mari mencari....

Google
 

Monday, December 31, 2012

good bye 2012, hello 2013

2012...
semua dah rasa.. suka duka gembira sedih lemau masam masin manis pahit gedebak gedwbuk...semuanyalah! jadikan semuanya kenangan, pengalaman, peringatan, pelajaran untuk masa depan.
2013...
semoga yang indah cantik gembira manis akan hadir sepanjang tahun baru. apapun, syukur kepada Allah swt atas semua pengalam hidup.

Monday, December 24, 2012

kawan baru...

hello...
haaaa....mari tengok sapa yang berlengko tido sampai terpysing2 tergeliat2 badan tu? hehehehehee...tu la kawan baru nezha dan elly. kucing jumpa ni. asyik mengekor je so obek bawa. so, gitu le kisahnya.k balik. huiii...terkejut saya masa obek nak balik tu dia call, dia cakap dia ada jumpa kucing dan bawak balik. saya suka tapi serta merta mata berpinar bila dengar berita tu. ye la, kang harus perang dengan hero2 gendut kat rumah ni. bulu dia cantik. corak swirl2 macam corak kek marble. hehehehehee.... memula letak kat luar rumah. siapkan bekas makanan dan air dan tempat uk-uk. mmmm..memula okey, tapi dia suka merayap ke rumah jiran. jiran pulak jenis anti kucing. hoiii...bikin suspen je saya bila tak nampak dia balik kalo dah malam. mana le tau kot terima nasib sama macam cumiciki dulu tu. ngeri bila dipikirkan. so, nak tak nak terpaksa la bawak masuk rumah. manjanya bukan main. nak berpelok je kejenya. nakal pon bukan main juga. terjal terlebih. tak pernah seumur hidop nezha dan elly panjat sink curi ikan yang direndam. dia ni....dia pergi curik okeh!!!! saya memula tak perasan, cuma dengar elly dok marah2 bising. ingatkan apa, sekali tengok dia tengah syiok geget ekor ikan. kurang hasam sungguh. saya rendam ikan tu sementara nak bagi dia thaw sebelom masak. eeeee...geram sungguh. macam nak naik hantu saya dibuatnya. now kena lebih berhati2. dia kalo malam or kalo saya takde rumah, dia kena dok dalam sangkar. coz elly memang super duper extra benci dengan dia. asyik mengejar menyerang menggigit je. aduhhh..perang sungguh. yang dia pon satu hal, suka carik pasal. haa...lantak korang la. nezha tukang jadi pengadil. tapi ada masa dia pon bedal belasah budak ni jugal. owh ye...budak ni boy okeh..nama memang glamer gila. richard parker namanya. sempena nama saya tengok movie hari tu. hahahahahaa...ngada sungguh. tapi tak larat nak panggil nama panjang2 tu. mula la jadi singkat, jadi richy..lama2 lagi singkat. now dah jadi ichi. belasah je la. tapi saya tengok dia paham

Tuesday, December 18, 2012

Alhamdulillah, it's our 2nd wedding anniversary...

syukur alhamdulillah..
segala puji bagi Allah s.w.t atas semua yang telah dikurniakan kepada kami
terima kasih ya Allah
hari ini 18hb disember 2012 genap 2 tahun usia perkahwinan
segala gekembiraan, kebahagiaan, pasang surut kehidupan kami harungi bersama
kepada suami tersayang
terima kasih atas segalany.
sayang bek sangat2
semoga semua kebaikan, kebahagiaan dan kejayaan milik kita
sama2 kita berdoa untuk semua kebaikan.
sekali lagi, terima kasih ya Allah atas segalanya


Wednesday, December 12, 2012

121212.....

p
hello.... lama tak menulis. hari ni 121212 ye. hehehehehee...sesaja la takmau melepaskan peluang ada gak terselit date ni kat blog. mesti ramai yang kahwin hari ni. wahhhhh...yang berlahir pon ada. heheheheehhh..macam2 peristiwa untuk tarikh ni. next year takde dah. **
so..nak cerita apa. last week ada la kejadian yang menimpa ma. haiiii...orang zaman sekarang semua bijak pandai nak dapat duit dengan cara yang mudah. macam ni....last friday ada le orang datang rumah ma. katanya orang dari jabatan kebajikan masyarakat. nak bagi bantuan katanya. ma memang selalu ada jumpa dengan orang dari jkm, sebab kadang2 dia tolong unjurkan nama orang yang layak terima bantuan tu. kiranya memang selalu ada urusan le gitu. so, orang tu datang, lelaki 2 orang. dia kata dia wakil en. s, sebab en.s tak dapat datang so dia gantikan. ma kata en.s takde lak inform kata nak datang. pandai le orang tu putar belit kan. owh...fyi, en.s tu kira macam orang yang selalu berurusan dengan ma tu la, memang kerja dgn jkm tu. so, orang tu masuk le rumah. ma pulak bagi masuk. ye la, mana le nak tau. sekali orang tu kata nak kena isi borang la apa la, nak minta ic nak isi borang. ma pon kuarkan ic dari handbag, sekejapan ma pegi dapor kejap itu orang sudah lesap lor sama handbag. hahahahahaa...pandai betol. ma nak kejar mana le larat. nampak je kereta orang tu blah. viva silver katanya. nombor tak tau. so ma terus le cal polis. nenonenoneno..polis pon sampai, amik report semua, then ma ke babalai polis buat laporan rasmi. gitu le kisahnya. mujur tak diapa2kan ma. mana tau kot dicekiknya mintak duit ke, ugut2 ke, ikat ke. huii...mintak dijauhkan. duit dalam handbag takde la banyak tapi habis le segala kad2 peribadi. huhuhuu...udah rezeki le tu gamaknya. kepada si perompak pencuri..mati la kau tengah jalan tu! so, last monday saya teman ma bawak dia pi putrajaya buat segala mak nenek kad. buat ic, kad pesara, kad hapa ke benda lagi. fuhhh...berlengas seharian. pukul 8am dah terpacak kat putrajaya tu, takot ramai orang dan yang paling pengting...takot takde parking. hehehehehee... tottettottet semua..siap le segala. aduhhh..letih juga ye menyiapkan semua benda tu. tapi syukur le siap dalam satu hari so takyah le lain kali adyik nak cuti je. saya cakap kat ma next time if ada orang datang jangan buka pintu grill tu, minta tengok kad id diaorang. alahai...orang tua, mana nak ingat semua tu. lagippon rumah tu selalu je macam2 orang datang. bz gitu.. takpe la..ada hikmahnya agaknya. cepat atau lambat je dapat balasan.
**
mmm..korang dah pergi tak kat bigbadwolf buku tu? saya macam nak pergi tapi tak berkesempatan je lagi. dengarnya ramai sungguh orang ye. ayoyoyoo...saya kalo pergi mana pon yang saya risau tempat parking. huhuhuu..saya kan ala2 lembab sikit bab2 bawak kereta ni. terkial2 tu le pasal.  kalo nak kena pergi sesuatu tempat...jenuh le siap check map, cek tenet, ingat landmark segala. huiii..sedih. hehehehehe...saya tak reti le kalo main belasah je. tetambah sensorang. if ada kawan boleh tahan lagi. dah install waze gps pon macam kureng yakin je. hahahahahahaaa...cuak tak pepasal. takpe..nanti ingat nak pergi gak tengok buku tu. mesti best tu. katanya discount melampau2. nak beli buku apa ye? takpe..yang penting sampai dulu. huhuhu...
**
nezha dan elly sihat. seperti biasa, asyik la berkejar bergaduh. adoii..letih. letih nak kena jerit nama diaorang.  obek pon buzy je. sian saya kan. huhuhuhuuu..takpe la...layan je la kucing2 tu. sambil tengok tv sampai lebam! hahahahahahhaaa..
**
ok la..sampai sini saje. nanti sambong lagi. semoga kita semua ceria!!!!!!mana lak nak cekau date 131313. huhuhuu... anyway...tak kira apa tarikh pon, semuanya elok belaka. takde yang soi, takde yang bad luck. semua tarikh yang ada semuanya baik.

Thursday, December 6, 2012

jatuh meja...


hello....
hehehehee...ada la satu cerita. semalam nezha tidor atas meja. dia memang selalu tidor atas meja makan tu.  entah apa yang syok sangat tido atas tu tak tau la. tapi itu memang port dia la hari2, selain dari atas kerusi plastik fav dia tu. nak dijadi cerita, semalam saya tengah tengok tv. nezha tido atas meja, elly tido kat celah mana ntah. nezha tido lena bebenor, sampai berdengkor2. amboiii...sekali, tau2 bedebub!!!!! terkejut saya rupanya dia jatuh meja! hahahahahahaa.... sakit perot saya gelak. tapi kesian pon ada. cepat2 saya dokong dia. wahhh..dia punya jantung, punya kuat degup2. hehehehe...dia kan tengah tido tu terjatuh. terpinga2 je dia tak tentu arah. saya rasa time dia menggeliat tu le dia bedebub tu. hahahahaa..tu la suka tido hujung2 meja. tu le jadinya. macam dalam gambar tu. tu kira dah ke tengah habis dah tu. kadang sampai terjuntai2 tangan punya ke tepinya dia tido. lama juga saya tenangkan dia. urut2, usap2 dia. alolololooo...sian dia. lama dia debar2. hehehehehe...so, pengajaran untuk dia. ingatkan dah insaf. nan hadoooo!!!! lepas je reda tu, elok je panjat lagi meja sambong tidor. chehh!!! terok punya budak. dah jadi satu keje saya nak monitor dia tido. nak kena tolak2 dia ke tengah meja. hadoihhh...kerja tambahan sungguh.  nezha... nezha..so notty!  elly takde hal..suka tengok tv lak mamat tu. tu cerita lain kali. hehehehehee...sayang semua. obek, i love you!!!!