mari mencari....

Google
 

Sunday, July 29, 2012

weekend yang macam2...

hello...
apa cerita weekend anda semua? mesti ada yang best2 tu kan..maklum, bulan puasa, ada yang buat makan2, ada yang balik kampung, ada yang pergi shopping...tapi mungkin ada gak weekend yang biasa2 je..takde aktiviti, dok rumah rehat bersantai dengan keluarga..ye tak?  saya... biasa je. hari sabtu pi buka puasa kat luar. buffet kononnya. buat rugi je. bukan boleh makan banyak pon. tak macam dulu2. dulu makan selagi mau elok je perot. sekarang, baru isi air dengan nasi dah penuh sangat rasanya. tu la...dah tua..metabolism pon dah mengurang gamaknya. hehehehehee... yang best makan buffet ialah banyak pilihan, sampai juling biji mata. yang tak best makan buffet ialah attitude manusia yang seperti biasanya...suka potong q, suka berebut macamkan tak pernah makan. alahaii...boleh je amik makanan kejap lagi lepas azan pon boleh amik. tempat tu terbuka je selagi tak tutup selagi tu lako noleh makan. ni tak..nak jugak berebut. buat malu je. bosan dengan perangai orang macam ni. lagi satu perangai kalo mencedok makanan tu selagi mau penuh pinggan. ya tuhan..amik la sikit2, tak cukup kang boleh amik lagi. alahaiii..sedihnya. tapi tu la..nak buat camne kan..dah memang perangai macam tu. kalo budak2 boleh le ditegur, ni dah tua bangka. tapi tengok tempat juga agaknya. yang saya pergi tu tempatnya memang kureng sikit..takmau hint lebih. hahahahahaaa... so, tak pasal2 saya pon malas nak bising2 makan je la, pejam je la mata. huhuhuu...
**
hari ni ahad, takde buat apa. cuma tadi kuar kejap ke teso..mencari barang2 le kononnya...huiyooo..ramainya orang. parking sampai ke luar. ahhh..tak dulik la. saya nak juga menyelit celah2 orang tu. sampai dalam, padan muka. berlaga2 trolley. hehehehee..ye la..semua amik kesempatan nak beli barang rumah weekend ni kan. hari kerja mana nak sempat. so, lepas beli2, tengok sana tengok sini, pas tu balik la. sampai rumah obek dah balik. aikk...cepat lak balik. kata balik lambat tadi. bagus2 balik cepat. payah beno nak tengok mukanya. hehehhee..haa..ni dah ada kat rumah tercongok tengok tv, tatap le muka obek tu puas2.
**
apa lagi..nezha? ahh.mamat tu dia punya tahap keletihan macamkan orang berpuasa disuruh berladang tengah panas matahari tegak sejengkal atas kepala. drama king sungguh. ingatkan letih tak larat makan, sekali tengok mangkok licin jugak. haiii..kucing sapa le ni. baju raya nezha tak beli lagi. ahhh..dia mana ada perlu baju raya. ni mummy dia ni kena baju raya. selai pon belom muncul lagi. ehh..ada la selai dah. semalam dapat. hehehhee... malam tu jugak terus jahit manik kasi tambah bling2. punya menunggukan obek balik malam tadi, sampai siap saya jahit manik satu baju kurung tu. haihhh...ehh..sapa kata saya tak pandai jahit. pandaiiiiii...tapi tak le cantik. setakat pakai sendiri jadi le kan. hehehehe..saya suka jahit2 manik ni.. leka dibuatnya. malam tadi nezha le teman saya. dia pon sebok nak main benang gunting manik2 habis berterabur. eeeeee...ada je keje dia tu tau. takpe la..tu la intan payung saya. buat camne pon tetap le tak marah ke dia. ni masa tengah type ni..tu dia dah bangun pi makan lagi. untuk kali yg keberapa...gagal dikesan.
**
petang tadi ada orang call. tengok nombor tak kenal. panjang beno. sekali pikir2 ehh..macam nombor mekah! cek2 ye la..alamakk..ma agaknya yang call. saya return call..ye betol..ma pinjam hp kawan dia. alahaii...nangis sungguh. ciwek betol saya ni. rindu kat ma. tak berapa clear sebab macam putus2 je. takpe la...so, petang tadi terus mood mondom. buka pon tak selera. mana nak selera, mata dah bengkak. huhuhuu..takpe..syukur semua selamat dan sihat. doakan supaya ma lebih sihat menjalani ibadah di sana. love you ma... obek ejek saya nangis. ahhh..dia selalu buli saya kalo bab2 ciwek ni. geram!
**
lagi..nak cerita apa ni... mmm..takde apa la kot. nanti je la sambong tulis lagi. takde mod. nak layan garu perot nezha ni. lovely creature.
**
i love you obek..
i love you nezha...
i love al of you...

1 comment:

Misz Pinkie Winkie said...

Wahhh..mestie baju raya blink-blink nie...yerlah pandai jahit manik...kalo jaitkan manik kay bdn nezha kompem memancor-mancor..hihi