mari mencari....

Google
 

Monday, April 15, 2013

perkataan2 yang sensitif pada perempuan...

perempuan ni memang kekadang sensitif lebih. cepat je nak pikir maksut yang tersirat padahal situkang cakap takde maksud apa pon. biasa la..pompuan kan berjiwa lembut gitu. mudah sangat tercalar perasaan dan perasan dengan lebih cepat. hehehehhehe.... ada pompuan yang luaran nampak je brutal, ganaz2 gitu. tapi dalam hati sebenarnya sensetif woooo... tak boleh salah sebut, cepat je merajuk. macam saya, saya suka je cepat terasa. hehehhee.. walhal orang tu cakap benda lain tapi saya pulak pikir benda lain pulak. contoh la... contoh...kalo saya masak terlebih pedas, so orang tu makan sikit je, mula la saya ingatkan orang tu tak suka masakan saya or saya masak tak sedap. walhal orang tu jenis tak tahan pedas pon kan. eehehehhehehe.. tu contoh je la.
*
akan tetapi.. sebagai perempuan, ada beberapa perkataan sensetif yang paling la tak suka didengar. yang boleh mengakibatkan kecelaruan emosi dan kesakitan hati yang terlampau hingga boleh menyebabkan kehilangan kesabaran lalu membuatkan mereka menaikkan tangan menampar orang yang bercakap ataupon membalas balik kata2 orang tu dengan perkataan  yang lebih pedas. wahhhh.. gitu. anda pernah mengalaminya? siapa pernah, sila angkat pen merah dengan segera. sapa tak pernah, memang korang takde emosi. muwhahahahhaha.. .takde la. ada orang jenis tak kisah apa orang nak kata, tapi pada pandangan saya, perempuan ni 99% lebih memikirkan kata2 orang terhadapnya. ye tak?
*
perkataan2 yang boleh menyebabkan perempuan tu bengang..seperti biasa la kan. kalo belom kawen lagi.. ayatnya, bila nak kawen? bila dah kawen takde anak lagi, ayatnya bila nak beranak? macamkan beranak tu macam beli top up kredit hp kat kedai je kan. beli2 tekan2 dapat kredit. bila dah beranak pula, ayatnya.. bila nak tambah anak? pulakkk.. sebok benar hal keluarga orang. bila dah kawen lama, suka pulak menyakat tak takot le laki kawen lain? pompuan ni lebih rela lakinya mati dari kawen lain tau tak. bila dah lama tak jumpa, bukan ayat salam, lagi nak cakap lamanya tak juma.. kau dah berisi (read:gemok) sekarang ni ye? puiiii... perkataan tu yang boleh bikin hangin satu badan ye. bila dah birthday pulak, tahun ni umor ko dah berapa tahun. ewwww... pompuan dengan angka sangat musuh okeh. lagi satu kalo dibanding2kan dengan pompuan lain. cuba la ko cuba produk ni, elok la sikit kulit ko tu tak le kusam je. si A tu guna barang ni la tengok kulit cantik kurus melentik. huiiiii... sensetif..sensetif...
*
perkara2 macam tu pada separuh orang cuma gurauan je. tapi pada kita pompuan ni.. amatlah terasa bila dikata depan2 begitu. saya selalu je kena. especially bab baby dan gems tu. wahwahwahhh.. sedapnya mulut ko mengata ye. jawapan saya.. korang siap sedia je la. saya tak pedulik yang bercakap tu tua ke muda ke. sama je saya bahasakan. tolong jaga sensitiviti seseorang. kalo ko takde idea nak bersembang pon banyak lagi benda lain dalam dunia ni yang ko boleh jadikan modal berborak. boleh cakap pasal resepi, boleh cakap pasal mengundi, boleh cakap pasal ekonomi, boleh cakap pasal sukan, boleh cakap pasal jalan2... mcam2 ko boleh cakap. tapi benda tu jugak yang ko nak cakapkan. tu tu le orang kata, selagi tak kena kat batang hidong sendiri, selagi tu tak tau. bila dah kena baru nak terdiam. lagi satu saya tak suka kalo orang dok bercerita hal orang lain pada saya. mengumpat le tu senang cakap. selagi boleh saya akan elakkan diri. kalo saya boleh bangun dah pergi, saya bangun. buat la apa alasan pon. cerita mengumpat ni takkan habis. tak pasal2 boleh bawa ke fitnah kalo cerita tu tak betol. dan tak mustahil orang tu akan cerita hal kita pula pada orang lain. so, saya tak suka benda2 macam tu. selagi boleh saya elak dari berborak dengan orang macam ni, saya cuba elakkan.
*
bab perkataan sensetif ni kadang saya selalu je mengadu kat obek. sessi luahan perasaan le tu kan. obek kata biarkan je. jangan peduli apa orang kata. well.. dah nama pon lelaki. diaorang bukan pikir sangat benda2 macam ni. kita pompuan ni yang suka sensetif lebih. makanya, dari menjadi sensetif, saya cuba untuk berpikiran positif. sentiasa pikir sensetif tak banyak sikit dapat menghindar dari terpikir benda yang bukan2. kepada si mulut2 tak tau sensetiviti tu.. bawak2 la bertaubat. sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa nanti. kena dengan orang pendendam macam saya.. jangan kata kau, semua keturunan kau aku tak suka. hehehhehehehehe.....
*
so, kesimpulannya, bila berkata tu, berhati2. jangan sampai menyinggung hati dan perasaan orang lain. agak2 takde modal nak borak, takyah cakap. diam itu lebih baik. kepada pendengar yang sensetif pulak, cuba berpikiran positif supaya benda2 negatif tak melekat. ceriakan hati dan diri masing2. anggap la mulut2 kurang ajar tu sebagai iklan tv. suka atau tidak, selalu akan ada setiap masa. peace yo!

2 comments:

MOKCIK AZWA said...

Sangat setujuuu!!

Misz Pinkie Winkie said...

kan..banyak sangat menanya..sumbat jerk chili..haha