mari mencari....

Google
 

Wednesday, December 12, 2012

121212.....

p
hello.... lama tak menulis. hari ni 121212 ye. hehehehehee...sesaja la takmau melepaskan peluang ada gak terselit date ni kat blog. mesti ramai yang kahwin hari ni. wahhhhh...yang berlahir pon ada. heheheheehhh..macam2 peristiwa untuk tarikh ni. next year takde dah. **
so..nak cerita apa. last week ada la kejadian yang menimpa ma. haiiii...orang zaman sekarang semua bijak pandai nak dapat duit dengan cara yang mudah. macam ni....last friday ada le orang datang rumah ma. katanya orang dari jabatan kebajikan masyarakat. nak bagi bantuan katanya. ma memang selalu ada jumpa dengan orang dari jkm, sebab kadang2 dia tolong unjurkan nama orang yang layak terima bantuan tu. kiranya memang selalu ada urusan le gitu. so, orang tu datang, lelaki 2 orang. dia kata dia wakil en. s, sebab en.s tak dapat datang so dia gantikan. ma kata en.s takde lak inform kata nak datang. pandai le orang tu putar belit kan. owh...fyi, en.s tu kira macam orang yang selalu berurusan dengan ma tu la, memang kerja dgn jkm tu. so, orang tu masuk le rumah. ma pulak bagi masuk. ye la, mana le nak tau. sekali orang tu kata nak kena isi borang la apa la, nak minta ic nak isi borang. ma pon kuarkan ic dari handbag, sekejapan ma pegi dapor kejap itu orang sudah lesap lor sama handbag. hahahahahaa...pandai betol. ma nak kejar mana le larat. nampak je kereta orang tu blah. viva silver katanya. nombor tak tau. so ma terus le cal polis. nenonenoneno..polis pon sampai, amik report semua, then ma ke babalai polis buat laporan rasmi. gitu le kisahnya. mujur tak diapa2kan ma. mana tau kot dicekiknya mintak duit ke, ugut2 ke, ikat ke. huii...mintak dijauhkan. duit dalam handbag takde la banyak tapi habis le segala kad2 peribadi. huhuhuu...udah rezeki le tu gamaknya. kepada si perompak pencuri..mati la kau tengah jalan tu! so, last monday saya teman ma bawak dia pi putrajaya buat segala mak nenek kad. buat ic, kad pesara, kad hapa ke benda lagi. fuhhh...berlengas seharian. pukul 8am dah terpacak kat putrajaya tu, takot ramai orang dan yang paling pengting...takot takde parking. hehehehehee... tottettottet semua..siap le segala. aduhhh..letih juga ye menyiapkan semua benda tu. tapi syukur le siap dalam satu hari so takyah le lain kali adyik nak cuti je. saya cakap kat ma next time if ada orang datang jangan buka pintu grill tu, minta tengok kad id diaorang. alahai...orang tua, mana nak ingat semua tu. lagippon rumah tu selalu je macam2 orang datang. bz gitu.. takpe la..ada hikmahnya agaknya. cepat atau lambat je dapat balasan.
**
mmm..korang dah pergi tak kat bigbadwolf buku tu? saya macam nak pergi tapi tak berkesempatan je lagi. dengarnya ramai sungguh orang ye. ayoyoyoo...saya kalo pergi mana pon yang saya risau tempat parking. huhuhuu..saya kan ala2 lembab sikit bab2 bawak kereta ni. terkial2 tu le pasal.  kalo nak kena pergi sesuatu tempat...jenuh le siap check map, cek tenet, ingat landmark segala. huiii..sedih. hehehehehe...saya tak reti le kalo main belasah je. tetambah sensorang. if ada kawan boleh tahan lagi. dah install waze gps pon macam kureng yakin je. hahahahahahaaa...cuak tak pepasal. takpe..nanti ingat nak pergi gak tengok buku tu. mesti best tu. katanya discount melampau2. nak beli buku apa ye? takpe..yang penting sampai dulu. huhuhu...
**
nezha dan elly sihat. seperti biasa, asyik la berkejar bergaduh. adoii..letih. letih nak kena jerit nama diaorang.  obek pon buzy je. sian saya kan. huhuhuhuuu..takpe la...layan je la kucing2 tu. sambil tengok tv sampai lebam! hahahahahahhaaa..
**
ok la..sampai sini saje. nanti sambong lagi. semoga kita semua ceria!!!!!!mana lak nak cekau date 131313. huhuhuu... anyway...tak kira apa tarikh pon, semuanya elok belaka. takde yang soi, takde yang bad luck. semua tarikh yang ada semuanya baik.

1 comment:

meowwmania said...

huishh seram pulak baca citer ma awk tu...bahaya lah bagi org masuk rmh ni, kite kalo org tak kenal mmg cakap dr tingkap jelah huhuu