mari mencari....

Google
 

Thursday, May 30, 2013

pagi2 dah mengamok...

hello...
haiiii...budak2 ni, tadi pepagi lagi dah mengamok. pagi suboh buta, saya pon belom bangun tido lagi. tetiba dah dengar bunyi menderam2. dalam hati dah berkata, haa...sudahh..ni kejap lagi berlaga le ni. apa taknya...sebaik je saya habis sebut, dia punya mengamok bercekau bagai nak runtuh rumah pepagi buta tu. elly dengan richard la. sapa lagi. sian richard, asyik kena buli je dengan elly. elly lak ntah apa kena, memang dari semalam asyik nak hot n spicy je. bad mood sungguh!  diaorang bercekau kat area tv, sampai jatuh speaker, berterabor barang atas cabinet. ya tuhan...saya memang dah berlari nak leraikan, tapi elly gigit leher richard takmau lepas! menjerit le saya. saya angkat pegang habis tangan saya luka2 calar dikerjakan. tak pasal2 obek pon masok campor  pi leraikan. sepanjang masa tu elly tak lepas gigit richard. yang acha pulak dok dekat menyebok nak joint sekali. aduhhh..memang havoc sungguh pagi tadi. agaknya jiran sebelah dengar le saya dok menjerit2 leraikan pagi tadi. sabar je la. obek marah elly, siap angkat tangan nak gaya pukul baru mamat tu cabot lari. lari pi mana? lari masok bilik okehhh...gatal sungguh. dah tak pasal2 saya mengemas segala pepagi tu. mujur speaker jatuh ke lantai, buatnya kena hempap haa..baru ko tau elly. bukan ringan speaker tu. k**
cerita lain..dalam last week la. entah apa kena memang betul2 bad day hari tu. start dari awal pagi...serba tak kena. mula2 dapat call yang menyakitkan hati. so, pepagi dah spoil mood. then ada wat transfer $$, tapi line pulak hang. udah tak boleh masok pulak. hishhhh...lepas tu, kerta pulak buat hal. adoihhhhh...seksa betol. rasa nak jerit. dah jerit pon. hehehehehee...so, gitu le kalo pepagi dah spoil. petang dah elok dah.chehhh...
**
malam tadi obek kerja, tetiba dia call. dia jarang call kalo time kerja. rupanya kawannya meninggal. aduhai. saya kenal kawan dia tu. kira pangkat pakcik2 gak la. meninggal secara tiba2. serangan jantung agaknya. so, obek pergi ziarah la. pagi ni pi menghantar ke melaka. kampung arwah tu. meeting apa semua kena cancel la..tak boleh buat apa. baik arwah pakcik tu. walaupon tak berapa rapat dengan saya, ye la..saya pompuan takkan nk beramah mesra sangat dengan dia kan, dengan bininya tu ok la, tapi saya suka pakcik tu. jenis ceria je. mmm..apapon, saya doakan semoga rohnya dicucuri rahmat, kawan2 yang baca mohon sedekahkan al-fatihah pada arwah..
***
so, gitu le ceritanya. gambar takde. tadi load tak masok2. lambat benor. nak tunjuk muka budak elly yang serba tak semenggah muka tak puas hati tu. kau apa masalah elly? ngalahkan acha ngadanya. sabor je laaa....apapon, sayang semua.  love you. love obek jugak!ejung nanti. obek marah dia. baru dia takot. tapi tak pukul la. buat gaya haippp..haippp..kalo dengan saya mana budak2 ni nak takot. dengan obek baru le takot. padan muka ko kena marah. si richard udah menggigil ketakutan. sian dia. saya pelok2 bagi dia relax then letak kat belakang bagi makan minum semua. baru ok. bulu tercabot? jangan cerita la. penuh dah berterbangan satu rumah. hehehehehee...lepas siap kemas semua, saya pi cari mamat elly tu. tanya kat obek, apa dibuatnya dalam bilik tu? obek cakap dia dok tepi katil senyap je buat muka tak puas hati. aduhh...merajuk la tu. hangin semacam la elly ni. moody lebih. sabar je la. acha ok. mujur dia tak sempat masuk campor, kalo tak entah apa nak jadi. so, pujuk elly pulak, bagi dia relax. owhhh...apa nak jadi dengan budak2 ni.

3 comments:

Irfa said...

akak takut kalau kucin bergaduh sbb penah berlaku (pd org lain) kucin bergaduh siap panjat orng tu ;)

Zarena Heeney said...

al-fatihah

meowwmania said...

amboi elly samseng yer...sunatkan lg sekali nakk..?? :D