mari mencari....

Google
 

Wednesday, July 24, 2013

cemburu kuat...

Hello...

Lama gak tak sambung tulis ye. Biasa la tu. Hehehehehhh... so camne puasa so far? Harap semua ok hendaknya. Puasa tahun ni agak kureng sikit nafsu nak beli juadah berbuka tu. Bagus gak. Jimat sikit. Asyik membeli aje. Last saturday kekawan obek ada buat makan2 buka puasa. Tapi ala2 pot luck la. Sorang kena bawak 2 jenis makanan. Haiyooo... nak bawak apa ni. Apa Iidea pon tak de. Sabtu tu obek lak keje. Siang tu dia tido la. Camne nak pi kedai beli bahan masak. Saya keluar sorang? Memang tak mendapek la jawabnya. Makanya nak tak nak tunggu la obek bangun. Bila dia dahbangun saya pulak tertido. Haaa..tido bergantinamanya ala2 pas baton gitu. Hehehe..bila 2-2 dah bangun dok la bantai tengok tv je pulak. Sedar2 dah pukul 5pm. Tu pon pasal kawan dia call pesan jangan lupa datang tu. Itu jam baru la laki bini melompat sebab apa benda pon tak sedia lagi.  Baru la padan muka. Hehehe..siap cepat2 nak kuar. Obek kata beli je la laok kat pasara ramadan tu. Saya pulak kata tak best la. Beli kang berapa hinggit pulak dah. Kita bukan nak beli untuk makan 2 orang.ni ramaini kang. So godek2 akhirnya saya buat keputusan masak juga. So kita bahagi 2 la. Obek pi pasar ramadhan beli kuih,  saya pi kedai beli bahan masak. Mesti masak yang senang je dah. Lagipon tak cukup masa dah ni. So saya masak sambal tumis sotong, tumis kacang buncis dan wat telurdadar. Hehehe...menu jimat namanya. Jadik la..janji home made. Berjaya siap masak dalam masa 1 jam. Dah siap semua so kita berangkat la. Sampai je kat tempat makan2 tu azan pon bunyik. Syukur. Laok sayabawak semua habis. Sedappp..chewahhh..masuk bakul angkatsendiri. Orang lainada bawak kari, ada pecal, adasayur apa ntah.kuih ponbanyak jenis. Obek beli kuih hijau ada kelapa dengan popia. Gitu la kisahnya makan2 masak2 terkejut.
***

Ni kisah budak manja saya. Cemburukuat okehhhh!!!! Gila cemburu gila budak elly ni. Tu tengok muka dah kuncup kurus. Orang puasa dia pulak yg kurus. Tak adil sungguh.sebab apa saya kata dia cemburu kuat, dia tu tak boleh tengok orang lain dok dekat2 dengan saya. Kangdia mengamok. If saya  garu acha orrichard, dia confirm2 akan datang dan tolak tangan saya. Suruh garu dia lak. Tak bagi garu bebudak lain. If tak kang mula ladia  menjerit bising. Cakar selagi ada benda kat rumah ni. Tu satu. Lagi satu,  dia cukup tak berkenan dengan obek tu. If obek ada kat rumah mula la dia membising. Menjerit mengacau. If time obek takde tu elok lak diam  tengok tv. If obek dok dekat2 dengan saya dia akan mencelah dok kat tengah2. If nampakkitaorang baring ke lagi menggila bising. Dia akancakar obek. Hahaha...sian obek. Hari tu obek tido boleh lak diapi cakar orang tua tu tengahberdengkor. Sian obek. Bangun tido tengok dah bercalar. Dia asyik la nak berkepit dengan saya. Sayaduduk ke, baring ke, masak ke, mengemas ke dia mesti nak kat sayaa.  Seram jugak dengan elly ni. Cemburu buta kuat. Apa la nak jadi. Dulu takde la melampau2 cemburunya tu. Kadang sian dengan acha n richard, baru nak manja2 dengan saya elly mesti dah datang take over. Melainkan masa tu elly tengah tido. Aman le sikit. Elly, elly...jangan cemburu sangat la. Saya sayang semua. Muahhhhh..
***
Pagi tadi sahur kat mamak. Lama dah tak keluar. Makana roti nan dengan teh ais. Fuhhh..pu ya lama tak minum ais. Malam tadi minum ais. Hambekkk...teh ais pulak tu. Pagi ni siap ladengan sakjt perutnya, tekak perit, taks senang la kaedahnya. Pagi ni je dah 2 kali buat pelaburan. Terok betol. Tekak pon rasa tak sedap. Menyesal minum teh ias tadi. Mencik keadaan yg tak selesa macam ni.
***
Ehh..kata dah takde lagi projek direct  nego. Semua projek mesti thru tender. Ni camne ni. Tau2 tup2 dapat berita company si polan ni dapatprojek direct nego. Mana boleh camni. Tak adilla untuk semua orang. Asyik dia je yang dapat. At least buat la tender terhad walopon ko memangdah sah2 nak bagi katcompany kroni kau tu. Haa...kes ni sapa nak jawap?  Spr sila jawab sikit.  Sekian jawapannya. Huhuhuu..takpe sendiri mau jawab la. Bulan2 pose ni takmau cakap banyak. Fikir sendiri je dah.
***
Apa lagi nak  erita?  Semua dah cerita la kot. Nak kena bawak acha piklinik cocok montot. Dah due date dah. Nanti la acha tunggu daddy dapat payment kita pi klinik ye. Acha sekarang nampak sihat. Semalam mandi. Pandai dia dok diam je. Sayang dia.budak pali g baik sekali. Masa mandikan dia dah tentu la elly menjerit cakar pintu toilet. Sabar je la. So lepas acha mandi, elly punya turn pulak. Fuhhh..lenjun makcik. Letih.  Bab mandi tu boleh lagi tapi bab nak keri gkan bulu tu yg bercinta sangat. Geram. Lain kali mandi sendiri la. Hehehehehh..
***
Oklah.rasanya takat ni dulu. Bila nak beli baju raya ni. Huhuhu..takpe.  baju raya kat mana2 pon ada. So selamat berpuasa semua. Bye!!!

Tuesday, July 16, 2013

kisah makan di bulan ramadhan...

Yeah. ... tu namanya supercat puasa. Nampak tu muka lemah je.alololoo siannya dia. Puasa la sangat. Kita sahur dia pon sahur. Kang 7.30am dia breakfast lagi. In between tu harus la makan lagi coz bila petang check mangkok makanan tinggal sikit. Kang kita berbuka dia nombor 1 dok mengadap meja. Chehhh... 3-3 ekor pon peel sama je. Tapi macqm nampak kurus sikit kot bebudak tu bulan pose ni. Sian dia. 
**
Anyway...takde la nwk cerita apa sangat. Biasa2 je. Last sunday ibu n the gang datang buka kat rumah saya. Sabtu tu ibu dah sms cakap bebudak tu nak datang buka. Siap request menu  lagi tu. Amboiii...tekak memasing tak mau kalah ni. Ada yang nak siakap sweet sour, spageti tuna, laksa johor. Paling pelik budak aish nak roti canai. Apakah??? Lain benor selera ramadhan ko aish. Hehehehehehh.. so makqnya hari whad tu saya ke kedai le membeli barang nak masak. Huiiii..berpeluh juga masak2 tu. Tengah tung tang tung tang sebok nak blend bawang untuk kuah laksa johor, sekali tekan2 suis blender senyap je. Ekk pon tak. Okkk pon tak. Akk p9n tak. Hah sudahhh. Dia buat hal dah. Time orang bz ni la dia nak buat hal. Ingatkan plug ke tak bernyawa. Pi tukar kat plug lain. Pon senyap. Maka confirm lah sudah riwayat blender telah tamat dibulan ramadhan ini. Puii..orang dapor tengah tunggang langgang ni. Hantu betol. Ingat nak cancel je masqk laksa johor tum tapi bahan semua dah siap. Ikan pon dah rebus. Dalam pada mengamok2 tu...ta boleh buat a0a gak la. Maka, start kereta pi la ke tesco berdekatan dan beli blender paling murah. Mujur ada promosi. Rm49.90 sajorrrr. Geram betol. Obek tak de kat rumah masa tu. Mujur dia takde. Selamat la dia. Kalo dia ada mesti dia yang jadi mangsa amarah. Muwahahahahhh... so l3pas beli blender terus balik rumah sambung masqk. Tung tang tung tak..mpukuln6pm semua settle. Huiii..ibu datang tinggal nqk potong betik je n susun pinggqn. Geram betol. Ibu bawak laok rendang ayam dengan sambal ikan bilis petai. Wahhhh..saya masak laksa johor, rebus sayur bayam n terung, siakap sweet sour. Buah betik dan air sarsi. Spageti tak jadi masqk sebab dah banyak makanan. Owhh..ibu pon bawak nasi. Siap hangkot periok nasi terus ni. Hahaha..almaklum, piok nasi rumah saya comel sangat. Ang berapa kali nwk jerang pulak. Kuih obek beli kuih lopes. Jadi la. Seronok berbuka ramai2. Lepas huka lepak2 borak. Dah malam tu ibu pon balik. Hehehehe...acha, dia suka la ramai dayang nak tolong garu perot dia malam tu. Elly penakot. Lari nyorok. Richard pulak lepak belakang je. Pening wgwknya dia tengok rumah ramai orang. Biasa 2 orang senyap sunyi je. Gitu le kisahnya. Owh by the way, makanan semua adalah sedap ye. Hehehe..tengok la sapa yang masak. Chewahhhhh.
**
Cerita lain pulak, obek demam semalam. Demam urat agaknya. Kurang rehat. Bergulung dalam selimut. Alahai..siannya dia. Tapi dalam pada demam tu memacam pulak permintawn untuk berbuka. Nak mee g9reng la, nak kuih apa ntah namanya. Warna putih ada debu2 dalam ada I ti. Mmm..layan je la. Hari ni dah reda sikit nampqknya. But still tak pi keja. Suruh dia rehat je kat rumah. Hope obek cepat sihat hendaknya. Nak pi jalan cari baju raya. Apa pon takde lagi ni. Huhuhuu..
***

Lagi jak cerita apa ni. Mmmm..takde apa la. Harap ramadhan kali ni lebih bermakna. Wassallam.
**
Love, hugs n kisses for all.

Sunday, July 7, 2013

minggu emosi sungguh la...

Berdebar2 subgguh tadi. Tau la dah lama tak update blog. Sekali buka tafi dia cakap blog not foundin dashboard. Haaa... sudah... apa pulak masalahnye ni. Kene pi update emel la, memacam benda. Dah le jenis buta it, terkial2 la membuatnya. Dah terbayang dah blog hilang lesap. Mana pulak nak carik ganti. Buka baca boleh, tapi tak boleh update. Camne tu? Uwaaaaa.... slow2 godek, boleh le jugak. Tapi entah la. Benci ahhhh...
***
Minggu ni banyak betul cabarannya. Mmmm..macam2 cerita la kiranya. Seperti biasa, takde la semua yang boleh cerira kat sini. Kadang2 rasa tak selesa bila ceritakan segala kejadian untuk bacaan umum. Tapi kadang macam takde tempat nak borak2 pulak. Hehehe..
***
Elly tak brenti2 mengamok. Ada je yang tak kena. Terlebih2 moody mamat tu sekarang. Perangai pon boleh tahan. Boleh dia pi bantai tido kat tempat pasir? Tak ke tu mendatangkan saya naik hantu. Kalo dah tido kat pasir tu jawabnya harus la badan dia pon harum sekalu. Nak mandi bila nak keringkan dah 1 hal. Adoihhhhh... sabar je la banyak2. Richard biasa la. Asyik kena buli je. Acha baik. Semalam saya pi rumah orang kawen. Bila balik cabut 2 lidi bunga manggar. Hehehe... buat main dgn acha n d geng. Bukan main suka diaorang main. Sampai melompat2. Sekejap je setengah jam benda tu dah hancur lebur. Sekian la jawabnya.
***
Kusah obek pulak...orang tua tu tengah sedih. Hehehe..ala2 baru lepas kena kapur/buli dek business partner. Macam ni la kalo business joint venture share2 ni. Walo dah buat agreement pon, tetao la kepala hotak ligat nak menipu. Boleh ke bila dapat payment orang tu sapu semua? 1 sen tak bagi kat obek dengan alasan untuk cover cost. Walhal payment tu bukan utk cist yang dia nak cover tu. Amvoih...sian obek. Saya cakap kat obek, kenapa tak belasah je orang tu? Kita pon nak guna dyit juga. Ada komitmen juga. Ada keperluan juga. Knowing obek yang senyap, dia kata takpe la orang buli obek. Nanti ada balasan. Huh...kalo sata dah siap bersilat gamaknya. Makannya dibulan baik ramadhan ini, kami duit belanja terhad la ye. Hehehe..takpe la. Doa orang yang dizalimi tu pasti didengari oleh allah. Orang yg amik duit tu, denggarnyabaru amik kereta audi, baru dapat lot meniaga kat fudcourt, baru dapat new projek...well maybe dia nak guna duit kot. Tapi kot ye pon ko nak guna duit dulu, mintak la elok2. Mesti kita bagi punya. Bukan main rembat je gitu. Cara dia tu buat orang tak percaya dah and takmau buat deal dgn dia lagi in future. Nak ikot modal, obek pon kuar modal. Bukan buta2 gitu je. Entah la..nak argue dgn orang mcm tu tak guna. Baru le saya nak berangan2 gitugini dgn payment tu. Hancus semuanya... kesian kitaorangkan. Takpe la. Nanti ada balasannya. Kami pon ada projek  n payment lain. Apa dia ingat kita ni xde job lain gamaknnya. Silap besarr le ko. Sekarang ko boleh hadap duit tu sampai kenyang. Mesti gembira tu.
***
Macam tu la kalau berkawan. Kawann makan kawan, kawan buli kawan, kawan anuaya kawan. Ahhhh..nama pon dunia.
***
Ok la. Tu pasal mla nk update blog. Jadi lebih emosi sungguh. Apapon, semoga obek kuat semangat. Rezeki ada dimana2. Cepat atau lambat je. Macam2 cara rezeki boleh datang. Kiri kanan depan belakang, semua ada. Saya pon kena kuatkan semangat juga. If saya tunuuk muka sedih2 depan obek kang lagi dia susah hati tensen pulak. Buat ok2 je la. Takpe..roda tu kan bulat. Kada diatas, kadang dibawah... apapun saya nk ucapkan selamatberpuasa kepada semua..tak sabar nk puasa bulan ramadhan! Love all of you...