tapi saya siapkan malam tu sebab takot esok if saya terlambat tiba, takde lak kuih kan. saya pon tak de janji nak buat kuih, just saje2 untuk bagi tambah2 je. so, hidang kuih kat tetamu. mama kata since saya dah buat sambal tumis tu so menu esom dia nakmtukar jadi nasi lemak. memula dia nak buat goreng mihun. haaa..bagus juga if nasi lemak. kurang kerja, jerang je nasi dan boleh tinggalkan, takyah nak mengacau2 mihun lagi. dah ringan sikit bebab orang tua tu. hehehehee.. 2 jenis kuih saya dah buat tu pon cukup. mama pon ada buat kuih bakar. jadi le. lagipon bukan nak heavy sangat, just nak alas oerut je sementara nak ke dewan untuk majlis tu kan. lepak rumah mama sampai oukul 2am. pas tu balik, kena caik baju pulak untuk esok tu. arghhhh..malas betul nak iron baju. lepas tu baru le tido. fuhhh....
**
esoknya sabtu 5/5/2012, baru le hari kenduri. best je kenduri. pelamin besar. amboiiii... nanti ye saya tunjuk. so, itu le ceritanya. hahahahahaa...gambar kejadian kenduri nanti ye. tungguuuuuuu...
**
i love you obek...

Friday, May 4, 2012

borak gelak #1...

bek, bangun.... bek, bangun la bek...
jangan campor!!!!
hah??? jangan campor apa?
jangan campor makan pedas. sakit perot lagi tak?
tak sakit dah. mana ada oby makan pedas!
mmm...krohh...krohhh..krohhh...zzzzzzzzzz...
~~sah kompom sohih orang tua ni mengigau. hehehe... i love you obek!

Thursday, May 3, 2012

cerita hari khamis..

hello...
apa cerita? alalalalaaaa...macam2 cerita la kan. camne cuti last tuesday? ok? hehehehehee.. mesti best la tu. so, hari ni hari khamis, esok dah jumaat. kejap je kan masa berlalu sekarang ni.
**
apa nak cerita ni pon takde idealah. mmmmm..hari ni masak dinner. simple2 je. masak kicap ikan je. sebab ni yang paling senang, cepat dan sedap. hahahahahaa...dasar pemalas betul la. ehh...apa pulak malas, rajin la tu. walopon cuma masak kicap ikan, tapi tenaga untuk mengemas selepasmaktiviti masak adalah sama je dengan dibandingkan kalo masak rendang. muwahahahahaaa...owh, dan buat juga sotong goreng tepung. takde ikut resepi memana, main hentam je la. golek je kat tepung goreng ayam kfc yg ready made tu, habis cerita. janji ada tepung, ada sotong. jadi la sotong goreng tepung. sesambil masak potong buah betik, sesambil tu sepotong2 masuk mulut. aduhhhhhh...sedapnyaaaaa...sejukkkkk. rasa macam menyerap menyebar je kat seluruh paru2 masa menelannya. hehehehee..kebetulan hari ni panas pulak ye. ganti kan semalam. semalam hujan, so hari ni panas. syukur. by the time siap masak, betik sebelah pon dah selamat masuk perut. tak pasal2 kena potong yang balance tu untuk obek pulak. hahahahahahaaa... obek balik cepat hari ni, pukul 8pm dah balik. nalik je terus makan, then dia siap2 lagi pegi keje lagi. so now, im alone with nezha sambil tengok cerita mr.bean!!!!!
**
apa lagi nak cerita ni. mmmmm..takde apa la kot. tu je la. nanti sambong cerita lagi. love all of you.