mari mencari....

Google
 

Tuesday, June 5, 2012

panas panas panas...

fuhhhh...apa yang panas sangat tu? takde apa la cuma kebelakangan ni cuaca memang panas betul, berbahang. malam ponberpeluh2 juga. kesian nezha tido tak selesa mamat mondok tu. almaklum, panas, dia tu mana tahan panas2 ni. kalau hujan pulak macam nak ribut, complete dengan angin kuat semua, takot! tu la...dunia sekarang bermacam2 cuaca dah. syukur kerana kita cuma masih kena panas, bukan kemarau. syukur kerana kita masih kena hujan, bukan taufan. syukur kepada tuhan.
**
so, nak cerita apa ni? mmmm...weekend takde cerita apa sangat. balik rumah ma. rindu kat ma!!!! pelok2 cium2 siap nangis nih. muwahahahahaaaa...drama queen sungguh la. kata ciwek, sikit2 nak nangis, so harus le kan. obek gelak je tengok saya nangis2 tu. ngada je. hahahahahaaaa... eh, mesti le ka, ma kita, harus le rindu. macam le jauh beno rumahnya, walhal dekat sajor. ala...biasa le tu. anak ma katakan. anyway....malam tu belanja ma kfc. boleh la. saya pon dah lama tak makan kfc tu. ahad pagi esoknya plak pi pasar pagi. kononnya nakcari siput sedut tu nak dibuat gulai. tapi takde rezeki, seramai2 orang yang jual kat pasar tu cuma 1 gerai je yang ada jual siput sedut tu. tu pon tak berapa elok sangat nampaknya. takpe la...next week boleh cari lagi. sudahnya masak asam pedas, goreng lala dengan goreng togeh kasar. lepas tu ma buat bubur durian. adoiiiii...tolongggg..mana nak letak semua tu dalam perot??? makan sampai lebam. ma kata saya kurus. helloooooo...saya ni sekarang dah pakai bau saiz M okeh, saiz S dah ala2 melambai pergi je ni lagi mau kata saya kurus? tak faham sungguh la. pi timbang pon dah naik. kurus apanya? sajeje nak suruh orang habiskan lauk tu tau. geram! hahahahahahaaa...
**
nezha sihat je. sekarang suka gaduh dengan burung2 yang tumpang makan kat mangkok makanan kucing kat luar tu. hehehehee... sampai menerajang pintu mamat tu. dengki bukan main. saya tak kisah leburung tu makan, tapi, yang saya kisah ialah....dia pi berak kat porch tu!!! ini sudah menyakitkan hati. geram sungguh. hujung2 saya juga pencacai bersihkan kotoran hebat tu. menyampah!!
**
obek pon ok jel. pasal kerja tu malas nak cakap la. benda yang sama je. pancung emancung perkara biasa kalo dalam bidang ni. huhuhuuu...takpe, allah maha adil, maha kaya dan maha mengethui. kalo sesama manusia tak dapat nak menangkisnya, allah akan membantu di kemudian hari. insyaallah....
**
oklah..nak siap2 pergi makan. malam ni makan luar obek kata takyah masak. yahoooooooo...i love you obekkk!!!!!

2 comments:

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

ganas nya Nezha terajang pintu !!

MOKCIK AZWA said...

Leeya, mak selalunya macam tu..my mama pun sama. Masa zaman anak dara dulu dia selalu komplen azwa terlalu kurus, hahaha..nah sekarang baru dia kata elok sedang2..walhal kita dah mula risau sebab terlebih berat hehehe..