mari mencari....

Google
 

Thursday, June 14, 2012

cerita durian, kenduri dan macam2 lagi...

huhuhuuu...
baru balik dari tengok wayang, dating2 katanya. ala...kasi chance le bukan senang nak pi dating2 dengan obek waktu malam, obek tu asyik le kerja je di malam hari. kebetulan hari ni dia balik kerja cepat so haruslah mengambil peluang untuk menge'pow' jenjalan cuci mata. mmm.. tengok cerita tajuk apa ke namanya, prometheus. entah le cerita apa belasah je la sebab tu je show time yang macam ok sikit. start pukul 945pm. boleh la... cerita pasal angkasa2 gitu, pasal orang nak cari sapa pencipta manusia ni ha.. kot ada yang tak percaya tuhan ke apa ke entah le. last2, semua mati. hambek.. tu la dianya kalo memandai2 nak melangkaui pemikiran. ye la..dia tu saintis katakan, so semua persoalan ada jawapannya katanya. hantam la. tak le best sangat, sebab macam biasa2 je. tapi ada le bab2 yang ngeri mati2 gitu. hehehhe....
**
weekend? adoi.. dah nak sampai weekend yang baru baru nak cerita pasal weekend yang lepas. takde apa la.. just balik rumah ma sebab ma hari jumaat pagi2 lagi dah call suruh balik. dia beli durian 3 guni katanya. hambek.. tu la gatal lagi mengadu kat dia cakap tingin duyan le, duyan mahal le sekali dibelinya. padan muka makan sampai nak pecah perut. ma beli dari kebun orang direct katanya so dapat murah sikit. memang banyak. tak terhabis kami makan. lorr..bukan ada manusia pon, saya, obek & ma je yang nak makan. dengan beli manggis. haa..yang ni memang saya bedal cukup2 dari 1 beg plastik besar tu tinggal 8 bijik je untuk obek. tu pon obek tak merasa sebab saya bedal jugak the next day. hahahhahaha.. puas hati makan duyan dan manggis. hari isninnya.. hambek.. lembek badan, mulut pecah sebab panas badan, tekak sakit, badan lemah. tu la.. makan tak ingat dunia. orang makan sekadar merasa dan lepaskan kempunan, ni makan selagi mau. makan untuk hidop ke atau hidop untuk makan?
**
pagi ahad tu, pergi ziarah pusara opah. rindunya.... setiap kali balik rumah ma setiap kali itulah masih terbayang2 dan terngiang2 suara opah, berborak, minta makan, gelak ketawa. hingga pada saat akhir hayatnya walaupon opah dah tak mampu untuk berkata2 tapi raut wajahnya saya mengerti. teringat kuih kegemaran opah, teka-teki opah... ya allah.. rahmati arwah opah dan semoga ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. amin... Al-fatihah.
**
pergi sungai kat kampung..area kebun arwah atok cari batu sungai nak buat tambah2 kat pusara opah. pusara opah saya takde buat kepon nisan batu yang ditempah, kami letak batu sungai. gitu kehendaknya masa dia hidup dulu. sungai sungguh jernih dan cantik dan menarik. rasa nak terjun2 je masa tu. tapi korang tau2 je la, saya ni kan penakot air, mana nak terjun sungai. cecah kat tepi pon tak. obek yang turun sungai carik batu. hehehehhehe.... lepas siap semua tu, saya dengan obek pon balik, sebab nak mengejarkan kenduri kawan obek kawen, oppsss...silap.. anak kepada kawan obek awen. kalo kawan obek tu yang kawen harus perang dunia ke3, ke4 or ke5 dibuatnya. hahahhahahha... balik rumah dulu mandi2 semua then bergerak ke kenduri kawen tu. pandai le obek tu pergi kenduri kad kawen ditinggalkannya kat office. habis tu camne nak pergi? main redah agak2 je. sampai area situ udah ada 3 kenduri kawen. haa..yang mana satu?????? camne nak trace coz yang banner2 tu semua nama pengantin je la bukan letak nama bapak pengantin so how to know? haiyarkkkkk... call kawan obek iaitu bapak pengantin harus le bz kan.. maklum..tuan rumah berkenduri le katakan. apa la obek ni. dah le pepanas tu kan, saya pon dah ala2 panas hati dah ni. geram sehhhh... tapi takpe.. semua dah selesai. akhirnya dapat juga jumpa. laok kenduri biasa le. ayam masak merah, dalca, nasi beriani, ada cendol nampaknya tapi saya tak makan. takot pening kepala nanti. dapat goody bag berisi tapai dan macam labu sayong tu. cantik jugak. lepas habis kenduri balik rumah ma lagi. sebab ma suruh tukarkan lampu kat ruang tamu udah kebabom katanya. mujur ada lampu dan peralatan lampu spae kat rumah saya, so hangkot semua pi ganti kat rumah ma tu. hehehehe.. mujur menanhantu dia tukang letrik, tau le jugak tukar2 lampu. alaalalala... saya pon reti jugak. bukan susah, pastikan wayarnya betol je. tak percaya? percayalahhhhhhh....
**
nezha? mmmm..... telinga ada masalah sikit. dah korek2 dan bagi bersihkan. itupon mengambil masa entah berapa jam agaknya. bukan boleh duduk diam mamat tu. lari sokmo. geram saya. dah bedung pon boleh dia lari lagi. aduhhhhh.... tak boleh jadi. camne pon mesti kasi cuci tinga tu. ikutkan dia memang le tak payah cuci. banyak cantik. dah le hitam, busuk, mondok... tak hensem nanti nak oiiiii... lepas cuci tinga, dia merajuk. standard.. panggil2 pon tak mau datang. duduk menyorok bawah meja nun jauh tangan tak sampai nak amik dia. lantak la. majuk le nak tengok sampai bila majuk. hehehehhee... kejap je. dia mana boleh majuk lama2. saya pon mesti pujuk dia je la keje saya. haihhh... kenapa kalo dengan nezha ni cepat beno cairnya?
**
ok..apa lagi nak cerita ni??? mmmm..macam banyak je nak cerita tapi dah lupa la. hahahahhaa... takde apa lagi dah kot. nanti kalo ingat sambung lagi. lama betol tak menulis. ada je halnya. ni tulis memalam. orang semua dah tido. nezha pon dah terbongkang. kebelakangan ni panas betol. rasa nak tido je dalam bilik mandi. best la sapa yang ada bath tub tu, boleh berendam. rumah saya takde, yang ada baldi je. nak masok dalam baldi tu tak muat le pulak. hahhahahahaa.... so, ok la. nanti sambong lagi ye. kepada sesapa yang berpuasa tu, selamat berpuasa!!!!!

No comments: