mari mencari....

Google
 

Tuesday, December 31, 2013

tinggalkan aku jauh2 wahai 2013...datang dekat padaku wahai 2014..

salam...hari ni 31/12/2013..hari terakhir untuk tahun 2013. sepatutnya diisi dengan kegembiraan..tapi hari ini ia diisi dengal kesengalan dan kesakitan hatiku ini. huh...bengang betul. since this morning, patot pi bank..nk tukar signature katanya tak sama. baru sampai trafik light depan rumah, baru teringat cop pulak tak bawak. pi opis, kunci opis lak tak bawah. binawe sungguh. waktu pon berjalan dengan pantas. orang tua tu pulak jam2 tu la kena hantar quo tak menyempat2. dah kena tunggu lagi nak print bagai. so, bila dah gerak, bank punya padat orang..mcm kenduri kawen punya padat. apahal ntah. memasing nak close account for this year agaknya. so, setel semua..obek gerak ke tujuan lain, saya gerak ke tujuan lain. singgah kedai uncle makanan kucing. uncle dah pesan, next year bersempena dgn naiknya cukai gst kayanya..semua barang pon naik harga. naik 6% jugak. saya kata takpe..uncle naik terus 10%, senang mau kira. so, borak2 dengan uncle kucing sampai lebam. sessi meluah perasaan dan segalanyanya la. maklum..lama2 sekali baru jumpa harus banyak nk gossip. boleh tahan orang tua tu. aku pow jugak discount selagi boleh. so, anak2 bulu kesayanganku..next year kita makan brand lain ye yg murah..makan rc hanya bila ada duit terpijak..kalo tak korang mkn la apa je yg mummy bagi, hatta nasi gaul taik ikan bilis sekalipon. kesian anak2 mummy. takpe la...if mummy takde duit, mummy puasa je, tapi korang takyah la runsing atau risau, makanan korang tetap saya sediakan seadanya. maka, bersyukurlah kerana korang cukup makan pakai perubatan mandi wangi semua kalao dibandingkan dengan kekawan korang yg berkeliaran kat kaki lima kedai,..huhu..sapa berak masa aku tgh tulis ni hoi..busuk bukan main. ok..stop kejap nk pi scoop out bendasing tu. hantu betul.  gerak dari kedai uncle kucing, singgah di pusat beli dan belah. cuci mata seadanya. takde beli apa, cuma beli sikit jajan mengalas perut. sekarang setiap keping ringgit yg keluar harus ditimbang setaranya..samanya ianya perlu dibeli atau tidak. huhuhu..balik dari cuci mata, menempuh jem. kereta buat hal. dah 2 kali glen (nama timangan kereta kesayanganku) buat hal. dulu sekali, hari ni bertambah melampau. temperature naik mencanak. saya terperangkap dlm jem. hingga terpaksa mematikan enjin dicelah2 kesesakan dan memasang hazard signal. orang kiri kanan memarahi sungguh. tapi apa boleh buat. kalo diretruskan juga mau kebabom kerta tu. baik la aku berenti tgh jalan tu. selamba badak bberenti tgh jem selama 20  minit. muka nampak cool, tapi dalam hati dh meraoung. call obobek mengadu hal kereta buat perangai..dia biasalah..suruh berenti dulu. wtfff... bila dah reda sikit, saya start enjin semula dan gerak ke petrol stesen berdekatan. at least apa2 hal senang. call obek suruh ambik. dia lak kat kl. lagi haru biru. dia kata dia suruh budak dia pergi ambil saya. so ok. korang tau berapa jam saya tunggu? dari 4pm sampai 7pm++. dari berzikir, ke istighfar, sudahnya f**k off semua dah keluar. bapak gila lama haku tunggu. sakit beto nyawa aku. nak call lagi batery hp pulak habis. muka selamba lagi pinjam hp bangla petrol stesen tu call obelk lagi. turn out budak tu pi petrol stesen yg salah. patot aku tunggu sampai gajah beranak ko tak muncul2. so tunggu lagi. sepanjang masa menunggu, berkesempatan tgk gelagat manusia. bermacam cara, bermacam rupa. tapi aku tau diaorang pon tgk aku jugak. apahal pompuan ni dook tunggu dari tadi. kerta aku rosaklah!!! hantu betol. budak tu sampai je, tak pasal2 dia kena belasah dgn aku. bukan belasah tgn la..belasah mulut. huhuhuu.. tapi bila dah reda, mintak sorry dh..aku belanja la dia milo ais. huhuhu..so..gitu la kisahnya hari ni. now obek tgh pi tengok kereta tu tadi. tinggal je kat sana tadi. hope takde apa2 yg boleh mengopakkan beg dompet.  seksa rasanya. so..cerita pasal 2013, hui...tahun  i betol2 cabaran buat aku. dari semua segi. harap next year berubah ke yg lebih baik. airmata jgn diukur..kalau ditadah boleh tampung sessi ketiadaan air tempohari. mujur tak tadak. huhuhuhuu.. again..tinggalkan 2013  tu jauh2. jgn datang lagi walau seinci pon. aku mahu yg baru. moga 2014 lebih cerah. obek..u watch out ha...u know what i knew...selamat tinggal 2013...selamat datang 2014..



Wednesday, December 18, 2013

alhamdulillah..it's our 3rd wedding anniversary...

bismillah..
alhamdulillah..hari ni  ulangtahun perkahwinan yang ke-3.
sekejap je masa berlalu pejam celik dah 3 tahun.
terima kasih ya Allah untuk segalanya,
kami berdoa agar kami suami isteri  dimurahkan rezeki, diberi keberkatan hidup, dilimpahkan dengan rahmatMu, diberi kesihatan yang baik , dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah, dan aman bahagia selalu..

obek..happy 3rd wedding anniversary..love you so much!

Friday, December 13, 2013

petua demam..air mata dan buku...


hello... apa khabar semua orang? harap sihat hendaknya ye. saya demam. baringgggg je. sian saya. dah le sensorang obek xde ostn penang. rasa nak nangis...dah nangis dah pon. huhuhuhuu...apa blh buat..redha je la. nak makan pon tak selera. minum air n makan biskot 4 segi gula tu je. kesian tak? sapa tak kesian tu mmg zalim la. huhuhuuu...ubat lak habis. dalam box ubat kat petiais cuma ada panadol solubel je. takkan nk makan gak solubel tu. bukannya selsema. demam. habis tu camne? nak kuar tak larat. so makan la ubat paling mujarab sepanjang zaman...iaitu...air mata. huhuhuhuu..
budak2 pon kesian..tak layan sangat. diaorang tgk saya tido baring diaorang pon pakat tido sebelah. udah le panas badan, dihimpit lagibudak2 ni ya tuhan...tak selesa betol. saya tolak tepi pon kejap lagi  datang lagi. blogger ni dh kenapa, jadi caca marba tulisan saya. entah la. anyway...nak gak cerita hari tu, saya pi big bad book sale kat miecc mines tu. hehehehehehh..balik dari sana la demam. hantu betol. kena sampok hantu buku la tu. tak pon terkejut tgk hantu tergantong2 tu..benci ahhh...dalam pada benci tu sempat jugak snap pic. saya rasa mcm hebat sgt sebab saya memang jenis yang takkan angkat hp untuk snap pic kat depan orang ramai. tapi hari tu entah kenapa hati bunga2 coz tgk buku banyak..tu yg snap tu. tu la...suka sangat kan dah demam. pergi pagi2 buta. sampai je kereta dah berderet. pakcik jaga parking baru nak cabot rantai. hehehe..merasa la parking depan pintu. kalo tak mmg tak merasa la. saya parking kat dalam mines shpg cmplx tu la. tu je yang reti. kot ke tempat lain kang entah ke mana perginya nanti. dah pergi..terus naik level 4. sapa taktau ikot instruction saya. naik level4, jalan kat area centre point, masok kanan..jumpa  kedai fengshui kaler merah, sebelahnya ada lorong cum terowong cum jambatan boleh ke miecc tu. haa..gitu. sampai tu turun le eskelator. dah sampai...sampai2 je diaorang ada jual mcm2 kat situ. last year ada gak kot, tak ingat. tapi this year lagi banyak kot. ada jual beg, stationery, alas kaki pon ada okeh! then jumpa la mcm pameran dia ala2 pirates of d caribbean tu. gamaknya la. ramai orang amik gambar kat situ. owhhh...last year dia letak kerea apa ntah..ferrari ke hapa depan tu. ingat tak? budak2 suka la amik gambar kat situ. saya pon bantai la amik gak. main snap je. tu yg termasok sekali gambar budak kecik tgh posing tu. hahahahaa...then, bermulalah expedisi..yeahuuuuu...masok2 mata dah rambang tgk buku byk sgt.  terus amik kotak. amboi...ada orang siap bawak travel beg lagi okeh. saya pusing la pilih. ikot hati semua nak. tapi jangan ikot nafsu. beli setakat nak baca, kalo beli ikot nafsu shopping, rentikan la. membazir je. stok tu cukup untuk setahun kot. mcm2 buku aa. buku budak2 pon best2. untuk ajar baby2 kenal huruf kan. bagus. saya pon menempek la ikot sekali tgk. lepas penat, kaki pon dah kejang, kepala pon pening, pegi letak buku kat area simpan, naik atas tengok aa jual byk makanan. mmmmm...yg blh dibeli ada kehepsi, pijahat, ayomas n nonimos pija. yg lenlain ada gak tapi tak berkenan le. saya beli gak nonimos pija tu. ingat nk makan kat sana, ada dewan tempat mkn, tapi tgk xde kerusi le. alohhh..takpe la. tahan je la. makan kat tmpt lain. lepas collect buku , saya pon berator bayar. masa tu....kelp2 mata tgk orang beli buku berkotak2 okeh!!!! dah mcm nk bukak kedai buku kaedahnya. huiii....ngeri... saya beli secoet je la. hehehehee...berator lama gak, sebab org2 depan beli buku berkotak2..tapi takpe..boleh dgr orang depan n belakang berborak. saya sorang je lone ranger. on the way out tu yg jmpa patong hantu tu. wtfff....lepas tu terus hntr buku berat pi kerea. then masok balik..kata nak makan. so pusing2 tgk mana yg  berkenan...dah tak berkenan pulakkkkkk...adoii....manja betol perot ni. end up beli donut, pastu balik. huhuhuhuuu...sampai rumah around3.30pm. bergegas zohor. tak baik tau jalan2 sampai zohor beso telor puyoh. astagfirullah...insaf. kejap tu je la. huhuhuuu...lepas tu mkn pija yg tapau tadi. n donut. tu pon kena pow dgn acha. bencikkkkkk...semua dia nak. malam tu dah demam. bagus kan. now, ubat demam selain dari air mata ialah baca buku! fewwittttttt....suka saya. takpe..hari ni dah ok sikit , tak le pening tgk hurup. so...korang pegi la jugak jalan2 sana supaya boleh demam terkejut mcm saya jugak. baru adil. hehehehee...to obek, cepat la balik..sian oby demam ni. makan pon tak tentu hala ni. asyik:dok tibai biskot je. huhuhuuuuu uuwaaaaaaaaa...love you so much...






















Thursday, December 5, 2013

macam2 ada..gemok kurus sihat sakit...




hello....

lama betul tak menulis..so apa khabar semua? harap semua sihat ye. saya, obek n kucings semua ok je la kot. obek je kebelakangan ni ada selsema..hehehehe..pastu degil pulak makan ubat. kalau tak dibagi depan biji mata tak makan ubat le jawabnya. bukan tak boleh amik sendiri dlm petiais tu...mengada lebih. acha pon ok. tapi taknak korek telinga. lagi satu tension. adaaaa je dia tu. lari 1 rumah mcm nak kena dera..dia tak sedar yg dia tu sebenarnya yg dera saya. elly plak, terlebih dr biasa..asyik la nak bergaduh dgn richard. pantang lepa, bertinju je kejanya. then suka pijak lantai baru mop. basah2 tu harus la rumah bercop-cop corak tapak kaki. apa kau igt saya rajin nk mop rmh 1 hari 60 kali ke? dpt 1 hari 1 kali dh cukup bagus. so, everytime mop rmh, saya n elly mesti bercekau. acha n richard ok pulak. elok je dok atas kerusi. haihhh..salah saya juga, cuba masokkan dia dlm cage kan ke selesai masalah. my bad...my bad.. richard pulak..selain dri kena buli selalu, dia ok je. sikap suka curi laok masih menebal dlm diri. so, setiap kali memasak saya harus super aware dgn si pencopet belang ni. huishhhh...apapon, saya sayang semua. baik sayang obek yg super mengada, or baik sayang bebudak ni yg supercat sgt. huhuhuhu...----------okeh..kisah lain pulak. kereta tu asyik buat hal je. last month dia dh pow berkeping2 not kertas kaler biru. sangat annoying okeh. tapi apa blh buat, dah kita perlukan dia, repair je la. nak beli baru mmg tak lakan. hutang sediada pon byk, taknak tmbh hutang baru. takot. ----------kisah lain, saya dah tengok rancangan pertandingan masak2 kat tv tu...ala yg ada retis bagai tu..mmm...boleh la. hebat juga ye boleh masak dlm tempoh yg sekejap. kalonsaya....baru masak telor dadar n grg ikan pon dah dkt 1 jam. diaorang siap blh msk mcm2 siap hias2 pulak tu..huii..cuma saya tak berkenan cara pemakaian sesetengah drinya...comeon la...masak dh le dgn pakai baju ketat, sendat, nampak keti lagik...ayoyoyooo..hilang selera nk tgk masakan tu. terballik pulak orang asing pakai baju kurung. wahhh...dh kenapa ni? terbalik sudah...anyway...maybe saya je yg sakit mata, org lain ok je kan. apapon goodluck to all of them. saya pon akan cuba try test msk hebat2 mcm tu. hohoho...terbalik dapor saya nanti.----------kisah lain pulak, kenapa ha...senang je nk gemok tapi susah sgt nk kurus? lately saya perasan dh mcm gems plak. especially tang muka la. cepat je bulat. arghhhh..tensen melampau okeh. kenapa ye. saya ckp kat obek, nak pi jogging la pepagi...tapi takkot la cz sini dah mcm ramai pulak mat itam berkeliaran. hishhhh...idok la saya. safety first. orang kata buat kerja rmh lbh skt so blh kurus. owhhh...naik lenguh dh mentapu, tak kurus pon. nkk pi gym? sorang2 malu la....best agakknya jd kucing, gemok pon takde hal. huhuhuuu...obek kata wat pe nk risau if gemok, if takde duit lg berganda risau dari gemok. bila pikir, ye jugak. tapi obek tu biasa la...dia suka demotivate saya. time saya ckp nk diet, mlm tu gak dia pi beli burger la n segala mcm jajan. benci!!!!!! ----------kisah lain lagi, tak lama lagi wedding anniversary saya n obek. hehehehehehhh...ok la. dah byk tulis ni. next month tulis lagi ye. gituuu...jangka panjang sungguh...okeh, love u obek, love you acha elly richard..and love all of you...wassallam...





Sunday, November 24, 2013

hai...bye..

hello...waduhhh...bz gitu..so hai hai bye bye ye. Nanti sambong lagi. Hehehe..love you!!!

Tuesday, November 12, 2013

it's my birthday...24th october...


salam.....

alhamdulillah...betrambah lagi satu angka dalam hidup. hehehehhee..tak kisah la kan. dah memang adat hidop. umur mesti bertambah, tak kira la berapa pon. anyway saya bersyukur sangat kerana diberi kesempatan untuk hidop sehingga hari ini. semoga dengan birthday kali ini, hidup saya lebih dirahmati, diberkati, panjang umur, murah rezeki, diberikan kesihatan yg baik dan kekuatan dari segala segi. moga hidup bertambah ceria dan bahagia, dikelilingi oleh orang2 yg disayangi serta mendapat keberkatan dalam apa juga yg dilakukan. aminnnn... obek..mana hadiah? nak yang besarrrrrrr punya. huhuhuhuuu..takde pon takpe, semoga kita lebih bahagia dan sentosa. aminn. so..happy  birthday to me!!!!



apa dah jadi? macam2 dah jadi...

hello...
lama betol dah tak menulis. bukannya takde masa. masa ada, hari2 pon masok blog tengok dan baca kekawan punya blog. tapi bila nak sign in kat blogger tak boleh pulak. terkelip2 loading unloading je. dah berkurun tak tau kenapa. pelik juga. dah geram pulak dibuatnya. tab ni ke yg bermasalah. tidak pulak saya try test kat tempat lain. hari ni cuba lagi. boleh masok. tapi taktau blh publish ke tak. last time saya tulis pasal birthday sampai ke hari ni dia tak publish. huh...entah la. taktau apsal. so..sepanjang tak menulis ni, macam2 benda dah jadi. apa ye. mmmm..birthday, anak ibu bertunang, saya masak kek, tangan saya sakit, mandi bebudak kat rumah tu...semua dah bau busuk hapak. hishhh..busuk2 pon tetap lah kesayangan saya.
 bila dah mandi dah wangi si elly pulak tak tau apsal bulu gugur banyak. apakah??? tak sesuai shampoo ke, alergik ke..bila sikat tu dia segumpal. kot la ditampal kat teddy bear boleh jadi sekor kucing yang lain. bila bulu dah banyak gugur, kerja mengemas jadi betambah kuantitinya. nyampah la. tapi apa boleh buat, kena gak le vakum selagi mau. huhuhuu..kisah anak ibu bertunang, meriah. dah macam kenduri kawen pulak gayanya. mmm..zaman sekarang semuanya nak grand2 belaka. janjinya setahun bertunang. lama tuuuuuuuu. hehehehhe..pepandai le korang. korang yang nak kawen. saya doakan semua selamat hingga tiba hari majlis. alaa..kalo pikir2 setahun tu pon tak le lama sangat. sekarang ni pejam celik pejam celik cepat je masa berlalu. lagi kisah apa ye. mmm..kisah kerja obek. bebudak kerj abuat perangai pulak. haishh..budak zaman sekarang terlebih manja dan melebihkan tuan. makan nak tanggong, rumah nak kena bagi. melampau. keje malas. patot la pon tenaga kerj adari luar yang jadi pilihan. macam ni bila bangsa nak maju. malas dan tak bertanggungjawab. lu sendiri jawab le esok kalo malaikat tanya kenapa ko makan gaji buta. haaa...jawab jangan tak jawab. kalo korang rasa korang boleh cari kerja dan majikan yang terlebih baik nak tanggong makan minum, tempat tinggal dan duit poket dipersilakan. kami ni baik hati lagi sebab pikir anak bangsa sendiri. kalo ikotkan tak perlu pon nak tanggong makan semua. pepandai kau la nak hidop. tapi bila kita baik, kepala kita pulak nak dipijak. bila maknya call mengadu cakap bos tak bagi makan. hahahahahaa..adoi..nak gelak pon ada.nak marah pon ada. dah le makan free, banyak songeh pulak. ikan tak makan, nak makan ayam saje. if laok tak sedap takmau makan..nak yang makan makam mewah je. adoi..kami ni pon makan sekali sehari je tak macam awak yang makan tanggong 3 kali sehari. duit jajan tak pernah kami berkira. tapi awak punya sifat pemalas tu memang tak boleh diubah. makanya...awak sendiri yg nak melungkop. dipersilakan. banyak lagi orang nak kerja. cuma jodoh je beloom sampai nak kerja dengan kami. on another bab pulak, pekerja kesayangan obek tu masok hospitak last week. hah...darah tinggi katanya. pengsan kat rumah. masok icu gak memula tu. seram je. tapi sekarang dah sihat. budak wan tu baik orangnya. pekerja harapan le katakan. kerja tak berkira. huloq la sesikit buat ringankan beban dia masok wad. saya doa segomga dia cepat sihat. kesihatan kena jaga. takkde ganti dan tak boleh dijual beli.  so, hari ni obek pergi penang lagi. saya biasa la. if obek takde, pakat minum air mata je la. huhuhuu..ciwek. anyway...tu je la kot nak cerita rindu nak menulis. tapi bila ada peluang, idea lak takde. wokehlah. doakan semua selamat sejahtera. amin...i love you obek!

Wednesday, October 16, 2013

151013-hari raya aidiladha...

budak2 semua sihat. kena tinggal mula la sekor2mmenggagau tak keruan. kucing temasok mak kucing juga. sabor je la. acha biasa la. dia cool je. tapi dalam cool tu kuat dendam tu. elly biasa gak, kaki gaduh, mangsanya risi richard la. lantak korang la. saya balik semalam rumah tunggang langgang. tapi takde hadiah yang tak sepatotnya yang ditinggalkan untuk saya. heheheheheheheheee.....so, korang punya cerita ccamne? hope semua ok. love obek so much!!! tetiba jenkan. 



,salam...
selamat hari raya aidiladha...seronok tak korang punya raya? saya biasa2 je. mana ada manusia. saya n obek n ma je la. heheheheheee....hari ahad tu dah pesan kat ma tak yah masak apa2, coz dah tau bukan ada orang nak makan if masak banyak2 ni. lagipon biasanya raya haji ni kurang orang nak datang beraya coz orang bz dengan aktiviti korban. so, saya pesan jangan masak. biar saya masak kat rumah sebelom balik, sebab isnin tu nak tunggu obek balik dari penang baru gerak balim rumah ma. so taktau pukul beapa obek baru boleh sampai rumah. so, isnin tu pepagi saya pi kedai le beli barang masak. fuhh..penat juga. silap la...patotnya beli barang hari ahad, so isnin boleh terus masak je. since obek takde kat rumah, saya memang tak keluar melainkan perlu je. malas la. obek takde, mood saya pon takde. hehehehheee...lepas beli2 semua, saya pon siap2 masak. masak kuah laksa, kek oren, kek gula hangus, bengkang tepung beras, dan rendang ayam. owh..masak juga sambal tumis sotong untuk makan malam tu. by 4pm obek call cakap baru sampai kuala kangsar. uwaaaaa...jaoh lagi. hari dah petang. sabar je la. so, lepas siap semua, kemas beg baru then lepak tunggu bek sampai. pukul 830pm obek pon sampai. yahooooooooo...windu wohhhh. lepas lepak kejap, kita pon gerak balik rumah ma. sampai je ingat nak terjah makan, sekali ma tak masak nasik!!! uwaaaa...ma kata dia igt kitaorang dah makan. chehh. so sementara kemas2 semua, jerang le nasi. lepas tu apa lagi, makan la. saya mmg lapar seharian tak makan, cuma minum je. obek pon lapar sebab barubalik jalan jauh. huhuhuu..ma tu kan, orang dah pesan jangan masak, dia masak juga. rendang ayam tapi jenis lain pesen punya dengan nasi impit. wohhhhh..betambah2 makanan. fuhhhh...esoknya, lepas suboh, kasi perangat kuah laksa dan siapkan table. then pi sembahyang raya. lepas tu baru la makan secara pukal borong dan yang sewaktu dengannya. wahhhh..bestnya! walopon 3 kerat je manusia, tetaplah meriah bila meja penuh makanan. syukur alhamdulillah. ma tu siap beli kerepek, bahulu n macam2 lagi la. raya katanya. raa tak syiok pulak if takde benda2 tu. haiyakkkkkk..belasah je la. lepas makan, ada aktiviti korban. taman rumah ma tumbang 10 ekor lembu. meriah. lepas asar, saya pon gerak balik rumah semula. hari ni obek kerja. fuhhh...gitu la cerita raya aidiladha tahun ni.












Monday, September 30, 2013

emosi sungguh la...

haa....emosi, sungguh la emosi. in fact sampai nangis2 lagi nih. huhuhuu..bukan apa. tadi tengok tv. dah kata hantu tv, haruslah dah tetengah malam pon tengok mengadap tv lagi. sesambil tunggu al-sultan obek tu balik, so tengok tv le kita reramai. mmm..saya sorang je yang tengok. lagi3 ekor tu terbongkang tido. sekor dok kat sebelah sambil digaru perot, sekor kat belakang sofa, sekor atas sofa. lantak korang la. owhh...tadi tu memula tengok the haunted. ala2 macam crita hantu la. dia crita pasal ada entity dok kat rumah dia, nampak bayang le apa semua tu sampai kena panggil apa ke namanya paranormal halau hantu. mmmmm...nampaknya tak kira apa agama or budaya, perkara macam ni tetap ada ye. ingatkan kat tempat omputih takde benda2 gini. so, ok la...kesian gak kat home owner tu. yang saya bengang tu her black cat boleh hilang gegitu aje. sesuatu betul la. samada penyewa dia yang kanata ala2 gothic tu kidnap(catnap) or kucing lari dari rumah. mmmm..comel je kucing tu hitam lak tu. macam kucing bateri eveready gitu. hehehehee...the other story pon ada pasal kucing gak. nama georgie, who turns up be the same name as a drowned child years ago. erkkk....suspen gak menengoknya tadi. so after jejampi gitu, that house pon ok. no more kacau2. bila diingat2 balik, masa saya dok rumah bujang dulu, selalu la benda2 macam ni berlaku. macam dengar orang panggil nama, macam ternampak kelibat dihujung mata, lebam2 badan selalu ada, bab mimpi pulak toksah kata. sebab saya selain dari ratu tv, selaki harung merebut title  ratu mimpi ni. tetiap malam confirm mimpi. masa tu la. sekarang ada juga tapi takde dah mimpi hantu2 ni. dulu masa tu every time mimpi mesti la dlm mimpi tu diaorang dok cakap ni rumah kami. kami lama dah dok sini. huhuhuuu..ngei tak? alaa...saya tak padai cerita. tapi masa kejadian tu ngeri la. bila mimpi tu memang rumah tu macam selalu penuh dengan orang. sampai je  luar driveway pon ada je orang. haihaihaiiii...glamer sungguh. mujur datang dalam mimpi je..buatnya menjelma depan biji mata, harus kejung dah saya agaknya. lepas dah kawen, pindah, takde dah mimpi diaorang. huhuhuuu...lebam2 kat badan pon dah takde. dulu, lebam lama belum surut, lebam baru dah timbul. kat peha, kaki, lengan, mujur takde kat leher. kang orang ingat saya buat keje apa pulak. hantu punya hantu. huh.... so, come to think back, saya rasa rumah tu maybe ada something yang stay situ sama saya. tapi kekucing takde lak menunjukkan reaksi ketakotan ke apa. ahhhh..imaginasi saya je kot agaknya. takpe la...dah berlalu pon.  so, lepas tengok crita the haunted tadi, tengok lak my cat from hell. hehehehhe...bebetol best crita tu. ni ala2 cat whisperer la. si mamat apa ke namanya jackson kot, tolong cat owner yg ada kucing bermasalah. first kisah kucing kelabu gemok yang garang suka buli pukul cakar the orher cat. wahhhh..bukan main garang gila. ngada sungguh. so, bila dah train mak2 dia, semua dah ok. happy ending. second story, sedih. memula tak sedih, pasal kucing ni suka berak kencing merata. hoihhhhh...sungguh tak dapat dibayangkan bau harum satu rumah. hehehehehe...tapi mak dia very the penyabar orangnya. sanggop belikan kain alas khas tu supaya kucing dia berak atas tu. siap ada poo corner sebab budak tu takmau berak kat litter box. bila jackson check...baru la mak dia cerita rumahnya kucing dia telah di declawed kan. hah!!!! memula saya ingat apa. rupanya cabot kuku you olls!!!! zalim sungguh. ni previous owner la punya kerja. kononnya nak cegah dari cakar2 sofa le tu kan, terus ko cabot kuku kucing tu without thinking the negative impacts for the cat. dari pembacaan cara dan dari si jackson tu cakap, dia diibaratkan kalo kita manusia ni kena potong jari!!!! ko nak? kan ke menyeksa namanya tu. out of nothing, saya tetiba je nangis. emosi sungguh. walhal tengok kat tv je pon. rupanya bila dia dah kena declawed tu dia memang takmau pi litte box, sebab sakit tapak kaki dia tu. jalan pon tempang sebab sakit dan tulang masok ke dalam . dalam kes ni, kucing tu kucing parsi nama fi. owhhh...so cute n active and gendut juga. sampai hati manusia buat dia macam tu. agaknya diaorang nak kucing yang ikot kata macam robot agaknya. tak cakar furniture, baik selalu gitu. haihh..macam tu ko jgn bela kucing, ko pi beli robot bentuk kucing dan boleh setting ikot apa ko nak. huh...bencilah. sambong nangis. so, emak si fi nak pon dah cakap, dia bukan byk sgt duit nak berubat ke apa, tapi still willing to take care of the cat. so si jackson tu bawak kawannya doktor tolong bagi akupuntu gitu. taktau le free ke apakan..idok pulak dia cakap. so, lepas dah berubat, baru la si fi ni nak berak kat litter box. slow2 la kan mak dia ajar. huhuhuuu..really respect kat mak si fi ni. gigih la dia. tak putus asa. as for fi, she turns to be more healthy and happy. dah boleh poo kat litter box. but bila yang time mak dia baca esei as fi tu, sedih sangat. saya nangis. huhuhuuuu...bila teringat2 ni pon nangis jugak. sampai hati they did such a horrible thing to such a cute cat like fi. or to any other cat. no cats deserved to be declawed. saya  protest! tetiba je kan. ye la...seksa okeh. cuba jari kau aku potong pasal kau suka usik2 barang orang. tak ke gila namanya tu. saya harap kat malaysia ni takde la kejadian macam tu. kalo tak...entah la..taktau nak cakap apa. agaknya kalo fi's previous owner yang jahat tu dapat kucing macam richard yang suka cakar sofa sampai jahanam ni, bukan kata cabut kuku, terus potong kaki tangan gamaknya. adoihai...sedih la bila tengok rancangan tu tadi. saya ni jenis cepat emosi. ciwek la senang cerita. tengok lak benda macam tu. huiiii...bila saya tenung2 kucing2 saya semua ni, ranya sayang sungguh kat diaorang. walaupon....ye...walaupon saya ni dah registered as their slave, tukang pencacai poopoo, tukang kemas segala, tu belom tanggung kerugian furnite segala jahanam kena cakar, kos pi klinik, kos makan semua...tapi takde la sampai nak mendera diaorang ni. haiii...entah la dunia sekarang. nyawa haiwan or manusia senang je dipertaruhkan. back to fi story...sayang dia. walopon tu cerita entah berapa tahun yg lepas punya ke kan. saya harap akan ada ramai pet owner yang baik macam mak si fi tu, megan kot nama dia. love your cat as you love yourself. sayang semua.









Tuesday, September 17, 2013

tiwi...





hello... tengah wat pe la tu ye. tengok tv ye? hehehehehe...saya ni memang dari kecik hantu tv. rerasanya la kalo takde tv tu payah benor nak survive. maklum la..masa kekecik mana ada kawan. dok tercongok je sensorang. apa lagi, tv je la kawan saya. pagi petang siang malam. celik mata tv, pejam mata pon depan tv. sanggop angkat selimut bantal supaya dapat tido depan tv. ye la...dulu2 mana ada macam orang zaman sekarang. sekarang living room pon ada tv, bedroom pon tv, even kengkadang kat dapor pon ada tv. dulu ada 1 je tv kat ruang tamu. ahhhh...saya pedulik hapa dulu masa kecik saya tak dulik. makan tido semua depan tv. masa dulu suka la apa juga channel semua bantai. dulu kan takde astro tapi belasah je apapon tengok juga. sekarang bila dah besar, lagi la asyik tgk tiviiiiiiii je. obek pon pening . hahahaha...dia kata saya ni asyik tgk tv je. saya ckp ye la. nak buat apa lagi. dari saya kuar merayau tak tentu harah baik la saya tengok tv. sekarang memacam channel ada. channel hiburan, ilmu pengetahuan, ilmu agama, masak2, channel penyakit2 segalanya la. nak tgk channel bahasa asing pon boleh. tak ke seronok tu namanya. saya if semua channel boring takmbest, channel sport orang main sukan ntah hapa2 pon saya boleh tengok. terok betol. dari tv saya belajar banyak perkara. tentang diri, tentang hidop, tentang masyarakat, tentang memacam la. cumanya absorb je la yang elok. ada gak pengaruh tak elok dari tv. contohnya memacam le. ada cerita tunjuk camne nak curi2 or buat jahat. haaa...yg tu jangan la diambil. kita ambik yang elok2 je. paling suka bila tengok channel masak2. wahhhh..masa tu berkobar2 semangat nak cuba semua resepi. tapi time tu je la. bila rancangan habis, semangat berkobar tu pon tamatt sekali. hahahahahaa...masa zaman sekolah dulu pon, saya masih kekal setia dengan tv. buat homework depan tv, study depan tv. masa tu tak banyak sikit mendatangkan ilham gak camne nak jawab soalan exam. orang maybe ada yang kena senyap sunyi baru boleh study, saya tak. saya study depan tv terpasang. mata tengok buku, telinga dengar tv. tapi kalo radio tu saya kureng sikit. agaknya pasal tak nampak orang geak2 kot. kartun apa jua jenis kartun pon saya layan. untuk budak kecik ke macam timmy time tu, or ala2 ganaz ke macam bleach tu, or yang best2 ngarut macam phineas n ferb pon saya bantai la. tapi saya suka detective conan. muwahahahaha...tak dapat tgk kat tv, pi tgk kat utube. parah betol. kat rumah ni bebudak yang paling suka tgk tv ialah elly. acha n richard takde hal. ada ke takde ke diaorang x kisah. tapi kalo elly, tu diaaa....siap meniarap2 mendongak depan tv. saya taktau la samada dia bebetol paham tv tu or just kebetulan dia suka tgk tv. so, saya ada geng la. hehehehehee...tu gambar acha tengah menyampah sebab saya baru lepas kacau dia tido. siap jelir2 lagi. arghhhh....tak dulik. nak jugak kacau. ok la...nam sambong tgk tv. heheheheee....obek, i love you! tetiba je kan ending lari tajuk. ahhh...dulik lah. 













Wednesday, September 11, 2013

all time gangster...

tu diaaa...all time gangster katanya. maunya tak. kerja dia carik gaduhhhhhh je at any time. geamlah! richard dah tentu mangsa tetap. kadang tak pasal2 dengan acha yang cool tu pon jadik. paling hampeh, if tak dapat anybody, saya pulak yang kena jadi mangsa kemarahan dan kegeramannya. ini tidak adil..ini tidal adil bagikuuuuuuu.. now since richard belom berapa semboh, bila saya keluarkan richard bagi jalan2, elly saya masukkan dalam cage. lantak kau la. degil tu je ubatnya. kalo tak masak le mamat richard kena gusti segala. dan saya lepaskan elly bila saya dah dok relax. means, saya dok tercongok boleh monitor gerak geri gasing dan membaca akalnya yang panjang berkilometer2 tu. pandai okeh serang hendap dari belakang. sungguh ko belajar perang dari rambo gamaknya. acha takde hal. dia buat hal sendiri je. orang tak kacau dia, dia tak kacau orang. paling2 pon mendera saya garu perot dia. apa ada hal. tapi elly bila malam menjelma time tido dia la yang paling lemah lentok manja melampaui batas2 kucen. huhh...asyik nak menyodok kepala dia suruh kita garu. turun naik katil pusing bilik check setiap penjuru mengalahkan ajen fbi mencari bom tersembunyi. manja melampau. alahaii...gangster pon gangster la. tetap saya sayang ke hujung langit.  pagi tadi belom ada aksi gaduh. sebab tak bagi bersua muka. malam kang taktau le kan. eh..malam ni nak masak apa ha. obek dah balik semalam. yahoooooo...love you obek! tapi nak kena pi lagi next monday. mencik ahhh.. camne la orang yang memang dok jauh dari husband tu ye. ada yang husband keja kat luar negara la, yang keje askar lelama jejauh tu, yang memacam le kan. hebat betol mereka tu semua. siap ada anak2 lagi untuk diuruskan. saya ni baru outstation dah gelabah puyu tak tentu hujung pangkal. hishhh...kena belajar kuatkan diri ni. alalalala...dah tau perangai ciwek (kuat nangis), camne nak jadi kuat. takpe..cuba, cuba, cuba. rumah ni selalu ada kucing luar datang merendek kat sini. dok kat pintu then bebudak rumah ni mengeow la konon marah. piiirahhhh... dah tentu orang tu kat luar takdenya boleh masok dalam rumah. lagi mau marah. saya letak jug biskut bowl kat luar tu. nasib la sapa sampai dulu dia la punya rezeki. akan tetapi, lepas makan sedap pulak dia melepak atas kereta guwe. cinabeng sungguh. dah le kereta tu comel, bertambah anggun bila ada corak abstrak tambahan berupa cop tapak kaki kucing. arghhhh..saya dah le malas basuh kereta. jadi, sekali pandang cantik gak kereta ada corak2 tapak kaki kucen. dua kali pandang.....dah, dah..buat taktau je dah. about anjing luar yang selalu lepak kat gate, lama dah takde. mana entah perginya. kena tangkap dek majlis daerah kot sebab mmg dah lama takde nampak any stray dogs around this area anymore. mmmm..takpe la. kalo ada saya ok je. jangan pulak korang cepat je jatuh hukum anjing haram tak boleh dekat rumah. bukan saya bawak masok rumah. dia duduk je pon kat gate tu. haihhh..some people ni over islamic sangat. yang dia tu mengumpat mengata orang tak tentu hujung pangkal islamic sangatlah. owhh..tak boleh cakap lelebih. kang jadi isu pulak. pegang anjing tak salah, asalkan  kering. nanti samaklah. kan dah belajar semua tu. bagi makan anjing pon tak salah pada saya. bukannya ko beriya bukak mulut anjing tu suapkan makanan. letak jauh je pon dia pi mkn sndiri. bukannya haram. ni tak, nampak anjing 20km dari dia dah cakap haram. yang ko bertenet baca update blog, fesbuk segala guna tenet opis tu tak haram? makan gaji buta orang suruh buat keje ko menyembang menggatal tu tak haram? elok sangat la tu. ehhh...dah kenapa la hari ni nak hot pulak. sabar, sabar...sabar itu separuh dari nama sabariyahhhhhhh... ok la, nak pi buat keje. jangan speku lelebih, makcik keje sendiri, pakai tenet bayar sendiri. kadang terbabas juga tak bayar. tettttttt...

Tuesday, September 10, 2013

bergumpal-gumpal...

pagi tadi atas sebab kasihan yg teramat, sementara membersihkan litter box, saya pon keluarkan si richard. ye la bagi dia lurus2 kaki pusing rumah. akan tetapi, dalam sekelip mata sekilas pandang, saya tak perasan rupanya gangster of the year si elly ada kat belakang saya dan telah meng-attack richard! apa lagi...bergumpal2 berguling2 sampai tercabot bulu segala. saya tergamam tak boleh nak buat apa. capai penyapu pi sepak si elly. tak kena pulak tu! hantu betol. ye la..saya pon takot juga sebab tengah gadoh beriya. luckily, richard dapat lepas dan menyorok kat tempat sempit. huhuhuu..elly tak puas hati sambong attack acha pulak. dah diaorang berdua pulak bergumpal. astagfirullahalazim..mengucap panjang saya. tak pasal2 acha pon jadi mangsa geram elly. saya sakit hati betol. lepas dah selesai tu, saya kemas2 segala. tangkap elly, letak dalam cage si richard. bagi dia rasa camne dok dalam cage. padan muka dia. baru duduk dalam tu seminit dah meraong bagai nak rak. saya buat tak pedulik je. lantak kau la. degil sangat. nak sangat jadi gangster kena la tahan cobaankan. haaa...rasakan. geram! camne nak buat elly tak gadoh dengan richard??? help ma.....

Monday, September 9, 2013

sudah sunat la...


alololo...siannya dia. sudah kasi sunat la. sebenarnya lama dah teringat nak sunatkan dia. tapi asyik bertanggung dari sehari ke sehari je. sampaila aktiviti bergaduh dengan elly menjadi bertambah ganaz sampai berdarah2 macamkan orang pergi perang, dan aktiviti pancut memancut berlaku. memula pancut kat dapur je. boleh tahan lagi coz senang nak basuh. kat lantai je kan. sampai la dah melampau pancut kat sofa dan baju yg saya dah lipat. ini tak boleh jadi. melampau la ni. yang kasi melampau pon kita jugak. tak boleh nak salahkan kucing tu jugak. so, terus call klinik buat apointment. mmmm..esok paginya terus zasss..malam before sunat dah puasakan dia dan kurung. alahaiii..bergegar rumah malam tu coz dia kan tak biasa kena kurung. asyik la menjerit. saya keraskan hati dan buat pekak telinga je. biarkan dia. kene kurung kejap je pon bukan saya dera dia ke apa. sabtu pagi tu pukul 11am bawak pi klinik. tottettoetet semua tinggal la richard. uwaaaaa...saya pulak yg menangis. owhhh..entah. rasa macam sedih je. petang pukul 5pm klinik call cakap dah boleh amik dah. tanya doktor camne nak jaga budak baru lepas sunat ni. doktor kata kurung dia supaya dia rehat dan tak gaduh dengan kucing lain. itu dah mesti. elly si gangster dok menunggu peluang je ni. balik je rumah richard terus menuju tempat makan. lapar latu. ye la..lama kot puasa. dari the day before tu pukul 7pm dah tak makan ni dah 6pm lebih baru jumpa makanan. kalo manusia pon kebuluran. tengok dia makan banyak saya lega la. pastu tengok dia minum. walopon sikit tapi minum dah. malam tu pantau dia selalu. sampai la dia macam tak kencing berak dan muka tak semenggah, saya emel ke meowwmania tu minta tolong camne nak jaga. memang gitu ke budak baru lepas sunat. mujur cepat je meowwmania reply emel. hehehehee..tq so much sayang. lega sikit perot bila ada yang bagi info  berterusan tu. malam tu memang richard tido lemah je. sian dia. akan tetapi..elly telah menterrorostkan cage richard. sakit betol hati saya. tak senang orang tu nak rehat. dah le pulak saya tutup cage dengan kain bior dia tak nampak. boleh gak dia dia hulur kepala masok bawah kain tu. siap nak marah2 richard lagi. richard mamai dia tak pedulik pon. last2 saya dgn elly yg bercekau. sabar je la. pantang terluang ely mesti nak pi tengok richard tu. ko tunggu elly, ko punya giliran hujung bulan. itu jam ko rasa la. hahahahahaaaa...sebelom ni saya tak sunat elly sebab takde pulak isu pancut2 ni. bila time richard ada lak pancut. tu yg heran tu. entah la. harap semua ok. by today, richard dah ok dah. dah berak dah kencing. makan minum semua ok. but still saya letak dalam cage. wbagi luka sunat betol2 baik. tu if keluar mesti nak bergumpal lagi dengan elly. richard tak bagi saya tengok tempat sunat tu. dia marah okehh..saya nak le tengok ok ke tak ke. kot2 nak kena letak ubat gamat ke bak kata si meowwmania tu. mmmm..nanti la slow2. lagi 2 hari saya rasa dah boleh keluar cage kot. harap2 la. so dah sunat nak kena buat pulut kuning ni. hahahahaa..nanti la tunggu elly pon dah sunat. sekalikan. yahooodapat makan pulut kuning. saya je la makan, kucing makan biskut je dah. hahahahahahaaa...ok la.sesapa nak bagi maklumat penjagaan kucing lepas sunat boleh bagitau saya. saya kurang pengalaman bab jaga orang sakit ni. owhhh..obek still outstation penang. sian saya sensorang je. sedih la. uuwaaaaa....obek..keja je la projek kat kl, takyah jejauh macam tu. balik cepat tau. rinduuuuuu....

Friday, August 16, 2013

kisah hari raya aidulfitri 2013...

hello... tatap je la budak cemburu kuat tengah tido terkangkang. sungguh kurang sopan okeh. eeee..sapa le nak buat menantu kalo camni gayanya. hehehehe...anyway...selamat hari rayaaaa...tak habis2 lagi ke beraya. udah2 le tu. bawak2 pulak puasa ganti. ganti awal2 esok senang. takde terlupa ke apa ke. buatnya mati esok lusa, kome udah mengganti puasa kiranya. huhuhuuu... okehlah. cakap orang je. saya pon next week  baru nak start puasa. sementara ada syawal ni, boleh sekalikan dengan puasa 6 tu. insyaallah.
**
ni nak cerita la pasal hari raya. saya baca blog orang semua dah khatam kisah raya. saya belom gak tulis. ni ada masa so saya tulis la. bukan takmau tulis. malas nak tulis. raya tahun ni kat rumah ma saya la. hehehehehe..terima kasih obek. tahun ni rumah ma saya, tahun depan pon, tahun lagi satu pon. hehehehe...petang nak raya tu saya baru le kelam kelibut mencari baju raya. kau ada? haaaa..bila dah beli last2 minit ni, kisahnya senang aje. ada yang berkenan, takde s saiz pulak. yg ada saiiz hati tak tak suka. hujung2 sebat je la janji ada kaler masok. tema tahun ni hijau. suka je hijau. malam raya tu ada takbir kat rumah ma. lewat orang tu sampai. dekat 12++ baru muncul. saya dah ngantok le. obek ikot rombongan takbir dari lepas isyak lagi. bagus betol dia. lepas takbir saya pon berkemas. obek pi kuar, pi amik lemang. geng2 dia ada buat bakar lemang. esok pepagi sebelom sembahyanng raya, saya masak nasi lemak, sambal tumis, goreneng telor n buat kuah lontong. hui...hebat2. dah le hebat, sedap lak tu. hahahaa...habis okeh nasi lemak 10 pot. teror tak teror. tahun ni takdenmasak beriya2. masak simple je. lepas sembahyang raya, apa lagi makan time. ehh..sebelom tu sessi salam2 pelok cium berjuraian air mata air hidung hingus selsema semua ada. huhuhuu..salam dengan obek, nangis. salam dengan ma lagi meraoung. nampak beno banyak buat salah. selepas berdrama, makan time! bedal apa yang ada. tapi disebabkan perot masih tak biasa makan waktu tu..ye la kata pose sebula tiba2 kena isi nasi pukul 9am, mau tak terkejut perot. makan sikit je la. tunggu orang datang beraya. budak2 kecik tahun ni kurang beno. biasa berderet2 datang. ni elek pocik. diaorang balik kampong agaknya. kejap tu ibu lak sampai. borak2 makan2. lepas zohor saya lari balik rumah kejap tengok si acha n d gang. kemas2 semua balik rumah ma lagi. mjur dekat je. hehehe...malam lepas isyak pukul 11pm kot, saya pon balik rumah sendiri. esoknya pepagi baru gerak balik johor.
**
kat johor biasa je. takde wat apa pon. pi beraya rumah sedara2 je. isnin pagi dah balik kl semula. gitu la kisahnya.
**
obek kata nak buat makan2 raya. ntah bilanya. saya boleh je masak banyak2 tapi kena la inform awal2. jangan esok nak buat malam ni baru bagitau sekian le jawabnya. huhuhuuu...cadang nak wat laokk kampong je. orang pon dah jemu ketupat lemang rendang ni.
**
next week obek nak kena  outstation ke penang. mmmm..nangis le sensorang kat rumah. terus takde mood. ok la. selamat hari raya...

Thursday, August 8, 2013

selamat hari raya aidilfitri 2013...

selamat hari raya aidil fitri 2013

maaf zahir dan batin

semoga bergembira sentiasa

dari kami sekeluarga...

Wednesday, July 24, 2013

cemburu kuat...

Hello...

Lama gak tak sambung tulis ye. Biasa la tu. Hehehehehhh... so camne puasa so far? Harap semua ok hendaknya. Puasa tahun ni agak kureng sikit nafsu nak beli juadah berbuka tu. Bagus gak. Jimat sikit. Asyik membeli aje. Last saturday kekawan obek ada buat makan2 buka puasa. Tapi ala2 pot luck la. Sorang kena bawak 2 jenis makanan. Haiyooo... nak bawak apa ni. Apa Iidea pon tak de. Sabtu tu obek lak keje. Siang tu dia tido la. Camne nak pi kedai beli bahan masak. Saya keluar sorang? Memang tak mendapek la jawabnya. Makanya nak tak nak tunggu la obek bangun. Bila dia dahbangun saya pulak tertido. Haaa..tido bergantinamanya ala2 pas baton gitu. Hehehe..bila 2-2 dah bangun dok la bantai tengok tv je pulak. Sedar2 dah pukul 5pm. Tu pon pasal kawan dia call pesan jangan lupa datang tu. Itu jam baru la laki bini melompat sebab apa benda pon tak sedia lagi.  Baru la padan muka. Hehehe..siap cepat2 nak kuar. Obek kata beli je la laok kat pasara ramadan tu. Saya pulak kata tak best la. Beli kang berapa hinggit pulak dah. Kita bukan nak beli untuk makan 2 orang.ni ramaini kang. So godek2 akhirnya saya buat keputusan masak juga. So kita bahagi 2 la. Obek pi pasar ramadhan beli kuih,  saya pi kedai beli bahan masak. Mesti masak yang senang je dah. Lagipon tak cukup masa dah ni. So saya masak sambal tumis sotong, tumis kacang buncis dan wat telurdadar. Hehehe...menu jimat namanya. Jadik la..janji home made. Berjaya siap masak dalam masa 1 jam. Dah siap semua so kita berangkat la. Sampai je kat tempat makan2 tu azan pon bunyik. Syukur. Laok sayabawak semua habis. Sedappp..chewahhh..masuk bakul angkatsendiri. Orang lainada bawak kari, ada pecal, adasayur apa ntah.kuih ponbanyak jenis. Obek beli kuih hijau ada kelapa dengan popia. Gitu la kisahnya makan2 masak2 terkejut.
***

Ni kisah budak manja saya. Cemburukuat okehhhh!!!! Gila cemburu gila budak elly ni. Tu tengok muka dah kuncup kurus. Orang puasa dia pulak yg kurus. Tak adil sungguh.sebab apa saya kata dia cemburu kuat, dia tu tak boleh tengok orang lain dok dekat2 dengan saya. Kangdia mengamok. If saya  garu acha orrichard, dia confirm2 akan datang dan tolak tangan saya. Suruh garu dia lak. Tak bagi garu bebudak lain. If tak kang mula ladia  menjerit bising. Cakar selagi ada benda kat rumah ni. Tu satu. Lagi satu,  dia cukup tak berkenan dengan obek tu. If obek ada kat rumah mula la dia membising. Menjerit mengacau. If time obek takde tu elok lak diam  tengok tv. If obek dok dekat2 dengan saya dia akan mencelah dok kat tengah2. If nampakkitaorang baring ke lagi menggila bising. Dia akancakar obek. Hahaha...sian obek. Hari tu obek tido boleh lak diapi cakar orang tua tu tengahberdengkor. Sian obek. Bangun tido tengok dah bercalar. Dia asyik la nak berkepit dengan saya. Sayaduduk ke, baring ke, masak ke, mengemas ke dia mesti nak kat sayaa.  Seram jugak dengan elly ni. Cemburu buta kuat. Apa la nak jadi. Dulu takde la melampau2 cemburunya tu. Kadang sian dengan acha n richard, baru nak manja2 dengan saya elly mesti dah datang take over. Melainkan masa tu elly tengah tido. Aman le sikit. Elly, elly...jangan cemburu sangat la. Saya sayang semua. Muahhhhh..
***
Pagi tadi sahur kat mamak. Lama dah tak keluar. Makana roti nan dengan teh ais. Fuhhh..pu ya lama tak minum ais. Malam tadi minum ais. Hambekkk...teh ais pulak tu. Pagi ni siap ladengan sakjt perutnya, tekak perit, taks senang la kaedahnya. Pagi ni je dah 2 kali buat pelaburan. Terok betol. Tekak pon rasa tak sedap. Menyesal minum teh ias tadi. Mencik keadaan yg tak selesa macam ni.
***
Ehh..kata dah takde lagi projek direct  nego. Semua projek mesti thru tender. Ni camne ni. Tau2 tup2 dapat berita company si polan ni dapatprojek direct nego. Mana boleh camni. Tak adilla untuk semua orang. Asyik dia je yang dapat. At least buat la tender terhad walopon ko memangdah sah2 nak bagi katcompany kroni kau tu. Haa...kes ni sapa nak jawap?  Spr sila jawab sikit.  Sekian jawapannya. Huhuhuu..takpe sendiri mau jawab la. Bulan2 pose ni takmau cakap banyak. Fikir sendiri je dah.
***
Apa lagi nak  erita?  Semua dah cerita la kot. Nak kena bawak acha piklinik cocok montot. Dah due date dah. Nanti la acha tunggu daddy dapat payment kita pi klinik ye. Acha sekarang nampak sihat. Semalam mandi. Pandai dia dok diam je. Sayang dia.budak pali g baik sekali. Masa mandikan dia dah tentu la elly menjerit cakar pintu toilet. Sabar je la. So lepas acha mandi, elly punya turn pulak. Fuhhh..lenjun makcik. Letih.  Bab mandi tu boleh lagi tapi bab nak keri gkan bulu tu yg bercinta sangat. Geram. Lain kali mandi sendiri la. Hehehehehh..
***
Oklah.rasanya takat ni dulu. Bila nak beli baju raya ni. Huhuhu..takpe.  baju raya kat mana2 pon ada. So selamat berpuasa semua. Bye!!!

Tuesday, July 16, 2013

kisah makan di bulan ramadhan...

Yeah. ... tu namanya supercat puasa. Nampak tu muka lemah je.alololoo siannya dia. Puasa la sangat. Kita sahur dia pon sahur. Kang 7.30am dia breakfast lagi. In between tu harus la makan lagi coz bila petang check mangkok makanan tinggal sikit. Kang kita berbuka dia nombor 1 dok mengadap meja. Chehhh... 3-3 ekor pon peel sama je. Tapi macqm nampak kurus sikit kot bebudak tu bulan pose ni. Sian dia. 
**
Anyway...takde la nwk cerita apa sangat. Biasa2 je. Last sunday ibu n the gang datang buka kat rumah saya. Sabtu tu ibu dah sms cakap bebudak tu nak datang buka. Siap request menu  lagi tu. Amboiii...tekak memasing tak mau kalah ni. Ada yang nak siakap sweet sour, spageti tuna, laksa johor. Paling pelik budak aish nak roti canai. Apakah??? Lain benor selera ramadhan ko aish. Hehehehehehh.. so makqnya hari whad tu saya ke kedai le membeli barang nak masak. Huiiii..berpeluh juga masak2 tu. Tengah tung tang tung tang sebok nak blend bawang untuk kuah laksa johor, sekali tekan2 suis blender senyap je. Ekk pon tak. Okkk pon tak. Akk p9n tak. Hah sudahhh. Dia buat hal dah. Time orang bz ni la dia nak buat hal. Ingatkan plug ke tak bernyawa. Pi tukar kat plug lain. Pon senyap. Maka confirm lah sudah riwayat blender telah tamat dibulan ramadhan ini. Puii..orang dapor tengah tunggang langgang ni. Hantu betol. Ingat nak cancel je masqk laksa johor tum tapi bahan semua dah siap. Ikan pon dah rebus. Dalam pada mengamok2 tu...ta boleh buat a0a gak la. Maka, start kereta pi la ke tesco berdekatan dan beli blender paling murah. Mujur ada promosi. Rm49.90 sajorrrr. Geram betol. Obek tak de kat rumah masa tu. Mujur dia takde. Selamat la dia. Kalo dia ada mesti dia yang jadi mangsa amarah. Muwahahahahhh... so l3pas beli blender terus balik rumah sambung masqk. Tung tang tung tak..mpukuln6pm semua settle. Huiii..ibu datang tinggal nqk potong betik je n susun pinggqn. Geram betol. Ibu bawak laok rendang ayam dengan sambal ikan bilis petai. Wahhhh..saya masak laksa johor, rebus sayur bayam n terung, siakap sweet sour. Buah betik dan air sarsi. Spageti tak jadi masqk sebab dah banyak makanan. Owhh..ibu pon bawak nasi. Siap hangkot periok nasi terus ni. Hahaha..almaklum, piok nasi rumah saya comel sangat. Ang berapa kali nwk jerang pulak. Kuih obek beli kuih lopes. Jadi la. Seronok berbuka ramai2. Lepas huka lepak2 borak. Dah malam tu ibu pon balik. Hehehehe...acha, dia suka la ramai dayang nak tolong garu perot dia malam tu. Elly penakot. Lari nyorok. Richard pulak lepak belakang je. Pening wgwknya dia tengok rumah ramai orang. Biasa 2 orang senyap sunyi je. Gitu le kisahnya. Owh by the way, makanan semua adalah sedap ye. Hehehe..tengok la sapa yang masak. Chewahhhhh.
**
Cerita lain pulak, obek demam semalam. Demam urat agaknya. Kurang rehat. Bergulung dalam selimut. Alahai..siannya dia. Tapi dalam pada demam tu memacam pulak permintawn untuk berbuka. Nak mee g9reng la, nak kuih apa ntah namanya. Warna putih ada debu2 dalam ada I ti. Mmm..layan je la. Hari ni dah reda sikit nampqknya. But still tak pi keja. Suruh dia rehat je kat rumah. Hope obek cepat sihat hendaknya. Nak pi jalan cari baju raya. Apa pon takde lagi ni. Huhuhuu..
***

Lagi jak cerita apa ni. Mmmm..takde apa la. Harap ramadhan kali ni lebih bermakna. Wassallam.
**
Love, hugs n kisses for all.

Sunday, July 7, 2013

minggu emosi sungguh la...

Berdebar2 subgguh tadi. Tau la dah lama tak update blog. Sekali buka tafi dia cakap blog not foundin dashboard. Haaa... sudah... apa pulak masalahnye ni. Kene pi update emel la, memacam benda. Dah le jenis buta it, terkial2 la membuatnya. Dah terbayang dah blog hilang lesap. Mana pulak nak carik ganti. Buka baca boleh, tapi tak boleh update. Camne tu? Uwaaaaa.... slow2 godek, boleh le jugak. Tapi entah la. Benci ahhhh...
***
Minggu ni banyak betul cabarannya. Mmmm..macam2 cerita la kiranya. Seperti biasa, takde la semua yang boleh cerira kat sini. Kadang2 rasa tak selesa bila ceritakan segala kejadian untuk bacaan umum. Tapi kadang macam takde tempat nak borak2 pulak. Hehehe..
***
Elly tak brenti2 mengamok. Ada je yang tak kena. Terlebih2 moody mamat tu sekarang. Perangai pon boleh tahan. Boleh dia pi bantai tido kat tempat pasir? Tak ke tu mendatangkan saya naik hantu. Kalo dah tido kat pasir tu jawabnya harus la badan dia pon harum sekalu. Nak mandi bila nak keringkan dah 1 hal. Adoihhhhh... sabar je la banyak2. Richard biasa la. Asyik kena buli je. Acha baik. Semalam saya pi rumah orang kawen. Bila balik cabut 2 lidi bunga manggar. Hehehe... buat main dgn acha n d geng. Bukan main suka diaorang main. Sampai melompat2. Sekejap je setengah jam benda tu dah hancur lebur. Sekian la jawabnya.
***
Kusah obek pulak...orang tua tu tengah sedih. Hehehe..ala2 baru lepas kena kapur/buli dek business partner. Macam ni la kalo business joint venture share2 ni. Walo dah buat agreement pon, tetao la kepala hotak ligat nak menipu. Boleh ke bila dapat payment orang tu sapu semua? 1 sen tak bagi kat obek dengan alasan untuk cover cost. Walhal payment tu bukan utk cist yang dia nak cover tu. Amvoih...sian obek. Saya cakap kat obek, kenapa tak belasah je orang tu? Kita pon nak guna dyit juga. Ada komitmen juga. Ada keperluan juga. Knowing obek yang senyap, dia kata takpe la orang buli obek. Nanti ada balasan. Huh...kalo sata dah siap bersilat gamaknya. Makannya dibulan baik ramadhan ini, kami duit belanja terhad la ye. Hehehe..takpe la. Doa orang yang dizalimi tu pasti didengari oleh allah. Orang yg amik duit tu, denggarnyabaru amik kereta audi, baru dapat lot meniaga kat fudcourt, baru dapat new projek...well maybe dia nak guna duit kot. Tapi kot ye pon ko nak guna duit dulu, mintak la elok2. Mesti kita bagi punya. Bukan main rembat je gitu. Cara dia tu buat orang tak percaya dah and takmau buat deal dgn dia lagi in future. Nak ikot modal, obek pon kuar modal. Bukan buta2 gitu je. Entah la..nak argue dgn orang mcm tu tak guna. Baru le saya nak berangan2 gitugini dgn payment tu. Hancus semuanya... kesian kitaorangkan. Takpe la. Nanti ada balasannya. Kami pon ada projek  n payment lain. Apa dia ingat kita ni xde job lain gamaknnya. Silap besarr le ko. Sekarang ko boleh hadap duit tu sampai kenyang. Mesti gembira tu.
***
Macam tu la kalau berkawan. Kawann makan kawan, kawan buli kawan, kawan anuaya kawan. Ahhhh..nama pon dunia.
***
Ok la. Tu pasal mla nk update blog. Jadi lebih emosi sungguh. Apapon, semoga obek kuat semangat. Rezeki ada dimana2. Cepat atau lambat je. Macam2 cara rezeki boleh datang. Kiri kanan depan belakang, semua ada. Saya pon kena kuatkan semangat juga. If saya tunuuk muka sedih2 depan obek kang lagi dia susah hati tensen pulak. Buat ok2 je la. Takpe..roda tu kan bulat. Kada diatas, kadang dibawah... apapun saya nk ucapkan selamatberpuasa kepada semua..tak sabar nk puasa bulan ramadhan! Love all of you...

Monday, June 24, 2013

lamanya tak menulis....

credit pic to google image..
**

hellooooo...
alolololooo... lama betul tak menulis. dah dekat setengah bulan ye. hish ish ishhhh.. ap ala nak jadi. entah la. idea ada tapi macam malas le pulak. tapi tiap2 hari masuk blog baca blog orang. hehehehe.. kiranya tak le ketinggalan keretapi sangat kan. macam2 isu sekarang ni. hari tu terbaca pasal blogger ala2 double identity ke tipu identity? entah le labu, sampai kecoh2 gitu. katanya ada 2 blog. ehh.. pada saya biarlah dia nak ada berapa blog pon. yang korang dok baca jugak blog tu dah apsal? baca just for fun udah le kan. takyah le nak percaya ke sangat apa yang dibuatnya. entah la. kalo dah nak jadi isu tu, ada je agendanya. pas tu isu pasal nenanti every blogger nak kena letak real identity le pulak. hehehehhe.. dah kalo macam tu camne pula pada orang yang nak meluahkan perasaan isi hati tanpa diketahui orang. ni pasal kes kutuk2 mengata le tu. sorang punya pasal, semua tercalit. yang ko nak kutuk2 melebih2 melibatkan banyak pihak tu dah kenapa? apalahaiiiii... menulis sekadar meluahkan perasaan udah la. sedangkan wartawan pun ada etika ketika menulis artikel supanyanya tidak melibatkan hal ehwal yang keterlaluan. bab politik, bab negara, bab agama, bab perkauman, itu semua isu2 sensetif. ye betul semua pon ada hak untuk bersuara tapi biar berpada2 dan ikutlah saluran yang betul. entah la. takmau komen bebanyak. yang pasti, apa yang kita tulis tu biarlah terkawal. tapi susah juga, kadang orang lain ni cepat je nak salah sangka dan salah interpret apa yang kita tulis. kita tulis dia maksudkan lain pulak. haaa..camne tu? hehehhee...
***
sejak dah lama tak menulis ni, macam2 dah berlalu. ehh..jerebu kuat lah. saya sakit hidung tau bila buka pintu. tapi kalo tak buka pintu rumah udah terkuap pulak. malam pon macam ada je bau tu. ni lagi satu hal. tiap2 tahun mesti berlaku. dah jadi macam aktiviti wajib tahunan pulak. huh! sian kucing i tak dapat pi jenjalan kat luar jerebu punya pasal. haa.. tercongok la kau kat tingkap tu tengok burung terbang. burung pon takde hati nak terbang. semua dok pakat lepak bawah kereta. dah kenapa semua ni? huhuhuhuuuuu...cerita bab kucing, nezha sihat je la. kurus sikit. hari tu pi  klinik cocok montot, bila timbang turun sikit katanya. dah kenapa pulak nak kurus? ko berdiet ke nezha? takyah diet2 la..makan je la apa yang ada kat dapor tu. bukan kena bayar pon. free je semuanya. bila tengok biskut semua habis dalam mangkok, kek pon dibedal, kuih pon dibedal tapi turun berat badan pulak? ni harus saya nak kena menuntut ilmu kurus badan dengan nezha ni. biar sama2 kurus baru lah adik nak oiii. hehehhehe... elly pulak.. mengamok tak habis2. ada je benda yang tak kena dimata dan dihatinya tu. tak boleh salah sikit, semua silat taekwondo silambam dibuka. richard la jadi mangsa. sampai naik stress kawan tu sampai demam. demam elok, demam elok. pelik betol. tu lagi sekor. entah apa penyakitnya entah le. dah pi klinik. makan ubat bukan main seksa macamkan suruh makan racun. bersilat satu rumah nak  bagi dia makan ubat. calar2 tangan jangan cerita la. ni kisah kucing dera manusia okeh.. bukan manusia dera kucing. seksa lah! walocamne kena cakar pon ubat tetap kau kena makan. sorry la nak lepas. bila dah elok 3-4 hari, naik lagi demam. kenapa ha? stress ke? kalo stres tu memang saya faham beno le. ni mesti kes gaduh dengan elly le nih. sian richard. kalo saya ada kat rumah, dia mesti nak melekat je dengan saya. mengadu nasib le tu. elly pulak suka buli2. hishhh...
***
gegambar bebudak tu takde la ye. cable entah ke mana. cari tak jumpa. so, cilok la gambar google je. janji ada gambar. tak le kosong sangat ye tak? last 2 weeks pi ipoh, rumah pakngah, anaknya kawen. kenduri hari ahad tapi saya pergi hari sabtu sebab ahad tu obek kena ada keje pulak. tak boleh lepas. so dari tak nampak muka baik lah datang awal sehari. buat tunjuk2 muka orang kata. saya pergi bawak kek okeh! 12 bijik je. hahahhaha.. saja untuk buat2 makan. balik dari ipoh terus pergi kuala kangsar makan laksa. wahwahwahwahhhh..sedapnya makan laksa. jangan lupa apam besar tu. beli sampai 5 pasang. belasah la makan sampai pening. sampai rumah dah malam. seperti biasa kalo sampai malam saya takde rumah, bila balik haru le mendapat hadiah dari bebudak tu. redho  je la. kemas je la. kesian saya kan. selalu kena buli.
***
sedar tak sedar dah syaaban dah kita ye. sapa nak puasa ganti, cepatlah. dah nak ramadhan dah ni. saya insyaallah, awal2 syawal lagi dah ganti. sebabnya takot terlupa la tu kan. biasanya saya puasa 6 syawal tu teruskan sekali puasa ganti, dan pastikan sebelom raya haji semua puasa ganti tu dah digantikan. makanya nanti raya haji tu sekali harung raya habis puasa ganti. hahahhaa... jadi tak le terleka terlupa bila dah lama2 tu. tapi tahun ni saya alpa. leka. lalai. biasa rejab saya dah puasa. tahun  ni syaaban baru nak puasa. kenapa la agaknya saya ni. ramadhan tahun ni entah camne pulak. terima je la apa yang ada. sapa nak order kuih raya sila order dengan saya. muwahahahhaha....dijamin sedap, homemade, guna bahan sedap dan berkualiti. insyaallah.
***
apa lagi nak cerita ni. itu je la kot. nanti sambong lagi. jangan sampai syawal esok baru nak muncul lagi satu entry. pengsan.
***
love you obek, love you nezha, elly, richard. love all of you!



Thursday, May 30, 2013

pagi2 dah mengamok...

hello...
haiiii...budak2 ni, tadi pepagi lagi dah mengamok. pagi suboh buta, saya pon belom bangun tido lagi. tetiba dah dengar bunyi menderam2. dalam hati dah berkata, haa...sudahh..ni kejap lagi berlaga le ni. apa taknya...sebaik je saya habis sebut, dia punya mengamok bercekau bagai nak runtuh rumah pepagi buta tu. elly dengan richard la. sapa lagi. sian richard, asyik kena buli je dengan elly. elly lak ntah apa kena, memang dari semalam asyik nak hot n spicy je. bad mood sungguh!  diaorang bercekau kat area tv, sampai jatuh speaker, berterabor barang atas cabinet. ya tuhan...saya memang dah berlari nak leraikan, tapi elly gigit leher richard takmau lepas! menjerit le saya. saya angkat pegang habis tangan saya luka2 calar dikerjakan. tak pasal2 obek pon masok campor  pi leraikan. sepanjang masa tu elly tak lepas gigit richard. yang acha pulak dok dekat menyebok nak joint sekali. aduhhh..memang havoc sungguh pagi tadi. agaknya jiran sebelah dengar le saya dok menjerit2 leraikan pagi tadi. sabar je la. obek marah elly, siap angkat tangan nak gaya pukul baru mamat tu cabot lari. lari pi mana? lari masok bilik okehhh...gatal sungguh. dah tak pasal2 saya mengemas segala pepagi tu. mujur speaker jatuh ke lantai, buatnya kena hempap haa..baru ko tau elly. bukan ringan speaker tu. k**
cerita lain..dalam last week la. entah apa kena memang betul2 bad day hari tu. start dari awal pagi...serba tak kena. mula2 dapat call yang menyakitkan hati. so, pepagi dah spoil mood. then ada wat transfer $$, tapi line pulak hang. udah tak boleh masok pulak. hishhhh...lepas tu, kerta pulak buat hal. adoihhhhh...seksa betol. rasa nak jerit. dah jerit pon. hehehehehee...so, gitu le kalo pepagi dah spoil. petang dah elok dah.chehhh...
**
malam tadi obek kerja, tetiba dia call. dia jarang call kalo time kerja. rupanya kawannya meninggal. aduhai. saya kenal kawan dia tu. kira pangkat pakcik2 gak la. meninggal secara tiba2. serangan jantung agaknya. so, obek pergi ziarah la. pagi ni pi menghantar ke melaka. kampung arwah tu. meeting apa semua kena cancel la..tak boleh buat apa. baik arwah pakcik tu. walaupon tak berapa rapat dengan saya, ye la..saya pompuan takkan nk beramah mesra sangat dengan dia kan, dengan bininya tu ok la, tapi saya suka pakcik tu. jenis ceria je. mmm..apapon, saya doakan semoga rohnya dicucuri rahmat, kawan2 yang baca mohon sedekahkan al-fatihah pada arwah..
***
so, gitu le ceritanya. gambar takde. tadi load tak masok2. lambat benor. nak tunjuk muka budak elly yang serba tak semenggah muka tak puas hati tu. kau apa masalah elly? ngalahkan acha ngadanya. sabor je laaa....apapon, sayang semua.  love you. love obek jugak!ejung nanti. obek marah dia. baru dia takot. tapi tak pukul la. buat gaya haippp..haippp..kalo dengan saya mana budak2 ni nak takot. dengan obek baru le takot. padan muka ko kena marah. si richard udah menggigil ketakutan. sian dia. saya pelok2 bagi dia relax then letak kat belakang bagi makan minum semua. baru ok. bulu tercabot? jangan cerita la. penuh dah berterbangan satu rumah. hehehehehee...lepas siap kemas semua, saya pi cari mamat elly tu. tanya kat obek, apa dibuatnya dalam bilik tu? obek cakap dia dok tepi katil senyap je buat muka tak puas hati. aduhh...merajuk la tu. hangin semacam la elly ni. moody lebih. sabar je la. acha ok. mujur dia tak sempat masuk campor, kalo tak entah apa nak jadi. so, pujuk elly pulak, bagi dia relax. owhhh...apa nak jadi dengan budak2 ni.

Monday, May 20, 2013

macam2 ada...

#1--ada la orang tu, dia pi minum milo dalam kereta, tapi tak habis. pastu tak reti2 nak buang. ada je dok tercongok kat tempat letak cawan tu. makanya basi le air tu. degil sangat. saya pi le kemas. nak jadi cerita, tumpah air tu dalam kereta dia. miyahahahahahaa....obek..wangi tak kereta?
***
#2--mandikan budak2 tu. tapi si richard udah jadi panas dedor pulak badannya. haishhhhh...jangan la demam. mamat tu dah le jenis payah nak makan ubat. boleh wrestling dibuatnya.  hope ok, tak melarat. minggu ni je macam2 peel la budak2 ni.
***
#3---letih la mop rumah. sampai naik malas. arghhhhhh...dah 2 minggu ni saya ngelat je basuh baju. hantar dobi. muwahahahaa...entah la. macam malas je. tapi baju putih still basuh kat rumah, coz nak nila. haihh..sama je kan kalo basuh semua baju kat rumah. apa masalahnya.
***
#4---still suka pi main cekup2 tu. 4 kali main, 3 kali tak dapat, 1 kali dapat. so, now bertambah lagi sekor kawan acha. toy tupai bulat. hehehehehehee...belasah la.
*#5---acha ok. tapi maybe sebab panas sekarang ni, dia suka bad mood. suruh garu perot tapi mulut bising. apakah? dah ko nak camne ni acha??? elly biasa la. dia memang selalu bad mood. asyik nak garang marah orang je. richard la jadi mangsa selalunya. lantak korang la. tak larat nak marah dah. tapi kalo musim hari hujan, semua tau takot. melengkor keliling saya. bila guruh petir, semua mondok. tau takottttt!!!! obek pon dah sihat sikit. still degil gak. ahhh..kucing dengan bapak kucing tu sama naik je degilnya. saya je yang baik dalam rumah ni. hehehehehehee...love you so much!**

Monday, May 13, 2013

acha dapat kawan baru...

vhehehehee...ni la kawan baru acha. comel tak? alkisahnya...malam tadi, sedang menonton television, sekali orang tua tu merengek la pulak. nak roti katanya. saya kata ada roti kat dapor tu. roti krim gardenia. memang sentiasa ada je stok kat rumah ni. ye la...tu yang paling senang diwaktu2 kecemasan dan kebuluran. hehehehe..obek punya krim vanilla, saya punya sambal bilis. huishhh..mesti ada stok. kalo tak, payah la. buat breakfast boleh, lunch boleh, dinner boleh, buat makan2 time tgk tv pon boleh. muwahahahahaa..dasar pemalas, bagi laki telan roti je.  tak la...bukan zalim, tu je yang senang. almaklum, obek ni kadang boleh tahan dia punya cerewet makan. hehehehe...
*
so, berbalik pada rengekan obek yang nak makan roti tu, sekali dia kata takmau roti tu. nak roti jasko katanya. amboihhh!!! ohver sungguh. makan jenpon roti cap apa pon. takmau katanya. hishh..mengada sungguh. so, bersiap le kami ke jasko tu. mujur dekat je kan. sampai2, pusing2 la dulu. so nampak le mesin cekop2 toys tu. kebetulan ada orang tengah try test nak cekop toy tu. wahhh..excited. tapi sian orang tu tak dapat. banyak:kali dah dia try. satu kali main 2 token. 2 token tu 2 hinggit la. owhhh...so saya dah terpandang satu toy kucing cohomelllll..sedang meniarap dengan sungguh bergaya. so, saya suruh obek try la. mana tau kot ada rezeki, mendapat le saya patung kucing comel tu. hehehee..so, yeahhhh...mari kuta try!!!! fuhhh...saat mendebarkan. ramai pulak tu penonton. uwaaa...sekali..cekop2, dapat wohhh!!! yahoooo..lompat disitu juga. bestnya. orang lain yg tengok pon happy jugak. then try lagi sekali. kali ni toy cute dog pulak. pon meniarap jugak. belasah la. dannn...dapat jugak!!! yeayyy!!! kegembiraan berganda. last kopek, obek nak try amik toy arnab tersengih. hehehee..malangnya, tak dapat. hehehehe..takpe la. dah dapat 2 ekor ni pon dah happy dah. kiranya 1 rm2 je la kan. haa..mana nak dapat tu. saiz besar le jugak. so, udah le saya pulak kena mengendong 2 toys tu masok kedai roti. hehehehe...belasah je la. sekali obek kata, kita pi tengok seluar keje dulu la. owhhhh..baru la tektik dapat dikesan. rupanya dia nak berjalan tengok seluar, bukannya nak beli roti sangat. amboihhh...biasa dia nih. hehehe..so, jalan je la pusing. tak beli pon. tengok2 je. lepas tu beli roti sebeban. lepas tu balik rumah makan roti tengok tv. malam tadi panas betol. tak selesa dibuatnya. kesian acha, elly n richard. pon kepanasan gak.mbalik rumah bagi 2 toys kat acha, dia cium2 je. ada la dalam 3 minit. pastu blah buat muka tak berminat. mmmm..takde perasaan betol mamat tu. elly biasa la. mana boleh nampak benda lain dekat dengan saya. harus dia mengarok. dah diterajangnya  toys tu. masak betol.  so, gitu la kisahnya. senang je kan nak gembirakan hati isteri ni. tak perlu intan berlian harga juta2, modal rm2 je pon dah happy.  tapi sekali sekala la. kalo dapat gelang  tebal tu amatla dialu-alukan...nak raya dah ni. muwahahahahahahaa...love you obek! obek hero la!

Tuesday, May 7, 2013

macam-macam ada....

hello...
lama dah tak menulis. hehehehe...malas. tapi selalu masok untuk baca blog kekawan. anyway...dalam pada lama tak menulis ni, macam2 benda dah terjadi. huiii...pening kepala. banyak ceritanya.. saya pi holiday ke jogja, pastu kena excident..tangan retak okeh...pergi undi..mujur tak pangkah yang tak suka..konsep terbalik. kalo suka, ko pangkah. hehehehee...nezha pon sakit. yang sakit kulit tu datang balik. geam betol. dah bawak pi klinik, doktor bagi ubat untuk 2 minggu. tengok apa jadi. now makan ubat je la. haiii...manusia sakit, kucing pon sakit. pening2. dalam pada tu, lain takde apa la. tengok tv dan makan je. owh...saya memang hantu tv. suka bebenor. ingat nak buat kek pon takde mood. cerita pasal hari mengundi tu, saya pi awal. pukul 10am. dah ramai orang..beator panjang. heheheheee...lepas selesai, bawak obek pi klinik amik ubat. orang tua tu kalau sakit bukan main manja. melebih2 manjanya. semua nak disediakan. pastu kena mengadap dia 24jam. hehehehehe...mengalahkan baby kecik okeh. jaga orang besar sakit lagi seksa. apapon, layan je la..saya suka je. saya cakap, camne if saya takde then masa tu obek sakit? obek kata , matiklaaa...sapa nak jaga obek. hehehehee..tau pon. so, lepas ni kalo oby nak apa2 tu belikan la. dan dengar cakap oby jangan degil. haaa..kan dah sakit. saya pi holiday tu obek tak ikot. ni kira girls outing la. baru 2 hari saya pegi, dia dah call monyok2. hehehehee..takde orang bebel katanya. rumah sunyi. haaa...baru tau yang selama ni saya membebel adalah untuk memeriahkan rumah. hehehehehe..sayang dia. ngada betol. elly, acha n richard pon tercari2 ye. hihihihii...ye la...lepas ni oby tak pi holiday lelama dah. oby dok je rumah tunggu pintu gate, ye? ok la. banyak benda nak buat ni. kena ikut priority dulu. kang main hangkot je kang yang penting ketinggalan pulak. wokeh..nantimsambong lagi. pada sesapa yang tak sihat seperti kita2 ni..sila lah rajin makan ubat. jangan takot. yang pahit tu la yang mujarab...sekian.

Wednesday, April 24, 2013

Lepak-lepak je...

Lepak-lepak je diaorang ni kan. Tak de keje lain. Kalo wat keja pon tu yg keja yg boleh menaikkan darah saya. Asyik la bercekau je diaorang ni. Rumah tu dah macam stor rupanya. Bersepah2. Tapi bila time semua tido, sunyi je rasa. Dah saya pulak pi mengacau diaorang. Hehehe..biar dia rasa...sayanggggggg semua. Opsss..sayang obek jugak!

Friday, April 19, 2013

susahnya nak dapat pisang goreng yang sedap...

pisang goreng atau goreng pisang? teringat pula iklan upsr bahasa melayu kat tv tu. pengacara kata, pisang goreng atau goreng pisang? hehehhehe.. penghawa dingin atau pendingin hawa? haa..sudah.. makin pelik pulak. tu semua tatabahasa yang pergi kita belajar. dah belajar pon kan dulu masa sekolah. tapi dah lupa. sekarang bahasa pon dah jadi bahasa rojak. cacamarba semuanya. eh.. apa la saya melalut ni.
*
ni sebenarnya nak cerita. betapa susahnya nak dapat pisang goreng yang sedap kat area saya ni. payah sungguh! sungguh payah! (again, masalah tatabahasa). kalo ada pon, aduhaiiii..sedihnya bila tengok. tepong pon dah tak rangup. pisang pulak dah lembik. bukan standard buat pisang goreng, tapi standard cekodok dah tu. tapi masih nak goreng juga. mmm.. dah le tu kecik kemetot. uuwwaaa.. amatlah tidak memuaskan hati. kadang sampai nangis2 sebab tak dapat yang sedap. nak goreng sendiri tu pulak kang... nak makannya 2-3 biji je. ni kang nk pulak kena beli pisang sesikat bagai sebab nak dibuat goreng. last time, masa pergi rumah mama ada la dia belikan pisang goreng. fuhhhh...sedap! rangup, pisangnya besar dan tak lembik. sedapdapdapp.. tapi bapak le jauhnya pulak. nak ke kepong nun. gila jauh. aduhaiii... payah betol. hari2 pesan dengan obek bila balik belikan saya pisang goreng. tapi dah 4-5 kedai yang dia beli semua saya tak berkenan. hehehehhee... dah tau pemalas masak sendiri masih nak eksyen bila orang dah belikan. bila goreng sendiri di rumah pula..terpaksa buat 2 bancuhan batter. obek suka yang jenis tepung beras biasa bancuh, ..saya suka yang jenis tepung segera tu. lebih rangup. haa..tak ke menambahkan kerja saya je tu. nak makannya 2 orang je. pisangnya 4 biji je pon. uuwwwwaaaaa.... mintak tolong nezha? tak dapat ditolong. mamat tu apa pon tak boleh melainkan bagi dia makan, garu perot dia, tido berdengkor.
*
makanya, misi mencari pisang goreng yang sedap sentiasa berada dalam ingatan. bila pergi ke mana2 pon bila nampak harus cuba. nak yang sedap punya pasal. sapa tau kat mana ada jual pisang goreng sedap sila inform!!!!!!! arghhhh...pasal pisang goreng pon boleh buat entry blog. hebat kan?

Wednesday, April 17, 2013

panggilan hormat dan ucapan terima kasih....

hoi..eh...hei.. mamat...minah... tu yang selalu kita dengar bila orang menyapa orang yang tak dikenali. yang kenal pon kadang ada je yang panggil orang macam tu. jenis tak tau hormat orang. apa salah panggil abang, akak, adik, encik, cik... bukannya susah benar nak hormat orang. satu perkataan mudah tu akan membuat orang sayang atau benci pada awak. bukan la kita nak disanjung macam raja, sekadar menghormati sudah la. kan lebih sedap didengar,
*
saya selalu berhadapan dengan keadaan macam tu. maksud saya, saya selalu jumpa dengan orang yang tak reti beri panggilan hormat pada orang yang lebih tua. dah tau dia tu abang ko.. panggil la abang. ni tak, panggil nama je. sangat kurang ajar okeh. bila ditanya kenapa tak panggil abang, jawabnya memang dari kecik dah terbiasa. ok la..dari kecik mak pak ko tak ajar ko kan..kesian, sebab tu jadi kurang ajar. tapi bila dah besar kan kau boleh pikir sendiri mana elok mana tak elok. kenapa? malu? berat mulut nak panggil abang? owwww... gitu kaedahnya. masa mintak duit tak pula malu. puiii... pada saya benda2 macam ni kita kena semai dari kecik. biasakan panggil dan beri panggilan hormat pada orang yang lebih tua dari kita. tak rugi dan tak menyusahkan pon. malah lebih baik dan lebih disayangi. kalo ada adik beradik dari kecik, panggil la along ke, angah ke, abang ke, kakak ke, adik ke. baru lebih mesra dan rasa lebih dekat. tak salah kalo dah tua2 poncuba berubah kepada yang lebih bagus. kenapa mesti malu untuk ucapkan perkataan abang, akak, dan sebagainya? ada separuh orang tak kisah, ada separuh orang kisah sesangat. macam saya, saya jenis yang kisah dengan panggilan hormat ni. macam saya kata tadi, bukan nak suruh panggil datok ke datin ke tansri bagai.. panggil abang akak je pon. tu pon susah beno. mmm..tak faham le dengan seseparuh orang yang macam ni.
*
lagi satu ucapan keramat 'terima kasih'. memang payah sangat nak menyebutnya. kenapa ye? saya pelik la. takmay sebut terima kasih, sebut la thanks, tq.. kan mudah. apa yang susah sangat. ni tak.. dah le mintak tolong kita, dengan takde salam takde hormat... mintak tolong. bila dah dapat, haram nak sebut terima kasih. kenapa la payah beno, berat sangat mulut nak cakap. masa komintak tolong takde pulak berat mulut nak mintakkan? kalo pon makpak tak ajar dari kecik, cikgu2 kat sekolah kan ajar... saya ingat lagi.. masa sekolah dulu.. cikgu saya ajar. setiap ayat sertakanlah dengan magic words. apa magic words tu? please... thank you.. bila kita sebut dua perkataan tu.. dari orang takmau tolong kita, mereka akan jadi lembut hati dan tolong kita dengan sepenuh hati. sebab magic words tu dah melembutkan hati mereka. benda2 simple macam ni boleh mencerminkan keperibadian seseorang tu. samada kau tu sopan fake atau memang sedia asal sopan. kadang dengan A boleh pulak cakap magic words, tapi bila dengan B tak pulak cakap. tu namanya ayat berdasarkan kasta. hehehhehe... bila cakap dengan orang yang lebih berpangkat atau berkepentingan, bukan main lagi lembut gigi dari lidah bercakap. tapi bila bercakap dengan orang yang tak berkepentingan, yang dianggap sebagai orang bawahan.. tu diaa... hoi..hoi aje. terima kasih jauh sekali. mmmm... terok betol.
*
cerita pasal panggilan hormat dan ucapan terima kasih ni saya utarakan sebab saya dah naik jemu dan bosan dengan orang sekeliling yang tak tau menghormati orang lain. bila tak hormat, kita pon akan hilang hormat pada mereka. bila sama2 tak hormat, takde harmoni lagi dah. saya memang paling benci dengan orang yang macam ni. payah sangat nak ucap terima kasih dah beri panggilan. contoh la.. bila kita nak bertanya kat sales girl kat shopping complex tu pon, apa la salahnya, cik/kak/dik.. boleh tanya tak kat mana bahagian jual tepung? owhh.. kat sana sebelah tempat susu kak.. ye, terima kasih. haaa.. kan lebih sedap didengar dan berhadapan. ni tak. eh.. mana tempat tepung ha? sales girl pon jawab nak tak nak je la.. cuba tengok kat belah sana..katanya. haa..padan muka ko. carik le ko 'kat sana' tu. dah sombong sangat. tu sekadar contoh murahan.
*
sebenarnya benda2 simple macam ni le benda yang paling berat. dengan dua perkataan tu je macam2 boleh terjadi. kau boleh pilih nak jadi baik atau jadi buruk. pada orang2 yang tak reti nak hormat dan tak reti nak berterima kasih pada saya sebelom ni.. bawak2 le berubah. tak nak ubah pon boleh.. sebabnya saya pon tak suka kat korang. hehehehehhee.....

Monday, April 15, 2013

perkataan2 yang sensitif pada perempuan...

perempuan ni memang kekadang sensitif lebih. cepat je nak pikir maksut yang tersirat padahal situkang cakap takde maksud apa pon. biasa la..pompuan kan berjiwa lembut gitu. mudah sangat tercalar perasaan dan perasan dengan lebih cepat. hehehehhehe.... ada pompuan yang luaran nampak je brutal, ganaz2 gitu. tapi dalam hati sebenarnya sensetif woooo... tak boleh salah sebut, cepat je merajuk. macam saya, saya suka je cepat terasa. hehehhee.. walhal orang tu cakap benda lain tapi saya pulak pikir benda lain pulak. contoh la... contoh...kalo saya masak terlebih pedas, so orang tu makan sikit je, mula la saya ingatkan orang tu tak suka masakan saya or saya masak tak sedap. walhal orang tu jenis tak tahan pedas pon kan. eehehehhehehe.. tu contoh je la.
*
akan tetapi.. sebagai perempuan, ada beberapa perkataan sensetif yang paling la tak suka didengar. yang boleh mengakibatkan kecelaruan emosi dan kesakitan hati yang terlampau hingga boleh menyebabkan kehilangan kesabaran lalu membuatkan mereka menaikkan tangan menampar orang yang bercakap ataupon membalas balik kata2 orang tu dengan perkataan  yang lebih pedas. wahhhh.. gitu. anda pernah mengalaminya? siapa pernah, sila angkat pen merah dengan segera. sapa tak pernah, memang korang takde emosi. muwhahahahhaha.. .takde la. ada orang jenis tak kisah apa orang nak kata, tapi pada pandangan saya, perempuan ni 99% lebih memikirkan kata2 orang terhadapnya. ye tak?
*
perkataan2 yang boleh menyebabkan perempuan tu bengang..seperti biasa la kan. kalo belom kawen lagi.. ayatnya, bila nak kawen? bila dah kawen takde anak lagi, ayatnya bila nak beranak? macamkan beranak tu macam beli top up kredit hp kat kedai je kan. beli2 tekan2 dapat kredit. bila dah beranak pula, ayatnya.. bila nak tambah anak? pulakkk.. sebok benar hal keluarga orang. bila dah kawen lama, suka pulak menyakat tak takot le laki kawen lain? pompuan ni lebih rela lakinya mati dari kawen lain tau tak. bila dah lama tak jumpa, bukan ayat salam, lagi nak cakap lamanya tak juma.. kau dah berisi (read:gemok) sekarang ni ye? puiiii... perkataan tu yang boleh bikin hangin satu badan ye. bila dah birthday pulak, tahun ni umor ko dah berapa tahun. ewwww... pompuan dengan angka sangat musuh okeh. lagi satu kalo dibanding2kan dengan pompuan lain. cuba la ko cuba produk ni, elok la sikit kulit ko tu tak le kusam je. si A tu guna barang ni la tengok kulit cantik kurus melentik. huiiiii... sensetif..sensetif...
*
perkara2 macam tu pada separuh orang cuma gurauan je. tapi pada kita pompuan ni.. amatlah terasa bila dikata depan2 begitu. saya selalu je kena. especially bab baby dan gems tu. wahwahwahhh.. sedapnya mulut ko mengata ye. jawapan saya.. korang siap sedia je la. saya tak pedulik yang bercakap tu tua ke muda ke. sama je saya bahasakan. tolong jaga sensitiviti seseorang. kalo ko takde idea nak bersembang pon banyak lagi benda lain dalam dunia ni yang ko boleh jadikan modal berborak. boleh cakap pasal resepi, boleh cakap pasal mengundi, boleh cakap pasal ekonomi, boleh cakap pasal sukan, boleh cakap pasal jalan2... mcam2 ko boleh cakap. tapi benda tu jugak yang ko nak cakapkan. tu tu le orang kata, selagi tak kena kat batang hidong sendiri, selagi tu tak tau. bila dah kena baru nak terdiam. lagi satu saya tak suka kalo orang dok bercerita hal orang lain pada saya. mengumpat le tu senang cakap. selagi boleh saya akan elakkan diri. kalo saya boleh bangun dah pergi, saya bangun. buat la apa alasan pon. cerita mengumpat ni takkan habis. tak pasal2 boleh bawa ke fitnah kalo cerita tu tak betol. dan tak mustahil orang tu akan cerita hal kita pula pada orang lain. so, saya tak suka benda2 macam tu. selagi boleh saya elak dari berborak dengan orang macam ni, saya cuba elakkan.
*
bab perkataan sensetif ni kadang saya selalu je mengadu kat obek. sessi luahan perasaan le tu kan. obek kata biarkan je. jangan peduli apa orang kata. well.. dah nama pon lelaki. diaorang bukan pikir sangat benda2 macam ni. kita pompuan ni yang suka sensetif lebih. makanya, dari menjadi sensetif, saya cuba untuk berpikiran positif. sentiasa pikir sensetif tak banyak sikit dapat menghindar dari terpikir benda yang bukan2. kepada si mulut2 tak tau sensetiviti tu.. bawak2 la bertaubat. sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa nanti. kena dengan orang pendendam macam saya.. jangan kata kau, semua keturunan kau aku tak suka. hehehhehehehehe.....
*
so, kesimpulannya, bila berkata tu, berhati2. jangan sampai menyinggung hati dan perasaan orang lain. agak2 takde modal nak borak, takyah cakap. diam itu lebih baik. kepada pendengar yang sensetif pulak, cuba berpikiran positif supaya benda2 negatif tak melekat. ceriakan hati dan diri masing2. anggap la mulut2 kurang ajar tu sebagai iklan tv. suka atau tidak, selalu akan ada setiap masa. peace yo!

Thursday, April 11, 2013

hobi...ikut diri sendiri atau ikut suami/bf/skandal/yg sewaktu dengannya....

wahwahwahwahhhh gituuuu... haibat tak tajuk? muwhahahahha.. sebenarnya perkara ni benda biasa je. tapi kekadang boleh menyebabkan isu dikalangan orang yang berpasangan. haaaaa... hari tu saya ada tengok channel korea tu le. biasala.. walopon saya bukan kaki k-pop, tapi saya hari2 mesti tengok cerita korea kat 391 tu. rencana2 dia pon menarik, isu2 semasa yang dia utarakan pon bagus. rancangan pasal kesihatan dia pon best. gitu.. mana yang elok kita amik, yang tak elok kita tolak tepi la kan. remote tu kan ada je kat tangan. kalo rasa2 malas tekan button remote, boleh suruh kucing anda pijak2 remote tu supaya channel bertukar. hehehehehe...
*
ok, berbalik pada isu hobi ni. saya rasa saya ni selalu je bertukar2 hobi. masa kekecik dulu kononnya hobi mengumpul setem. gitu.. budak2 apa yang saya tau. kumpul setem tu dah kita hebat sangat la tu. beriya2 siap ada penpal lagi untuk tukar2 setem katanya. hujung2 sekali pergi kedai buku nampak je setem tiruan yang boleh je dibeli dengan harga tak berapa sen pon. apakah??? sekali pikir2 punya pikir, dah jadi tak syiok pula hobi mengumpul setem tu. maka berkubur la album setem di dalam stor. entah apa jadi dah dengan album setem tu sekarang. kepada album setem kepunyaanku, saya minta maaf kerana telah melupakanmu sekian lama. mintak halal ye segala kegembiaraan yang telah diberikan. aminnn... lepas tu berubah pula pada suka naik basikal. chewahhh.. budak2 le katanya. nak basikal bmx. masa tu bmx glamer wohhhh.. siap nangis guling2 nak jugak bmx. dapat! wahwahwhahhhh.. seperti biasa saya takde kawan pompuan. asyik le kawan dengan budak lelaki je. ikot pi meronda celah kampong mana naik basikal. belajar buat willy2 gitu. ala.. yang angkat tayar depan tu. wahhh.. saya teror masa tu. kayuh pon takyah pegang handle basikal. boleh lepas tangan. boleh buat gaya superman. tak dapat saya bayangkan kalo sekarang dah tua2 ni saya buat semua gaya tu. mau runtuh basikal tu. hehehehhee... so bila dah membesar, pindah rumah, pindah sekolah semua, kawan pon dah bertukar. to my bike buddies.. apa khabar mu disana? lama sudah tak berjumpa.. echewahh..tetiba kuar lagu ramlah ram pulak. for sure semua pon dah kawen beranak pinak gamaknya. semoga semua sihat sejahtera. so, bila besar sikit hobi pon dah bertukar. dah lebih feminin sikit. suka mengait pulak. kait alas meja, alas tv. jangan tak percaya, saya pernah buat semua tu! hehehehhee... lepas tu tukar pulak suka buat cross stitch... wahhhhh.. siap okeh satu gambar pemandangan. walopon ringkas, gila lama baru siap. mana ntah benda2 tu semua. now dah tua2 ni.. takde hobi yang spesifik. caca marba je semua. so, itula berbalik pada tajuk di atas. hobi ikut diri sendiri or ikot orang.
*
dalam rancangan korea yang saya tengok tu dia membincangkan perkara tu le. katanya bila dah kawen wanita lebih terjurus ikut hobi suami. owhh...ada benarnya pulak. tapi tak kurang pula yang tak suka dengan hobi suami, sebab suami lebih suka buat aktiviti out door manakala isteri suka aktiviti santai... rehat2 kat rumah le maknanya tu. dalam rancangan tu dia buat isu konon pasangan dalam dilemma. husband suka aktiviti naik moto, pusing2, konvoi2... manakala isteri lebih suka kalo suami luangkan masa weekend bersama keluarga. sebab katanya weekday dah le tak jumpa kan, ni weekend pon tak dapat jumpa juga coz husband asyik kuar melayan hobi. owhhh...ada juga benarnya. yang suami pulak kata, weekday dah penat keje, so weekend le masa nak release stress kuar tengok pemandangan gitu. wahh...ada juga benarnya. habis tu camno tu? ada tak antara korang yang terlibat dalam isu macam ni? pikir2kan, renung2kan dan selamat berpikir...
*
macam saya.. obek memang bz la weekday. kadang weekend pon dia bz juga. tapi selagi boleh weekend dia akan adakan masa untuk kita. so, biasa weekend saya follow dia la pegi mana, selagi bukan pergi kerja la. saya memang tak suka ikot dia pi kerja, jumpa orang orang whatever yang melibatkan hal kerja. kang orang tu pungpangpungpang hal kerja, ko melopong ternganga. takmau la saya. jadi if weekend2 tu kitaorang ronda2 la, pi pancing ikan ke, pi naik moto ke, pi pusing2 ke, pi la memana2 pon. haa..tu kalo aktiviti luaran. kalo aktiviti dalam rumah, tengok dvd ke, melayan kucing2 mondok ni ke, kemas rumah lebih kurang le atau pon membuta. pada saya, harus ada give and take juga. suami jangan terlalu suka keluar sampai tertinggal isteri, isteri jangan pulak suka sangat paksa suami dok rumah mengadap muka je. apa kata gilir2. minggu ni kuar aktiviti outdoor ikut suami, next week dok rumah layan aktiviti isteri. masa rancangan korea yang saya tengok tu pon, berbagai2 cadangan yang diaorang berikan. hehehehhehehe... tu kalo orang dah kawen. isteri harus follow suami. kalo korang masih bercintun cintan, boleh pikir sendiri. kalo aktiviti luaran yang tak terlalu mengada (read:kuar sampai jauh malam, pergi jejauh 2-3 hari baru balik), tolong pikirkan semula. awak belom kawen, masih ada mak bapak. sekadarnya ajelah. sayang boypren jangan sampai membelakangkan mak pak. okeh? tapi mak pak sekarang banyak yang sporting katanya. tak kisah anak balik lambat 2-3 pagi asalkan anak balik rumah katanya. well...itu terpulak pada keluarga masing2.
*
rancangan tu juga cakap, lebih baik cari hobi yang boleh dimanfaatkan oleh pasangan tu sesambil menjana pendapatan. haaaaa...gitu. tu bagus tu. sambil bersuka ria boleh buat duit. contohnya.. apa ye? ala..macam sekarang ramai je orang buat business online. ada yang suka fotografi, boleh buat duit amik gambar pengantin. ada yang suka kraftangan, ada yang suka masakan, ada yang suka business mlm, ada yang suka bertani... tak kisah le apa pon. tapi , kalo tak boleh juga bertoleransi, misalnya suami atau isteri tetap extreme dengan hobi masing2 sampai tak boleh ditolak, lebih baik la pasangannya tu pon cari hobi sendiri. so, masing2 akan bz dengan hobi sendiri. lu, lu punya cerita, gua, gua punya cerita. haaa..gitu. bagus juga tu. tak le menyesakkan jantung. buat je hal memasing. tapi masih perlu diingat batas2 pergaulan.
*
wahhhh... ni dah macam tulis journal perbahasan pulak. takde la.. bila saya tengok rancangan tu, saya pon mula berpikir, ada benarnya isu ni diketengahkan. kadang ada isteri yang makan hati menunggu di rumah dengan begitu setia, walhal suami diluar bersuka ria dengan aktiviti hobinya. kesian isteri. atau, ada juga isteri yang jenis out going bz suka berpersatuan itu ini, tapi suami pulak jenis suka dok rumah, udah le suami makan nasi sejuk je. hehehehhehehe.... benda2 macam ni, kadang kena juga pikir. mencari kegembiraan, biar bersama2. jangan seorang je yang seronok, seorang lagi makan hati. macam saya cakap tadi... give and take itu perlu.
*
jadi, camne? apa hobi anda?...

Tuesday, April 9, 2013

sopan vs mengada....

hehehehhe.. camne tu kan. sopan vs mengada. pernah tak jumpa orang yang konon2nya sopan gila walhal sebenarnya mengada yang benonya. sampai kita tengok naik getik pulerk. echehh..tak pasal2 saya pon dah menulis ala2 getik. pulerk katanya. miyahahahhaaa... biasanya pompuan le yang terlebih getik dan mengada ni. well... bukan nak kata, saya pon pompuan kadang kegetikan dan kemengadaan mereka2 ni membuat kita ni naik malu pulak dengan diaorang. contohnya la... contoh... kalo makan kat kedai.. malu kononnya nak makan ayam. takmau buka mulut, makan pon terkubik2 terkuis. walhal kalo kat rumah buka mulut sebesar naga. bila ada hal yang perlu bertanya pada orang, mesti dia takmau tanya. mesti dia tolak kat orang lain suruh tanyakan. malu katanya. tapi bila dah dapat benda yang dihajati, dia pulak yang dulu-duluan kedepan. puiii... kalo kat luar bukan main sopan santun bersih kemas... pebuh sifat keperempuanan le katanya. walhal kat rumah bilik pon bau hapak baju pon takmau basuh or berlipat. tu belom tengok sinki berkerak lagi tu. muwhahahahhahaa.... pui.. ehhhh..kenapa le saya ni mengata2 orang pulak. bukan apa.. sebab rasa dah bengang dan naik menyampah dengan orang macam ni. kalo bercakap lembut gigi dari lidah, belakang kita dia bercerita pasal hal kita. wtf!!!!!! kepada awak2 yang mengada gedik getik tu.. cuba le ubah perangai, takdenya jantan nak orang macam kau. buat geli2 nak le. muwahahhahahaa... sekian luahan perasaan secara senyap tapi terbuka.

Sunday, April 7, 2013

lamanya tak menulis....

hello...
seperti biasa dah berkurun baru nak sambung menulis. hai.. entah la. payah betol nak menulis. tapi hari2 masuk blog baca blog orang. bukan apa..entah la. kadang macam takde idea nak tulis apa. sebab perkara biasa2 je kan. benda hari2 berlaku. saya malas le pulak kalo setakat pegi makan kedai pon nak tulis kat blog. huhuhuhuuuu... anyway... biarkan la. yang penting semua selamat sejahtera.
*
since dah lama tak menulis ni, so kita buat ringkasan je la kan kejadian2 yang dah  berlaku sepanjang ketiadaan penulisan tu. apa ye yang dah berlaku. owhh.. nezha tak sihat. muntah je. hehehehe... nakal sangat. hari2 bergaduh dengan elly. hari2 berebut bantal dengan saya. sampai saya tido takde bantal sebab dia amik bantal saya. uwwaa....hari2 dia mendera saya. hari2 kena garu perot dia. kena lama2 lak tu. kalo sekejap nanti dia bising & garu kepala saya suruh saya garu perot dia. kesian saya tau. kat mana nak mengadu kalo kucing dera kita? haa..jawab jangan tak jawab. elly pon sihat je. tu lagi sekor. hari2 bergaduh dengan richard. ya tuhan... rasa nak je dikutil bebudak tu. pantang berjumpa, harus berperang. bukan sikit2 perang, sampai gigit2 berguling2 satu rumah. geram sungguh. tapi seperti biasa..saya mana ada marah diaorang. relax je. kalo obek ada baru dia orang kena marah. muwahahahhaa.. tau pon takot dengan obek. richard? budak tu ok je. kadang sian tengok dia selalu kena buli dengan elly. huhuhuuuu...
*
hari2 kena mop rumah kadang rasa naik bosan pulak. kenapa la kena nak mop vacuum hari2. aaaa..kalo tak buat boleh je. tapi larat ke mata tengok bersepah semua tu. hahahhahaha... dalam pada membebel2 buat keja rumah tu, siap jugak. anggap la exercise ye.
*
saya sakit tekak. macam bengkak. entah le kenapa. salah makan ke, panas badan ke, apa ke. last weekend pi rumah sedara obek ada buat kenduri. nak pi umrah katanya. balik dari makan kenduri tu le tekak sakit. apakah????
*
obek? biasa la dia tu asyik la bz je 25jam sehari. harap semua kerja dia berjalan lancar. dugaan kerja mana2 pon ada. hehehehehhee... you go babe!
*
ok..nanti sambong lagi. hehehehhe... gila sempoi tulis. 

Monday, March 25, 2013

Demam...

Hello...
Dah lama tak menulis. Macam2 kejadian pon dah berlaku. Ada yg happy, ada yg sedih, ada yang kelakar,  ada yang sakit hati. Pendek kata cukup lengkaplah segalanya. Hehehe... now, musim demam pulak. Dari manusia, sampai la ke kucing. Ada je yg tak sihat. Naik pening saya ni. Sekarang giliran obek plak demam. Huiiiii... orang tua ni kalo demam dia punya mengada ada lebih dari biasa. Ayoyoyoooo.. layan je la. Buatkan bubur bagi dia makan.  Tak selera mkn katany. So buat la bubur. Ada la setengah mangkok makan. Jadi la. Asal jgn kosonh sgt perot udah la. Kang nk mkn ubat n segalanya tak la sakit perot aangin pulak. So obek, get well soon ye. Love you.