mari mencari....

Google
 

Thursday, January 24, 2013

sunyinya...

sunyi betul. apa yang sunyi? blog ni sunyi, saya pon sunyi. hehehehehe...lama dah tak menulis ni. semenjak tak menulis, macam2 kejadian dah berlaku. hari tu 16-19 jan 2013, obek bawak pi jenjalan la. pi langkawi. ehehehe...2nd honeymoon katanya, mengenang kembali  tempat2 dan kenangan masa 1st time pergi dulu. seronoknya. kali ni pergi lebih banyak lepak2. tak de pergi jalan sangat. agendanya lepak mandi laut dan cari makanannnnnn. yeah..puas hati dapat makan nasi murah makcik tu dan kuih karipap 20sen dia tu. makan laksa, rojak buah dan macam2 lagi kat tepi airport, makan seafood selagi mau bagai nak rak. takde beli apa sangat, tapi sangkot gak la piok seketol dua. biasa la namapon pompuan.  akan tetapi, obek pulak tak sihat. macam kena gatal2 kat perot. haiyaaa...spoil holiday mood betol la. orang pi holiday jalan2, kitaorang pi holiday masok klinik. hehehehe...   sampai 2 klinik pergi. klinik kedua baru ok sikit.  balik sini sebok kemas rumah pulak. budak2 ni ada staff obek tolong jagakan. boleh la dari takde.  21.01.2013, pi hantar elly ke klinik pulak. amboi..bulan january ni pi klinik sesaja. elly tu entah macam kurang selera makan, dan nampak tak cergas. risau juga. doktor kata dia stress. hullamakkkk...ni sapa yang nak pikir masalah ni? elly ke saya ke? macam2 la. tapi saya perasan sejak si richard masok rumah ni elly memang selalu naik angin. kesian dia. dia tu cemburu kuat, dan tamak kasih sayang. if dia tengah dengan saya, jangan harap orang lain or kucing lain boleh datang. mengamok la jawabnya.  22.01.2013 pon pi klinik lagi. kali ni hantar richard pulak. kasi cocok sama dia. next week baru sunat. rasakan la terejal sangat. hehehehehehe... so, januari adalah bulan pi klinik.  hari ni 24-30.0102013 obek takde, dia pi ostn ke terengganu. maka tinggal la saya seorang. uwaaaaaa..nangis la apa lagi. saya kan ciwek orangnya.  pagi tadi pi rumah ibu. makan2 la sesambil amik kain yang nak dibuat baju waktu anak mama kawen nanti. alalalalalala...baju kain jarang daaa...leceh betol. dah pulak nak kena beli kain lining. eeeeee...membanyakkan kerja je. apa la tak beli je kain yang bercorak kan senang. mmmm..tu entah nak tempah kat mana. saya jarang tempah baju ni, selalusaya beli yang dah siap je. mmmm..tengok la apa jadi nanti. tadi anak ibu si ngah tu ajak pi panjat gunung. gunung broga namanya. ke bukit broga? entah la. haduihhhhh... saya ni kada naik tangga 10 mata pon sempot inikan pulak nk panjat gunung. beriya2 dah tadi pi beli kasut bagai. heiii..bukan kasut mahal ye, ni kasut getah je macam kasut orang masuk kebun tu tapi ada spike gak la. terkejut saya coz murah sangat. rm 6.90 je. terkejut tak? tak sangka zaman ni masih ada kasut harga  bawah rm10.  ngah kata pakai kasut tu je dah, bukan nya apa sangat. kau biar betol ngah, esok if kaki saya geliat sakit, ko dukung ye. hahahahahaa... katanya ada 3 pitstop. nak perginya pepagi buta, nak tengok sunrise katanya. ayoyoyoyooo...hilanglah waktu keemasanku nak bangun lambat. takpe, kita tengok nanti apa jadi. owhhh..excited juga nak buar activity ni.  ok la... tu je nak tu
is. rindu kat obek

Tuesday, January 15, 2013

sakitnya....gusi bengkak...

adusssss...best betul kena sakit gusi bengkak ni. nak makan pon susah, minum pon sakit. duduk diam2 ketab mulut pun sakit juga. huhuhuhuu...entah la kenapa. dah rezeki la tu nak dapat sakit gusi. tengok kat cermin nampak bengkak katnhujunggggggggg sekali. area gigi last. nak tumbuh gigi ke? entah le. yang pasti, tak selesa. tengok kat tenet suruh kumur2 dengan air garam suam. nanti try. dah 2-3 hari juga sakit ni. kenapa la degil sangat nak pi jumpak doktor. haa..padan la muka. hehehehe... ok la..sakit gusi camne nak makan kerepek nih????? hope cepat sihat wahai gusi kesayangan....

Monday, January 7, 2013

ikan, kucing, bintang, dunia...

ahaaaaa.... asyik gambar kucing je kan, kali ni kita letak gambar ikan pulak ye. hehehe...ikan ni saya ambik gambar masa pergi makan kat kedai. restoran tu ada kolam ikan tepinya. haa..gitu..jadi sesambil tunggu makanan sampai, kita snap gambar ikan. huhuhuuu...
*cerita pasal ikan, hari tu saya dan obek ada pergi memancing ikan kat kolam. pancing ikan?? ye..saya pon pelik camne saya boleh terjebak dalam aktiviti memancing ni. huiiii...letih..penat. buang masa pon ye. yang seronok cuma time bila ikan makan umpan, masa main tarik2 dgn ikan, masa ikan naik darat. selain dari tu...melangot. hahahahahaa... takpe la, kira dating sesekali kat kolam ikan boleh gak ye tak.  tukar angin la. asyik dating kat wayang je.  so, dapat juga le 2 ekor besar2. besar mmg besar. uwaaaa...takot tengok. owhhh..makan ikan besar tak takot. tengok ikan besar takot. apa punya orang ni.  saya memang tak reti siang ikan besar tu. takot. obek kata dia yg nak siang, sekali nan hado. ikan tidor je dalam peti ais. ahh sudah...camne ni. kot nak tunggu obek balik kerja alamat memang tak bermasak le jawabnya. ni kisah the next day le tu kan. so, saya cincai beani sendiri siang ikan tu. habis tangan luka2!!!!  uwaaa...siap nangis lgi. tajam sggh kulit ikan. uwaaaa...geram betol. next time if obek dapat ikan besar saya takmau  siang. biar dia siang sendiri. serik! selang seminggu tu obek dapat lagi. ditambah pulak kawan dia bagi. maka bertambah2 le ikan. so, obek...sila siang sendiri. sekali orang tua tu pon tak reti siang ikan okehhh!!! hahahahahaa... setelah berhempas pulas, maka siap juga. now, peti ais penuh ikan. takyah beli dah untuk sebulan. hehe...********pasal kucing pulak..budak bertiga ni asyik la gaduh. owhh..pening kepala. elly sungguh garang. asyik nak kejar si richard. sian richard. neza biasa la, jadi batu api je mamat tu. huhuhuuu.. elly nampak macam kurus sikit sekarang. entah kenapa. saya raa berat dah menurun. dukong pon macam tak teraaa je. kenapa elly? stress kah? nezha..ok je. syukur. setakat nakal sikit tu pejam mata je la. layannnn..richard, manja melampau. tido kat sofa okeh. hari2 berebut bestbspot dengan say. mencik la budak tu suka duduk kat my fav spot kat sofa tu. eeeeee....********pasal bintang...jadi uuara lagu ye. hehehe...saya ok je lagu tu menang. maybe saya tak reyi bab2 ekspresi seni ni, tapi pada saya..lagu yang bagus ialah lagu yang simple, sedap didengar, catchy, jadi ikutan. kalo,lirik sempoi pon tapi iramanya senang diingat, pada saya dah best dah lagu tu. tu pendapat saya la. takyah panggil pelakon dokong2 de...hahahahahahahhhh********pasal dunia...takot la bila tengok berita sekarang. perang, keganasan, bunuh dah jdi perkara biasa. belom campor bencana alam lagi tu. mmm..dunia dah tua. kita pon dah tua. bila la nka insaf...kadang ingat sekejap je. seminit lepas tu tak ingat dah semua. mmmmm...kena lebih tekankan keinsafan dalam diri sendiri. ok la...nanti sambong. nak tengok pendekar bujang lapok untu kali yg entah ke berapa ratus....*