mari mencari....

Google
 

Wednesday, August 15, 2012

lagi berapa hari je ni...

hello..
lagi berapa hari je lagi syawal nak menjelang...sedihkan..rindu ramadhan..plus, tahun ni macam tak berapa ada hati nk berapa. dont knoe why...takpe..dalam takde mood tu menjadi juga kuih raya saya. kata try test ohben baru..harus le kena try. saya dah buat biskot oat dengan green peas cookies. echewahhhh...biskot punya senang tu pon terpengsan2 nak buat..lagikan kalo biskot yg ada kena celop2 coklat..harus terbalik rumah ni nanti. takpe..slow2 belajar.mana tau esok satu hari boleh terror macam buddy tu kan. wahhh..angan2 melampau..takmau kalah.
**
ni tengah runsing pasal neji. nampak tak berapa elok sanagat lagi. lemah je. makan ubat sangat le susah. eeeeeee...kenapa kucing degil makan ubat haa?? dah pelok dah bungkus dah kung fu pon payah juga. kadang ok je masuk mulut. kadang pandai je dia tipu saya. nampak macam dah telan, hujung2 kejap lagi dia spill out pil tu. geremmmmmmm!!! pandai tipu okeh! ada juga try hancurkan ubat masok air..dah dia fobia lak takmau minum air..dia takot ada ubat dalam tu. hehehehehe...cerdik sungguh woh. tapi hara
**
acha ok je. dia suka la tengok orang kena makan ubat. cuba kalo dia yang kena..mencicit. baru nampak bekas ubat dia dah cabot lari dulu. ni dia tak kena..lagi mau datang dekat mengacau orang tu. mana le orang tu tak sakit hati. eeeee... entry sahur lepas raya baru buat compilation. gigih la snap pic every sahur. tapi ada gak yang tak terbangun. nasib la. tahun ni raya kat johor kot. huhuhuuu...coz kan ma takde, belom balik umrah. raya 6 nanti baru balik. camne le agaknya ye 1st time raya pertama kat tempat lain. hope ok je. kalo tak ok saya lari balik kl. hahahahahahhh...
**
apa lagi nak cerita? rata2 orang cuti seminggu straight tu kan. ok la tu. jangan asyik cuti je nanti lemau bila nak naik kerja. pastu tak habis2 nak berapa sampai sebulan. ye la mmg raya sebulan, tapi kalo dah tiap hari nak bersuka ria raya je apa hal pulak.  ok la..mood tak berapa bagus hari ni. macam2 nak pikir..epat le sihat. saya runsing la. saya ni bukan boleh ada benda yg merunsingkan..mood cepat je lari.**


1 comment:

meowwmania said...

hehe...kemain lg nezha tu yerk

ce try hancurkan ubat tu then letak kat dlm wetfood ;)