mari mencari....

Google
 

Monday, March 25, 2013

Demam...

Hello...
Dah lama tak menulis. Macam2 kejadian pon dah berlaku. Ada yg happy, ada yg sedih, ada yang kelakar,  ada yang sakit hati. Pendek kata cukup lengkaplah segalanya. Hehehe... now, musim demam pulak. Dari manusia, sampai la ke kucing. Ada je yg tak sihat. Naik pening saya ni. Sekarang giliran obek plak demam. Huiiiii... orang tua ni kalo demam dia punya mengada ada lebih dari biasa. Ayoyoyoooo.. layan je la. Buatkan bubur bagi dia makan.  Tak selera mkn katany. So buat la bubur. Ada la setengah mangkok makan. Jadi la. Asal jgn kosonh sgt perot udah la. Kang nk mkn ubat n segalanya tak la sakit perot aangin pulak. So obek, get well soon ye. Love you.

Wednesday, March 13, 2013

acara makan-makan...

hello...
lama tak menulis. hehehehehe....malas yang benonya. tapi hari2 masok blog baca tulisan orang lain. tu isi masa lapang namanya. suruh baca blog, lajuuuuuuu je. suruh mengaji, teurs buat2 pening. huh..dasar. cuba ubah perngai boleh tak?---->pertanyaan untuk diri sendiri? ok la...so, last weekend, saturday tu ada buat makan2 sikit kat rumah. sebenarnya nak buat kecik2 je. nak makan2 family. dah lama tertangguh. dah tu asyik semua bz je. si a ada, si b pulak bz. si b ada, si c pulak bz. gitu la kaedahnya. lama2 saya boring saya cakap ahhh..buat je la even sorang pon yang datang tak dulik lah. janji ada wat makan2. bukan apa...sunyi la. saya ni kan keseorangan je selalu. huhuhuu..so if ada ramai orang datang mesti meriah la ditambah acara makan2, mesti lagi happening. so, obek kata ok la..nanti dia panggil budak2 kerja dia datang makan sekali. wahhh..bagus tu. sian bebudak tu keje penat, apa salah kita jamu diaorang yetak? so..the plan is on. so, jumaat tu dah siap beli barang nak masak. obek pulak inform bagitau kekawan dia pon nak datang. hahhh..sudah..makcik cuak pulak. kang ramai sangat kang cukup ke makanan? makcik tadi beli ikut bajet2 je kan. ahahahahaha....obek kata cukup..tak cukup pon kita cukupkan. ok la..takde hal..saya masak je la. obek pulak beriya siap pasang khemah sebijik kat luar. ye la..dah kata lunch hour, tentu panas. rumah kecik camne lak orang nak berasak2 dok dalam rumah kan. haa..gitu ceritanya. dari kecik nak makan seorang, sudahnya siap khemah bagai. belasah je la. obek buat ikan bakar kat depan. saya masak simple je hari tu. gulai lemak ayam campor ubi kentang, sayur goreng jawa...ala...yang ada suon tu tempe bagai tu, pastu sambal tumis sotong, ulam dan sambal belacan. ada buah tembikai. kuih saya buat kuih koci dan brownies. air oren la apa lagi. hehehehe...wahhh..meriah. dari malam tu dah memasak. masak kuih la..takkan masak laok pulak. punya membuat koci pukul 4am baru siap. obek la ni. patot saya nak buat awal..dia lak tengok dvd. dah saya sekali terjebak tgk dvd tu. so dah drag masa. huiiii..pening. esoknya saturday pepagi saya dah bangun. mula masak dah. hui...letih. saya seorang buat semua. ye la..mana ada orang nak tolong. by lunch time, orang semua datang. ramai dowhhhhhh..sekali ibu n geng pon datang jugakkkk. yahoooo bestnya. meriah!!!! sekali tengah sedap tetamu makan, nasi sikit lagi nak habis. gila berpeluh saya pegi jerang nasi. alohaiii..rumah saya ni piok nasi tu hak kecik comel punya. sekali masak takat 3 pon je muat. saya jerang nasi dari pagi then alihkan ke bekas tahan panas tu. entah berapa kali masak. ada gak la 6  kali masak nasi hari tu. hehehehee..takpe...janji tetamu kenyang. kepak kepung kepak kepung semua...selesai. fuhhhhh...siap kemas segala..tuan rumah pukul 7pm baru telan nasi. dari pagi tak makan. punya melayan tetamu. tu la..dari acara makan2 kecik2, udah jadi macam kenduri pulekkkk.hehehehe..apapoh syukur..semua dah selesai. makanan semua habis. cuma ada la tinggal semangkok2 laok tu. biasa la. saki baki untuk tuan rumah. seronoknya! tapi penatnya..hanya tuhan yang tau. sinki dapor lak buat perangai. ngada betol. air tersumbat takmau jalan. hantu betol. suruh obek repair time tu jugak. tensen makck dapor sinki rosak. ggggrrrrr...the next day..terus demem. demam urat katanya. hahahahahahaa... letih sangat. mata sembab, muka bengkkak, badan lenguh2. hambekkk...nak sangat. rasakan la. hehehe..takpe. tak serik. lain kali buat lagi. waktu kejadian budak2 semua kena dok cage. alahai, kesian. merayu2 nak keluar. tak boleh la sayang...nanti korang lari keluar pengsan saya. ada budak2 kecik yang datang semua pi tengok kucing dalam cage. ada yang nangis nak suruh nezha keluar..nak main dengannya. huii...sorry la adik oiii...tak dapek nak ditolong. hehehehehee..so, gitu la kisahnya. hari ni, nezha asyik hangin je. asyik la nak mengejar elly n richard je. entah apa kena..haihh..semua pon manja sangat. geram! ok la...nanti cerita lagi. obek..lain kali kita wat lagi ye. to my kucings comel..love all of you....adiossss...

Wednesday, March 6, 2013

orang yang terlebih manja tu tak sihat...

hello...
hehehehehee...tu la nak cerita. orang yang terlebih manja tu tak sihat. sapa:lagi....obek la. ye la..cuaca panas terik betol sekarang ni. saya pon badan panas2 je dah. memalam pon panas. dah buat dah air barli minum. nampaknya air barli tu penyedap tekak je. badan tetap le panas juga. hahahahaa... bila obek tak sihat, saya gelabah lebih. ye la. saya risau. dia pulak jenis payah nak sakit, tapi bila sakit lama baru nak elok.  harus la makcik seriau kan. dia pon kalo tak sihat perangai lagi terlebih manja. owhhhh...semua cari benda pon tak jumpa. takpe la. layankan je. semalam dia dah selsema sakit tekak pulak. malam tadi lepas dia balik kerja dok lepak kejap tengok tv. dalam sakit2 tak sihat pon gagah pi kerja malam balik pukul 3am. huhuhuu..laki sapa la ni yang rajin sangat tu. so, saya nampak dia makan something. saya tanya, bek makan apa tu. lorenzo katanya. hah??? lorenzo? apa tu? alaa...ni la ubat sakit tekak ni. bak sini saya tengok, saya kata. tu diaaaaaaaa...lorenzo katanya...lozenge lah!!!! hahahahahahaha terok betok obek tu. lorenzo peginya. dia biasa la kalo kena gelak dengan saya mesti terus buat2 pengsan. malu la tu. hahahahaa...suka  saya menyakat dia. pastu tanya lagi. perisa apa? owh..perisa chesty katanya. lagi sekali saya gelak berguling2. hahahahhaaa...perisa chesty lak. itu chesty cough lozenge lah. muwahahahahahaaa...hadoih..kesian obek. dah le tak sihat. kena gelakkan lagi. muwahahahahahaa...so seperti biasa, dia kalo tak sihat tido pon menggagau la. tu yang leceh tu. mengerang2. saya yang tak lena menengokkan dia. dah budak2 ni pulak si elly n richard bergaduh tengah malam bergumpal2 sampai tercabut bulu dahsatu hal nak meleraikan diaorang. acha pon tak senang tido. kejap2 bangun je membising kat saya. aduhhh..macam ni kalo jadi orang penting kat rumah. semua nak menempek kat saya. hehehehehe...so obek..cepat sihat ye. love you. elly, please jangan gaduh tengah malam. richard, sian dia kena buli. acha, love you demok!

Monday, March 4, 2013

kenapa... kenapa...

o



zhello... dah lama tak menulis.:malas la. takde apa yang nak diceritakan. cerita tu ada tapi  tak perlu nak bagitau pada semua. saya bukan jenis sikit2 nak masok blog tulis. entah la. lain orang lain caranya. ikut suka hati memasing. anyway... selalu asyik gambar budak mondok je, hari ni letak gambar budak kurus. kurus dah dia sekarang. tak tau kenapa. tak de selera makan. makan sikit je. badan dah panjang je. bila raba2 perut, lampong je rasa. kenapa elly? stress ke? jangan la macam tu. saya lagi stress nih. kebelakangan ni saya sangat susah hati. haiii.. nak ngadu kat sapa. ngadu kat acha, mamat tu tak layan pulak. ngadu kat elly, pon sama jugak. ngadu kat richard, lagi hampeh. hujung2 layan je la diri sendiri. huhuhuhuu.. kadang pikiran runsing sampai bawak kereta pon entah masok simpang mana. selalu salah jalan dah sekarang. nyampah! melambatkan waktu je.  bukan tak nampak tulisan signboard atau tak pernah lalu jalan tu, tapi tangan tu elok je pusing stereng pegi tempat lain. hehehehehehee...naik kerta pi baca doa makan. bukan doa bawak kerta. ayoyoyoo..kadang gelak sendiri.  entah la. merapu2 je sekarang ni. kadang bila mood tak baik, seharian takmau bercakap. phone pon malas nak jawab. melainkan hal penting la. nak kata beborak tu memang takde la. kenapa ye? owhh..masalah sedang melingkari kehidupan sekarang. mmm..terima je la. uwaaaaaaa... obek?  dia ok je. dia pon kadang pujuk2 gak saya, bioe jangan pikir sangat masalah, tapi saya ni pulak kadang terlalu ingat je kat masalah. hehehehee..padan le muka. sendiri nak pikir, haaa..tu le pasal.  hari2 doa biar masalah cepat selesai. insyaallah... last weekend pi memancing lagi. dengan obek la. huishh..memenatkan sungguh. saya sampai tersenggok2 kat tempat pancing tu. apa yang best sangat memancing ni entah le. this week katanya nak buat makan2.  lama dah tak kumpul ramai2 makan2. hope menjadi. boleh lari sebentar dari pikir hal2 yang merunsingkan kepala. ok la...takde nak tulis banyak2 sekarang. ada masa tulis lagi. doakan yang terbaik untuk saya ye....