mari mencari....

Google
 

Thursday, February 28, 2013

hujan, duit, airmata...

hello...
lama pulak tak menulis. sedangkan hari2masuk blog jengah dan baca blog kekawan. mmmm...kenapa ye? entah la...macam takde mood je. asyik2 takde mood je. hehehehehee...saya ni cepat sangat bertukar mood. sekejap boleh happy, sekejap jadi sedih, sekejap jadi marah. anyway...semua pon ok. budak2 pon ok. makan tido je kejenya, maunya tak ok. mujur tak boleh kuar2 pegi jenjalan macam manusia pi shopping ke, pi lelepak ke, kalo idak, harus kena pow nih. ye la...dah kata makan tido je nak kuar mesti mintak duit. sayaaaaa juga yang kena. hui...tak dapat dibayangkan acha elly richard kuar rumah nak pi jenjalan katanya pastu mintak duit. muwahahahahaha...pengsan. itu kucing takpe...ni ada spesis manusia yang suka suki mintak duit ni. hamboih hamboih hamboihh beramboihhhhh... melampau kan.  asal ada hal je mintak duit. ingat kita ni keje cop duit gamaknya. kalo tak mintak, tak sah. asal ada je agenda mesti nak call. puii..nyampah. nak kenduri, mintak duit. nak pi ostesen, mintak duit, nak pi melawat pon mintak duit! senang hidop kan. hahahahahahahaaa...korang pernah tak jumpa orang jenis macam ni. mintak je la. bayarnya haram.  tak kira la kawan ke, teman ke, sedara ke, bila ada hal mesti menuju ke kita. sekali dua boleh le huloq. dah banyak kali guwe bohsan. kot la orang tu terbaca entry ni..haku pedulik hapa. hahahahahahaa...diaorang ni ingat kita ni tengok gaya macam hidop senang sangat. tu pasal nak menempek je. benci lah. eh, dah jadi sessi luahan perasaan pulak. obek selalu jadi mangsa. baik sangat. kadang naik geram dengan dia. kadang orang tu drama je lebih dia bagi jugak. eeeeeeeeeee...obek, lenkali jangan bagi. beli biskut acha lagi bagus. ada paedahnya. tu yang payah kalo:orang baik hati sangat ni. asyik kena buli je. saya malas campor tangan sangat..kang lain jadinya. owhhh...pening2. sapa ada issue macam ni jugak? takde? owh..nampaknya saya je la ye yang macam ni. ke korang pon baik hati melampau macam obek jugak? pegi la sana. takmau kawan. anyway....lupakan hal tu. sekarang asyik hujan je. takpe..rezeki. tapi sian kat orang pasar malam. asal petang je hujan. mesti diaorang lemah je bila dah penat2 masak kuih untuk jualan sekali petang hujan. nak buat camne. kuasa Allah. mungkin ada hikmahnya. setakat kita ni baju tak kering apa ada hal. sidai je la lelama. kebelakangan ni bila kemas rumah asyik la bersin pulak. sampai menangis2 berair mata. dulu takde pulak. apakah itu tanda supaya saya tak payah kemas rumah? muwahahahahahahaaa...sapa pulak nak kemas? acha? elly? richard? lansung tak boleh harap. diaorang punya pasal la saya selalu kena kemas rumah. kadang tensen. obek tu pulak pantang nampak habuk. ewahhhhh...nak cantik kemas le sendiri. hahahahahaa...takde la. saya je yang kemas. kira exercise la tu.  bila nak jogging ni?  aura2 dah ada tapi belom juga. bukan apa...takotnkena kejar anjing. area sini banyak anjing. hehehe..tak tak pasal2 nama tercalon jadi sprinter utk olimpik lak kang. hahahahahahaa...ok la. malas nak tulis. nak pi baca blog orang pulak. adios!!!!

Wednesday, February 20, 2013

achum..achum... dan terlebih manja...

dah 2 hari ni asyik bersin je achum achum. nak selsema agaknya. hari tu kena hujan memalam, tu yang bersin je. lama juga dah tak kena selsema. saya ingat dulu waktu zaman sekolah, boleh kata every week kena selsema. bukan takat selsema bersin je, siap hidung sumbat segala la. hadoihh..kenap a ha? entah la. now dah ok pulak. syukur alhamdulillah. seksa ok kalo selsema ni. nezha biasa je. terlebih manja. semua nak kena makan suap dan garu perot. elly pon sama. dia tu dengki lebih. kalo boleh nak garu dia sorang tak boleh garu orang lain. richard pon ok. makan tido je la. pastu gaduh dengan elly. musuh sungguh. obek pon sihat. mmm..yang tu manja terlebih. kalo mencari barang kat rumah ni apa pon tak jumpa. cari stokin tak jumpa, walhal ada je dalam lagi. cari lint roller tak jumpa, walhal dia yang last person guna benda tu. cari tshirt tak jumpa, walhal tengah tercongok depan almari tshirt tu.  manja sangat. semua dah terbiasa disiapkan, bila takde mula la menggagau.  kadang pukul 2-3am kejut cakap lapar. huiii...orang tengah tido okehhh...tapi dah kata isteri cun lagi jelita serta mithali, bangun le juga masak. obek tu kalo lapar kang mula la meragam macam budak. mula la kang tangan gatal la, perot gatal la, lemah la. kalo dah merengek macam tu tanya je la...lapar ke? nak makan  apa? bila dah ditanya mula la sengih je. hehehehehehe... tu la saya kata terlebih manja. tengok la dia nak apa. maggy ke, cucur ke, bihun ke. bagi perot kenyang. dah kenyang kang senyap la. hehehehe..tu la satu rumah ni semua manja. yang jadi tukang melayannnya saya la. takpe la..saya kan baik hati. layan je la. lagipon semua tu kesayangan saya. sayangggggggg semua.

Wednesday, February 13, 2013

8th years anniversary bercouple2 katanya...

from 13th february 2005 to 13th february 2013...
wowww...diam tak diam dah 8 tahun bercouple2 bersama2 ye..
alhamdulillah...syukur. kejap je dah 8 tahun. kahwin 2++ tahun. hehehehehehhh...
to obek..love you so juch. all the best for both of us. bila dikenang2 waktu 1st time jumpa...hahahahahaa..lawak dowh.. takpe, jadi kenangan abadi.
apapun, syukur...alhamdulillah...

Thursday, February 7, 2013

outstation..

obek takde...pi outstation ke melaka. owhhh...sedih. nangis la tu. obek kata lepas cuti raya cina pi jalan2. ye la tuuuu...janji je tu kang. uwaaaaaaa....rindu obek (walhal baru je obek gerak pegi ni). heheheheheheeee... takpe la..obek pergi kerja carik duit untuk kita semua. pergi elok2 ye. love you. acha berebut nak tidor atas beg obek, elly terbongkakng depan tv, richard tido sofa. saya? menganga je la sorang2. hope kerja cepat settle so that obek cepat balik. ok la..nak sambung nangis. uwaaaaa.....

Sunday, February 3, 2013

Mana ikannya???...



OOh ikan, oh ikan, kenapa kau takmau timbul?
Macamana aku nak timbul, engkau nak pancing aku...


Hahaha...ni tengah teman obek pancing ikan  kat nunnnn hujung peta northport ni. Kalo saya jaoh le, sapa dok klang dekat le. Hehehe... wokeh, doa saya dapat ikan ye!