mari mencari....

Google
 

Monday, July 2, 2012

kl-alor setar-kuala pilah-kl...

fuhhhhh....penat sehhhh...jauh rupanya alor setar tu. sampai ber-star2 kepala saya dok dalam kereta, montot pon naik kebas dibuatnya. hahahahaha...maklum le, 1st time pergi memang terasa jauhnya. kalo dah biasa pergi maybe takde rasa apa sangat agaknya. sebab apa pi alor setar tu? sebab hantar rombongan meminang le...adik obek bertunang dengan orang kedah nun.... mujur gak rumahnya kat tengah pekan, tak le jauh sangat. meh nak cerita.
**
pagi2 pukul 7am saya dengan obek bertolak kuar rumah. pergi menuju ke rumah makcik obek kar kerling, sebab mil sekeluarga stay sana that night, so kiranya nak pi amik diaorang le gerak sekali. tot tet tot tet semua, pukul 10.30am mula la gerak ke alor setar. takde berenti2 pon, cuma brenti kat rnr bukit gantang sebab kat sana ada lagi 1 group sedara belah kuala kangsar pulak tunggu. berenti rehat kejap kat sana, makan kacang rebus n sandwich. sedap pulak! minum air kosong. saya bawak bekal air kosong. sekarang selagi upaya cuba meminimizekan pengambilan air berais dan manis. hehehehe...baru nak sedar ye? takpe...belom terlambat. lepas lepak kejap terus jalan. kumpul lak kat tol alor setar utara. eh...utara ke selatan? lupa la pulak. sebab ye la ni pit stop terakhir sebab lepas ni dah nak sampai dah kot kang ada lak yang tertinggal tak tau rumah orang bertunang tu. sampai je lebih kurang 1.45pm. berenti zohor kat masjid depan then terus pegi rumah tu. sampai2 je orang tu suruh makan. makanan dah terhidang. style hidang bukan buffet. haiii..orang suruh makan kita makan le kan. hahahahaha.. banyak juga lauknya nampaknya. ada gulai lemak nangka, ayam bakar, sambal tumis udang, ulam2, sambal belacan, ikan goreng, acar timun. ada kuih koripop, coq badak, bengkang, kaswi. air pulak sirap merahhhhhhh. ha..makan, makan jangan tak makan. lepas carara makan2, baru le bermula acara meminang. pokpekpokpek segala...settle... jangkaan majlis nikah 15.09.2012. nak majlisnya pulak 08.12.2012. kenapa jarak? sebab nak disekalikan dengan adiknya kata orang kedah tu. ooooo..gitu. dah terbayang kena ulang lagi 2 kali ke kedah. alamakkk..letih. majlis belah johor entah bila. mil belom bagi kata putus lagi. ayoyoyoyooo.. gerak balik dari sana dalam pukul 3.30pm. singgah grik rumah sedara obek. rehat sana sampai lepas isyak baru gerak balik ke kerling.
**
on the way ke grik, singgah kat rnr taiping. sebab obek dah mengantuk sangat. ye la..malam tu obek balik kerja around 3am. tido kejap pukul 6.30am dah bangun nak ke kedah tu. so bagi dia tido kat situ kejap. saya pon letih. walopon tak drive, saya tak tido sebab teman obek. kasi urut2, bagi asam le, bagi air, teman dia supaya tak ngantok. orang lain yang dalam kereta? siap dengkor2. haru sungguh. lepas obek bangun ada lak orang minta tolong bukakan tayar spare keretanya coz macam ketat. kereta avanza nampaknya. sian. mujur siang lagi, dan mujur berenti di rnr. apa2 hal masih senang lagi berurusan. obek try buka tak boleh. rupanya apa ke namanya macamspannar ke or pembuka tempat tayar spare tu dah bengkok. so tak boleh bukak. so, call jugak petugas plus tu kan minta tolong. dia mesti ada tools semua. lepas tu kitaorang pon gerak. dalam perjalanan, hujan pulak. sampai ke grik dah senja. rehat mandi semua ya tuhan...segarnya rasa. ye la, dari pagi berlengas baju kurung semua, dapat mandi air kolam sejuk segar badan. kat sana dijamu makan lagi. laok ayam goreng, pajeri nenas, ulam petai, sambal belacan dan sayur goreng. air oren. dan ada buah epal. lepak2. pukul 11++pm lebih baru gerak. owhhh..mengantuk!!!!! sampai kerling around 2.30am. sampai2 je, bersihkan badan terus dummm tido...
**
the next day, sunday...saya bangun tengok rumah senyap je. haa..sudah..semua belom bangun ke?  aiseh...nak bangun jalan, ni rumah orang pulak. so dok je la diam2 sampai dengar bunyi orang bangun baru saya keluar pusing2. hehehehe... lepas breakfast, around 1030am, kitaorang pon gerak ke kuala pilak pulak...melawat adik ipar obek..kira biras saya le ye tu...sakit. sakit macam2 penyakit. suspek tb le, paru2 berair le, sakit tulang belakang le...mil saya dah seminggu dok sana  menjaga anak diaorang. ada 2 orang. saya pon tak pernah pi sana. sebelom sampai, singgah tesco seremban beli barang dapor untuk rumah tu. sampai sana mmmmmm...padan pon macam2 penyakit. *bersih* sangat rumahnya. macam tu kejung tegak pon boleh. malas nak cakap apa2. diam2 sudah. lepak kejap, pukul 5pm macam tu saya pon gerak balik kl.
**
sampai rumah sini dah nak mengemas acha pulak. kena tinggal 2 hari rumah pon macam tongkang pecah. kemas2 semua...mandi, rendam baju kotor siap2, tbaring terlelap pulak. obek kejut ajak dinner. makan kat kedai je la. letih. lagipon rumah takde laok. lepas makan obek keluar jap, saya dok rumah. malam...tengok bola final uefa euro!!!!!! hehehehehe... letih2 pon nk tengok bola juga. obek pon tengok juga. sudahnya pagi ni punya liat nak bangun. rasakan!
**
so, kita le kisah pengembaraan geng...opss...dah macam cite upin ipin lak. hahahaha...gitu le kisah perjalanan weekend tadi. conclusion, super penat! harap yang bertunang happy, yang sakit sihat, yang penat dah segar. love you obek!!!

1 comment:

meowwmania said...

boleh lg tu layan bola kalau saya boh layan la jawabnya hahaha...