mari mencari....

Google
 

Thursday, April 11, 2013

hobi...ikut diri sendiri atau ikut suami/bf/skandal/yg sewaktu dengannya....

wahwahwahwahhhh gituuuu... haibat tak tajuk? muwhahahahha.. sebenarnya perkara ni benda biasa je. tapi kekadang boleh menyebabkan isu dikalangan orang yang berpasangan. haaaaa... hari tu saya ada tengok channel korea tu le. biasala.. walopon saya bukan kaki k-pop, tapi saya hari2 mesti tengok cerita korea kat 391 tu. rencana2 dia pon menarik, isu2 semasa yang dia utarakan pon bagus. rancangan pasal kesihatan dia pon best. gitu.. mana yang elok kita amik, yang tak elok kita tolak tepi la kan. remote tu kan ada je kat tangan. kalo rasa2 malas tekan button remote, boleh suruh kucing anda pijak2 remote tu supaya channel bertukar. hehehehehe...
*
ok, berbalik pada isu hobi ni. saya rasa saya ni selalu je bertukar2 hobi. masa kekecik dulu kononnya hobi mengumpul setem. gitu.. budak2 apa yang saya tau. kumpul setem tu dah kita hebat sangat la tu. beriya2 siap ada penpal lagi untuk tukar2 setem katanya. hujung2 sekali pergi kedai buku nampak je setem tiruan yang boleh je dibeli dengan harga tak berapa sen pon. apakah??? sekali pikir2 punya pikir, dah jadi tak syiok pula hobi mengumpul setem tu. maka berkubur la album setem di dalam stor. entah apa jadi dah dengan album setem tu sekarang. kepada album setem kepunyaanku, saya minta maaf kerana telah melupakanmu sekian lama. mintak halal ye segala kegembiaraan yang telah diberikan. aminnn... lepas tu berubah pula pada suka naik basikal. chewahhh.. budak2 le katanya. nak basikal bmx. masa tu bmx glamer wohhhh.. siap nangis guling2 nak jugak bmx. dapat! wahwahwhahhhh.. seperti biasa saya takde kawan pompuan. asyik le kawan dengan budak lelaki je. ikot pi meronda celah kampong mana naik basikal. belajar buat willy2 gitu. ala.. yang angkat tayar depan tu. wahhh.. saya teror masa tu. kayuh pon takyah pegang handle basikal. boleh lepas tangan. boleh buat gaya superman. tak dapat saya bayangkan kalo sekarang dah tua2 ni saya buat semua gaya tu. mau runtuh basikal tu. hehehehhee... so bila dah membesar, pindah rumah, pindah sekolah semua, kawan pon dah bertukar. to my bike buddies.. apa khabar mu disana? lama sudah tak berjumpa.. echewahh..tetiba kuar lagu ramlah ram pulak. for sure semua pon dah kawen beranak pinak gamaknya. semoga semua sihat sejahtera. so, bila besar sikit hobi pon dah bertukar. dah lebih feminin sikit. suka mengait pulak. kait alas meja, alas tv. jangan tak percaya, saya pernah buat semua tu! hehehehhee... lepas tu tukar pulak suka buat cross stitch... wahhhhh.. siap okeh satu gambar pemandangan. walopon ringkas, gila lama baru siap. mana ntah benda2 tu semua. now dah tua2 ni.. takde hobi yang spesifik. caca marba je semua. so, itula berbalik pada tajuk di atas. hobi ikut diri sendiri or ikot orang.
*
dalam rancangan korea yang saya tengok tu dia membincangkan perkara tu le. katanya bila dah kawen wanita lebih terjurus ikut hobi suami. owhh...ada benarnya pulak. tapi tak kurang pula yang tak suka dengan hobi suami, sebab suami lebih suka buat aktiviti out door manakala isteri suka aktiviti santai... rehat2 kat rumah le maknanya tu. dalam rancangan tu dia buat isu konon pasangan dalam dilemma. husband suka aktiviti naik moto, pusing2, konvoi2... manakala isteri lebih suka kalo suami luangkan masa weekend bersama keluarga. sebab katanya weekday dah le tak jumpa kan, ni weekend pon tak dapat jumpa juga coz husband asyik kuar melayan hobi. owhhh...ada juga benarnya. yang suami pulak kata, weekday dah penat keje, so weekend le masa nak release stress kuar tengok pemandangan gitu. wahh...ada juga benarnya. habis tu camno tu? ada tak antara korang yang terlibat dalam isu macam ni? pikir2kan, renung2kan dan selamat berpikir...
*
macam saya.. obek memang bz la weekday. kadang weekend pon dia bz juga. tapi selagi boleh weekend dia akan adakan masa untuk kita. so, biasa weekend saya follow dia la pegi mana, selagi bukan pergi kerja la. saya memang tak suka ikot dia pi kerja, jumpa orang orang whatever yang melibatkan hal kerja. kang orang tu pungpangpungpang hal kerja, ko melopong ternganga. takmau la saya. jadi if weekend2 tu kitaorang ronda2 la, pi pancing ikan ke, pi naik moto ke, pi pusing2 ke, pi la memana2 pon. haa..tu kalo aktiviti luaran. kalo aktiviti dalam rumah, tengok dvd ke, melayan kucing2 mondok ni ke, kemas rumah lebih kurang le atau pon membuta. pada saya, harus ada give and take juga. suami jangan terlalu suka keluar sampai tertinggal isteri, isteri jangan pulak suka sangat paksa suami dok rumah mengadap muka je. apa kata gilir2. minggu ni kuar aktiviti outdoor ikut suami, next week dok rumah layan aktiviti isteri. masa rancangan korea yang saya tengok tu pon, berbagai2 cadangan yang diaorang berikan. hehehehhehehe... tu kalo orang dah kawen. isteri harus follow suami. kalo korang masih bercintun cintan, boleh pikir sendiri. kalo aktiviti luaran yang tak terlalu mengada (read:kuar sampai jauh malam, pergi jejauh 2-3 hari baru balik), tolong pikirkan semula. awak belom kawen, masih ada mak bapak. sekadarnya ajelah. sayang boypren jangan sampai membelakangkan mak pak. okeh? tapi mak pak sekarang banyak yang sporting katanya. tak kisah anak balik lambat 2-3 pagi asalkan anak balik rumah katanya. well...itu terpulak pada keluarga masing2.
*
rancangan tu juga cakap, lebih baik cari hobi yang boleh dimanfaatkan oleh pasangan tu sesambil menjana pendapatan. haaaaa...gitu. tu bagus tu. sambil bersuka ria boleh buat duit. contohnya.. apa ye? ala..macam sekarang ramai je orang buat business online. ada yang suka fotografi, boleh buat duit amik gambar pengantin. ada yang suka kraftangan, ada yang suka masakan, ada yang suka business mlm, ada yang suka bertani... tak kisah le apa pon. tapi , kalo tak boleh juga bertoleransi, misalnya suami atau isteri tetap extreme dengan hobi masing2 sampai tak boleh ditolak, lebih baik la pasangannya tu pon cari hobi sendiri. so, masing2 akan bz dengan hobi sendiri. lu, lu punya cerita, gua, gua punya cerita. haaa..gitu. bagus juga tu. tak le menyesakkan jantung. buat je hal memasing. tapi masih perlu diingat batas2 pergaulan.
*
wahhhh... ni dah macam tulis journal perbahasan pulak. takde la.. bila saya tengok rancangan tu, saya pon mula berpikir, ada benarnya isu ni diketengahkan. kadang ada isteri yang makan hati menunggu di rumah dengan begitu setia, walhal suami diluar bersuka ria dengan aktiviti hobinya. kesian isteri. atau, ada juga isteri yang jenis out going bz suka berpersatuan itu ini, tapi suami pulak jenis suka dok rumah, udah le suami makan nasi sejuk je. hehehehhehehe.... benda2 macam ni, kadang kena juga pikir. mencari kegembiraan, biar bersama2. jangan seorang je yang seronok, seorang lagi makan hati. macam saya cakap tadi... give and take itu perlu.
*
jadi, camne? apa hobi anda?...

2 comments:

~daRLee ZuRiS~ said...

Dah tua2 nie takde dah lah hobi.
Tapi kami laki bini sama2 suka cari port makan yang best dan jalan2 :)

MOKCIK AZWA said...

Tu dia sekali menulis sikit punya panjang ker entry hehehe..

dulu2 banyak hobi..la ni dah tak terbuat hobi2 tu semua sebab kekangan masa..cuma sesekali hujung minggu dapat la jalankan hobi berbasikal hehehe