mari mencari....

Google
 

Monday, May 13, 2013

acha dapat kawan baru...

vhehehehee...ni la kawan baru acha. comel tak? alkisahnya...malam tadi, sedang menonton television, sekali orang tua tu merengek la pulak. nak roti katanya. saya kata ada roti kat dapor tu. roti krim gardenia. memang sentiasa ada je stok kat rumah ni. ye la...tu yang paling senang diwaktu2 kecemasan dan kebuluran. hehehehe..obek punya krim vanilla, saya punya sambal bilis. huishhh..mesti ada stok. kalo tak, payah la. buat breakfast boleh, lunch boleh, dinner boleh, buat makan2 time tgk tv pon boleh. muwahahahahaa..dasar pemalas, bagi laki telan roti je.  tak la...bukan zalim, tu je yang senang. almaklum, obek ni kadang boleh tahan dia punya cerewet makan. hehehehe...
*
so, berbalik pada rengekan obek yang nak makan roti tu, sekali dia kata takmau roti tu. nak roti jasko katanya. amboihhh!!! ohver sungguh. makan jenpon roti cap apa pon. takmau katanya. hishh..mengada sungguh. so, bersiap le kami ke jasko tu. mujur dekat je kan. sampai2, pusing2 la dulu. so nampak le mesin cekop2 toys tu. kebetulan ada orang tengah try test nak cekop toy tu. wahhh..excited. tapi sian orang tu tak dapat. banyak:kali dah dia try. satu kali main 2 token. 2 token tu 2 hinggit la. owhhh...so saya dah terpandang satu toy kucing cohomelllll..sedang meniarap dengan sungguh bergaya. so, saya suruh obek try la. mana tau kot ada rezeki, mendapat le saya patung kucing comel tu. hehehee..so, yeahhhh...mari kuta try!!!! fuhhh...saat mendebarkan. ramai pulak tu penonton. uwaaa...sekali..cekop2, dapat wohhh!!! yahoooo..lompat disitu juga. bestnya. orang lain yg tengok pon happy jugak. then try lagi sekali. kali ni toy cute dog pulak. pon meniarap jugak. belasah la. dannn...dapat jugak!!! yeayyy!!! kegembiraan berganda. last kopek, obek nak try amik toy arnab tersengih. hehehee..malangnya, tak dapat. hehehehe..takpe la. dah dapat 2 ekor ni pon dah happy dah. kiranya 1 rm2 je la kan. haa..mana nak dapat tu. saiz besar le jugak. so, udah le saya pulak kena mengendong 2 toys tu masok kedai roti. hehehehe...belasah je la. sekali obek kata, kita pi tengok seluar keje dulu la. owhhhh..baru la tektik dapat dikesan. rupanya dia nak berjalan tengok seluar, bukannya nak beli roti sangat. amboihhh...biasa dia nih. hehehe..so, jalan je la pusing. tak beli pon. tengok2 je. lepas tu beli roti sebeban. lepas tu balik rumah makan roti tengok tv. malam tadi panas betol. tak selesa dibuatnya. kesian acha, elly n richard. pon kepanasan gak.mbalik rumah bagi 2 toys kat acha, dia cium2 je. ada la dalam 3 minit. pastu blah buat muka tak berminat. mmmm..takde perasaan betol mamat tu. elly biasa la. mana boleh nampak benda lain dekat dengan saya. harus dia mengarok. dah diterajangnya  toys tu. masak betol.  so, gitu la kisahnya. senang je kan nak gembirakan hati isteri ni. tak perlu intan berlian harga juta2, modal rm2 je pon dah happy.  tapi sekali sekala la. kalo dapat gelang  tebal tu amatla dialu-alukan...nak raya dah ni. muwahahahahahahaa...love you obek! obek hero la!

1 comment:

Janggel / Rain said...

Ye terer betoi! Aku main benda alah tu tak pernah nak lekat! Tersungkur sebelum sampai lubang je semua.

Malam tadi memang extra PANAS!