mari mencari....

Google
 

Tuesday, May 8, 2012

mengantuknya...

amboi..amboi..amboiiiii.... apa nak jadi ni? mengantukkkk tak sudah. rasanya tido cukup, makan cukup, tengok tv cukup, apa lagi yang tak kena? nak kena cubit nih. huhuhuuu... alaaa..mata, kalo dilayan, tido 25 jam sehari pun mau dia. tak boleh di layan sangat perasaan mengantuk tu. terlebih tido pon merbahaya nanti. agaknya la.
**
last week memang penat. maklum, ada kenduri anak mama tu kan. gegambaran pengantin nanti ye, next entry la pulak. tu mujur kenduri kat dewan, pon penat macam nak pengsan, kalo kenduri kat rumah macam saya dulu..wahhhh...sebulan belom habis penatnya lagi. anyway, nak cerita pasal hari jumaat sebelum kenduri tu. kenduri hari sabtu siang. so, jumaat malam tu saya n obek pi la rumah mama. saja meramaikan umat menyelit2, hehehehe..kenduri ramai2 orang sebok2 bising2 baru la meriah ye tak? jumaat balik cepat. 530pm dah muncul. terus siap2kan barang nak masak nak bawak pi rumah mama. ye la..nama pon kenduri harus le bawak something kan, untuk makan reramai sesambil bergossipan tu. baru ceria! so, saya masak sambal tumis ikan bilis, kuah kacang, kononnya nak makan dengan nasi himoit tapimtak sempat nak rebus nasi imoit tu. hahahahaaa.. takpe2, lepas tu ada buat kuih cucur jawa lagi. ewahhhhh..mentang2 dah teror buat kuih tu, harus ku jaja  kuih tu kat mereka2 yang tak tau kan. hahahahahaaa.. so, buat juga kuih kole kacang. owhh..yang ni memang betol2 gamble. 1st time buat, cuma berpandukan resepi kat tenet, agak2 je terus buat. tawakkal betul harap menjadi je kuih tu. hasilnya, yeee..menjadi kuih tu! saya punya suka sampai melompat2. aduhaii...kelakar betul. senang tak senang, susah tak susah buat kuih tu. senang sebab bahan dia sikit dan mudah. yang susahnya... bab nak mengacaunya tu dalam kuali. hampir tercabut gak le tangan mengacau kuihntu. wahhh.makin lama jadi makin pekat dan susah nak dikacau. kat resepi tulis kena kacau selalunsupaya tak bergentel. uwaaa.... nak sangatkan buat kuih tu, haaa...rasa le. anyway, syukur alhamdulillah semua yang saya masak tu menjadi. boleh dimakan. obek sampai rumah 730pm, saya dah siap masak semua cuma tengah menggoreng kuih cucur jawa tu je lagi sikit. by 815pm, semua dah siap, kemas2 dapor, lap2 segala, mandi2 then pergi rumah mama. fuhh... berpeluh youuu....
**
sampai rumah mama dah ada tetamu. biasa la tu kan. orang tu tak dapat hadir kenduri esok, so dia datang malam ni le tunjuk muka orang kata. haa..gitu kaedahnya. so, surprisekan mama dengan kuih yang saya buat semua tu. memang hajatbtu sebenarnya kuih tu untuk breakfast pagi esok. tapi saya siapkan malam tu sebab takot esok if saya terlambat tiba, takde lak kuih kan. saya pon tak de janji nak buat kuih, just saje2 untuk bagi tambah2 je. so, hidang kuih kat tetamu. mama kata since saya dah buat sambal tumis tu so menu esom dia nakmtukar jadi nasi lemak. memula dia nak buat goreng mihun. haaa..bagus juga if nasi lemak. kurang kerja, jerang je nasi dan boleh tinggalkan, takyah nak mengacau2 mihun lagi. dah ringan sikit bebab orang tua tu. hehehehee.. 2 jenis kuih saya dah buat tu pon cukup. mama pon ada buat kuih bakar. jadi le. lagipon bukan nak heavy sangat, just nak alas oerut je sementara nak ke dewan untuk majlis tu kan. lepak rumah mama sampai oukul 2am. pas tu balik, kena caik baju pulak untuk esok tu. arghhhh..malas betul nak iron baju. lepas tu baru le tido. fuhhh....
**
esoknya sabtu 5/5/2012, baru le hari kenduri. best je kenduri. pelamin besar. amboiiii... nanti ye saya tunjuk. so, itu le ceritanya. hahahahahaa...gambar kejadian kenduri nanti ye. tungguuuuuuu...
**
i love you obek...

3 comments:

nUR_rOsALiNdA said...

Kakkk!!!!!!!!!~
Lama tak jenguk sini...
Akak apa Khabar?

Ummi said...

lama tak jneguk sini

rajinnya, akak suka cucur jawa, sedap :)

meowwmania said...

rajinnya masak

mesti perot obek dah muncit kan huehue..