mari mencari....

Google
 

Friday, July 20, 2012

esok dah nak puasa...eh, ye ke?...

hello..
ye ke esok dah mpuasa? malam ni tengok anak bulan eh? hehehehehe...bestnya bulan puasa. tapi sunyi la puasa bulan ni. mmmm..harap dapat berpuasa dengan lebih bagums dari tahun lepas. tak pikir pon pasal raya. takpe..lambat lagi.
**
so nak cerita apa hari ni? hari ni dah jumaat. mesti ramai yang ambil kesempatan untuk balik kampung minggu ni. ye la, puasa sulong orang katakan. mesti nak bersahur berbuka dengan sanak saudara semua. harap pada sesiapa yang pandu jauh tu drive elok2 ye. semua orang pon nak mengejar masa dan destinasi. kepada budak2 yang baru nak belajar puasa...huiii..sure mak pak dia pening kepala nak melayan. hehehehe..mujur juga puasa start on weekend, boleh le diaorang melepek merengek. esok dah isnin haaa..cabaran baru pulak. hehehehee...anyway..semuga semua ok2 belaka. saya dulu masa kecik mula2 belajar puasa sekerat hari. tapi sebenarnya larat je puasa sampai petang..tapi lambaian botol susu tu menggamit2 laju melambai2 pandangan mata. muwahahahahaa...tu la pasal. dah tadika pon dok minum botol susu lagi. haihhh...terbuka pulak rahsia zaman silam. hahahahaa...saya masa kecik dulu kan kurus kering je. memang tak makan sangat, cuma tu la bergantung kat botol susu tu la jawabnya. tapi bila dah tua bangka ni asyik le nak makan je..gemok lak tu. haihhh...bila dikenang2, boleh jadi gelak sorang2. mmm..kenangan. tapi seingat saya, masa saya belajar puasa dulu tak pernah disogok dengan duit. biasa orang sogok anak puasa sehari dapat seringgit. saya tak. ma tak de cakap apa pon. ma cuma cakap malu la dah besar tak puasa. kawan2 semua puasa. boleh lak saya menjawab, mana ma tau kawan semua puasa? yeee...ma tau..ma pergi rumah diaorang ma tanya kat mak diaorang. mak dia kata anak dia semua puasa!!! wahhh..yang budak ni pon bpercayaaa je buta2. apa korang ingat ma pergi trumah diaorang ke tanya kat mak diaorang? takde maknanya. senang betol nak kelentong budak ni. hehehhee..tapi sebabkan malu konon, so saya pon puasa. lama2 baru ibu lak explain, puasa bukan sebab ikot orang, tapi mesti puasa kalo tak nanti tuhan marah, nabi marah. ooooo..gitu kaedahnya. haaa..gitu le. pada saya bagus juga ye buat macam tu. tak perlu guna duit segala. tak dijanjikan dengan permainan atau baju baru. waktu berbuka tu biasa la..mesti tanya nak buka apa. nak ambik hati katakan. alalala..saya ni mana tau menu2 tu semua. yang saya tau nak makan telor goreng mata kuning cair. sonang beno menu permintaan bulan puasa! hehehehehehee...kenangan semua tu. sekarang...dah takde dah kenangan tu. tapi kalo balik rumah ma, ma mesti buatkan telor mata kuning cair tu. hehehhehee..nasib baik nak telor goreng je, buatnya nak kepala kambing panggang, tak ke satu keje orang tua tu nak kena cari kepala kambing? hahahahahaaa...
**
mmm..apa lagi nak cerita. taktau tahun ni akan ada lagitak gambar2 waktu bersahur. waktu berbuka tak sempat le nak snap2 gambar. hehehe..so waktu sahur boleh le sebab aman2 sikit. jenuh le nak kejut obek bersahur. takpe..nanti dia balik kerja at 3am, terus makan je la. kena la awal sikit...tak boleh nak hujung2 sahur. kalo dia takmau makan, saya sumbat2 jugak. hehehehe..kena jugak sahur. takmau makan, minum milo pon jadi la, dengan kurma satu. ambik berkat. saya je yang selalu nak sahur beriya2. siap nak masak2 semua. kalo kat rumah ibu lagi la. laok sahur pon baru..betul2 dah macam berbuka. bestnya!!!

1 comment:

meowwmania said...

yer esok da puasa, smlm tgk anak bulannya hehe..


selamat berpuasa utk mama nezha, utk nezha kalau mkn tu sembunyi2 la sikit :p