mari mencari....

Google
 

Sunday, April 7, 2013

lamanya tak menulis....

hello...
seperti biasa dah berkurun baru nak sambung menulis. hai.. entah la. payah betol nak menulis. tapi hari2 masuk blog baca blog orang. bukan apa..entah la. kadang macam takde idea nak tulis apa. sebab perkara biasa2 je kan. benda hari2 berlaku. saya malas le pulak kalo setakat pegi makan kedai pon nak tulis kat blog. huhuhuhuuuu... anyway... biarkan la. yang penting semua selamat sejahtera.
*
since dah lama tak menulis ni, so kita buat ringkasan je la kan kejadian2 yang dah  berlaku sepanjang ketiadaan penulisan tu. apa ye yang dah berlaku. owhh.. nezha tak sihat. muntah je. hehehehe... nakal sangat. hari2 bergaduh dengan elly. hari2 berebut bantal dengan saya. sampai saya tido takde bantal sebab dia amik bantal saya. uwwaa....hari2 dia mendera saya. hari2 kena garu perot dia. kena lama2 lak tu. kalo sekejap nanti dia bising & garu kepala saya suruh saya garu perot dia. kesian saya tau. kat mana nak mengadu kalo kucing dera kita? haa..jawab jangan tak jawab. elly pon sihat je. tu lagi sekor. hari2 bergaduh dengan richard. ya tuhan... rasa nak je dikutil bebudak tu. pantang berjumpa, harus berperang. bukan sikit2 perang, sampai gigit2 berguling2 satu rumah. geram sungguh. tapi seperti biasa..saya mana ada marah diaorang. relax je. kalo obek ada baru dia orang kena marah. muwahahahhaa.. tau pon takot dengan obek. richard? budak tu ok je. kadang sian tengok dia selalu kena buli dengan elly. huhuhuuuu...
*
hari2 kena mop rumah kadang rasa naik bosan pulak. kenapa la kena nak mop vacuum hari2. aaaa..kalo tak buat boleh je. tapi larat ke mata tengok bersepah semua tu. hahahhahaha... dalam pada membebel2 buat keja rumah tu, siap jugak. anggap la exercise ye.
*
saya sakit tekak. macam bengkak. entah le kenapa. salah makan ke, panas badan ke, apa ke. last weekend pi rumah sedara obek ada buat kenduri. nak pi umrah katanya. balik dari makan kenduri tu le tekak sakit. apakah????
*
obek? biasa la dia tu asyik la bz je 25jam sehari. harap semua kerja dia berjalan lancar. dugaan kerja mana2 pon ada. hehehehehhee... you go babe!
*
ok..nanti sambong lagi. hehehehhe... gila sempoi tulis. 

1 comment:

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

tu lah lama gila takde entry.. kalau umah sepah mesti tak lalu nak memandangkan. penat pun kena wat gak