mari mencari....

Google
 

Friday, November 2, 2012

macam-macam ada....





 hello...

aduhai..lama betol tak menulis. huhuhuhuuu...membaca blog orang pon lama dah gak ni tak baca. entah apa perkembangan atau penguncupan kekawan kat blog ni. macam2 hal la. emel pon tak sempat nak buka. huhuhuuuu... salahkan mereka berdua. pi buat disko atas ipad saya jadinya udah kejung benda tu tak mau hidop2. gelap gulita aje. adoi.. ni pon belom repair2 lagi. entah apa masalahnya. ni pasal dapat update sebab pi ikot obek kat opis dia. haa..memalam okeh. gigih ni nak update blog dan nak baca blog punya pasal, hahahahhahaa... so, biarkan obek dengan kerja2nya.. kita berjimba2 main tenet ye.
**
so...ada sesapa rindu kat sapa? confirm le takde kan. tapi..ada tak sesapa rindu kat 2 culprits ni? huhuhuhu.. tak rindu pon takpe la.. tu kat atas ialah gambar budak hitam. dah kurus dia sekarang. sejak kena sakit tu. now nampak dah ada elok sikit. walopon masih ada tapi dah banyak berkurangannya. syukur alhamdulillah. tapi sejak tu dia memang kurang makan. aduhhh.. jangan la nak diet2 acha, saya kurus takpe awak gemok2 je dah le. ni bila dukung dah ringan je. sedih sangat. try bagi dia wet food. 2-3 hari pertama ok la. lepas tu takmau dah. mmm.. taktau nak bagi apa lagi. sapa ada petua bagi dia berselera semula. sila tolong saya dengan kadar yang segera! sayang acha. walaupon dah tak hensen sangat, tapi pendengkinya tetap berada di tahap yang sama. hehehehhehe.. bergaduh dengan elly dah tentu la kan. pantang nampak bayang. dia tengah baring garu perot pon sanggop tu bangun nak pi menampar si elly. sian elly. mamat tu dah le penakot tahap gaban. lari keliling rumah hujung2 celahketiak saya jugak menyoroknya. kadang2 tak pasal2 dengan saya sekali terbabit dalam sessi pergaduhan diaorang tu. gila gabas. saya yang calar balar dibuatnya. eeeeeeeee..... ada yang kena rotan ni kang... sabor je la.
**
so, dah lama tak menulis... ada cerita apa? mmmmm.... takde apa la. cerita raja haji yang lepas. macam biasa. raya kat rumah ma dulu masak2 segala jenis makanan. masak tu pulak macam yang nak makan tu 60 orang walhal 2-3 orang ni jenak kena jadi tukang makannya. menu raya aji.... fuhhh... tarik nafas panjang2. nasi himpit, kuah lontong, pulut himpit cicah homemade serikaya, ayam masak merah, sambal ikan keli, sambal tumis udang, mee kari, rendang lala, sambal tumis ikan bilis, dan entah apa lagi. dah lupa pulak. fuhhh.... lepas nafas. makan sampai macam nak mintak nyawa. hahahhahahahhaa... lepas sembahyang jumaat, baru balik kampung johor. kat sana biasa2 je. takde apa yang menarik. pergi melawat kubur dan pergi makan mee bandung. hehehehhehee.. ahad malam, balik kl. wahwahwahwahhhhhh.. gila jalan jem padat! konon2nya nak masok highway lekas, sekali... tu dia.. nak bayar tol kat senawang pon sangkot dekat 1/2 jam tak lepas2 tol. pasal depan tu ada traffic light. oooo... itu pasal la. tapi memang semua orang pon muka stress je kan. hahahahha... ye la. dah malam, esoknya nak kerja. kononnya balik memalam tu tak le jem, sekali jem jugekkkk. rasakan la. sampai rumah around 12.30am. sampai2 je terus pelok budak busuk 2 orang tu. ala.. diaorang tinggal sendiri je. takpe.. dah biasa dah lagipon sekejap je. check2 rumah semua ok. cuma sepah sikit2 biasa la. baru nak puji melambong sekali time sapu rumah ternampak benda terbongkang. apa tu? sekali tengok bangkai burung daaaa.... kesian. tersesat masuk rumah agaknya, sekali kena kerjakan dek budak berdua ekor tu. makanya terkorban le burung tu di hari raya korban itu. huhuhuhu... other than that, semua ok je. fuhhh.. lega....





ni muka budak elly. kot la sapa tak kenal. again, elly is boy ye bukan girl. sudah tersalah bagi nama dari awal tapi terus melekat je elly. tak kuasa nak tukar jadi allan ke, aladin ke. terima je lah.
**
so, weekend ni ada buat makan2 kat rumah ma. huhuhuhu.. letih, letiih, letih... tapi ma kata masak sikit je. iyolah tuuuuuuuu...mem tu bukan tau yang sikit, semuanya harus banyak. takot beno tak cukup makanan. tukang masak ni yang bengkok haaa.... hehehhe..takpe..cerita makan2 tu nanti bila sudah terjadi kejadiannya. nanti tak surprise le kan. macam le surprise sangat. makan je pong...
**
apa lagi nak cerita ni. kena tulis banyak2 ni lepas ni taktau bila lagi nak menulis. huhuhuuuu.. mmmm.. owh... obek dapat anak sedara baru. hehehehhee... adik obek yang kawen last year sudah bersalin lorr.. aisehmen.. ni yang mengundang soalan cepu emas cepu gangsa cepu cepok ni. adik dah dapat, akaknya bila lagi. adoihai makcik2 sekalian... sila la lebih sensitif terhadap soalan itu.  mmm..takmau ulas lebih banyak.. sapa yang berada dalam situasi yang sama je yang tau apakah perasaannya. eh..ok..takmau cerita bab macam tu. ni nak cerita pasal baby tu. baby boy. so cute!!!!! putih gebu2, muka macam muka mintak kena cubit je. hahahhaha.. nama glamer okeh. mohd. carl zafran. fuhyooooooo.... canggih gitu. maksudnya.. apa nya.. something yang membahagiakan.. haa..gitu le lebih kurang. owhh..comel sangat. wangiiiiiiiiiii.. tapi saya tak usik2 la. saya tengok je. dukong pon tak. takot la. hehehhehe.. cium2 je. nangis bukan main kuat. huiiii.. macamkan kena dera walhal lambat bagi susu je pon. drama king sungguh. bagi dia hadiah special. heheheheh... minum susu kuat lak tu. adoi..maknya sampai demam. hehehehhehe... hope jadi anak yang soleh, yang taat pada ibubapa, agama, bangsa dan negara. amin....
**
lagi..nak cerita apa lagi. tetiba idea hilang. tadi bukan main banyak idea menurah2. hehehhee.. tu tandanya suruh berhenti tulis. hehehhee... ok la..dah panjang dah rasanya. nanti kita sambong lagi ye. insyallahhhh... semoga semua gembira!!!!
**
i love you obek!


3 comments:

Uncle Lee said...

Hi Saya, I love your kuchings, looks cute....
Can see you busy.....but take it easy, ya. Jangan stress...
Relax and have a fun weekend.
Simpan satu lagu dalam hati.
Lee.

Ummi said...

leeya,

happy belated birthday

memang jammed sungguh kan masa raya haji, akak dari sg petani nak ke ipoh yang normally cuma 1 jam setengah dah jadi 6 jam, tension tahap gaban

adik akak dah nak masuk 3 tahun kahwin pun belum dapat anak lagi, selalu dapat soalan cepu mas gak, tapi yang bestnya sebab dia nak anak, so anak-anak akak selalu dia bawa jalan2, seronok akak bila balik kg, boleh relax2 hehehe :)

Misz Pinkie Winkie said...

hope acha makin selera makan..
meriahnyaa menu...sedeyla..
dragon :(