mari mencari....

Google
 

Monday, August 20, 2012

selamat hari raya aidil fitri kepada semua manusia dan kucings....

salam aidil fitri...
hari ni dah syawal yang ke-2, still kat kampong johor daaaa...huhuhuuu...raya biasa2 je. nak cerita pasal kejadian2 yang berkaitan dengan raya...
**
hari jumaat....orang dah kelam kelibut balik kampong, saya masih di kl lagi membawak si neji ke klinik. ye..budak tu became worst within 2 days. sejak balik dari klinik yang masa 1st time kena batu karang tu...kat rumah dia kurang aktif. takmau makan, takmau minum. kencing pon sikit je keluar. huhuhuuu...tak boleh jadi. saya paksa juga minumm bagi guna sryinge. ehh..bagi suap nak pulak minum, suruh minum sendiri dia baring je..apakah?? makan pon macam tu. dia lansong tak mau sentuh makanan dia. saya lenyek2 bagi lembut buat macam nestum tu saya suap. ada le 2 sudu kecik tu dia makan pas tu takmau dah. tu tak berapa risau sangat. yang saya risau kencing tak keluar. dok meleleh menitik je sampai habis bontot dia basah. aduhhhh...runsing la. so, jumaat tu bawak pi klinik.  doktor check urine, kata dah efek ke kidney pulak. aduhaiii...macam2 la. saya dah risau terus burst nangis kat klinik. chehh..buat malu je depan doktor. doktor kata dia dah jadi macam jangkitan tu. disebabkan tu friday, klinik pon dah nak tutup, so doktor cuma boleh bagi drip dan bagi ubat untuk buah pinggang tu. mmmm..tunggu kejap dalam 2 jam settel. tapi doktor dah inform awal2, bila dah sampai stage nimacam ni peluang adalah 50-50.mmmm..apa nak dikata. terkedu je la. kalo dah macam tu ketentuannya, saya tak boleh buat apa. tapi doktor kata kita cuba dulu sedaya upaya. ye..saya pon akan cuba juga. selagi larat dan mampu. sian neji. cuti raya dibekalkan dengan ubat sebeban! saya tengok pon naik pening. bukan pening apa. pening nak pikir camne le gaya nak bersilat bagi dia makan ubat tu. huhuhuu.. dia pandai ok. bagi air guna sryinge dia minum, bagi ubat kang dia kemam2 dah lama sikit kang dia luahkan. geram sungguh. balik rumah kemas semua. malam tu baru le membeli baju raya. kesian saya kan. beli baju last minit ni...ada yang berkenan, takde saiz pulak. yang ada saiz, saya pulak tak berkenan. hahahahahaaa...
**
sabtu pagi..last minit shopping apa barang yang perlu. sebab malam tu nak buat takbir kat rumah ma. biasa kalo malam raya diaorang buat takbir, tahun  i tak tau le ada ke tak. walopon ma takde raya sini, tapi saya sebagai penjaga rumah...chewahh...penjaga katanya...kenala pastikan semua ok sebelom balik johor tu. huhuhuu..kalo tak kesian rumah kosong dimalam raya. tak buat apa pon hidangan. tak larat  nak masak apa. mintak ibu yang masakkan rendang, obek n d geng ada buat lemang, saya pi beli kek dan buah dan kuih raya. tu je la makan jamuan orang takbir malam tu. lepas isyak, dok tunggu orang datang takbir tapi tengok semua orang macam balik. kejap tu obek balik dari surau kata tahun ni tak buat takbir coz pakcik yang selalu buat tu balik kampong. apakah? habis, pasal dia balik kampong so takde takbir la? ada pulak orang lain tapi takmau buat pulak. owhhh...political issue sungguh la tempat ni. anyway...beng and the geng je yang buat takbir. ada le  dalam 10 orang.  jadi la. janji bergema takbir di malam raya kat rumah saya tu. syukur...habis juga diaorang makan. bagus2. tak sia2 berhidang penat sorang. hehehehee... lepas selesai kemas rumah semua..saya pon balik johor malam tu. gerak dalam pukul 11.30pm la lebih kurang.
**
untuk raya kali ni...nezha dan nelly tinggal rumah. saya dah minta anak ibu tolong datang hari2 bagi makan dan buang uk2. dah siap bagi upah awal2. jangan ko tak datang ngah..lapaar si mondok tu kang. huhuhuu...neji terpaksa saya hangkot balik kampong. sebab nak kena bagi makan ubat tu. kalo tak, takde kuasa nak berangkot dengan cage segala. haihh..apa boleh buat..bawak je la. sekali baru on the way, neji sudah kasi berak la dalam kereta. chehh...tak pasal2 berenti tepi jalan buang uk2 semua tu. haihhh..ngalahkan bawak budak kecik. budak kecik senang dipakaikan diapers je. ni camno? hehehehehehee.... neji, neji...macam2 la ko ni kan.
**
pagi raya  pi sembahyang raya. ala..setahun sekali nak le merasa. kalo lelaki lain la..hari2 boleh pi surau, kita ni pompuan baynak halnya. takpe...rupanya style orang sini lain ye pagi raya. kalo kat rumah saya, pagi2 semua dah siap, pakai cantik, table dah siap setting makanan. sarapan dulu baru gerak ke surau. orang sini semalam saya tengok takde apa pon. masih comot2. mmmm...obek nak minum dulu pon takde lagi. saya tak buat sebab malam tu saya tido kat rumah sebelah..rumah kosong yang sebelah rumah mil...sebab bilik saya kat rumah mil tu dah diinvaded oleh mmm..malas nak cakap le. syawal2 ni. buat sakit hati je.  anyway..lepas balik surau baru le ada minum. mmm..tak meriah dan tak best. diaorang sini takde macam kita pagi2 kumpul anak beranak salaman dan makan bersama. sini macM BIASA JE. macam tak raya je. apa pon takde. patot la last year masa obek raya rumah saya dia ala2 culture shock. rupanya cenggitu kaedahnya... mmmm..baru dia tau perbezaan raya camne. huhuhuuu...anyway, lepas tu just lepak je la. ada orang datang, budak2 datang, tetamu datang..camtu le sampai petang. petang, saya tido kejap. hehehee...
**
so, gitu le cerita dah 2 hari beraya. hari ni taktau camne lak. dengar ramai lagi sedara nak datang. takpe..datang je la..kitaorang tunggu dengan kuih raya. hehehehe..
**
rindu sangat kat nezha sampai termimpi2. saya mimpi dia tak cukup makan. merayu mengeow cari makanan. haaaa...hambek..pepagi dah bantai menangis rindu kat nezha. so, mood saya pagi ni agak mondom. neji dah bagi makan ubat dah. sehari kena 2 kali.  ok la...hope cepat balik  kl. dok sini lama pon bukan buat apa..melopong je. selamat hari raya semua..maaf zahir batin andai ada tersalah kata. semoga semua gembira...

3 comments:

ishy77 said...

selamat hari raye awak :))

btl2.rye2 ni kne byk sabarnya..huhu

nor said...

beli lobak putih.blend dlm panjang jari tengah. perah amik juice. baki simpan dlm fridge. yg blm blend simpan dlm freezer. pakai syringe hslakan ke tekak dan trus habispress. bika sejuk tak terasa payau.

pastu syringe air every hour 3,4 syringe dan air kosong dua tiga syringe.once lega dia kencg lawas.
buat tiap hari.

nor said...

kucing persian saya buat camtu..disamping ubat spital dan beri setengah cawan juice lobak putih.sehari...bolas air sejuk..buat sampai hilang symptom. bberi. air klapa muda juga sikit klu dia badan psnss dan bilas air sejuk kosong.

klu takde selera dan lrmah juga.