mari mencari....

Google
 

Wednesday, July 4, 2012

apa sudah jadi ni.....

kononnya rajin sangat kemas rumah. malam2 pun nak mengelap kononnya. lepas kemas lap simpan febreeze dalam kabinet. tottettottettt...esok paginya nak amik air kat dalam peti ais, capai punya capai, tercapai febreeze dalam peti ais. owhhh..rupanya semalaman febreeze tu tido dalam peti ais. sian dia sejuk, tapi takpe la..baru ada cool breeze. huhuhuu... apa sudah jadi ni...
***
kononnya nak le try buat pancake..echewahhh..lempeng omputeh katanya. habis asyik makan lempeng melayu je sekali sekala tekak teringin lak lempeng omouteh. okeh..kita masukkan bahan2 semua.. tepung, butter, susu..sekali macam tingin nak letak vanilla la sikit. konon nak bagi wangi..capai punya capai, terus sukat 1 penutup penuh..nak wangi katanya..sekali tuang jadi kaler merah! rupanya tercapai pewarna merah instead of perisa vanilla..habis, takkan pankek kaler merah kot? apa sudah jadi ni...
**
nak lap lantai..kalau rajin letak floor cleaner. kalau tak rajin mop guna air biasa je. tengok kadar kekotoran yang telah dihasilkan oleh si mondok nezha. capai punya capai, terus tuang dalam baldi, tuang air, kacau2 bagi sebati. bila nak tutup botol, rupanya tercapai softlan. fuhhhhh...lembut le lantai lepas ni sebab mop guna softlan. haibattt!!!!! apa sudah jadi ni...
***
dari pagi dah ingat nak beli kelapa parut. nak buat inti kelapa, boleh buat kuih bom, kuih koci atau apa2 yang berkenan di hati. bila petang, singgah kedai. sebelom masok kedai dah ingat sungguh2 ni nak kelapamparut. masuk kedai, lilau2 tengok itu ini, capai itu ini pas tu balik rumah. sampai rumah tengok2 kelapa parut takde, yang ada roti gardenia. ok la tu.. tak dapat makan kuih bom, makanlah roti bakar sapu sekaya. sedap jugak... apa sudah jadi ni...
**
ni semua nezha punya pasal. asyik ingat dia je semua benda tak jadi. biasa la manusia, bila kerja tak jadi mesti nak menyalahkan orang (in this case, salahkan kucing hitam mondok tu). sendiri punya salah mengaku je la..jangan tuding jadi pada orang lain.. (sila tafsir sendiri tersirat dan tersurat).
sekian, laporan untuk hari ini. wassalam.

3 comments:

C'Jai said...

heheee...biasa jg terjadi cam di atas ni...tapi kes yang berbeza... lucukan bila kenang2 balik..

ishy77 said...

kes parah nih..paling xbleh blah fabreeze dlm peti ais...? apakah??

sesemut said...

aduh sakit perut....
febreeze dlm peti ais?..
nasib tak terus minum