mari mencari....

Google
 

Wednesday, April 17, 2013

panggilan hormat dan ucapan terima kasih....

hoi..eh...hei.. mamat...minah... tu yang selalu kita dengar bila orang menyapa orang yang tak dikenali. yang kenal pon kadang ada je yang panggil orang macam tu. jenis tak tau hormat orang. apa salah panggil abang, akak, adik, encik, cik... bukannya susah benar nak hormat orang. satu perkataan mudah tu akan membuat orang sayang atau benci pada awak. bukan la kita nak disanjung macam raja, sekadar menghormati sudah la. kan lebih sedap didengar,
*
saya selalu berhadapan dengan keadaan macam tu. maksud saya, saya selalu jumpa dengan orang yang tak reti beri panggilan hormat pada orang yang lebih tua. dah tau dia tu abang ko.. panggil la abang. ni tak, panggil nama je. sangat kurang ajar okeh. bila ditanya kenapa tak panggil abang, jawabnya memang dari kecik dah terbiasa. ok la..dari kecik mak pak ko tak ajar ko kan..kesian, sebab tu jadi kurang ajar. tapi bila dah besar kan kau boleh pikir sendiri mana elok mana tak elok. kenapa? malu? berat mulut nak panggil abang? owwww... gitu kaedahnya. masa mintak duit tak pula malu. puiii... pada saya benda2 macam ni kita kena semai dari kecik. biasakan panggil dan beri panggilan hormat pada orang yang lebih tua dari kita. tak rugi dan tak menyusahkan pon. malah lebih baik dan lebih disayangi. kalo ada adik beradik dari kecik, panggil la along ke, angah ke, abang ke, kakak ke, adik ke. baru lebih mesra dan rasa lebih dekat. tak salah kalo dah tua2 poncuba berubah kepada yang lebih bagus. kenapa mesti malu untuk ucapkan perkataan abang, akak, dan sebagainya? ada separuh orang tak kisah, ada separuh orang kisah sesangat. macam saya, saya jenis yang kisah dengan panggilan hormat ni. macam saya kata tadi, bukan nak suruh panggil datok ke datin ke tansri bagai.. panggil abang akak je pon. tu pon susah beno. mmm..tak faham le dengan seseparuh orang yang macam ni.
*
lagi satu ucapan keramat 'terima kasih'. memang payah sangat nak menyebutnya. kenapa ye? saya pelik la. takmay sebut terima kasih, sebut la thanks, tq.. kan mudah. apa yang susah sangat. ni tak.. dah le mintak tolong kita, dengan takde salam takde hormat... mintak tolong. bila dah dapat, haram nak sebut terima kasih. kenapa la payah beno, berat sangat mulut nak cakap. masa komintak tolong takde pulak berat mulut nak mintakkan? kalo pon makpak tak ajar dari kecik, cikgu2 kat sekolah kan ajar... saya ingat lagi.. masa sekolah dulu.. cikgu saya ajar. setiap ayat sertakanlah dengan magic words. apa magic words tu? please... thank you.. bila kita sebut dua perkataan tu.. dari orang takmau tolong kita, mereka akan jadi lembut hati dan tolong kita dengan sepenuh hati. sebab magic words tu dah melembutkan hati mereka. benda2 simple macam ni boleh mencerminkan keperibadian seseorang tu. samada kau tu sopan fake atau memang sedia asal sopan. kadang dengan A boleh pulak cakap magic words, tapi bila dengan B tak pulak cakap. tu namanya ayat berdasarkan kasta. hehehhehe... bila cakap dengan orang yang lebih berpangkat atau berkepentingan, bukan main lagi lembut gigi dari lidah bercakap. tapi bila bercakap dengan orang yang tak berkepentingan, yang dianggap sebagai orang bawahan.. tu diaa... hoi..hoi aje. terima kasih jauh sekali. mmmm... terok betol.
*
cerita pasal panggilan hormat dan ucapan terima kasih ni saya utarakan sebab saya dah naik jemu dan bosan dengan orang sekeliling yang tak tau menghormati orang lain. bila tak hormat, kita pon akan hilang hormat pada mereka. bila sama2 tak hormat, takde harmoni lagi dah. saya memang paling benci dengan orang yang macam ni. payah sangat nak ucap terima kasih dah beri panggilan. contoh la.. bila kita nak bertanya kat sales girl kat shopping complex tu pon, apa la salahnya, cik/kak/dik.. boleh tanya tak kat mana bahagian jual tepung? owhh.. kat sana sebelah tempat susu kak.. ye, terima kasih. haaa.. kan lebih sedap didengar dan berhadapan. ni tak. eh.. mana tempat tepung ha? sales girl pon jawab nak tak nak je la.. cuba tengok kat belah sana..katanya. haa..padan muka ko. carik le ko 'kat sana' tu. dah sombong sangat. tu sekadar contoh murahan.
*
sebenarnya benda2 simple macam ni le benda yang paling berat. dengan dua perkataan tu je macam2 boleh terjadi. kau boleh pilih nak jadi baik atau jadi buruk. pada orang2 yang tak reti nak hormat dan tak reti nak berterima kasih pada saya sebelom ni.. bawak2 le berubah. tak nak ubah pon boleh.. sebabnya saya pon tak suka kat korang. hehehehehhee.....

1 comment:

zarena heeney said...

cerita bab hormat nie
tadi mkn time lunch nak byr duit kat kaunter
ader brother tu mmg kuang ajar main campak jea duit kat m.cik kaunter tu
kita yg tgk nie pun sakit hati