mari mencari....

Google
 

Thursday, July 12, 2012

selsema lagi...

hello...
tak berapa sihat la pulak. virus selsema datang singgah pas tu lambat pulak dia nak balik..haa...dok bertapa kat hidung ni je. habis dah sekotak tisu ni. dok srot sret srot sret..tak cun dah. pas tu tersumbat lak tu. malam susah betol nak tido. duduk salah, baring salah, mengiring salah... serba tak kena. huhuhu..kesian saya.
**
start kena hari isnin tu la petang kena hujan lebat sangat. kuyup. ayoyoyoyoo... walhal kena sikit je sementara nak buka gate tu je. takpe la..dah rezeki le tu. malam dah start achum achum..apa lagi...berlarutan le jawabnya. hari ni dah ok sikit kot. takde bersin2 lagi. cuma masih tak selesa. harap cepat sihat hendaknya.
**
apa lagi nak cerita? nezha? mamat tu ok je. makan tido je kerja dia. nak harap minta tolong sapu rumah? kirim salam le jawabnya. tapi bila saya menyapu pandai pulak nak menyebok kejar penyapu tu. gatal betol. dia kalo dengan vacuum baru dia takot. maybe sebab bunyi kuat kot. vacuum bunyi mesti lari. hehehehe..atau sebenarnya dia terbayangkan hair dryer untuk keringkan bulu dia tu. hahahahahaa...apa la nezha penakot. tak hensem la macam ni.
**
obek? sihat je. cuma hal kerja la kan. ada lak orang dengki nak fitnah yang bukan2. echewahhh...ada hati nak kenakan orang kononnya. esok2 terkena batang hidung sendiri baru tau langit tu tinggi ke rendah. takpe la..bersabar je la yang boleh dibuat. kalo kami banyak duit, kami dah saman awak bagi awak melungkup. itu kalo,ikut hati marah..ikut hati suci murni, biarlah Allah yang memberikan balasan dan jawapan. orang jujur dan benar ni memang selalu je kena tindas, tapi jangan risau sebab balasan tu tetap ada, cuma cepat dengan lambat je. insyaallah....to obek..be strong ok. oby love obek.
**
apa lagi nak cerita. otak beku pulak sebeku selsema yang sedang membeku dalam hidung ni. hehehehehe... telingan pon bengang jadi pekak. aduhh..cepat lah sihat. makan ubat pulak jenis mengantuk. seksa betul.
**
ok lah..nanti sambung lagi. ni badan je kat sini, otak fikiran semua dah melayang entah ke mana2. hehehehee.. have a nice day!

No comments: