mari mencari....

Google
 

Tuesday, August 7, 2012

dah hantar dah...

hello..
sambong kisah kucing yang sakit tu..namanya neji..nama panggilan eji. paling baik, tak banyak kerenah. pak guard terbaik rumah.  mengawal 25jam sehari. huhuhu..now he's sick, takde sapa ganti tempat dia. pagi tadi pi klinik hantar dia. gamble je la takot juga if klinik tutup since hari ni public holiday. ahhh..gamble je la. nak call nombor pon takde. so, pergi juga. on the way nampak another klinik yang buka. mmm..dalam hati ada sikit lega coz ada harapan klinik yang saya nak pegi ni pon buka. sepanjang perjalanan, neji bising je meow2. orang tak pernah kena kurung, sekali dok dalam carrier tu harus mengarok. darah still kuar. aduhhh.. alas sotkabar lama tebal2. kesian dia.
**
sampai je tengok pintu buka. syukur, alhamdulillah. so masuk dan register. since ni first time nak pi klinik yang ni. uncle pet shop yang rekomen. apa2 la janji sihak kucing saya. so, doktor tanya itu ini, check itu ini..mmm..doktor kata bladder dah bengkak, dan saluran kencing blocked. sebab tu dia kencing berdarah, dan alat kencing pon dah bengkak. aduhhh..masa tu nangis dah. standard le saya sikit2 nak nangis. dah le pegi sorang. obek melorghoh kat rumah. nak tunggu dia bangun, ada kang dah nak berbuka baru jejak klinik. lagipon dia balik lambat malam tadi, dah dekat sahur baru balik. takpe...berdikari la ye. sebab hal macam ni tak boleh nak tangguh2. saya jarang sangat2 keluar sorang, tapi tadi takde pilihan, kira emergency case le tu.
**
so, lepas doktor check semua, doktor kata kena operate juga. coz kalo dibiarkan nanti merebak ke kidney alamatnya wassalam. mmmmm... nak buat camne. saya tanya apa puncanya, doktor kata maybe tak sesuai dengan makanan dia. saya kata dia makan blekwud..almost a year la. dulu makan brand lain. so, doktor kata kalo biskut tu dia banyak garam. so antibodi kucing ni lenlain, sama macam manusia la. ada yang kuat, ada yang tak kuat. saya tanya,habis camne sekarang. nak kena tukar makanan ke? doktor kata ye. lepas operate takboleh makan yang lain, kena makan yang sainsplen punya..apa ke namanya a/c ke d/c ke entah le tak berapa perasan. for his entire life! alamak...mata dah pinar2. takpe2, tu masalah kendian. ni yang ni bagi uruskan dulu. so, inform obek kasal neji nak kena dok klinik around 5 days, depend berapa cepat dia sihat. ok la..proceed. nak buat camne, dah kita yang bela dia, tanggungjawab kita la bagi rawatan yang baik ke dia, setakat yang termampu. kena around rm420++. dah bayar separuh tadi, balance nanti masa amik esok bayar. lepas isi form semua, pelok cium bagi pesan semua, saya pon dah macam terduduk kat klinik tu. otak blank. totally blank. taktau nak pikir apa. nak pikit pasal neji yang kesakitan, nak pikir camne dia punya operation nanti success ke apa ke. lama saya dok situ sensorang. lepas dah boleh berpikir elok..baru saya gerak balik. on the way back, tngah drive pikiran pon menerawang entah ke mana. akibatnya, salah jalan balik rumah. entah masok ke simpang mana2 ntah. aduhhh.. mujur salah jalan je, kalo jadi benda yang lain lagi payah. so, pusing balik cari jalan keluar. mmmm..
**
sampai rumah, still blank. mop, sapu, mop, sapu entah berapa kali. obek tanya kenapa mop2 banyak kali ni? lorrr..tak perasan saya.rupanya saya balik, masok rumah terus capai mop dan menyapu entah berapa kali sampai tak perasan obek tengah tengok tv kat living room. sampai macam t sekali. bila ditegur, baru tersentak. baru la melalak. huhuhuu... dah reda perasaan, baru le lega sikit. terus badan jadi tak sihat. lemah longlai.baring2 sekali tertidor. sedar2 obek kejut nak pi pasar ramadhan. bangun, asar kejap then pegi pasar ramadhan. sampai pasar ramadhan, taktau nak beli apa. obek yang beli2, saya follow je la.
**
now, sambil tengok tv, tapi masih ingat kat neji. camne la dia 1st nite tido kat sana. harap dia kuat semangat dan cepat sihat. tadi pon doktor kata suhu badan ada sikit rendah..mmm... kena bagi stabil dulu baru boleh proceed. takpe la..esok saya pergi melawat dia. diaorang kata hari2 boleh datang melawat. at least saya tau juga perkembangan dia. kalo call2 ni tak puas hati le. so...doakan neji selamat dan sihat cepat ye. sayang dia. nezha pon terasa kot neji takde. asyik pusing kat dapor je....

1 comment:

meowwmania said...

ohh sama kes ngan Puteh sy dulu pon kena operate jugak kos kena dlm 300++

mmg punca dr makanan, dulu Puteh makan piskis jer tu yg sy tukar blekwud tp sejak makan blekwud ni nmpk ok jer

nnti lepas neji operate jgn bg dia mkan kibbles dulu kalo boleh bg ayam/ikan rebus

kalo perasan kucing tak lawas kencing especially kucing jantan try bagi air rebusan barli tp itu kalo baru2 nak kena la kalo da teruk mmg kena operate jugak

sy doakan moga semua urusan dipermudahkan dan moga neji selamat dan sihat semula, amin...