mari mencari....

Google
 

Tuesday, September 18, 2012

aloq staq-johor lagi...

hello...
actually tadi dah tulis dah, tapi ntah la. cursur ni macam tak boleh gerak ke bawah bila nak delete. bencilah guna benda nih. menyampah! payah beno nak edit2. eeeee...so takpe, ni nak cerita ni pasal pi hantar pengantin lagi.
**
jumaat lepas, lepas sembahyang jumaat, gerak la kami ke alor star lagi. hantar adik obek nak menikah. haaa...bawak pengantin lagi kita ye. hehehehee...letihnya. singgah kat kerling amik makcik obek then terus ke alor star. sampai sana dah malam. sebelom ke homestay, singgah makan dulu. kedai tak sedap. nasi mentah, dibuat nasi goreng hangit pulak tu. spoil selera sungguh. kitani dah le penat, datang dari jauh, dibagi makanan macam tu. nak meniaga tu elok2 la. kita pon bayar bukan minta makan free je. dah tau nasi mentah pon nak dibuat meniaga pulak. bencilah perangai orang macam ni. tu sapa dok alor star tau le kot, kedai sebaris dengan kedai arab..depan kedai tu ada kedai rm2. haa..pi carik sendiri. saya memang serik takkan makan situ lagi. tak berbaloi keluar duit makan kat situ.  lepas tu terus ke homestay. cantik homestay tu. sesuai la untuk sekeluarga stay hantar pengantin. besar tak besar, kecik tak kecik. sedang2. kawasan p**
esok paginya, bangun pepagi. nak merepair hantaran yang dah merebeh sebab perjalanan jauh tu. nak susun2 buah le nak ikat2 bunga la. lepas tu lepak kejap, by 10am, semua dah siap. sebab katanya nak nikah pukul 11am. lepas tu gerak le kami kat masjid. sampai sana dah ramai orang. owhh..rupanya dari group lain. pagi tu je ada 3 pengantin. kami yang nombor 3. hehehehe..sesambil tunggu giliran tu, saya pon mendengar le cara orang belah utara menikah. lawak tok kadinya. bagus la. kurang sikit nervous pengantin. kejap tu, tiba la giliran adik obek pulak. lafaz 2 kali. yang pertama tu diaorang kata dia jawab laju beno, so, suruh lagi sekali. hamboih...tak sabar2 ko ye. hahaha..yang kedua pulak, tok kadi lak salah sebut nama. boleh lak nama pompuan dulu baru lelaki. hehehehe...semua orang gelak. agaknya tok kadi tu dah pening le tu. lepas dah selamat semua, amik gambar le pulak. lepas tu gerak le kami ke rumah pengantin pompuan untuk acara apa lagi...acara makan2 lah! menu meriah. ada nasi putih, nasi minyak ke tomato? huhuhu..tak pasti. laok daging rebus cicah air asam, kari ikan, dalca, ikan goreng, ulam2 sambal belacan, jeli kelapa, kuih, buah oren, tapai dan air sirap. owhh..ada gak ketupat daun palas dan rendang ayam. haaa...lepas makan, amik gambar, tukat hantaran semua, by 3pm kami pon gerak balik. pengantin tinggal la. wat pe lak ikot balik kan. hahahahaa...
**
perjalana balik pon memenatkan. mata mengantok, letih. singgah kat rumah makcik obek, obek terlelap. saya pon ikot lelap jugak. ye la..sepanjang perjalanan saya tak tido. teman obek drive. orang lain dalam kereta semua berdengkor. ciss..kecian obek. lepas maghrib, teurs shoot ke kl. singgah rumah saya kejap, kemas nezha, balik ke johor pulak hantar pil. sampai jojor dah 12++am. mmm..saya dah pesan awal2 kat mil, esok takyahn buat breakfast la, nak bangun lambat. hahahaha...dia ye kan je. memang letih. esoknya memang bangun lambat. tak le lambat sangat, pukul 9am dah bangun. lepak kejap, teurs masak untuk lunch pulak. menu sambal tumis sotong, goreng ikan, tumis sawi dan goreng tempe. mmm..lepas lunch dan zohor, kami pon gerak balik ke kl. sebelom balik, singgah dulu makan mee bandong. hahahahahahaaa.. sampai kl dah petang. kemas nezha lebih kurang, lepak baring. malam tu tido mati. kebetulan saya kena selsema. obek bagi saya makan ubat, terus tido tak sedar apa. obek keluar pegi makan sorang pon saya tak sedar. huhuhuuu..puas hati dapat tido kat rumah sendiri.
**
esok paginya, balik rumah ma pulak. makan lagi le jawabnya. ma masak ikan masak tauchu dan rrebus pucuk ubi. petang saya buat cucur udang pulak. sambil petik mangga depan rumah. baru nak minum petang, jiran lak datang berborak. huhuhuu..langkah kanan le jiran tu. makan sama2. sedap! malam lepas maghrib, kami pon balik sebab obek ada kerja malam tu.
**
so, hari ni macam sembab je rasa. ntah terlebih tido ke, terkurang tido ke. aduhai..letihnya jalan jauh2 ni. nanti bulan 12 nak pergi lagi. majlisnya pulak. kenapala tak buat je sekali terus. entah la. pening kepala. apapon, kepada adik obek, nizam serta pasangannya diana, selamat pengantin baru!!!erumahan baru nampanya. haa..yang tu boleh pergi lagi. harga pon boleh tahan. malam tu iron baju dulu seba takot esok tak sempat.

No comments: