mari mencari....

Google
 

Monday, June 24, 2013

lamanya tak menulis....

credit pic to google image..
**

hellooooo...
alolololooo... lama betul tak menulis. dah dekat setengah bulan ye. hish ish ishhhh.. ap ala nak jadi. entah la. idea ada tapi macam malas le pulak. tapi tiap2 hari masuk blog baca blog orang. hehehehe.. kiranya tak le ketinggalan keretapi sangat kan. macam2 isu sekarang ni. hari tu terbaca pasal blogger ala2 double identity ke tipu identity? entah le labu, sampai kecoh2 gitu. katanya ada 2 blog. ehh.. pada saya biarlah dia nak ada berapa blog pon. yang korang dok baca jugak blog tu dah apsal? baca just for fun udah le kan. takyah le nak percaya ke sangat apa yang dibuatnya. entah la. kalo dah nak jadi isu tu, ada je agendanya. pas tu isu pasal nenanti every blogger nak kena letak real identity le pulak. hehehehhe.. dah kalo macam tu camne pula pada orang yang nak meluahkan perasaan isi hati tanpa diketahui orang. ni pasal kes kutuk2 mengata le tu. sorang punya pasal, semua tercalit. yang ko nak kutuk2 melebih2 melibatkan banyak pihak tu dah kenapa? apalahaiiiii... menulis sekadar meluahkan perasaan udah la. sedangkan wartawan pun ada etika ketika menulis artikel supanyanya tidak melibatkan hal ehwal yang keterlaluan. bab politik, bab negara, bab agama, bab perkauman, itu semua isu2 sensetif. ye betul semua pon ada hak untuk bersuara tapi biar berpada2 dan ikutlah saluran yang betul. entah la. takmau komen bebanyak. yang pasti, apa yang kita tulis tu biarlah terkawal. tapi susah juga, kadang orang lain ni cepat je nak salah sangka dan salah interpret apa yang kita tulis. kita tulis dia maksudkan lain pulak. haaa..camne tu? hehehhee...
***
sejak dah lama tak menulis ni, macam2 dah berlalu. ehh..jerebu kuat lah. saya sakit hidung tau bila buka pintu. tapi kalo tak buka pintu rumah udah terkuap pulak. malam pon macam ada je bau tu. ni lagi satu hal. tiap2 tahun mesti berlaku. dah jadi macam aktiviti wajib tahunan pulak. huh! sian kucing i tak dapat pi jenjalan kat luar jerebu punya pasal. haa.. tercongok la kau kat tingkap tu tengok burung terbang. burung pon takde hati nak terbang. semua dok pakat lepak bawah kereta. dah kenapa semua ni? huhuhuhuuuuu...cerita bab kucing, nezha sihat je la. kurus sikit. hari tu pi  klinik cocok montot, bila timbang turun sikit katanya. dah kenapa pulak nak kurus? ko berdiet ke nezha? takyah diet2 la..makan je la apa yang ada kat dapor tu. bukan kena bayar pon. free je semuanya. bila tengok biskut semua habis dalam mangkok, kek pon dibedal, kuih pon dibedal tapi turun berat badan pulak? ni harus saya nak kena menuntut ilmu kurus badan dengan nezha ni. biar sama2 kurus baru lah adik nak oiii. hehehhehe... elly pulak.. mengamok tak habis2. ada je benda yang tak kena dimata dan dihatinya tu. tak boleh salah sikit, semua silat taekwondo silambam dibuka. richard la jadi mangsa. sampai naik stress kawan tu sampai demam. demam elok, demam elok. pelik betol. tu lagi sekor. entah apa penyakitnya entah le. dah pi klinik. makan ubat bukan main seksa macamkan suruh makan racun. bersilat satu rumah nak  bagi dia makan ubat. calar2 tangan jangan cerita la. ni kisah kucing dera manusia okeh.. bukan manusia dera kucing. seksa lah! walocamne kena cakar pon ubat tetap kau kena makan. sorry la nak lepas. bila dah elok 3-4 hari, naik lagi demam. kenapa ha? stress ke? kalo stres tu memang saya faham beno le. ni mesti kes gaduh dengan elly le nih. sian richard. kalo saya ada kat rumah, dia mesti nak melekat je dengan saya. mengadu nasib le tu. elly pulak suka buli2. hishhh...
***
gegambar bebudak tu takde la ye. cable entah ke mana. cari tak jumpa. so, cilok la gambar google je. janji ada gambar. tak le kosong sangat ye tak? last 2 weeks pi ipoh, rumah pakngah, anaknya kawen. kenduri hari ahad tapi saya pergi hari sabtu sebab ahad tu obek kena ada keje pulak. tak boleh lepas. so dari tak nampak muka baik lah datang awal sehari. buat tunjuk2 muka orang kata. saya pergi bawak kek okeh! 12 bijik je. hahahhaha.. saja untuk buat2 makan. balik dari ipoh terus pergi kuala kangsar makan laksa. wahwahwahwahhhh..sedapnya makan laksa. jangan lupa apam besar tu. beli sampai 5 pasang. belasah la makan sampai pening. sampai rumah dah malam. seperti biasa kalo sampai malam saya takde rumah, bila balik haru le mendapat hadiah dari bebudak tu. redho  je la. kemas je la. kesian saya kan. selalu kena buli.
***
sedar tak sedar dah syaaban dah kita ye. sapa nak puasa ganti, cepatlah. dah nak ramadhan dah ni. saya insyaallah, awal2 syawal lagi dah ganti. sebabnya takot terlupa la tu kan. biasanya saya puasa 6 syawal tu teruskan sekali puasa ganti, dan pastikan sebelom raya haji semua puasa ganti tu dah digantikan. makanya nanti raya haji tu sekali harung raya habis puasa ganti. hahahhaa... jadi tak le terleka terlupa bila dah lama2 tu. tapi tahun ni saya alpa. leka. lalai. biasa rejab saya dah puasa. tahun  ni syaaban baru nak puasa. kenapa la agaknya saya ni. ramadhan tahun ni entah camne pulak. terima je la apa yang ada. sapa nak order kuih raya sila order dengan saya. muwahahahhaha....dijamin sedap, homemade, guna bahan sedap dan berkualiti. insyaallah.
***
apa lagi nak cerita ni. itu je la kot. nanti sambong lagi. jangan sampai syawal esok baru nak muncul lagi satu entry. pengsan.
***
love you obek, love you nezha, elly, richard. love all of you!