mari mencari....

Google
 

Wednesday, February 20, 2013

achum..achum... dan terlebih manja...

dah 2 hari ni asyik bersin je achum achum. nak selsema agaknya. hari tu kena hujan memalam, tu yang bersin je. lama juga dah tak kena selsema. saya ingat dulu waktu zaman sekolah, boleh kata every week kena selsema. bukan takat selsema bersin je, siap hidung sumbat segala la. hadoihh..kenap a ha? entah la. now dah ok pulak. syukur alhamdulillah. seksa ok kalo selsema ni. nezha biasa je. terlebih manja. semua nak kena makan suap dan garu perot. elly pon sama. dia tu dengki lebih. kalo boleh nak garu dia sorang tak boleh garu orang lain. richard pon ok. makan tido je la. pastu gaduh dengan elly. musuh sungguh. obek pon sihat. mmm..yang tu manja terlebih. kalo mencari barang kat rumah ni apa pon tak jumpa. cari stokin tak jumpa, walhal ada je dalam lagi. cari lint roller tak jumpa, walhal dia yang last person guna benda tu. cari tshirt tak jumpa, walhal tengah tercongok depan almari tshirt tu.  manja sangat. semua dah terbiasa disiapkan, bila takde mula la menggagau.  kadang pukul 2-3am kejut cakap lapar. huiii...orang tengah tido okehhh...tapi dah kata isteri cun lagi jelita serta mithali, bangun le juga masak. obek tu kalo lapar kang mula la meragam macam budak. mula la kang tangan gatal la, perot gatal la, lemah la. kalo dah merengek macam tu tanya je la...lapar ke? nak makan  apa? bila dah ditanya mula la sengih je. hehehehehehe... tu la saya kata terlebih manja. tengok la dia nak apa. maggy ke, cucur ke, bihun ke. bagi perot kenyang. dah kenyang kang senyap la. hehehehe..tu la satu rumah ni semua manja. yang jadi tukang melayannnya saya la. takpe la..saya kan baik hati. layan je la. lagipon semua tu kesayangan saya. sayangggggggg semua.

1 comment:

zarena heeney said...

dah baik selsema ker belum nie
jgn lupa mkn ubat
skang nie musim hujan

jom leeya join contest di blog ena :)