mari mencari....

Google
 

Sunday, September 9, 2012

fuh fuh fuh..kenyangnyaaaaaa....

heheheee...melampau ke tajuk? tak la.tu sekadar menyatakan perasaan perut yang sangat kenyang sampai nak bernafas pon macam nak mintak nyawa.haaaa..gitu... senak. hari ni memang hari makan namanya. dari pagi sampai ke malam, makan, makan, makan. sungguh alpa manusia ini. syukur la ada makanan...sesetengah orang hari ni mungkin sedang mengikat perut menahan lapar...mungkin kerana tiada apa yang boleh dimakan..mungkin kerana tiada duit untuk makan... mungkin kerana tiada selera...manusia punya pelbagai alasan. insaf sebentar...
**
namun begitu, kisah hari ini tetap mahu diceritakan. huhuhuuu...hari ni pagi balik rumah ma. patutnya balik petang semalam la...macam biasa2 tu. tapi obek semalam ada hal, dan balik lak penat, ditambah dengan batuk selsema dia, so, dia tertido. tak sampai hati nak gerak. ok laa...saya call ma bagitau tak dapat balik petang tu, balik esok pagi je (hari ni le tu kan, ahad). so, dah senja tu kejut jugak obek. melampau la if tido senja2 ni. saya pantang betol...kalo tido time senja, dan kalau bangun lambat matahari dah cucuk bontot pon tidooooooo jugak lagi. huiiii...saya tak suka macam tu. pada saya, bangun pagi, buat le apa2 benda ke, pastu kang dah tengahari if nak tido pon tido la. haaa...gitu. so, kejut obek dan pergi pasar malam. beli makanan. hehehehe...saya malas masak. malam, lepak tengok dvd. bantai la...
**
pagi ni baru gerak balik rumah ma. call ma tanya kot ada benda nak beli. ma kata takyahhhh..ma baru balik pasar ni dah beli macam2 ikan. tanya ma nak masak apa? ma cakap nak buat pecal. yahoooooo...sedapnya. melompat2 sambil diperhatikan oleh nezha. hahahahaa...so, gerak la kami. sebelom sampai rumah ma, singgah klinik dulu coz obek nak amik ubat. mmmm...klinik lak tutup. so obek hantar saya dulu then kuar balik pi klinik lain. saya sampai je rumah ma terus sinsing lengan le tolong apa yang patot. tu dia....jadinya menu hari ni ialah...pecal,  goreng ikan bawal, tumis lala dan gulai tempoyak udang campor petai. haaaaa...makan sampai nak pengsan. buat air kurma. eh...sedap le pulak. ingatkan tak sedap. hehehehe...senang je, rendam jap buah kurma tu bagi kembang, then rebus la. tadi takyah bagi gula pon dah manis. manis2 buah la. if nak lagi manis letak le gula. ya allah..sungguh kenyang hari ni makan. lepas makan lepak kejap. petang, ada orang datang ntah le beraya ke, datang jumpa ma ke...layan je la. lepas orang tu balik, kami pi lak rumah jiran belakang rumah...ada buat open house raya gitu. wahhhhh...ramai orang. hehehehe...meriah. budak2 pon ramai. menunya dia buat simple je...nasi impit kuah kacang, nasi lemak letak jagung, sambal tumis, rendang ayam, mee udang. air anggur dan ada dadih. pastu ada kuih raya la. saya makan sikit je sebab macam kenyang lagi.
**
malam, lepas isyak, siapkan dinner. lauk tadi aaa lagi, cum ikan goreng dah takde. saya gorengkan ikan masin sikit, buat teh o. tu je la. bahan untuk pecal ada lagi. haaa....makan lagi. lepas makan, kemas semua, balik la. bawak bekal lauk sikit, esok senang. kot2terdesak dah ada lauk. memang dasar tau mengabihkan duit ma. hahahaha...ma bagi ikan lagi pulak. owhh...sayang ma. terima kasih ma...i love you. nanti beli la ikan lagi boleh saya pow je bawak balik. save belanja  2-3 hari. hahahaha..memang dasar pengepow punya anak. chehhhh...takpe..nanti saya belanja la ma dia punya top up handphone..adil la tu kan. hehehehe...
*sampai rumah tengok rumah cantik sangat. nezha dah tolong kemaskan. chehhh...tak pasal2 kena lak mengemop rumah malam2 ni. bertuah punya kucing. tak boleh bagi orang senang sikit. baru nak berehat2. so,  now lepak tengok tv...layan je la apa cerita yang ada. obek kuar jap ada hal. biasa la tu. saya baring2 dengan nezha gendut sambil layan blog dan layan tv. esok? my fav day of the week...its monday!!!!!!!*

2 comments:

Ummi said...

i hate monday hehehe... kalau boleh nak sunday aje :)

kalau datang ipoh singgah lah rumah akak tau :) hari tu dah dekat sangat masa pergi tambun tu :)

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

eee, mama Nezha ni kalau dapat menulis kat blog, sampai naik juling orang nak habiskan tulisan dia.. huhuu, panjang berjela.

seronok ye bercuti raya sakan, last2 balik rumah dapat kerja :)