mari mencari....

Google
 

Friday, April 19, 2013

susahnya nak dapat pisang goreng yang sedap...

pisang goreng atau goreng pisang? teringat pula iklan upsr bahasa melayu kat tv tu. pengacara kata, pisang goreng atau goreng pisang? hehehhehe.. penghawa dingin atau pendingin hawa? haa..sudah.. makin pelik pulak. tu semua tatabahasa yang pergi kita belajar. dah belajar pon kan dulu masa sekolah. tapi dah lupa. sekarang bahasa pon dah jadi bahasa rojak. cacamarba semuanya. eh.. apa la saya melalut ni.
*
ni sebenarnya nak cerita. betapa susahnya nak dapat pisang goreng yang sedap kat area saya ni. payah sungguh! sungguh payah! (again, masalah tatabahasa). kalo ada pon, aduhaiiii..sedihnya bila tengok. tepong pon dah tak rangup. pisang pulak dah lembik. bukan standard buat pisang goreng, tapi standard cekodok dah tu. tapi masih nak goreng juga. mmm.. dah le tu kecik kemetot. uuwwaaa.. amatlah tidak memuaskan hati. kadang sampai nangis2 sebab tak dapat yang sedap. nak goreng sendiri tu pulak kang... nak makannya 2-3 biji je. ni kang nk pulak kena beli pisang sesikat bagai sebab nak dibuat goreng. last time, masa pergi rumah mama ada la dia belikan pisang goreng. fuhhhh...sedap! rangup, pisangnya besar dan tak lembik. sedapdapdapp.. tapi bapak le jauhnya pulak. nak ke kepong nun. gila jauh. aduhaiii... payah betol. hari2 pesan dengan obek bila balik belikan saya pisang goreng. tapi dah 4-5 kedai yang dia beli semua saya tak berkenan. hehehehhee... dah tau pemalas masak sendiri masih nak eksyen bila orang dah belikan. bila goreng sendiri di rumah pula..terpaksa buat 2 bancuhan batter. obek suka yang jenis tepung beras biasa bancuh, ..saya suka yang jenis tepung segera tu. lebih rangup. haa..tak ke menambahkan kerja saya je tu. nak makannya 2 orang je. pisangnya 4 biji je pon. uuwwwwaaaaa.... mintak tolong nezha? tak dapat ditolong. mamat tu apa pon tak boleh melainkan bagi dia makan, garu perot dia, tido berdengkor.
*
makanya, misi mencari pisang goreng yang sedap sentiasa berada dalam ingatan. bila pergi ke mana2 pon bila nampak harus cuba. nak yang sedap punya pasal. sapa tau kat mana ada jual pisang goreng sedap sila inform!!!!!!! arghhhh...pasal pisang goreng pon boleh buat entry blog. hebat kan?

2 comments:

~SESEMUT~ said...

taman desa , depan faber tower. exactly by the traffic light junction..

mannnnnn semalam pon i teringat pisang goreng... nak yg keras rangup tu...

zarena heeney said...

hehehehhehe goreng sendiri jea leeya eheh