mari mencari....

Google
 

Saturday, June 16, 2012

jerebu...

hello..
tak sangka sungguh jerebu tu muncul kembali. mula2 hari tu ingatkan mata kelabu. al-maklum, bila tak pakai lense or spek semuanya kelabu kelam2 gitu pemandangannya. hahahha... mula2 obek cakap jerebu coz ada kebakaran katanya, tapi saya tak percaya sebab ingat dia main2 je sebab masa tu saya tengah dalam usaha mengajak dia keluar bersuka ria tapi dia kata sekarang tak boleh keluar coz jerebu. chehhh.. ingatkan main2 rupanya betul2 da... takpe la.. kebetulan pula dah berapa lama tak hujan kan. mmmm.. kalao malam2 memang panas. hari ni tadi jiran sebelah pasang aircond nampaknya. huhuhuhu... dah tak tahan sangat la tu agaknya. tambah ada budak2 kat rumah. lagi le panas. apapon, syukur sebab masih boleh bertahan dengan cuaca yang macam ni, betol tak. jerebu2 ni pada sesapa yang semput tu kena extra jaga2, senang je kenanya nanti. owh.. dan minum air banyak2. air putih air kosong ye.. bukan air coke or limau ais.. tu memang penyedap tekak tapi hujung2 sakit tekak dibuatnya. hehehhee...
~~
pagi tadi keluar. ehhh.. bukan pagi la, dah tengahari. pergi lunch. lepas lunch pergi area chow kit pulak. nak mencari bekas stainless steel yang buffet tu. bukan apa, ma nak kenduri tak lama lagi, kenduri doa selamat le ma nak pergi umrah nanti bulan ramadhan esok. so nak le buat makan2 sikit. sebelom ni kadang pinjam surau punya  bekas buffet, or buat secara hidang. lama2 rasa apsal le tak beli je sendiri bekas tu, so takyah le setiap kali nak kenduri tu nak kena pinjam je. kalo time order catering memang le takyah risau benda2 tu, ni kalo bab masak sendiri ni yang macam2 nak pikir. kali ni kenduri ma nak masak sendiri, sebab jemputan sikit je dalam 30 orang. saya ok je tapi lepas kenduri tu esok harus menggelupur kejung penat. hehehhehee.... so, tu le tadi pi chow kit tu nak mencari benda tu. pusing2 gak 2 kedai baru berkenan. tak le berapa mahal tak berapa murah. kira boleh le dibeli. mmmm.. penutup plastik harga lain, penutup stainless steel harga lain gitu. beli yang kecik 6, yang besar 1. jadi le dulu buat pendahuluan. nanti ada modal nanti beli lagi kalo tak cukup. kat rumah ma tu bekas makan besar ada je tapi saje la kan gatal. so sesambil tu mata jenguk2 juga bekas2 makan, pinggan2 segala benda yang menarik. mujur tak rabak je baju obek tu kena tarik tadi. hahahhahahhaa.. .habis tu nampak itu, tarik baju obek. nampak ini tarik baju obek. hehehhe.. pas tu semua yang nampak semua nak. pening orang tua nak melayan. takde maknanya dia nak belikan saya benda2 tu. chisss.. tapi tadi dah janji saya nak gak bekas makan yang cantik tu untuk raya. ewwahhhhh.. macamkan ramai beno yang nak datang raya tu kan. walhal... nan hado!!! takpe, makan2 sendiri pon nak juga cantik2 ye tak. hehehhehe....
~~
nezha? owhh.. sian mamat tu kepanasan. lemah je nampaknya. pagi2 isi air kat bekas dia petang tengok dah nak habis. haus betol tu namanya. alalalla...sian dia. dah le hitam, mondok pas tu panas lak kan, sian dia. ehhh. kenapa le nak kesian kat dia? saya pon panas gak tau. hehehhe.. tak habis2 cerita panas, esok hujan ribut baru tau. malam2 buka pintu bagi dia kena angin. wahh.. tergolek terkangkang dia depan pintu tu, so taktau malu la dia tu. apapon, sayang dia sangat2. mmuuahhh...
~~
obek ok je. hari ni tadi dia sakit kepala. tadi lepas pergi beli2 tu dia pi kerja jap. senja balik terus makan panadol dan tido kejap. sian dia. masa dia tido depan tv tadi nezha datang cium2 dia. hehehhehe... pandai nezha mengacau obek. cium je takpe lagi, ni siap garu kepala obek. owhh.. saya nak pecah perut tahan ketawa. obek lak tengah tido tu tangannya lalu lalang nak menghalau benda yang menggigit kepalanya. hehehhe.. kelakar sungguh. jahat saya tau sebab tak amik nezha dari kacau obek. sorry obek... hehehhehe...
~~
kerja? biasa la. yang luar biasa pon ada jugak nih. hehehhee.. standard la tu. takmau cerita pasal kerja. nanti pening. ok la..nanti sambong lagi. hari ni takbalik rumah ma. sebab obek kerja sampai malam. tadi dah call ma bagitau awal2 sebab takot kang ma tertunggu2 pulak. cakap kat ma esok maybe balik kalo sempat lepas zohor. hope obek habis kerja cepat esok. rindu kat ma. huhuhuhuhuhu.. ma pon demam okehhhh.. suara serak coz batuk dan selsema. hehehe.. tapi dah elok sikit dah katanya. hope ok2 je hendaknya. memang musim demam sekarang ni.
~~
lagi nak cerita apa? mmmmm.... takde apa la. nanti sambong. harap korang semua pon ok. bye!!!! 

1 comment:

Cinta Misteri said...

Haa..ramai gk org kata jerebu. Tp kt jb ni mcm tkde je. Ke CiM yg tk perasan