mari mencari....

Google
 

Tuesday, September 25, 2012

dapat duit palsu!!!...

heiiii...ini memang mendatangkan kemarahan sungguh! sakit hati okeh. tapi bukan saya la...obek yang dapat. hehehehee... entah le dapat kat mana, balik rumah nak kira duit sekali tengok eh..apsal yang satu ni lain macam je. serupa tapi tak sama. haa...sudah. mula2obek cakap saya tak percaya, saya kata duit betul cuma macam dah lusuh kaler dah pudar. sekali tengok kat cahaya, ada pulak line yang yang kat tengah tu kan. so, saya pelik le. tapi bila perati memang sah le duit pelesuuuu..kertasnya nipis, kecik beberap micro mm dari duit asal. kalernya agak pudar. puiiii...memang dasar penipu betol la. agaknya ni le duit 'black money' yang orang dok hebok suatu masa hari tu. duitkan cepat bergerak. tuptup....dapat sekeping kat kitaorang. 50 hengget pulak tu! kalo singgit boleh le lagi buat tak kisah. haaa..ni sekarang camne? rugi woo dah tak boleh guna dah. tak berani saya nak guna. nak bagi kat orang kedai? huii..tak pasal2 je menipu orang kedai. kesian orang. alahaii...kita je yang kesian kat orang, tapi orang tak kesian pon kat kita. huhuhuuumasok je la tabong nezha jawabnya. hahahahahaa..mamat tu bukan reti guna duit pong. saya simpankan, hujung2 saya jugak yang korek balik---on his behalf le. hahahaha..taknak ngaku guna duit nezha. so, pada semua, berhati2 la. ni obek la ni jenis nak cepat je. orang bagi duit tu cuba kira betol2 satu per satu, so takde la rugi macam ni. tensen makcik!!!! hoi badigol penipu umat buat duit palsu, awas ko ye kalo kena tangkap! guwa ikat lu tengah highway kasi lori gelek baikkkk punya!

Thursday, September 20, 2012

teringin punya pasal, cuba juga...menjadi!!!

hello...
hari tukan masa hantar adik obek kawen tu...masa lepas2 makan lepak kejap la. sekali tu ternampak le makcik ni makan wajik. dari kejauhan dah nampak macam kompom betol la dia makan wajik. huishhhh...sedapnya terasa2 kat tekak.  so, saya pon pegi le ke depan. hehehehe..saya makan kat meja belakang, meja tetamu biasa je, tak duduk pon kat meja untuk family lelaki. takpe la...bagi peluang kat makcik pakcik yang tua yang lebih layak dok kat situ. saya dengan obek dok kat meja biasa, dekat dengan meja buffet. hehehehehe..lagi senang nak makan boleh ulang alik banyak kali. so, masa tu pengantin tengah tangkap2 gambar le kat dalam rumah, so, table kosong. saya pon menyempit je la. ada nampak wajik tu. terus rasa. wahhhhh...sedapnyaa..lembut2 cair. macam yang saya suka. saya suka wajik lembik macam tu. tak suka yang keras bila gigit pulut melekat kat gigi. hahahahahahaa...so, saya pon bantai le makan wajik tu. habis sekerat. hish hish hishhh..bini sapa la tu. sesambil makan wajik, sesambil ajak obek rasa juga, sesambil pelawa orang sebelah merasa jugak. nyumnyumnyummm...ingatkan masa balik kot la ada dibekalkan wajik sedap tu. sekali nan hado!!! takpe la..lagipon itu hidangan kat meja pengantin. huhuhuu..so, sampai rumah teringat2 le wajik tu. hati teringin nak buat. tapi tak reti. saya memang tak pernah masak wajik ni. makan je tau. lagipon tengok macam susah je. nak kena kukus2 pulut la..alahaiii..lecehnya.  tapi sebab teringin punya pasal, dikuatkan juga semangat. mana tau untung hari panas, menjadi wajik saya, kalo untung hari hujan, tak menjadi le. sebelom tu dah inform obek awal2. kalo saya buat wajik ni tak menjadi, keras kejung, onek mesti habiskan! hahahahaha...terok betol siap paksa2 obek makan bagi habis. obek kata ok. wahwahwahhh..mencabar betol ni. so, bermula la sessi sekodeng resepi kat tenet. klik sana, klik sini, baca sana, baca sini..haduhhhh...tengok bahan senang je. gula merah gula putih dan santan. tapi nak membuatnya tu...huii..belom ada keberanian. boleh je suruh ma buatkan, tapi kesian pulak kat dia. huhuhu..anak mithali sungguh ni.  so, bila dah baca banyak2 dan pastikan serta dah siap bayangkan caranya, saya pon rendam le pulut. ikot sebijik2 resepi. takot tak menjadi. huhuhuu... esoknya, bermula la adegan di dapor. kukus pulut. katanya kena kukus lama supaya pulut masak. wokeh. saya bantai 1 jam kukus. kalo tak masak juga taktau nak cakap apa dah. pas tu buatkan air gulanya. then masak le wajik tu. wahhhh..masa mengacau tu tak putus2 mulut doa  harap menjadi. tapi spoil le takde daun pandan. perisa pandan pon takde so saya hentam boh perisa ros. boleh? hahahahahahaaa... lantak le. janji ada bau. kacau punya kacau, so endingnya-----menjadi wajik saya!!!! yahooooo...lompat2 kat dapor. buat lembik2 cair macam yang saya suka. yahooo..yahooo..suka sangat. tak sempat sejuk saya dah bedal semangkok. hehehehehehehee... aduhai..tapi lepas ni rasanya malas le buat lagi melainkan kalo teringin sangat. sebab saya malas kukus pulut. baca kat tenet ada juga yang  tanak pulut, dalam rice cooker lagi. tapi...bila pikir2, best ke? menjadi ke? ori ke tak? kang nak senang, nak senang kang lansung tak menjadi. lagi penat. huhuhuu... tapi takpe la. ni dah menjadi wajik lembik saya. sedap wohhhh!!, ada bau2 wangi ros lagik. hahahahahahaaa.. suka! suka! suka! so, gitu le kisah teringin wajik saya. huhuhuu...orang lain masak wajik 20-30kilo relax je, ni baru masak 3 cawan pulut dah heboh seantaro dunia. ahhhh...biar ahhh..hehehehehee...jom, sapa nak wajik sedap mari sini...nyum..nyummmmmmmmm...

Tuesday, September 18, 2012

aloq staq-johor lagi...

hello...
actually tadi dah tulis dah, tapi ntah la. cursur ni macam tak boleh gerak ke bawah bila nak delete. bencilah guna benda nih. menyampah! payah beno nak edit2. eeeee...so takpe, ni nak cerita ni pasal pi hantar pengantin lagi.
**
jumaat lepas, lepas sembahyang jumaat, gerak la kami ke alor star lagi. hantar adik obek nak menikah. haaa...bawak pengantin lagi kita ye. hehehehee...letihnya. singgah kat kerling amik makcik obek then terus ke alor star. sampai sana dah malam. sebelom ke homestay, singgah makan dulu. kedai tak sedap. nasi mentah, dibuat nasi goreng hangit pulak tu. spoil selera sungguh. kitani dah le penat, datang dari jauh, dibagi makanan macam tu. nak meniaga tu elok2 la. kita pon bayar bukan minta makan free je. dah tau nasi mentah pon nak dibuat meniaga pulak. bencilah perangai orang macam ni. tu sapa dok alor star tau le kot, kedai sebaris dengan kedai arab..depan kedai tu ada kedai rm2. haa..pi carik sendiri. saya memang serik takkan makan situ lagi. tak berbaloi keluar duit makan kat situ.  lepas tu terus ke homestay. cantik homestay tu. sesuai la untuk sekeluarga stay hantar pengantin. besar tak besar, kecik tak kecik. sedang2. kawasan p**
esok paginya, bangun pepagi. nak merepair hantaran yang dah merebeh sebab perjalanan jauh tu. nak susun2 buah le nak ikat2 bunga la. lepas tu lepak kejap, by 10am, semua dah siap. sebab katanya nak nikah pukul 11am. lepas tu gerak le kami kat masjid. sampai sana dah ramai orang. owhh..rupanya dari group lain. pagi tu je ada 3 pengantin. kami yang nombor 3. hehehehe..sesambil tunggu giliran tu, saya pon mendengar le cara orang belah utara menikah. lawak tok kadinya. bagus la. kurang sikit nervous pengantin. kejap tu, tiba la giliran adik obek pulak. lafaz 2 kali. yang pertama tu diaorang kata dia jawab laju beno, so, suruh lagi sekali. hamboih...tak sabar2 ko ye. hahaha..yang kedua pulak, tok kadi lak salah sebut nama. boleh lak nama pompuan dulu baru lelaki. hehehehe...semua orang gelak. agaknya tok kadi tu dah pening le tu. lepas dah selamat semua, amik gambar le pulak. lepas tu gerak le kami ke rumah pengantin pompuan untuk acara apa lagi...acara makan2 lah! menu meriah. ada nasi putih, nasi minyak ke tomato? huhuhu..tak pasti. laok daging rebus cicah air asam, kari ikan, dalca, ikan goreng, ulam2 sambal belacan, jeli kelapa, kuih, buah oren, tapai dan air sirap. owhh..ada gak ketupat daun palas dan rendang ayam. haaa...lepas makan, amik gambar, tukat hantaran semua, by 3pm kami pon gerak balik. pengantin tinggal la. wat pe lak ikot balik kan. hahahahaa...
**
perjalana balik pon memenatkan. mata mengantok, letih. singgah kat rumah makcik obek, obek terlelap. saya pon ikot lelap jugak. ye la..sepanjang perjalanan saya tak tido. teman obek drive. orang lain dalam kereta semua berdengkor. ciss..kecian obek. lepas maghrib, teurs shoot ke kl. singgah rumah saya kejap, kemas nezha, balik ke johor pulak hantar pil. sampai jojor dah 12++am. mmm..saya dah pesan awal2 kat mil, esok takyahn buat breakfast la, nak bangun lambat. hahahaha...dia ye kan je. memang letih. esoknya memang bangun lambat. tak le lambat sangat, pukul 9am dah bangun. lepak kejap, teurs masak untuk lunch pulak. menu sambal tumis sotong, goreng ikan, tumis sawi dan goreng tempe. mmm..lepas lunch dan zohor, kami pon gerak balik ke kl. sebelom balik, singgah dulu makan mee bandong. hahahahahahaaa.. sampai kl dah petang. kemas nezha lebih kurang, lepak baring. malam tu tido mati. kebetulan saya kena selsema. obek bagi saya makan ubat, terus tido tak sedar apa. obek keluar pegi makan sorang pon saya tak sedar. huhuhuuu..puas hati dapat tido kat rumah sendiri.
**
esok paginya, balik rumah ma pulak. makan lagi le jawabnya. ma masak ikan masak tauchu dan rrebus pucuk ubi. petang saya buat cucur udang pulak. sambil petik mangga depan rumah. baru nak minum petang, jiran lak datang berborak. huhuhuu..langkah kanan le jiran tu. makan sama2. sedap! malam lepas maghrib, kami pon balik sebab obek ada kerja malam tu.
**
so, hari ni macam sembab je rasa. ntah terlebih tido ke, terkurang tido ke. aduhai..letihnya jalan jauh2 ni. nanti bulan 12 nak pergi lagi. majlisnya pulak. kenapala tak buat je sekali terus. entah la. pening kepala. apapon, kepada adik obek, nizam serta pasangannya diana, selamat pengantin baru!!!erumahan baru nampanya. haa..yang tu boleh pergi lagi. harga pon boleh tahan. malam tu iron baju dulu seba takot esok tak sempat.

Wednesday, September 12, 2012

engagement anniversary...

hello...
ahaksssss...dah kawen pon masih nak bercelebrate engagement anniversary..gatal sungguh. eh, biarlah...sukati kita la kan. bukan nyusahkan orang pon. huhuhuhuuu... hari ni 12/09/2012 genap 2 tahun tarikh bertunang dulu. wahhhh...mengimbas kenangan lama sungguh. kejap je saya bertunang dulu. 12/09/2010 bertunang, pastu 18/12/2010 nikah. cecececewahh...lebih kurang 3 bulan je bertunangnya. hahahahaaa... tu pon mujur bertunang, ikot saya nak tunang kejap je before nikah, tapi ma kata no way bebeh..u must follow step by step procedure. echewahhh... yo laaaa..ikot je la. so, gitu le ceritany. masa bertunang dulu ramai gak orang. dah macam kenduri kawen lorrr... kawan2 ma datang ingatkan memang kenduri kawen, sekali bertunang aje daaa... memang saya tak cerita pon kat blog masa saya bertunang dulu. tup tup....cerita pasal kawen. hehehe..saje la. orang kata waktu bertunang tu macam2, so kita diam2 sudah. sapa pon kawan saya tak tau. mmmm..tetiba je hantar kad kawen kan. surprise!!!! bila dikenang2, seronok juga ye. owhh...itu la pengalaman hidop, melalui pelbagai fasa dalam kehidupan. lepas ni anniversary kawen pulerk. wahwahwahh...kejap je dah nak 2 tahun jugak. mmmm..tu kena tunggu december baru boleh cerita. som malam tadi minta hadiah kat obek. obek dah juling2 mata, hujung2 dia kata...haaa..tadi obek dah belikan murtabak besar..kira hadiah le tu ye. lorr..macam tu pulak. murtabak hadian anniversary? nyampah tau. saya jawab..bolehlaa..macam tu tadi oby dah bancuh ribena pon kira hadiah untuk obek la jugak ye. hahahahahaa... baru le serasi, sorang bagi makanan, sorang bagi air. kalo makan tercekik, boleh minum air. kalo minum banyak boleh makan pulak. gituuuu... apa2 la obek, janji kita bahagia. so, happy 2nd engagement anniversary to us..oby n obek!!! love you!!!

Sunday, September 9, 2012

fuh fuh fuh..kenyangnyaaaaaa....

heheheee...melampau ke tajuk? tak la.tu sekadar menyatakan perasaan perut yang sangat kenyang sampai nak bernafas pon macam nak mintak nyawa.haaaa..gitu... senak. hari ni memang hari makan namanya. dari pagi sampai ke malam, makan, makan, makan. sungguh alpa manusia ini. syukur la ada makanan...sesetengah orang hari ni mungkin sedang mengikat perut menahan lapar...mungkin kerana tiada apa yang boleh dimakan..mungkin kerana tiada duit untuk makan... mungkin kerana tiada selera...manusia punya pelbagai alasan. insaf sebentar...
**
namun begitu, kisah hari ini tetap mahu diceritakan. huhuhuuu...hari ni pagi balik rumah ma. patutnya balik petang semalam la...macam biasa2 tu. tapi obek semalam ada hal, dan balik lak penat, ditambah dengan batuk selsema dia, so, dia tertido. tak sampai hati nak gerak. ok laa...saya call ma bagitau tak dapat balik petang tu, balik esok pagi je (hari ni le tu kan, ahad). so, dah senja tu kejut jugak obek. melampau la if tido senja2 ni. saya pantang betol...kalo tido time senja, dan kalau bangun lambat matahari dah cucuk bontot pon tidooooooo jugak lagi. huiiii...saya tak suka macam tu. pada saya, bangun pagi, buat le apa2 benda ke, pastu kang dah tengahari if nak tido pon tido la. haaa...gitu. so, kejut obek dan pergi pasar malam. beli makanan. hehehehe...saya malas masak. malam, lepak tengok dvd. bantai la...
**
pagi ni baru gerak balik rumah ma. call ma tanya kot ada benda nak beli. ma kata takyahhhh..ma baru balik pasar ni dah beli macam2 ikan. tanya ma nak masak apa? ma cakap nak buat pecal. yahoooooo...sedapnya. melompat2 sambil diperhatikan oleh nezha. hahahahaa...so, gerak la kami. sebelom sampai rumah ma, singgah klinik dulu coz obek nak amik ubat. mmmm...klinik lak tutup. so obek hantar saya dulu then kuar balik pi klinik lain. saya sampai je rumah ma terus sinsing lengan le tolong apa yang patot. tu dia....jadinya menu hari ni ialah...pecal,  goreng ikan bawal, tumis lala dan gulai tempoyak udang campor petai. haaaaa...makan sampai nak pengsan. buat air kurma. eh...sedap le pulak. ingatkan tak sedap. hehehehe...senang je, rendam jap buah kurma tu bagi kembang, then rebus la. tadi takyah bagi gula pon dah manis. manis2 buah la. if nak lagi manis letak le gula. ya allah..sungguh kenyang hari ni makan. lepas makan lepak kejap. petang, ada orang datang ntah le beraya ke, datang jumpa ma ke...layan je la. lepas orang tu balik, kami pi lak rumah jiran belakang rumah...ada buat open house raya gitu. wahhhhh...ramai orang. hehehehe...meriah. budak2 pon ramai. menunya dia buat simple je...nasi impit kuah kacang, nasi lemak letak jagung, sambal tumis, rendang ayam, mee udang. air anggur dan ada dadih. pastu ada kuih raya la. saya makan sikit je sebab macam kenyang lagi.
**
malam, lepas isyak, siapkan dinner. lauk tadi aaa lagi, cum ikan goreng dah takde. saya gorengkan ikan masin sikit, buat teh o. tu je la. bahan untuk pecal ada lagi. haaa....makan lagi. lepas makan, kemas semua, balik la. bawak bekal lauk sikit, esok senang. kot2terdesak dah ada lauk. memang dasar tau mengabihkan duit ma. hahahaha...ma bagi ikan lagi pulak. owhh...sayang ma. terima kasih ma...i love you. nanti beli la ikan lagi boleh saya pow je bawak balik. save belanja  2-3 hari. hahahaha..memang dasar pengepow punya anak. chehhhh...takpe..nanti saya belanja la ma dia punya top up handphone..adil la tu kan. hehehehe...
*sampai rumah tengok rumah cantik sangat. nezha dah tolong kemaskan. chehhh...tak pasal2 kena lak mengemop rumah malam2 ni. bertuah punya kucing. tak boleh bagi orang senang sikit. baru nak berehat2. so,  now lepak tengok tv...layan je la apa cerita yang ada. obek kuar jap ada hal. biasa la tu. saya baring2 dengan nezha gendut sambil layan blog dan layan tv. esok? my fav day of the week...its monday!!!!!!!*

Friday, September 7, 2012

selamat berhujung minggu...

  hello..
lama baru nak sambung menulis. hehehehee...batuk dah berkurangan. syukur alhamdulillah. dah boleh curi2 minum ais. sikitttttt je. melepaskan teringin sejuk tu. tapi ice cream belum berani lagi. ahaksss... anyway, sekejapan je dah jumaat. esok sabtu ahad. ada yang berkerja hari sabtu, ada yang nak buat open house sempena raya, ada yang pi kenduri kawen, ada yang nak pi servis kereta..macam2 la agenda korang kan. saya taktau lagi. balik rumah ma le tu. apa lagi. rindu kat ma. echewahhh..walhal tiap weekend balik kan. ngada lebih.
**
ok..nak cerita apa ye. mmm..nezha tak kawan saya semalam. sebab saya bagi ubat kutu, korek telinga dan sebagainya. maka dia sudah hot n spicy dengan saya. nampak saya je lari. nyorok celah sofa. huiii....sedih saya tau bila dia tak kawan saya. nyampah!! bukannya kita mendera dia, kita ni nak bagi dia elok hensem sikit. habis takkan nak biar gitu je. tak paham lak dia. hahahahaa..nasib le, suka ke tak suka ke memang itu rutin awak. padan muka. sapa suruh comot. lama gak dia tak kawan saya. saya panggil dia diam je. saya acah2 pakai baju buat2 nak keluar pon dia tak layan dowhh..dia jeling je. huii...keras hati betol. obek balik malam baru le nak kawan obek. ngadu le gamaknya tu. chehhh...tak heran..pi la sana..
**
ok la..saja je tulis sikit. sayang semua. take care..agak2 dah puas beraya tu bawak2 le puasa pulak. ganti yang wajib dulu kendian sunat..wasallam.

Wednesday, September 5, 2012

masih batuk lagi..yahooo...

hehehehe...boleh gitu? batok lagi kita sorak la yahooo..habis tu nak cakap apa lagi..dah taktau nak cakap apa. suara pon dah rock habis ni. kadang2 tak keluar pon ada. nak cakap kat telefon pon bukan main payah. hehehehe..takpe la..sementara je tu. ubat dah makan dah. ubat cair, ubat biji, ubat gula2..sikit hari lagi ok la tu kot. selsema dah kurang. syukur. demam pon dah kurang, cumanya ikot mood dia tetiba je sukahati nak dedor2 pulak. lemah je rasa. huii..lama dah tak demam macam ni. tapi obek ok je. ni jangkit dari dia, tapi last2 dia ok saya pulak yang berlarutan. tapi takpe la..saya sakit takpe, jangan obek yang sakit, lagi saya risau. obek suka la kalo saya sakit demam ni..sebab dia kata baru ada senyap sikit. hamboiii...tak sayang mulut orang tua ni ye. hahahahhaa...ye la..saya kat rumah kan asyik la bercakap je kerjanya. bila tak sihat ni, belom apa2 lepas isyak terus tido. so, aman le dia nak tengok dvd ke, nak tengok channel sport ke, nak tengok wrestling ke, takde orang nak berebut channel dengan dia. tapi yang dia tak tahan kalo saya tak sihat saya ni ala2 ngada gitu...hahahha..nak itu nak ini..tapi dia layan je.
**
nezha ok je. walopon saya tak sihat tapi tugasan menggaru tetap dijalankan dengan penuh dedikasi. dia tengok saya baring je dia pon datang menyempit kat tepi golek2 **
now around 2.30am. belom tido. yeee..belom tido. tadi dah nak tido, tertengok lak cerita india..best le pulak. ala2 sedih gitu. kejap tu obek balik, bawak burger dan nugget. saya dah berapa hari mengeow kat dia nak nugget. tadi dia beli. tapi yang belom goreng punya. takpe la..saya goreng gak pepagi buta ni kan. makan sambil tengok dvd..cerita tajuk hijacked. entah hapa2 je. cerita pasal orang jahat rampas kapal terbang. uuuii..now mata dah ngantok pulak. takpe..kejap lagi habis cerita saya tido. nezha tadi tido but kejap2 bangun..dia mana boleh dengar orang makan, dia mesti bangun jugak. mmmm...ok la..nanti sambong lagi. selamat berkerja semua!!! walopon sakit sikit mesti kerja. buat slow2 ye. byee..jaga diri semua...love you!!!!suruh garu. kadang saya sampai tertido. ye la makan ubat ni ngantok lebih. karang dia marah la. dia gigit tangan saya. adoiii..tak kesian pon kat saya yang sedang tak sihat ni. terok tau mamat tu.  pagi2 macam biasa la..dia kan jam alarm semulajadi saya. cukup time dia dia pon menggaru kepala. suruh bangun la tu. selagi kita tak bangun, selagi tu la dia garu gigit kepala. bagus betol. kadang kalo alarm handphone bunyi saya off je. dengan dia ni payah sikit nak off..takde cara. bangun je la. sayang nezha. walopon suka mendera saya.

Monday, September 3, 2012

demam+batuk+selsema=complete package!...

haaaa....
sudah terkena jangkitan demam, batuk n selsema. start kena jumaat lepas. memula biasa la, sakit tekak je. ingatkan biasa je sebab asyik minum sejuk je. sekali sudah achumm...achumm...da...haa...memula sikit je, sekali malam tu terus tak boleh tido, hidong tersumbat, dengan hingus meleleh..ya tuhan..seksa betol. memang tak boleh tidor lansong. serba tak kena. pastu terus le demam, pastu batok. pergi klinik, amik ubat sebeban. huhuhuhuuu.. sekarang demam dah kebah, selsema masih ada tapi batok pulak bermaharajalela sungguh. batok yang jenis kering pulak tu. takde kahak. tapi bila batok macam nak tercabot tekak ni. perit. sakit. ubat batok sebotol dah habis. malam tadi pi beli lagi sebotol. ma suruh minum air suam letak madu n perah beberapa titis limau. hui...sedap. tapi lepas tu bertambah kuat batok. macam nak terkencing dah everytime batok. hahahaha.. tak senonoh betol. now tengah melayan tekak la. asyik kung kang kung kang batok memekak. bab perit tekak tu yang sakit sangat. huhuhuuu...semoga cepat sihat hendaknya ye. nezha pon dah tak terlayan. mdia datang suruh garu saya dah tak larat. huhuhuu..sian dia. obek le jadi mangsa kena jadi tukang garu baru. hehehee..lama2 obek pon lari everytime nezha datang dekat suruh garu. hahahahaha..macam2 perangai. ok..nak layan tekak lagi ni. huhuhuuu..sakitnyaaa..batokk...tolonggggggg..