mari mencari....

Google
 

Wednesday, August 29, 2012

kembali seperti biasa...


hello...


semua pon dah kembali seperti biasa. rutin harian pon bermula. huhuhuhuu... anyway, ok la tu kan. kalo tak sampai bila nak bersuka ria je. korang punya raya amacam? meriah tak? mesti hebat2 tu. takpe..kejap lagi nak jalan2 pusing blog korang nak baca cerita pasal raya. saya biasa je la. hari ni dah start puasa semula. cepat2 sikit senang. takot terlupa. e**
sok bila dah nak ramadhan lagi sekali puasa lagi. biar berlebih, jangan terkurang. hehehehe...

**

lagi nak cerita apa ni. mmm..nezha. biasa la mamat tu. sejak kena tinggal cuti raya hari tu dia trauma lebih pulak. biasanya kalo dia nampak kita bersiap2 dia pon mesti sebok. this time lagi worse..nampak kita amik towel pon dia dah tunggu depan pintu toilet. bila nampak kita siap pakai baju lagi dia tak tentu arah. kulu kilir mengeow bagai nak rak. hehehehe..apakan daya..kalo kena tinggal tu tetap le kena tinggalkan. habis, takkan nak bawak lak pi beraya rumah orang. huhuhu..nezha, nezha. so notty. bila kita balik je seperti biasa, baru sampai gate dah dengar suara dia menjerit dari dalam rumah. bingit okeh. kesian dia. sayang sangat kat budak busuk tu. ehh..memang busuk la. kadang tak tahan la bau busuk dia tu. hahahahaa.. busuk2 pon tetaplah pujaan hatuku...

Monday, August 27, 2012

ma dah balik...

hello...
camne raya? ok ke tak? jangan nak malas2 pi kerja hari ni ye. dah le hujan pepagi tadikan. memang liat nak bangun. aduhhh...sedapnya selimut. hahahahahaaa... alaa..takkan nak cuti lama2. kerja je la. kat opis pon still ada semangat raya kan. sudah2 la tu. anyway...nak cerita, ma kita dah balik umrah la. yahoooooo...semalam pi amik.
**
kat surat tulisan kata sampai pukul 1pm. so..relax2 kejap, by 1.30pm baru saya gerak keluar. alaa..dekat je kejap dahsampai. sampai lepak2 dulu dating2 dengan obek, sambil berangan kot kita le yang turun naik kapal terbang tu. huhuhuu.angan2 jela.  masa tunggu, ramai nih orang lain pon ikott tunggu keluarga masing2 jugak. wahhh..semua pakat pakai baju raya bling2 nih. sya je jeans n blouse. apakah? belasah je la. maybe diaorang balik dari beraya terus pi kliaamik family yang balik umrah tu kot. kanak2 pon rami. huiyooooo...kira penuh le rrival gate tu semalam. bila nampak je geng jemaah yang satu kaler beg dengan ma dah keluar, baru lesaya pi dekat sikit. tungggu punya tunggu punya tunggu ma tak kuar gak. haihhh...dah agak dah. everytime pon ma mesti last keluar. hehehe.. ye la..dia kan sorang je mana nak urus semua itu ini nak bawak beg lagi. ke**
saya balik rumah ma hari sabtu malam tu. sebelom balik singgah psar mlam dulu. beli laok. ye la..kang ma balik mesti lapar. belisimple2 je dah. ahad pagi tu, pagi2 saya dah asak siap2. saya masak ayam ungkep, sup suon telor, sambal tumis ikan bilis dengan goreng ikan masin. air buat teh o dengan oren. fuhhh..sedap pulak saya msaksemalam. ahakssss...sendiri perasan.  sapa lagi nak puji melainkan diri sendiri. huhuhuuu...petang, kemas2 beg ma. kuarkan segala khazanah tu. ma tak beli banyak. saya pon tak bagi fia beli macam2 tu. nak buat apa. cume beli kurma je banyak. ada la sejadah kopiah sikit untuk orang and dsedara yg datang melawat. hari tu ma tanya say nak apa. saya blur2 je mana tau nak apa. lst2 cakap nak kacang. boleh? alololooo..takat kcang tu kat tesko gaien pon pon ada. hahaha...entah la. itu je yang terpikir. ma belikan. hehehee..dah tinggal sekerat kacang tu saya bedal malam tadi. ma belikan obek serban. hambekkk..bila masanak pakai tu? hahahahahaaa...
**
so malam tadi tido rumah ma lagi. kasi teman satu malam. pagi tadi awal pagi dah keluar. hujan pulak tu. uuwwaaaaa...tensen sungguh.  so, tu je la ceritanya. next year kalo ada rezeki dan umur panjang manak pergi lagi. huiii....cuba belanja saya pegi disneyland hong kong pulak. baru la best. huhuhu...ada harapan kena belasah ni kang.  ok la. next year ma takmao ikot package travel agency ni lagi. amatlah tidak bagus. ada ke kat sana everytime they all kuar mauk bas or hotel intakextra payment. apahal? kenapa tak masukkan je charge dalam pckage tu? dah banyak kali ma pergi ini le first time kena macam tu. ramai yang merungut. ye la..bukan semua oranga ada bawak pocket money banyak. ada yang dah budget2 je sekali kena bayar lebih lak. dah le tu, masa mintak bayaran janji macam2 cakap seua settle la beg semua diaorang settle la, hujung2 kena hangkot sendiri okeh!!! bayangkan orangyang tua2 tu camne le nak bawak beg besar2 tu. entah la..dah bukan niat nak tolong jemaah agaknya, ini dah kita business oriented. kesian jemaah yang tak mampu. agency mana le tu agaknya ye....tu ha...opisya kat kg.pandan..glamer punya. pikir sendiri.
**
apapon, dah selamat semuanya. kalau dulu kita taktau, takpe la. sekarang dah tau, lepas ni memang takkan lagi le kan ikotpackage tu. ada belambak lagi orang buat pakej kat malaysia ni. benar atau salah, tuhan aha mengetahui. tu dia jawab sendiri le.
**
ok la. nak jalan pusing baca blog orag. sepanjag cuti raya i kurang ada yang update blog. wahhh...sakan korang beraya ye. bak sini sikit samperit tu.
**
selamat hari raya...dari nezha and family...sian ma.  dah last baru nampak ma. wahhh..melompat saya. rindu wooo..sebulan lebih tak jumpa.  terus balik rumah. sampai rumah jiran dah ada yang tunggu sambut ma balik. hehehehe...ma sembahyang kejp pastu borak. biasa la tu kan. ma demam sikit campor batuk. pon biasa la tu. sebab pns sangat katanya. badan tak larat. pakkal kita kat malaysia ni pon panas kejung, lagikan katsana. huii..bulan pose la tu. huhuhu..kalo saya awal2 dah surrener agaknya. haaa..tu le beza orangyang ak pergi dengan tak pergi. owhh..takpe2. nanti sayakuatkan semangat ye. hehehehee...

Wednesday, August 22, 2012

NEJI in memory...

salam,

pagi tafi pada jam 9.45am neji dah pergi menginggalkan saya dan kita semua. hancur hati saya. begitu saya menjaga dia tapi akhirnya dia pergi juga. ketentuan tuhan. takpe la...imungkin itu lebih baik untuknya dari dia hidup menderita kesakitan...
**
pagi tadi macam biasa saya nak bagi makan ubat. bila tengok dia dah terbaring je. hati dah tak sedap. keluarkan dia dari cage dan pelok dia. air liur dah meleleh. dia dah mengerang..seksa rupanya bila nyawa nak meninggalkan jasad. kucing yang tak berdosa pon  kita boleh nampak betapa seksanya, apakan lagi saya manusia ni esok bila nak meninggal lagilah azab. pada ketika itu saya masih tak putus harapan. cuba menyuapkan beberapa titis air. tapi neji dah tak boleh menelan. tekak dah tak boleh terima. apa lagi yang saya mampu buat selain dari memelok dan mengusapnya supaya bertenang. saya usap perutnya, kepalanya, pelok badannya, kucup pipinya...akhirnya fia pergi juga ketika dalam pelukan dan pangkuan saya. betapa saya sedih dan menangis ketika itu tak dapat saya gambarkan. hancur hati dan harapan saya. angan2 saya supaya dia sihat seperti sedia kata selepas tempoh makan ubat n rupanya tak kesampaian. saya tak mampu melepaskan pelukan itu, kerana saya tak dapat menerima hakikat yang neji dah tiada lagi, hinggalah obek mengambilnya dari saya menenangkan saya. saya masih tak percaya. saya cakap neji cuma tidor sebab letih. tapi apakan daya..hakikat tak dapan melawan harapan.
**
neji dah selamat disemadikan di sini..di tepi rumah obek. tinggallah disitu wahai anak..rehatlah dari kesakitan. neji yang baik, yang tak banyak kerenah, yang sangat manja..kini dah tiada. maafkan saya andai saya tidak mampu menjagamu dengan baik. walopon neji dah tiada..neji tetap dalam ingatan. masakan saya boleh lupa, anak kucing yang dijumpai bawah pokok ketika hujan lebat..membesar sebagai kucing yang baik, kini dah pergi. sayang neji..rest in peace..sayang neji....

Monday, August 20, 2012

selamat hari raya aidil fitri kepada semua manusia dan kucings....

salam aidil fitri...
hari ni dah syawal yang ke-2, still kat kampong johor daaaa...huhuhuuu...raya biasa2 je. nak cerita pasal kejadian2 yang berkaitan dengan raya...
**
hari jumaat....orang dah kelam kelibut balik kampong, saya masih di kl lagi membawak si neji ke klinik. ye..budak tu became worst within 2 days. sejak balik dari klinik yang masa 1st time kena batu karang tu...kat rumah dia kurang aktif. takmau makan, takmau minum. kencing pon sikit je keluar. huhuhuuu...tak boleh jadi. saya paksa juga minumm bagi guna sryinge. ehh..bagi suap nak pulak minum, suruh minum sendiri dia baring je..apakah?? makan pon macam tu. dia lansong tak mau sentuh makanan dia. saya lenyek2 bagi lembut buat macam nestum tu saya suap. ada le 2 sudu kecik tu dia makan pas tu takmau dah. tu tak berapa risau sangat. yang saya risau kencing tak keluar. dok meleleh menitik je sampai habis bontot dia basah. aduhhhh...runsing la. so, jumaat tu bawak pi klinik.  doktor check urine, kata dah efek ke kidney pulak. aduhaiii...macam2 la. saya dah risau terus burst nangis kat klinik. chehh..buat malu je depan doktor. doktor kata dia dah jadi macam jangkitan tu. disebabkan tu friday, klinik pon dah nak tutup, so doktor cuma boleh bagi drip dan bagi ubat untuk buah pinggang tu. mmmm..tunggu kejap dalam 2 jam settel. tapi doktor dah inform awal2, bila dah sampai stage nimacam ni peluang adalah 50-50.mmmm..apa nak dikata. terkedu je la. kalo dah macam tu ketentuannya, saya tak boleh buat apa. tapi doktor kata kita cuba dulu sedaya upaya. ye..saya pon akan cuba juga. selagi larat dan mampu. sian neji. cuti raya dibekalkan dengan ubat sebeban! saya tengok pon naik pening. bukan pening apa. pening nak pikir camne le gaya nak bersilat bagi dia makan ubat tu. huhuhuu.. dia pandai ok. bagi air guna sryinge dia minum, bagi ubat kang dia kemam2 dah lama sikit kang dia luahkan. geram sungguh. balik rumah kemas semua. malam tu baru le membeli baju raya. kesian saya kan. beli baju last minit ni...ada yang berkenan, takde saiz pulak. yang ada saiz, saya pulak tak berkenan. hahahahahaaa...
**
sabtu pagi..last minit shopping apa barang yang perlu. sebab malam tu nak buat takbir kat rumah ma. biasa kalo malam raya diaorang buat takbir, tahun  i tak tau le ada ke tak. walopon ma takde raya sini, tapi saya sebagai penjaga rumah...chewahh...penjaga katanya...kenala pastikan semua ok sebelom balik johor tu. huhuhuu..kalo tak kesian rumah kosong dimalam raya. tak buat apa pon hidangan. tak larat  nak masak apa. mintak ibu yang masakkan rendang, obek n d geng ada buat lemang, saya pi beli kek dan buah dan kuih raya. tu je la makan jamuan orang takbir malam tu. lepas isyak, dok tunggu orang datang takbir tapi tengok semua orang macam balik. kejap tu obek balik dari surau kata tahun ni tak buat takbir coz pakcik yang selalu buat tu balik kampong. apakah? habis, pasal dia balik kampong so takde takbir la? ada pulak orang lain tapi takmau buat pulak. owhhh...political issue sungguh la tempat ni. anyway...beng and the geng je yang buat takbir. ada le  dalam 10 orang.  jadi la. janji bergema takbir di malam raya kat rumah saya tu. syukur...habis juga diaorang makan. bagus2. tak sia2 berhidang penat sorang. hehehehee... lepas selesai kemas rumah semua..saya pon balik johor malam tu. gerak dalam pukul 11.30pm la lebih kurang.
**
untuk raya kali ni...nezha dan nelly tinggal rumah. saya dah minta anak ibu tolong datang hari2 bagi makan dan buang uk2. dah siap bagi upah awal2. jangan ko tak datang ngah..lapaar si mondok tu kang. huhuhuu...neji terpaksa saya hangkot balik kampong. sebab nak kena bagi makan ubat tu. kalo tak, takde kuasa nak berangkot dengan cage segala. haihh..apa boleh buat..bawak je la. sekali baru on the way, neji sudah kasi berak la dalam kereta. chehh...tak pasal2 berenti tepi jalan buang uk2 semua tu. haihhh..ngalahkan bawak budak kecik. budak kecik senang dipakaikan diapers je. ni camno? hehehehehehee.... neji, neji...macam2 la ko ni kan.
**
pagi raya  pi sembahyang raya. ala..setahun sekali nak le merasa. kalo lelaki lain la..hari2 boleh pi surau, kita ni pompuan baynak halnya. takpe...rupanya style orang sini lain ye pagi raya. kalo kat rumah saya, pagi2 semua dah siap, pakai cantik, table dah siap setting makanan. sarapan dulu baru gerak ke surau. orang sini semalam saya tengok takde apa pon. masih comot2. mmmm...obek nak minum dulu pon takde lagi. saya tak buat sebab malam tu saya tido kat rumah sebelah..rumah kosong yang sebelah rumah mil...sebab bilik saya kat rumah mil tu dah diinvaded oleh mmm..malas nak cakap le. syawal2 ni. buat sakit hati je.  anyway..lepas balik surau baru le ada minum. mmm..tak meriah dan tak best. diaorang sini takde macam kita pagi2 kumpul anak beranak salaman dan makan bersama. sini macM BIASA JE. macam tak raya je. apa pon takde. patot la last year masa obek raya rumah saya dia ala2 culture shock. rupanya cenggitu kaedahnya... mmmm..baru dia tau perbezaan raya camne. huhuhuuu...anyway, lepas tu just lepak je la. ada orang datang, budak2 datang, tetamu datang..camtu le sampai petang. petang, saya tido kejap. hehehee...
**
so, gitu le cerita dah 2 hari beraya. hari ni taktau camne lak. dengar ramai lagi sedara nak datang. takpe..datang je la..kitaorang tunggu dengan kuih raya. hehehehe..
**
rindu sangat kat nezha sampai termimpi2. saya mimpi dia tak cukup makan. merayu mengeow cari makanan. haaaa...hambek..pepagi dah bantai menangis rindu kat nezha. so, mood saya pagi ni agak mondom. neji dah bagi makan ubat dah. sehari kena 2 kali.  ok la...hope cepat balik  kl. dok sini lama pon bukan buat apa..melopong je. selamat hari raya semua..maaf zahir batin andai ada tersalah kata. semoga semua gembira...

Thursday, August 16, 2012

hari ini...

hari ini...

tak bangun sahur...

selsema...

pagi2 dah hujan...

sakit leher sebab tido takde bantal...

sebab bantal acha dah tido kat atasnya...

jadi saya kena mengalah tido sipi2 katil...

sikit lagi nak jatuh katil...

sebab acha sondol2 tolak saya...

siapa yang mengasihani saya?...

sentiasa didera oleh simondok...

sayang punya pasal...

redho je la...

Wednesday, August 15, 2012

lagi berapa hari je ni...

hello..
lagi berapa hari je lagi syawal nak menjelang...sedihkan..rindu ramadhan..plus, tahun ni macam tak berapa ada hati nk berapa. dont knoe why...takpe..dalam takde mood tu menjadi juga kuih raya saya. kata try test ohben baru..harus le kena try. saya dah buat biskot oat dengan green peas cookies. echewahhhh...biskot punya senang tu pon terpengsan2 nak buat..lagikan kalo biskot yg ada kena celop2 coklat..harus terbalik rumah ni nanti. takpe..slow2 belajar.mana tau esok satu hari boleh terror macam buddy tu kan. wahhh..angan2 melampau..takmau kalah.
**
ni tengah runsing pasal neji. nampak tak berapa elok sanagat lagi. lemah je. makan ubat sangat le susah. eeeeeee...kenapa kucing degil makan ubat haa?? dah pelok dah bungkus dah kung fu pon payah juga. kadang ok je masuk mulut. kadang pandai je dia tipu saya. nampak macam dah telan, hujung2 kejap lagi dia spill out pil tu. geremmmmmmm!!! pandai tipu okeh! ada juga try hancurkan ubat masok air..dah dia fobia lak takmau minum air..dia takot ada ubat dalam tu. hehehehehe...cerdik sungguh woh. tapi hara
**
acha ok je. dia suka la tengok orang kena makan ubat. cuba kalo dia yang kena..mencicit. baru nampak bekas ubat dia dah cabot lari dulu. ni dia tak kena..lagi mau datang dekat mengacau orang tu. mana le orang tu tak sakit hati. eeeee... entry sahur lepas raya baru buat compilation. gigih la snap pic every sahur. tapi ada gak yang tak terbangun. nasib la. tahun ni raya kat johor kot. huhuhuuu...coz kan ma takde, belom balik umrah. raya 6 nanti baru balik. camne le agaknya ye 1st time raya pertama kat tempat lain. hope ok je. kalo tak ok saya lari balik kl. hahahahahahhh...
**
apa lagi nak cerita? rata2 orang cuti seminggu straight tu kan. ok la tu. jangan asyik cuti je nanti lemau bila nak naik kerja. pastu tak habis2 nak berapa sampai sebulan. ye la mmg raya sebulan, tapi kalo dah tiap hari nak bersuka ria raya je apa hal pulak.  ok la..mood tak berapa bagus hari ni. macam2 nak pikir..epat le sihat. saya runsing la. saya ni bukan boleh ada benda yg merunsingkan..mood cepat je lari.**


Tuesday, August 14, 2012

neji masa kecik, masa besar...

neji.... gambar masa kecik kenot dengan gambar terbaru..tadi amik. mmmm...dah besar panjang. dah jadi bapak budak pon agaknya. huhuhuuu...sapa sangka budak kecik yang mengeow2 bagai nak rak dari tengahari cari cari tak jumpa2, membawa ke petang senja hujan selebat2 alam...sambong ke malam...mengeow tak henti2. habis dah segala longkang saya menyusup masuk punya la mencari tuan punya suara. last2 pukul 4 pagi masa tu obek baru balik dari outstation kelantan singgah hantar barang, baru saya jumpa budak ni. dok bawah pokok menjerit2. saya datang je dekat terus lari pelok panjat saya. drama sungguh la. entah anak siapa. kesian dia kesejukan. pelok2 basah tu saya bawak balik rumah, keringkan, bagi makan minum. perghh...macam orang kebuluran. memang kebulor pon kan seharian dia menjerit. kesian dia. sejak tu...dia tinggal dengan saya la. manja boleh tahan tapi dia jenis independant. dia bebas pegi mana dia suka nanti petang senja balik rumah, tido kat rumah. macam saya cakap, dia the best pak guard rumah saya. hehehhee... sekarang dah sakit. kesian dia...  harap cepat sihat ye busuk....penakot makan ubat tuhan je yang tau. bersilat berkungfu okehh..sabor je la.

Sunday, August 12, 2012

neji dah balik...

hello..
hari ni ahad. mmmm..tadi lepas zohor pi tengok neji. dengan harapan boleh bawak balik dah. dan yee...neji dah boleh balik. bagus bagus bagus. masok je tempat checking tu, mamat tu nampak je saya terus jerit. gatal betol. nampak muka sihat. mata besar, mulut bising. hehehehe..dah aktif. sihat le tu...saya ada je mula la mengada. doktor nak tengok bebird dia pon dia takmau bagi. lompat sana sini. elehhhh...hari tu masa tengok tu lemah bebeno. nak angkat leher pon tak larat. hari ni sudah lompat!!!
**
soo,  doktor explain apa semua, nanti lepas raya kena datang lagi check up. kena bagi makan ubat. ayoyoyoo..tu yang bercinta tu. mamat tu dah le degil makan ubat. harus le bersilat nanti. tanya doktor, masa kat sini dia senang tak makan ubat? doktor kata sini kita bagi injek terus. owhhh...tak aci le macam tu. huhuhuu.. takpe..nanti saya try test tengok. lepas tu tiba le part yang paling suspen..which is part bayar bill. dah tau dah mesti melambung2 coz dah duduk sana extra hari, ubat lagi, mmm..terima je la. bila kira2 tadi..tu dia...buntang2 biji mata makcik. huhuhuu...kalo tak larat baray tadi neji kena jual la. hehehe..takde la. pening2..habis dah budget baju raya bling2 saya. tapi takpe la..yang pe**
on the way back tadi dalam kereta..mulut dia...tu haaa....memekakkkkk tak hengat. amboiamboiamboiiiii...over la mamat ni. hehehe...sekali hp bunyik..sapa lak ni. tengok nama klinik. haa...sudahh...apa hal lak ni? kot orang tu salah kira ke? kena bayar tambah lagi ke? ayoyoyo...sekali rupanya ubat neji tertinggal daaa...fuhh...bikin suspen makcik je. hikhikhikk... takpe..esok boleh amik. lagipon jadual makan ubat bermula esok. ok la tu.  sampai rumah dia beramah mesra dengan nezha dan kucing lain. kemain lagi. mulut bising. udah la labu..drama king sungguh. dah bagi dia main kejap, masok kat cage lagi. doktor pon kata suruh dok cage dulu sementara ni. takmau bagi gerak banyak sangat..sebab nak make sure dia makan makanan dia dan dia tak cilok makanan orang lain. yang paling penting, kena pastikan dia minum air banyak. huhuhuu..camno tu? mujur minum air kosong je, buatnya kena minum air ribena ke, alpokat ke, oren jus ke...tak ke lemau saya dibuatnya. maka..bersyukurlahh...
**
gitu le ceritanya...hati dah lega. walopon poket kopak tapi saya kuar dari klinik dengan senyuman sebab neji nampak sihat dan aktif. love you!!!
**
owhh...sayang nezha juga. ko jangan macam2 nezha, saya busy ni nak kena jaga orang sakit. cuba independent sikit makan sendiri, garu perot sendiri ye. sekian, terima kasih.nting dia sihat takde sakit2. setakat baju tu bila2 pon boleh beli. kesihatan tu penting. dah tanggungjawab kita yang membela dia bagi yang termampu. cuba kalo kita manusia pon kena sakit batu karang..terkincit2 jugakkan. ni kan pulak kucing, nak cakap apa pon tak reti. kalo manusia boleh le nak guna ubat kampong rebus itu ini bagi minum, kalo kucing? boleh ke? entah le pulak..tak pernah try. huhuhuu... takpe..selagi saya daya dan selagi dia bawah tanggungan saya...saya usaha juga la mana yang larat,  yang penting semua sihat.

Saturday, August 11, 2012

tidur lena...

muka mintak cubit namanya ni...

pergi melawat neji...

hari ni tadi petang pegi klinik. ingatkan dah boleh bawak neji balik. dah siap2 bawak carrier dalam kereta. tapi hati still dupdapdupdap la...sebab semalam doktor kata memang belom berapa elok since saluran tu bengkak balik. kesian neji. huhuhuu.. so tapi pi tengok dia.  tunggu kejap sebab masa tu tengah ada orang jumpa doktor. sesesambil baca paper. nampak je baca, tapi otak ntah ke mana2. so, jumpa doktor. doktor explain tak boleh balik lagi. sebab dia tahan2 kencing. sakit agaknya sebab tu dia takmau kencing. nak kena picit lak baru dia nak kencing. doktor takot still ada batu karang tu dalam saluran. so pagi tadi bagi lagi injection. mamat tu pulak degil. memerap protest. takmau makan, takmau minum. huhuhu..mamai agaknya sebab tu serba tak kena. entah la.
**
lepas jumpa doktor explain semua, masuk jumpa dia. saya masok je pintu wad tu dia terus nampak, terus menjerit. hehehehe..meowmeowmeow memekak. bagus la still kenal saya. meow lemah. tak bersemangat. baring je. uuwaaa...pelok2 dia. dia pon mengadu le itu ini gamaknya, mulutnya membising meow2. pelok cium, suapkan bagi makan. baru nak makan, tu ponsikit je.  pujuk2 dia, cakap2 kejap...dah saya pulak yang bantai menangis. huhuhuu..mujur masa tu sorang je. takde orang. doktor pon dah blah pi attend patient lain. bagus. tak le nampak saya melalak dalm tu kan. lepas reda...saya pon kuar. bagi dia tido dulu tepok2 kejap, saya blah cepat2. huhuhu..masok kereta, sambong nangis. standard le tu. ...tu le ceritanya. so, harapnya esok dah boleh kuar. kalo tak juga sambong dok sana. takpe la..janji sihat. tu yang penting. harap neji cepat sihat ye sayang...
**
kat rumah nezha macam biasa je.  makan tido je mamat tu.  intan payung saya tu. tadi seperti biasa kita baring je dia pon datang mengadah perot. owhh...tak kasi chance kita rehat. sayang nezha. sayang la semua kucing kat rumah ni. huhuhuuu...
**
esok insyaallah ada makan2 buka puasa kat rumah ibu. owhh..dgr cerita menu sungguh la banyak. standard le..masing2 nak order mskanan kesukaan. kita tengok esok apa ibu masak. silap2 ibu masak sambal sardin je. hahahaa...so, saya punya tugas ialah bawak kuih. entah nak bawak kuih apa. ibu nak buah melaka. yang saya buat. buat??? sekian wassalam. malas la. hehehehe...beli je esok. ni tengah dok bakar kek. echewahh..dah kata ada ohben, harus le kena try test selalu. kalo tak kang obek bising saya tak guna ohben tu kang bingit tinga makcik. dah siap bakar ni...taktau jadi ke tak. harap2 menjadi. dah kata tangan keras..payah beno nak menjadi buat kuih. huhuhuu.. obek lak bila saya cakap esok kena bawak kuih, dia tanya nak bawak kuih apa..saya cakap kita beli je la kuih badak berendam kat pasar ramadhan tu. hishh..tak syiok katanya. habis nak kuih apa? kita belimputu piring la..okeh..lagi satu kuih apa? mmmmgoreng cempedak! oh hellooo...goreng cempedak bukan kuih la bro...adoii..parah  betol. laki sapa la ni. huhuhuu... anyway..keputusannya esok baru boleh finalise.
**
ok la. kacau korang nak berhujung minggu je saya ni. apa pon hope semua ok ye. doakan neji ye. love you!!!!

Thursday, August 9, 2012

neji masih sakit...

hello..
dah 4 hari neji dok klinik. mmmm..hari selasa saya call, cakap dah buat semua procedure. rabu saya tak sempat call..nak melawat lagi le tak sempat. hari ni baru tadi call..ingatkan dah boleh ambik bawak balik. sekali doktor cakap dia flame lagi, bengkak. ala2 jadi balik sebab saluran tu still ada darah sebab lama sangat dia tersumbat. uwaaa..mula2 call hati dah bunga2 ingat nak bawa balik petang ni. sekali doktor cakap macam tu muka terus berubah. lepas cakap dengan doktor sessi melalak pon berlansung. haishh...ciwek betol la pompuan ni.  doktor kata dia put him on sedatif lagi sebab dia suka jilat2 kat tempat kencing tu dan menyebabkan jadi bengkak lagi. tapi takpe la...asalkan elok sihat. susah sekarang untuk kesenangan masa depan. ye tak? harap2 nya la. doktor kata kalo esok elok boleh balik. kalo tak..sambung sampai sabtu. kena betol2 monitor budak tu. adoii..neji..neji. kenapa la jadi macam ni. tu la..orang kata kalo nak sakit tu takde warning2. sama la dengan kita manusia. hari ni sihat, esok dah sakit. tetiba je boleh berlaku. so, jaga kesihatan diri sebaik mungkin. minum sus untuk kalsium tambahan. jangan dok ingat minum susu jadi gemok ke hapa. excercise le. turun naik tangga, jalan kaki. kemas rumah pon kira excercise apa..kemas sampai peloh2. dah lebih bagus dari pergi gym tu. tapi pergi gym dapat le instructor yg hensem. ehh..tetiba. lari tajuk pulajk.

Tuesday, August 7, 2012

dah hantar dah...

hello..
sambong kisah kucing yang sakit tu..namanya neji..nama panggilan eji. paling baik, tak banyak kerenah. pak guard terbaik rumah.  mengawal 25jam sehari. huhuhu..now he's sick, takde sapa ganti tempat dia. pagi tadi pi klinik hantar dia. gamble je la takot juga if klinik tutup since hari ni public holiday. ahhh..gamble je la. nak call nombor pon takde. so, pergi juga. on the way nampak another klinik yang buka. mmm..dalam hati ada sikit lega coz ada harapan klinik yang saya nak pegi ni pon buka. sepanjang perjalanan, neji bising je meow2. orang tak pernah kena kurung, sekali dok dalam carrier tu harus mengarok. darah still kuar. aduhhh.. alas sotkabar lama tebal2. kesian dia.
**
sampai je tengok pintu buka. syukur, alhamdulillah. so masuk dan register. since ni first time nak pi klinik yang ni. uncle pet shop yang rekomen. apa2 la janji sihak kucing saya. so, doktor tanya itu ini, check itu ini..mmm..doktor kata bladder dah bengkak, dan saluran kencing blocked. sebab tu dia kencing berdarah, dan alat kencing pon dah bengkak. aduhhh..masa tu nangis dah. standard le saya sikit2 nak nangis. dah le pegi sorang. obek melorghoh kat rumah. nak tunggu dia bangun, ada kang dah nak berbuka baru jejak klinik. lagipon dia balik lambat malam tadi, dah dekat sahur baru balik. takpe...berdikari la ye. sebab hal macam ni tak boleh nak tangguh2. saya jarang sangat2 keluar sorang, tapi tadi takde pilihan, kira emergency case le tu.
**
so, lepas doktor check semua, doktor kata kena operate juga. coz kalo dibiarkan nanti merebak ke kidney alamatnya wassalam. mmmmm... nak buat camne. saya tanya apa puncanya, doktor kata maybe tak sesuai dengan makanan dia. saya kata dia makan blekwud..almost a year la. dulu makan brand lain. so, doktor kata kalo biskut tu dia banyak garam. so antibodi kucing ni lenlain, sama macam manusia la. ada yang kuat, ada yang tak kuat. saya tanya,habis camne sekarang. nak kena tukar makanan ke? doktor kata ye. lepas operate takboleh makan yang lain, kena makan yang sainsplen punya..apa ke namanya a/c ke d/c ke entah le tak berapa perasan. for his entire life! alamak...mata dah pinar2. takpe2, tu masalah kendian. ni yang ni bagi uruskan dulu. so, inform obek kasal neji nak kena dok klinik around 5 days, depend berapa cepat dia sihat. ok la..proceed. nak buat camne, dah kita yang bela dia, tanggungjawab kita la bagi rawatan yang baik ke dia, setakat yang termampu. kena around rm420++. dah bayar separuh tadi, balance nanti masa amik esok bayar. lepas isi form semua, pelok cium bagi pesan semua, saya pon dah macam terduduk kat klinik tu. otak blank. totally blank. taktau nak pikir apa. nak pikit pasal neji yang kesakitan, nak pikir camne dia punya operation nanti success ke apa ke. lama saya dok situ sensorang. lepas dah boleh berpikir elok..baru saya gerak balik. on the way back, tngah drive pikiran pon menerawang entah ke mana. akibatnya, salah jalan balik rumah. entah masok ke simpang mana2 ntah. aduhhh.. mujur salah jalan je, kalo jadi benda yang lain lagi payah. so, pusing balik cari jalan keluar. mmmm..
**
sampai rumah, still blank. mop, sapu, mop, sapu entah berapa kali. obek tanya kenapa mop2 banyak kali ni? lorrr..tak perasan saya.rupanya saya balik, masok rumah terus capai mop dan menyapu entah berapa kali sampai tak perasan obek tengah tengok tv kat living room. sampai macam t sekali. bila ditegur, baru tersentak. baru la melalak. huhuhuu... dah reda perasaan, baru le lega sikit. terus badan jadi tak sihat. lemah longlai.baring2 sekali tertidor. sedar2 obek kejut nak pi pasar ramadhan. bangun, asar kejap then pegi pasar ramadhan. sampai pasar ramadhan, taktau nak beli apa. obek yang beli2, saya follow je la.
**
now, sambil tengok tv, tapi masih ingat kat neji. camne la dia 1st nite tido kat sana. harap dia kuat semangat dan cepat sihat. tadi pon doktor kata suhu badan ada sikit rendah..mmm... kena bagi stabil dulu baru boleh proceed. takpe la..esok saya pergi melawat dia. diaorang kata hari2 boleh datang melawat. at least saya tau juga perkembangan dia. kalo call2 ni tak puas hati le. so...doakan neji selamat dan sihat cepat ye. sayang dia. nezha pon terasa kot neji takde. asyik pusing kat dapor je....

Monday, August 6, 2012

kisah weekend dan susah hati...

hello..
how's your weekend...mine was ok at first then it turn out bad...mmm...kisah weekend dulu. sabtu tengahari, balik kampung johor. sejak puasa ni la baru nak balik kampung johir pon. lepas ni kira raya le baru balik sana. gerak dari sini dalam 1pm. pi amik mil n fil kat k.pilah...kat rumah adik obek tuuuu...seperti biasa, nak jalan jauh mesti dipersiapkan keperluan budak2 tu. hui..bab ni yang susah hati ni. aduhhh..payah betol nak bergerak if ada budak2 ni. habis, takkan nak hangkot semua kan. hilang akal le tu. jadi, siap2 semua, penuhkan mangkok makan, air, pasir, siap pesan segala mak nenek la ni kan, especially to nezha si mondok. huiii..dia tu if saya takde mula nak nak memberontak buat kerja yang bukan2. menyepah dah tentu. so, lepas kiss2, pelok segala si budak busuk, saya pon gerak. kejap je dah sampai. ikot hiway lekas namanya. memang lekas betul sampai. duit tolnya pon lekas juga terbang. huiii.pro n kons dia la tu kot.  sampai, jemput dan gerak terus. sampai kampung dalam pukul 4pm mcm tu. still awal nak pergi ke pasar ramadhan. malas le. ehh..ke belom pukul 4pm lagi masa tu. haaa...ye la..around 3.30pm macam tu. wat pe lak nak ke pasar ramadhan awal2 mcm tu kan, so, balik rumah dulu..kemas apa yang patot. petang tu buat nasi ayam untuk berbuka. tu je. selebihnya, laok dan air pi beli. mmmmgitu le ceritanya.
**
ahad.sahur..saya bangun dulu nombor 1. elehh..suka je tau nak jadi juara bertahan bangun sahur awal. cheitt..bukan apa, senang saya nak masak ke apa ke. kalo ada orang rasa macam tak reti pulak nak pegang periok kuali. hahahahaa...so, pagi tu saya sensorang kelentang kelentung kat dapor. masak simple je, masak nasi, sambal sardin, telor dadar dan air teh o. dah siap semua baru kejut semua orang bangun. seperti biasa, nombor satu juara bertahan paling liat bangun sahor...obek le!!!! kadang2 boleh bikin hilang sabar wo..kalo degil apa ubatnya??? ye..kita sapu muka dia dengan air sejuk peti ais. confirm bangun. amacam..bagus tak? siangnya pulak...tolong mil buat kuih lidah haya..or ada orang pangil kuih tiram. amboii..ada orang order gitu. bagai nak patah pinggang. buat dari pagi sampai ke petang. huiii...modal buat kuih tu mmg sikit je. takde apa pon, sekadar tepung dan minyak je yang mahal..tapi prosesnya tu..nak digelek satu persatu, nak digoteng slow2, wahwahwahh..mmg untuk orang yang penyabar. macam saya yang baran ni agak kurang sesuai. huhuhuuu... so, petang tadi just masak kari ikan dan sup cendawan. udah le tu. obek pulak mesin rumput. echewahh..larat ke bulan2 puasa ni mesin rumput. hambekkk..sampai menggeletar tangan member. rasakan le. orang kata takyah, nak jugak buat. haaa..rasakan la.  petang, saya tak sempat pi jalan2 pasar ramadhan. obek je yang pergi.  beli air dan kuih2. saya nak yong tau foo. al-kisahnya..yong tau foo sana makan dengan kuah sup! bukan macam yang kat sini kan makan dengan macam sos tu. aduhhh...potong stim betol la. tak minat ahhh... ada lak obek terserempak dengan sapa ntah..orang tu belanja murtabak sampai 5 keping! sapa nak makan woiii??? bagi jiran sebelah sikit le jawabnya.  lepas buka, around 8.30pm..saya pon gerak balik kl. sebab obek nak ada appointment dengan orang malam ni. ni la ni. sementara tunggu obek balik..entah le pukul berapa, biasa around 3am dia sampai le.  sambil tu saya tulis blog le.
**

yang cerita  tak best fan susah hatinya...saya sampai je rumah...seperti biasa memang selerak la. tapi kucing belakang sekor tu sakit la. dia berak macam ada dsrah! dan dia mmg lemah tak larat lansung. aduhaii..saya dengan kepenatan, teurskan mengemas segala kotoran tu. kesian kat dia. saya risau le ni. esok nak bawak pi klinik. mesti!!! risau la...dah malam2 mcm ni taktau nak bagi ubat apa. tapi saya suspen kenapa dia kena macam tu. sebelom ni ok je. masa saya nak balik kampung tu dia ok je. kenapa tiba2 sakit??? saya tak pasti le bebetul darah ke apa..tapi nampak macam lendir kecoklatan merah dan busuk. bukan bau busuk berak..tapi lain macam busuknya..so, saya nangis. dari tadi, sambil kemas, sampai sekarang..kejap2 nangis. kalo ada la ubatnya sekarang, mesti dibagi. saya harap tak seserius yang saya sangkakan. esok mesti bawa pi klinik. mesti!!
**
tu la ceritanya...so takde mood sekarang. mata nagntok tapi hati tak sedap.  5 minit sekali pergi tengok dia. takmau makan, just minum je. kenapa ni???? mujur nzha sihat. syukur. harap semuanya ok. tolong doakan kesihatan kucing saya...neji...