mari mencari....

Google
 

Wednesday, August 22, 2012

NEJI in memory...

salam,

pagi tafi pada jam 9.45am neji dah pergi menginggalkan saya dan kita semua. hancur hati saya. begitu saya menjaga dia tapi akhirnya dia pergi juga. ketentuan tuhan. takpe la...imungkin itu lebih baik untuknya dari dia hidup menderita kesakitan...
**
pagi tadi macam biasa saya nak bagi makan ubat. bila tengok dia dah terbaring je. hati dah tak sedap. keluarkan dia dari cage dan pelok dia. air liur dah meleleh. dia dah mengerang..seksa rupanya bila nyawa nak meninggalkan jasad. kucing yang tak berdosa pon  kita boleh nampak betapa seksanya, apakan lagi saya manusia ni esok bila nak meninggal lagilah azab. pada ketika itu saya masih tak putus harapan. cuba menyuapkan beberapa titis air. tapi neji dah tak boleh menelan. tekak dah tak boleh terima. apa lagi yang saya mampu buat selain dari memelok dan mengusapnya supaya bertenang. saya usap perutnya, kepalanya, pelok badannya, kucup pipinya...akhirnya fia pergi juga ketika dalam pelukan dan pangkuan saya. betapa saya sedih dan menangis ketika itu tak dapat saya gambarkan. hancur hati dan harapan saya. angan2 saya supaya dia sihat seperti sedia kata selepas tempoh makan ubat n rupanya tak kesampaian. saya tak mampu melepaskan pelukan itu, kerana saya tak dapat menerima hakikat yang neji dah tiada lagi, hinggalah obek mengambilnya dari saya menenangkan saya. saya masih tak percaya. saya cakap neji cuma tidor sebab letih. tapi apakan daya..hakikat tak dapan melawan harapan.
**
neji dah selamat disemadikan di sini..di tepi rumah obek. tinggallah disitu wahai anak..rehatlah dari kesakitan. neji yang baik, yang tak banyak kerenah, yang sangat manja..kini dah tiada. maafkan saya andai saya tidak mampu menjagamu dengan baik. walopon neji dah tiada..neji tetap dalam ingatan. masakan saya boleh lupa, anak kucing yang dijumpai bawah pokok ketika hujan lebat..membesar sebagai kucing yang baik, kini dah pergi. sayang neji..rest in peace..sayang neji....

2 comments:

nor said...

kucing saya genap sthun petg sblm raya. jaga mka yg lain.mka doakn. kita

ishy77 said...

Takziah, sabar ye.. kamu da cuba yg terbaik..tp tuhan lebih sygkan dia. Smoga ada pganti Neji.Tahniah kpd kamu yg sabar jga dia..