mari mencari....

Google
 

Monday, May 21, 2012

hujung minggu yang gembira, yang sedih...

hello..
harap semua orang sihat hendaknya. saya mood tak berapa baik. bengang, sedih, sakit hati, sakit jantung, semua sakit. kejap lagi cerita. for now nak cerita pasal balik kampung johor minggu tadi.
**
hari tu kan kata nak balik kampung, so jumaat tu malam kitaorang gerak la. haih...balik malam tak berapa minat coz gelap. huhuhuuu...tapi obek balik kerja pon dah pukul 8pm, siap mandi makan semua pukul 10pm baru gerak dari kl. perjalanan ok je, smooth, takde apa. roadblock pon takde. bukan malam sabtu selalu ada roadblock ke? hehehehee... sampai kampung pukul 12am++, lepak2 kejap sembang baru tidor.
**
sampai2 je dah nampak kucing saya dok melepak kat beranda. ye...saya ada hantar half of kucing belakang saya tu dok kampung. coz sini dah sempit, ruang kecik, nak jalan2 keluar pun terhad. maklum, dok bandar le katakan. so dengan harapn if diaorang dok kampung boleh bebas sikit lari2 main kat laman. lama dah saya hantar, tapi takde hati nak cerita sebab sedih dok teringat kat diaorang. sekarang pon ada lagi yang tinggal dengan saya. mana boleh hantar semua, ada saya pengsan nanti. ni pon separuh pengsan. hari2 dok tanya kucing sihat tak? makan tak? jahat tak? saya takot dia kena dera kena pukul. hahahahaa... psiko betol. walhal bebudak tu gembira je. mula2 dulu memang mil kata diaorang macam rasa kehilangan, takde mood makan, tak ceria. rindu kat saya agaknya. huhuhuu..saya pon rindu kat diaorang. so, hari tu balik kampung tu saya sampai je, dah nampak diaorang dok lepak kat beranda. saya bukak je pintu kereta, terus jerit nama sekor2. wahhhhh...tu dia semua lari mengejar saya. apa lagi, drama cerekarama airmata le memalam buta tu. aduhhh...rindunya saya kat diaorang. even masa tengah tulis ni pon dok teringat dah menitis air mata. rindu sangat sangat. diaorang pon rindu saya agaknya. semua panjat badan nak peluk nak cium nak gendong macam yang biasa saya buat masa diaorang kat sini. rindunyaaaaaa....mil saya geleng kepala je tengok peel saya terlebih manjakan budak2 tu.
**
the next morning, saya yang bagi makan. alahaiii....rindunya. dan manja semuanya. tapi mula la mengada2, semua nak mengimpit berkepit je. pantang saya bergerak le pulak semua nak mengekor je. saya pergi depan, ikot. saya pergi kebun belakang rumah pon nak ikot! bila mil or fil or orang lain panggil exsyen pulak xmau datang. kalo saya panggil, mencicit2 datang. hehehehee...mil saya kata bebudak tu ngada le tu tuannya ada sini. hehehee...dia cerita dulu memula bebudak kena tinggal dia panggil makan, pus..puss..mari makan. semua diam je takmau makan. sekali cakap hello2, come2 baru nak datang makan. mil saya kata apa kucing ni takreti cakap melayu ke? mujur mak pandai cakap omputeh katanya. hahahahahaa...gelak kitaorang. mmmmm..baru tau, kucing pun macam budak juga agaknya. apa yang kita selalu cakap, itu la yang dia ingat. so, the whole weekend memang mengendong bebudak tu je la. masing2 melepaskan rindu.
**
tiba waktu balik, of course itu la waktu yang paling sedih. huhuhuu... diaorang pon tau kot saya nak balik. semua sedih je, murung je.  alahaii..apa boleh buat, kat sini dah tak boleh nak tampung  semua. ditambah dengan sikap jiran yang macam #-&*%@ tu lagi la payah. walopon hati saya pedih, tapi saya rasa itu yang terbaik untuk diaorang. kat kampung luas, boleh jalan, tak terkurung. harap diaorang tak salahkan saya. tinggalkan kampung dengan linangan air mata. tak sabar nak balik lagi nak jumpa bebudak tu.
**
balik sini ahad tengahari. pukul 2pm sampai rumah. sampai2 je heran sebab budak kecik cokicoki tu takde. ingat tak cokicoki? anak kucing yang orang buang yang dok kat rumah saya yang suka tidor dalam kereta saya tu? ingat? saya ada tulis dalam last entry. dia biasanya if kita sampai pagar je dia yang sambut, since dia dok kat depan. memang akan melompat menjerit la. tapi semalam takde, senyap je. ah, sudah. hati dah berdetak. saya buka pagar, saya dengar suara dia, tapi dianya takde. bila dgr btl2, bunyi datang dari rumah sebelah. ye betol. jiran sebelah amik dia. saya dah geram dah. sebab dulu dia pernah tanya ni kucing kitaorang ke? bek jawab kucing datang, masa tu cokicoki baru 2 hari kat rumah saya. dia kata dia tak suka la kucing tu, bising, busuk. astagfirullahalazim... bising sangat ke kucing tu? kotor jijik sangat ke dia? saya tengok cokicoki kucing terbuang tu lagi bersih dari laman dia yang mcm tongkang pecah tu. tak sedar diriiiii...dia kata kucing ni kotor dia jadi gatal2. ya tuhan..dah tentu si cokicoki tu dok kat laman saya. hebat sangat ke kuman seekor anak kucing boleh terbang sampai dalam rumah dia sampai dia kena gatal2. hello...rumah kau yang macam kandang eades tu yang bagi kau gatal2 la pengotorrrrr!!!!!!
**
bila saya bagitau obek cokicoki kat rumah sebelah, bek try nak intai, tapi tak nampak. cokicoki pon tau saya dah balik dia punya menjerit mengeow punya la bagai nak rak. tapi dia dikurung, taktau kat mana. camne nak selamatkan dia? owhh..hiba sungguh hati ni. sampai petang saya dengar dia menjerit, sampai dah tak larat menjerit. kesiannya, menjerit minta pertolongan untuk diselamatkan. ya tuhan...memang saya menangis. sekarang pon saya menangis bila terkenangkan dia. saya tengok bekas makan dia still ada lagi makanan, kat tmpt pasir berak pon ada sikit najis, means, dia kena kidnap tu around sabtu tu lebih kurang la. petang senja, jiran tu keluar, sebab saya dengar kereta keluar, dan itu la kali terakhir saya dengar suara cokicoki. saya yakin pasti dia bawak cokicoki untuk dibuang entah ke mana! saya nak kejar pon tak sempat sebab berlaku cepat sangat. apa lagi, berjuraian airmata mengenangkan nasib yang bakal menimpa cokicoki. entah dimanalah agaknya cokicoki sekarang. makankah dia? selamatkah dia? sejukkah dia? cokicoki...dimana kau. walo dimana pon saya harap cokicoki berada di tempat yg lebih baik dari rumah saya. saya harap dia tak buang cokicoki merata, tapi diberi pada orang yang boleh bela dia. sampainya hati manusia berhati setan buat macam tu kat anak kucing kecik tu. apalah dosa sangat anak kucing tu sampai dia benci sgt kat cokicoki. malam tu saya dan obek keluar pusing2 area tu mana tau kalau ada jodoh kami boleh jumpa cokicoki. takde. habis dah serata kedai runcit, kedai makan, celah rumah orang kami intai. takde. makan berkecailah hati saya dan berderaianlah airmata. saya memang sedih sangat. terbayang cokicoki main2 kat lama depan. dia baik, tak menyusahkan pon. main sorang, tido bawah kereta, makan sorang, berak pon pandai tak merata2. pendek kata tak menjadi hal pon kalo cokicoki tu ada kat sini. cuma ye la kadang2 memang la dia jalan keluar pagar. mungkin ada masuk ke lama dia, agaknya tu yang dia tak suka agaknya. saya bukan boleh mengawal kucing kecik sekor tu 24jam. if hari minggu saya dok rumah seharian, saya perhatikan elok je cokicoki tu kat lama depan tu. takde lak dia terejal panjat2 ke menakal yg bukan2 ke. ya tuhan.... sedihnya hati. memang saya sedih sangat.
**
pagi tadi masa buka pintu sunyi je suasana. biasanya bila bukak je pintu pagi mesti cokicoki menjerit mengeow menyambut. hari ni senyap sunyi. sedihnya. sampai sekarang saya masih bersedih. takde mood apapon. mengenangkan nasib cokicoki. rindunya pada dia. saya berdoa semoga Allah melindungi cokicoki dari segala bahaya. saya rasa bersalah pulak, kalaulah masa saya balik kampung tadi saya bawa dia tinggal kat kampung, mesti dia tak kena buang macam tu. saya terkilan sangat. saya pikir, dia takde apa yang nak menyusahkan ke apa ke, sebab tu saya biar je dia lepak2 kat laman depan tu. taktau pulak nakmjadi hal macamni. astagfirullahhalazim..mmg saya mengucap byk2 bagi hati tenang. semoga manusia zalim tu dapat balasan yang setimpal. ko takot sangat gatal2 kan, esok tengok la 100 kali ganda badan kau berkurap sebab kau zalim buang kucing yang tak bersalah tu. sendiri yang kotor, laman depan pon mcm longkang, dengan brg2 lusuh le apa le, tak sedar diri gak lagi. sedihnya....untuk cokicoki, saya doakan cokicoki sihat, selamat dan dilindungi. kalau cokicokimpandai cari jalan balik, baliklah sini. saya tunggu dengan tangan dan hati yang terbuka...
**
sedihnya..masih menangis hingga sekarang. cokicoki, i love you......

3 comments:

MOKCIK AZWA said...

Alahaii..kejamnya dengan binatang yerr..tak per.. binatang pun pandai berdoa tau.. nanti dia dapat balasan la tu nanti, jgn sedey2 ya Leeya..

sesemut said...

kalau i jadi u mmg i gaduh dgn org tu. mmg i akan mintak dia keluarkan balik cokicoki.

KucingMalaysia said...

Allah, kesiannya coki2. kenapa sampai camtu sekali dia buat.. tapi kenapa akak tak minta husband tolg tanya kat dia, atau minta izin masuk rumah dia sbb mmg terang2 dgr bunyi coki2 dari arah rumah dia.. eee sampai hati dia. benci !