mari mencari....

Google
 

Monday, August 6, 2012

kisah weekend dan susah hati...

hello..
how's your weekend...mine was ok at first then it turn out bad...mmm...kisah weekend dulu. sabtu tengahari, balik kampung johor. sejak puasa ni la baru nak balik kampung johir pon. lepas ni kira raya le baru balik sana. gerak dari sini dalam 1pm. pi amik mil n fil kat k.pilah...kat rumah adik obek tuuuu...seperti biasa, nak jalan jauh mesti dipersiapkan keperluan budak2 tu. hui..bab ni yang susah hati ni. aduhhh..payah betol nak bergerak if ada budak2 ni. habis, takkan nak hangkot semua kan. hilang akal le tu. jadi, siap2 semua, penuhkan mangkok makan, air, pasir, siap pesan segala mak nenek la ni kan, especially to nezha si mondok. huiii..dia tu if saya takde mula nak nak memberontak buat kerja yang bukan2. menyepah dah tentu. so, lepas kiss2, pelok segala si budak busuk, saya pon gerak. kejap je dah sampai. ikot hiway lekas namanya. memang lekas betul sampai. duit tolnya pon lekas juga terbang. huiii.pro n kons dia la tu kot.  sampai, jemput dan gerak terus. sampai kampung dalam pukul 4pm mcm tu. still awal nak pergi ke pasar ramadhan. malas le. ehh..ke belom pukul 4pm lagi masa tu. haaa...ye la..around 3.30pm macam tu. wat pe lak nak ke pasar ramadhan awal2 mcm tu kan, so, balik rumah dulu..kemas apa yang patot. petang tu buat nasi ayam untuk berbuka. tu je. selebihnya, laok dan air pi beli. mmmmgitu le ceritanya.
**
ahad.sahur..saya bangun dulu nombor 1. elehh..suka je tau nak jadi juara bertahan bangun sahur awal. cheitt..bukan apa, senang saya nak masak ke apa ke. kalo ada orang rasa macam tak reti pulak nak pegang periok kuali. hahahahaa...so, pagi tu saya sensorang kelentang kelentung kat dapor. masak simple je, masak nasi, sambal sardin, telor dadar dan air teh o. dah siap semua baru kejut semua orang bangun. seperti biasa, nombor satu juara bertahan paling liat bangun sahor...obek le!!!! kadang2 boleh bikin hilang sabar wo..kalo degil apa ubatnya??? ye..kita sapu muka dia dengan air sejuk peti ais. confirm bangun. amacam..bagus tak? siangnya pulak...tolong mil buat kuih lidah haya..or ada orang pangil kuih tiram. amboii..ada orang order gitu. bagai nak patah pinggang. buat dari pagi sampai ke petang. huiii...modal buat kuih tu mmg sikit je. takde apa pon, sekadar tepung dan minyak je yang mahal..tapi prosesnya tu..nak digelek satu persatu, nak digoteng slow2, wahwahwahh..mmg untuk orang yang penyabar. macam saya yang baran ni agak kurang sesuai. huhuhuuu... so, petang tadi just masak kari ikan dan sup cendawan. udah le tu. obek pulak mesin rumput. echewahh..larat ke bulan2 puasa ni mesin rumput. hambekkk..sampai menggeletar tangan member. rasakan le. orang kata takyah, nak jugak buat. haaa..rasakan la.  petang, saya tak sempat pi jalan2 pasar ramadhan. obek je yang pergi.  beli air dan kuih2. saya nak yong tau foo. al-kisahnya..yong tau foo sana makan dengan kuah sup! bukan macam yang kat sini kan makan dengan macam sos tu. aduhhh...potong stim betol la. tak minat ahhh... ada lak obek terserempak dengan sapa ntah..orang tu belanja murtabak sampai 5 keping! sapa nak makan woiii??? bagi jiran sebelah sikit le jawabnya.  lepas buka, around 8.30pm..saya pon gerak balik kl. sebab obek nak ada appointment dengan orang malam ni. ni la ni. sementara tunggu obek balik..entah le pukul berapa, biasa around 3am dia sampai le.  sambil tu saya tulis blog le.
**

yang cerita  tak best fan susah hatinya...saya sampai je rumah...seperti biasa memang selerak la. tapi kucing belakang sekor tu sakit la. dia berak macam ada dsrah! dan dia mmg lemah tak larat lansung. aduhaii..saya dengan kepenatan, teurskan mengemas segala kotoran tu. kesian kat dia. saya risau le ni. esok nak bawak pi klinik. mesti!!! risau la...dah malam2 mcm ni taktau nak bagi ubat apa. tapi saya suspen kenapa dia kena macam tu. sebelom ni ok je. masa saya nak balik kampung tu dia ok je. kenapa tiba2 sakit??? saya tak pasti le bebetul darah ke apa..tapi nampak macam lendir kecoklatan merah dan busuk. bukan bau busuk berak..tapi lain macam busuknya..so, saya nangis. dari tadi, sambil kemas, sampai sekarang..kejap2 nangis. kalo ada la ubatnya sekarang, mesti dibagi. saya harap tak seserius yang saya sangkakan. esok mesti bawa pi klinik. mesti!!
**
tu la ceritanya...so takde mood sekarang. mata nagntok tapi hati tak sedap.  5 minit sekali pergi tengok dia. takmau makan, just minum je. kenapa ni???? mujur nzha sihat. syukur. harap semuanya ok. tolong doakan kesihatan kucing saya...neji...

3 comments:

MOKCIK AZWA said...

Salam Leeya..macam2 cerita yer...

semoga kucing Leeya sehat adanya..selamat berpuasa Leeya..

Misz Pinkie Winkie said...

aduhaii..risaunya bila ada yg sakit...
cair tak taiknya...mmg kena cepat bawak g vet...mestie tak sabarr nak tunggu pagie..
lin doakan si comel cepat baik yerk..
sedapnyaaa kuih tiram..terliur plak..nak kena p carik nie...kalo makan krup..krap..krup..krap

meowwmania said...

kucing kecik ke kucing besar ekk...kalau kucing kecik tu biasanya virus

elok la bawak p vet cecepat, harap2 takde yg serius